Perbuatan membasuh @ menyapu anggota badan tertentu dimulai dgn niat kerana Allah.
HUKUM : WAJIB apabila hdk mengerjakan solat, tawaf, meyentuh al-Quran, sujud syukur @ sujud tilawah.
Firman Allah SWT ;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ.
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu hendak mendirikan solat, basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah sebahagian drp kepala kamu, dan basuhlah kedua kaki kamu hingga ke buku lali”. Al-Maidah : 6
ANGGOTA WUDHUK
1. Muka
2. Kedua belah tangan hingga ke siku
3. Sebahagian kepala
4. Kedua belah kaki hingga ke buku lali
عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَزِيدَ اللَّيْثِيَّ أَخْبَرَهُ أَنَّ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ أَخْبَرَهُ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُدَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْمِرْفَقِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Hadis riwayat Usman bin Affan ra.: Bahwa Ia (Usman ra.) minta air lalu berwudu. Beliau membasuh kedua telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, lantas membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. Setelah itu mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali, begitu juga kaki kirinya. Kemudian berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw. berwudu seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda: Barang siapa yang berwudu seperti cara wuduku ini, lalu salat dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni. Hadis Riwayat Muslim.
RUKUN WUDHUK
- Niat – niat berwudhuk ketika air sampai ke muka.
نَوَيْتُ رَفْعَ الحَدَثِ الأَصْغَرِ لِلّهِ تعالى
“Sahaja Aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”
2. Membasuh muka – bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan dari anak telinga kanan hinggga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh tangan dari hujung jari hingga ke siku.
4. Menyapu sebahagian kepala.
5. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ
Dari Abdullah bin Umru RA., ia berkata: Bersama Rasulullah saw. kami kembali dari Mekah menuju Madinah. Ketika kami berada pada sebuah oasis di tengah jalan, beberapa orang tergesa-gesa menunaikan salat Asar. Mereka berwudu dengan tergesa-gesa. Lalu kami dekati mereka, tampak tumit mereka tidak terkena air, maka Rasulullah saw. bersabda: Siksa neraka bagi (pemilik) tumit itu. Sempurnakanlah wudu anda. Hadis Riwayat Muslim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا لَمْ يَغْسِلْ عَقِبَيْهِ فَقَالَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ
Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi saw. melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya, beliau bersabda: Siksa neraka, bagi para pemilik tumit. Hadis Riwayat Muslim.
- Tertib – melakukan semua rukun wudhuk mengikut susunannya.
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
- Keluar sesuatu drp qubul @ dubur spt air wadi, air mazi, kentut, air besar @ air kecil.
وَعَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ الَّذِي يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ لَا يَنْفَتِلْ أَوْ لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
Dari Abbad bin Tamim dari bapa saudaranya, bahawa ia mengadu kepada Rasululah saw. tentang seseorang yang membayangkan bahwa ia mendapat sesuatu (mengeluarkan buang angin) dalam shalat, maka beliau bersabda, "Janganlah ia menoleh atau berpaling sehingga ia mendengar suara, atau mendapatkan baunya." Hadis Riwayat Bukhari.
عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ قَالَ رَجُلٌ مِنْ حَضْرَمَوْتَ مَا الْحَدَثُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ فُسَاءٌ أَوْ ضُرَاطٌ
Dari Hammam bin Munabbih bahawa dia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata, "Rasulullah saw bersabda, 'Tidaklah diterima shalat orang yang berhadats sehingga ia berwudhu.' Seorang laki-laki dari Hadramaut bertanya, "Apakah hadats itu, wahai Abu Hurairah?" Ia menjawab, "Kentut yang tidak berbunyi atau kentut yang berbunyi." Hadis Riwayat Bukhari.
2.Bersentuh kulit di antara L dan P yang bukan mahram tanpa berlapik.
3. Hilang akal kerana mabuk @ pitam @ pengsan.
4. Menyentuh kemaluan manusia dgn tapak tangan tanpa berlapik.
5. Tidur yang tidak tetap punggungnya.
Menurut ulamak Mazhab Hanafi dan Syafie, tidur yang membatalkan wudhuk ialah
a) tidur yang tidak rapat papan punggung ke tempat duduk atau lantai, atau
b) tidur mengiring, atau
c) tidur bersandar, atau
d) tidur meniarap,
kerana tidur meniarap dan seumpamanya di atas, boleh menyebabkan longlai kesemua sendinya. Oleh yang demikian, jika tidur dalam keadaan rapat papan punggungnya ke tempat duduk spt tanah atau lantai atau belakang haiwan, maka wuduknya tidak terbatal.
Sementara Tidur yang tidak membatalkan wudhuk ialah ;
1. Tidur dlm keadaan duduk yang tetap papan punggungnya.
2. Tidur dalam keadaan sujud.
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُون
Dari Anas RA beliau berkata bahawa para sahabat Rasulullah SAW sedang menunggu solat Isya yang telah dilewatkan sehingga tersengguk-senguk kepala mereka (tertidur), kemudian mereka solat Isyak tanpa berwudhuk semula. Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَامَ وَهُوَ سَاجِدٌ حَتَّى غَطَّ أَوْ نَفَخَ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ إِنَّ الْوُضُوءَ لَا يَجِبُ إِلَّا عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa beliau melihat Rasulullah SAW tidur dalam keadaan sujud sehingga berdengkur atau berkeruh, kemudian beliau lalu bangun dan solat. Lalu saya berkata : Ya Rasulullah SAW, engkau telah tidur. Jawab baginda, Sessungguhnya wudhuk itu tidak wajib (diperbaharui) kecuali orang yang tidur mengiring sahaja, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat at-Turmizi
لا يجب الوضوء على من نام جالسا أو قائما أو ساجدا حتى يضع جنبه فانه إذا وضع جنبه استرخت مفاصله
Tidak wajib (diperbaharui) wudhuk ke atas org yang tidur dlm keadaan duduk atau sujud sehinggalah dia mengiring, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat al-Baihaqi (Sunan Al-Kubra)
PERKARA SUNAT KETIKA BERWUDHUK
1. Mulakan dgn membaca Basmalah.
2. Mengadap kiblat.
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan.
4. Berkumur-kumur.
5. Memasukkan air ke dlm hidung dan mengeluarkannya semula.
6. Menyapu keseluruhan kepala.
7. Membasuh kedua-dua belah telinga.
8. Mengosok celah jari tangan dan jari kaki.
9. Berturut-turut antara satu dgn lain.
10. Mengulang 3 kali setiap perbuatan.
11. Mendahulukan anggota sebelah kanan dari anggota sebelah kiri.
12. Berdoa selepas berwudhuk.
PERKARA MAKRUH KETIKA BERWUDHUK
1. Membasuh anggota wudhuk lebih dari 3 kali.
Menggunakan air dengan kadar yang melebihi keperluan syarak atau melebihi kadar yang mencukupi. Contohnya dia telah membasuh muka melebihi 3 kali. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegur Saad ketika beliau sdang berwudhuk.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِسَعْدٍ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَقَالَ مَا هَذَا السَّرَفُ يَا سَعْدُ قَالَ أَفِي الْوُضُوءِ سَرَفٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهْرٍ جَارٍ
Dari Abdullah bin Amru bin Al-As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Lalu Rasulullah SAW berkata ; Pembaziran jenis apa ini, wahai Saad ? Maka Saad berkata : Dalam wudukpun ada pembaziran ? Rasulullah SAW menjawab : Ya, walaupun kamu berwuduk dalam sungai yang sedang mengalir. Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.
2. Mendahulukan anggota sebelah kiri dari anggota sebelah kanan.
3. Berkumur-kumur @ memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi yang berpuasa.
4. Bercakap ketika berwudhuk.
KEISTIMEWAAN WUDHUK
عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ قَالَ رَقِيتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ عَلَى ظَهْرِ الْمَسْجِدِ فَتَوَضَّأَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Nu'aim al-Mujmir r.a. berkata, "Saya naik bersama Abu Hurairah ke atas masjid. Ia berwudhu lalu berkata, 'Sesungguhnya aku pernah mendengar Nabi bersabda, 'Sesungguhnya pada hari kiamat nanti umatku akan dipanggil dalam keadaan putih cemerlang dari bekas wudhu. Barangsiapa yang mampu untuk memperlebar putihnya, maka kerjakanlah hal itu. Hadis Riwayat Bukhari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبُرَةَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا قَالُوا أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ فَقَالُوا كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw. menziarahi kuburan. Beliau berdoa: "Semoga keselamatan tetap dilimpahkan kepadamu, hai kaum yang mukmin dan kami, insya Allah akan menyusulmu". Aku senang apabila aku dapat bertemu dengan saudara-saudaraku. Para sahabat bertanya: Bukankah kami saudara-saudaramu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab: Engkau adalah sahabat-sahabatku, sedang saudaraku adalah orang-orang yang belum datang setelahku. Mereka bertanya lagi: Bagaimana engkau dapat mengenal umatmu yang belum datang di masa ini? Beliau bersabda: Tahukah engkau, seandainya ada seorang lelaki memiliki kuda yang bersinar muka, kaki dan tangannya kemudian kuda itu berada di antara kuda-kuda hitam legam, dapatkah ia mengenali kudanya? Mereka menjawab: Tentu saja dapat, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang dengan wajah, kaki dan tangan yang bersinar, bekas wudhu. Aku mendahului mereka datang ke telaga. Ingat! Beberapa orang akan dihalang-halangi mendatangi telagaku, sebagaimana unta hilang yang dihalang-halangi. Aku berseru kepada mereka: Ke marilah! Lalu dikatakan: Sesungguhnya mereka telah mengganti (ajaranmu) sesudahmu. Aku berkata: Semoga Allah menjauhkan mereka. Hadis Riwayat Muslim.
No comments:
Post a Comment