Sunday, August 20, 2017

Allah SWT menerima amalan terbaik seorang hamba

 pengemis


وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (105)


Buatlah apa saja yang kamu mahu, nescaya Allah SWT, rasulnya dan orang yang beriman   akan melihat semua perbuatan kamu ketika di dunia dulu, kedi akhirat  nanti dimudian akan  dibentangkan segala perbuatan kamu dan para nabi dan orang yang beriman sebagai saksi. 


Berdasarkan ayat al-Quran di atas, Allah, para rasul dan orang yang beriman akan melihat segala perbuatan yang kita lakukan ketika kita di dunia dulu ketika kita sedang dihisab di akhirat nanti.


Jadi, kita kena sedar bahawa kita akan dinilai oleh Allah SWT, para rasul dan orang-orang yang beriman. Apakah tahap perbuatan kita ketika didunia adalah baik, terbaik atau jahat dan sebagainya. Pendek kata 3 golongan inilah yang akan menilai dan memberi markah kepada perbuatan kita.


Samalah seperti kita  membuat persembahan, pasti ada hakim yang akan menilai kita, siapa yang menjadi terbaik, siapa pemenang dan siapa pula yang akan kalah. Walaupun ramai para penonton menyebelahi kita, tapi keputusan hakim juga yang diambilkira. jadi kita sepatutnya berusaha untuk menyakin dan memberi persembahan yang boleh memuaskan hati para hakim, barulah kita dapat mendapat kemenangan.


Begitulah juga ibarat perbuatan dan amalan kita ketika di dunia, walaupun kita dipuji oleh seluruh manusia sebagai yang terbaik dan tiada tandingan. Tapi belum pasti, apakah nilai amalan kita di sisi Allah SWT sama seperti yang telah kita raih ketika di dunia kerana neraca penialian Allah SWT tidak sama dengan neraca penilaian makhluk di dunia, Oleh itu, kita hendaklah berusaha agar segala perbuatan dan amalan kita di dunia ini tinggi nilainya pada neraca penilaian Allah SWT. Ada sessetengah amalan atau perbauatan kita tinggi nilainya di sisi manusia, tetapi tiada nailai klangsung di sisi Allah dan begitulah sebaliknya ada amalan yang tinggi nilainya di sisi Allah, tetapi rendah nilainya di sisi manusia. Jadi, pilihlah amalan yang tinggi nilainya di Allah, walaupun rendah nilainya di sisi manusia, nescaya barulah kita selamat di dunia dan akhirat.


Dalam surah al-Mulk Allah telah menjelaskan apakah amalan yang Allah SWT terima dari hambanya dan mendapat nailai atau markah yang paling tinggi.


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 


 ayat 2 Surah al-Mulk di atas, Allah menegaskan bahawa Dia menciptakan mati dan hidup untuk menentukan siapakah yang paling baik atau terbaik amalannya.  Allah gunakan perkataan أَحْسَنُ عَمَلًا yang bermaksud terbaik atau paling baik, bukannya perkataan أكثر عَمَلًا yang bermaksud paling banyak atau terbanyak. Sebagai contoh, kita lihat apabila seseorang pelajar yang ingin berjaya dalam sesuatu peperiksaan, sudah tentulah pelajar yang berjaya ialah yang paling banyak membaca buku bukannya yang paling banyak bilangan buku.


Ini menunjukkan bahawa Allah SWT mementingkan kualiti sesuatu perbuatan atau amalan, bukannya kuantiti amalan tersebut. Ini juga bermaksud walaupun amlan kita sedikit tetapi bermutu dan tetap konsisten, maka ia lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi kurang kualitinya seperti dibuat ala kadar atau sekadar melepaskn batuk di tangga.


إِنَّ اللهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ


Sesungguhnya Allah SWT tidak hanya melihat kepada rupa dan harta kamu, tapi Allah juga meihat kepada hati dan perbuatan kamu.


Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa walaupun kita membuat sesutu perkara yang baik seperti bersedekah dengan penampilan yang sangat segak dan bergaya tapi ingatlah bahawa Allah bukan hanya lihat harta yang kamu sedekahkan dan penampilan kamu, tetapi Allah menilai juga dari segi hati dan perbuatan itu adakah benar ikhlas atu sekadar menununjuk-nunjuk. Jika dilakukan dengan tujuan yang tidak ikhlas spt menunjuk-nunjuk, Allah tidak melihatpun (tiada nilai pahalapun) sebaliknya kalau ikhlas semata-mata kerana Allah walaupun sedekah seorang fakir miskin yang comot dan tak terurus penampilannya akan dilihat Allah SWT.


Kesimpulannya, marilah kita melakukan sesuatu amalan yang baik dengan penuh keikhlasan kepada allah SWT walaupun sedikit tetapi yang terbaik dan konsisten. Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah SWT.