Tuesday, February 16, 2016

Solat Jumaat

Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya.


Firman Allah SWT ;


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat), dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya" ayat 9 : Surah al-Jumaat


SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT


1. Islam
2. Baligh
3. Lelaki
4. Berakal
5. Berkemampuan
6. Merdeka
7. Bermukim

BERMUKIM, BERMASTAUTIN, DAN BERMUSAFIR




  1. Bermusafir ialah orang yang dalam perjalanan lebih daripada dua marhalah (lebih kurang 98 km). Solat Jumaat yang dikerjakan adalah sunat dan tidak dikira dalam bilangan 40 orang ahli Jumaat.

  2. Bermastautin ialah orang yang tinggal menetap di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk berpindah ke tempat lain. Solat Jumaat adalah wajib kepadanya dan termasuk dalain bilangan 40 orang ahli Jumaat.

  3. Bermukim ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk menetap di situ selama-lamanya. Solat Jumaat adalah wajib baginya tetapi tidak termasuk dalam bilangan 40 orang ahli Jumaat.


SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT


1. Ditunaikan pada tempat khas.
2. Dituniakan dalam waktu Zohor.
3.  Secara berjemaah.
4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.
5. Didahului 2 khutbah sebelum solat  Jumaat.
 

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT


عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاث َ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ


"Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk. Hadith riwayat Abu Daud


لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمْ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنْ الْغَافِلِينَ


Orang ramai hendaklah berhenti drp melupakan solat Jumaat atau Allah menutup hati mereka, kemudian mereka termasuk dalam golongan yang lupa. Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Nasaie.


لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الْجُمُعَةِ بُيُوتَهُمْ


Aku bercadang untuk memerintahkan orang lain mengimamkan solat, kemudian membakar rumah-rumah mereka yang meninggalkan solat Jumaat. Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.


KHUTBAH JUMAAT


Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.


Khutbah Jumaat adalah salah satu drp syarat sah solat Jumaat, tanpanya, solat Jumaat tidak sah. Jadi, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَة ِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُوم


Dari Ibnu Umar RA meriyatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri" Hadis riwayat Muslim


RUKUN KHUTBAH JUMAAT


1. Memuji Allah spt Alhamdulillah
2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW
3. Mengingatkan para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah spt Ittaqullah (إتق الله


4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran dengan lengkap
5. Mendoakan kesejahteraan kaum muslimin sekurang-kurangnya   اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُســلِمِينَ وَالْمُسْـلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَات


SYARAT-SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
 


1. Telah masuk waktu Zohor
2. Didahulukan bacaan Kutbah drp Solat Jumaat
3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah  dgn solat Jumaat
5. Khatib hendaklah seorang lelaki
6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
8. Khatib hendaklah menutup aurat
9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.
10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
11. Khatib hendaklah suci drp hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)

No comments:

Post a Comment