Monday, January 4, 2016

Ayat Tasbih

7 AYAT AL-Quran Dimulakan lafaz Tasbih iaitu ;


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (1)




  1. Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. al-Isra'


سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (1)




  1. Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. al-Hadid


سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (1)




  1. Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan bumi; dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Hasyr


سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (1)




  1. Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. as-Shaf


يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (1)




  1. Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. raja, yang Maha suci, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. al-Jumuah


يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1)




  1. Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; Hanya Allah lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua pujian, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. at-Taghabun


سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى (1)




  1. Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tingi, al-'Ala


Istimewanya, kesemua 7 ayat tersebut adalah ayat yang pertama bagi setiap surah.
Berdasarkan ayat-ayat yang berkaitan dengan Tasbih di atas, maka kesimpulannya adalah seperti berikut ;




  1. Ayat yang pertama dimulakan dengan perkataan .  Perkataan  ini adalah ‘isim masdar’(اسم مصدر) bagi perkataan



  1. Ayat ke 2,3, dan ke 4 dimulakan dengan perkataan yang merupakan (فعل ماض) peel madhi



  1. Ayat ke 5 dan ke 6 dimulakan dengan perkataan yang merupakan peel(فعل مضارع) mudhari’



  1. ayat ke 7 pula dimulakan dengan perkataan yang merupakan (فعل أمر)peel amr.


Ayat-ayat tasbih di atas terdiri dari 7 ayat dari 7 surah yang berlainan dalam satu bentuk susunan yang amat cantik sekali itu dimulakan dengan masdar kemudian diikuti dengan peel madhi, peel mudhari’ dan diakhiri oleh peel amar.


Ini menjelaskan bahawa susunan yang begitu cantik ini dengan gaya al-Quran yang tersendiri dan unik memang satu mukjizat yang tidak dapat dipertikaikan.









 Jelas, bahawa kepentingan tasbih kepada umat manusia dalam pelabagi keadaan dan masa.

 Isim masdar (اسم مصدر) menunjukkan bahawa tasbih itu dilakukan pada masa yang am atau dalam kata lain pada bila-bila masa.

 Peel Madhi (فعل ماض) pula menunjukkan bahawa amalan tasbih ini telah dilakukan sejak dahulukala  lagi, di zaman umat rasul-rasul terdahulu. Sementara peel mudhari’ (فعل مضارع) pula menjelaskan bahawa tasbih itu hendaklah dilakukan pada masa ini dan masa akan datang.

 Kemudian diakhiri dengan peel amar (فعل أمر) yang bermaksud memerintahkan kita bertasbih      kepada Allah.

No comments:

Post a Comment