Pada suatu ketika Allah memerintahkan kepada malaikat jibril supaya turun ke bumi mengambil tanah untuk mencipta Adam. Apabila dia sampai di bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam hinggakan bumi bersumpah, demi kerana Allah, tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan Adam kerana khuatir Adam akan membuat maksiat kepada Allah. Lalu Jibril naik mengadap Allah, dia gagal mengambil tanah setelah mendengar sumpah bumi.
Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail turun ke bumi dengan tujuan yang sama. Dia juga turut mendengar sumpah bumi sepertimana yang berlaku kepada Jibril. Lalu dia naik mengadap Allah dengan tangan kosong.
Lalu tiba giliran malaikat Israfil. Dia juga mengalami nasib yang sama, kembali mengadap Allah dengan perasaan yang hampa.
Kemudian Allah memerintahkan malaikat Israil menjalankan misi yang serupa. Dia telah mendengar sumpah bumi dan kembali mengadap Allah menceritakan tentang kegagalannya.
Lalu Allah berfirman :”Wahai Israil ! Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mengalah. Katakan bahawa apa yang engkau buat atas perintah dab namaKu”.
Kemudian Israil turun sekali lagi ke bumi dan berseru kepada bumi : “Wahai bumi, ketahuilah bahawa kedatanganku adalah atas perintah Allah dan atas namaNya. Jika engkau membantah pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan sudah tentu engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah SWT !”
Mendengar perkataan Israil, bumi tidak dapat berkata apa-apa lalu membiarkan sahaja Israil mengambil tanahnya. Menurut Ibnu Abbas, tanah-tanah itu adalah seperti berikut ;
- Kepala nabi Adam dari tanah Baitul Muqaddis kerana di situlah beradanya otak manusia dan akalnya
- Telinganya dari tanah Bukit Tursina ia alat mendengar dan tempat menerima nasihat
- Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud kepada Allah
- Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan
- Matanya dari tanah Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian
- Giginya dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis
- Tangan kanannya dari tanah Kaabah untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia
- Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak
- Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus
- Kemaluannya dari tanah Babylon, di situlah tempat seks dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa
- Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan
- Hatinya dari tanah Syurga Firdaus kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dsb.
- Lidahnya dari tanah Thaif tempat mengucap Syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.
Setelah mengambil tanah dari bumi, lalu Israil mengadap Allah SWT.
Allah berfirman : “Wahai Israil ! Engkau yang Ku tugaskan untuk mengambil tanah dan kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut nyawa manusia”.
Lalu Israil berkata :”Wahai Tuhanku ! Hamba takut akan dibenci oleh seluruh anak Adam !”
Allah menjawab melalui firmannya :”Tidak !, Mereka (manusia) tidak akan memushi engkau”. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan ada sebab untuk mendatangkan kematian mereka spt terbunuh, terbakar dsb.
No comments:
Post a Comment