Tuesday, February 9, 2016

Abu Jahal

Jahatnya Abu Jahal


"Pada suatu hari, Abu Jahal memerintahkan pengikut-pengikutnya untuk mengorek sebuah lubang yang dalam. Di dalam lubang itu diisikan dengan pelbagai jenis benda tajam seperti kaca, buluh runcing, besi tajam dan sebagainya. Kemudian lubang itu ditutup kembali untuk menyembunyikan segala barangan yang berbahaya didalamnya..... 


Kemudian dia berpura-pura sakit dan memerintahkan hambanya supaya memberitahu Rasulullah tentang “kesakitannya” dan meminta Rasulullah datang melawatnya. Maka pergilah khadamnya ke rumah Rasulullah dan memberitahu perkabaran tersebut. Tanpa berlengah, datanglah Rasulullah yang berhati mulia dan bersangka baik terhadap bapa saudaranya itu. Sampai sekerat jalan, Rasulullah mendapat ilham daripada Allah tentang pembohongan Abu Jahal dan Rasulullah pun berpatih balik ke rumahnya.


Menyedari yang dirinya tak boleh menipu Rasulullah, maka marah benarlah Abu Jahal sambil berlari turun dari rumahnya sambil memaki hamun Nabi Muhammad..Dalam kesibukan dan kemarahannya, maka Abu Jahal lupa tentang lubang perangkap yang digalinya sendiri. Lalu dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan meraunglah dia kerana kesakitan akibat terpijak benda-benda tajam didalamnya.


Mendengarkan raungannya itu, maka semua khadamnya pun datanglah untuk menolong Abu Jahal. Mereka menghulurkan tali untuk menaikkan Abu Jahal dari lubang yang berbahaya itu. Tapi Allah maha kuasa, semakin panjang tali yang dihulurkan, semakin dalam lubang tersebut dan Abu Jahal tidak dapat memegang tali yang dihulurkan. Akhirnya Abu Jahal putus asa dan berkata “ Kamu semua tak akan berjaya menaikkan aku. Hanya Muhammad yang akan berjaya menyelamatkan aku dari lubang ini. Pergi panggil Muhamad “


Setelah Rasulullah tiba ditempat kejadian, beliau hanya menghulurkan tangan untuk menaikkan Abu Jahal dari dalam perigi tersebut. Akhirnya selamatlah Abu Jahal. Sebaik sahaja Abu Jahal dapat diselamatkan, maka terserlah sifat jahat Abu Jahal. Sebaik saja beliau selamat, Abu Jahal terus mengatakan “ Hebat sunguh syihirmu ya Muhammad”. Demikianlah degilnya dan jahatnya perangai Abu Jahal…" 


 

No comments:

Post a Comment