Thursday, February 18, 2016

Sheikh Tahir Jalaluddin

Riwayat hidup


1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin
2. Beliau dilahirkan di Angkik, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1869 Masihi.
3. Bapanya, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali juga dengan gelaran Sheikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin adalah seorang ulama terkenal.


Sheikh Tahir Jalaluddin menetap di Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1900 Masihi setelah menetap di Makkah selama kirakira 12 tahun kerana menuntut ilmu.


Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.


Sifat-sifat peribadi

1. Sheikh Tahir Jalaluddin seorang yang berbudi pekerti mulia, gigih, serta berani dalam perjuangan.
2. Beliau mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh, dan ahli falak yang mahir.
3. Di samping itu, Sheikh Tahir Jalaluddin juga terkenal sebagai pemidato yang baik.


Pendidikan


1. Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut ilmu agama di Makkah selama 12 tahun.
2. Pada tahun 1893 ketika berusia 24 tahun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau kembali ke Makkah untuk mengajar ilmu agama selama dua tahun.
4. Pada tahun 1899, Sheikli Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mula mengembangkan pembaharuan dalam kefahaman Islam.
5. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Syed Jamaluddin Al-Afghani, terutamanya ketika Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut di Universiti AlAzhar. Mereka sama-sama memperjuangkan semangat pembaharuan dalam Gerakan Al-Tajdid Wal-Islah.


Sumbangan dan jasa-jasa


Hasil usaha gigih Sheikh Tahir Jalaluddin, sebuah majalah yang dinamakan "Al-Imam telah diterbitkan pada tahun 1906 yang mencetuskan semangat kemerdekaan  daripada cengkaman panjajah.


Beliau menupakan pelopor pembaharuan gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan As-Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam.


Sheikh Tahir Jalaluddin gigih berusaha menyedarkan umat Islam serta mengajak mereka berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan.


Kesan pemikiran




  1. Usaha-usaha Sheikh Tahir Jalaluddin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umat Islam membebaskan diri daripada kongkongan kepercayaan khurafat serta taklid membuta tuli.

  2. Semangat penjuangan untuk kemerdekaan juga ditiup oleh Sheikh Tahir Jalaluddin melalui gerakan pembaharuan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau.

  3. Propaganda barat terhadap Islam serta pemikiran barat yang mengelirukan umat Islam telah dapat ditangkis dengan hujah-hujah daripada al-Quran melalui kitab yang beliau tulis seperti "Al-Islam Warradu Ala Muntaqidihi .

  4. Pembaharuan beliau ialah meninggalkan kesan terhadap kemajuan pendidikan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, dengan memasukkan sukatan pelajaran bagi ilmu pengetahuan yang sebelumnya tiada.

  5. Pemikinan beliau bukan sahaja tersebar luas di seluruh alam Melayu malahan juga di Sumatena, Sulawesi, Jawa, dan Kalimantan.


Hasil karya


Sheikh Tahin Jalaluddin memberi sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah "Al-Urwati Al-Wuthuqa.


Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah.


Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-Islam Wannaddu Ala Muntaqidihi.

No comments:

Post a Comment