Tuesday, February 16, 2016

Iblis menguji nabi Zulkifli

BASYAR ialah nama sebenar Nabi Zulkifli dan beliau adalah anak kepada Nabi Ayub as.


Pada suatu hari raja bagi kaum negeri yang diduduki oleh Basyar itu telah bercadang supaya ia berundur dan menjadi raja disebabkan keadaan dirinya yang telah tua, raja itu juga sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan tugasnya sebagai seorang raja.


Raja pun memerintahkan supaya kesemua rakyatnya itu hadir diperhimpunan yang telah ditetapkan untuk memilih seorang raja baru.


Berkata raja itu: "Siapakah di antara kamu semua yang sanggup berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya, serta tidak akan marah-marah. Sekiranya ada di antara kamu yang sanggup berbuat seperti yang beta suruh maka beta akan menyerahkan kerajaan beta ini kepada orang itu.


Setelah raja berkata demikian maka bangunlah seorang pemuda yang bernama Basyar melambaikan tangan dengan berkata: "Saya sanggup untuk melakukan seperti kehendak raja.


Kemudian raja berulang kali berkata demikian, tetapi hanya pemuda itu juga yang menjawab kesanggupannya. Walau pun terlalu rarnai orang yang berkumpul dalam perhimpunan itu tetapi kesemua mereka tidak mahu bersuara, ini adalah kerana mereka yakin bahawa mereka tidak akan dapat menurut seperti yang dikehendaki oleh raja tersebut.


Akhirnya pemuda yang bemama Basyar pun dipilih menjadi raja mengantikan raja yang telah tua itu. Setelah Bahsyar menjadi raja beliau pun mengubah namanya menjadi Zulkifli yang membawa maksud orang yang sanggup memegang janji.


Setelah Nabi Zulkifli menjadi raja beliau pun mengatur jadual waktu untuk ia berpuasa dan berkhidmat pada rakyatnya, dan pada malam harinya pula beliau benibadat kepada Allah SWT.


Setelah sekian lama Nabi Zulkifli menjadi raja maka suatu han dalanglah iblis menyerupai manusia untuk menemui Nabi Zulkifli dan menggodanya, ia berpura-pura hendak mengadu kononnya segala hartanya telah dirampas oleh orang lain.


Sewaku iblis hendak mengadu kebetulan Nabi Zulkifli hendak ( masuk tidur dan segala urusan diserahkan kepada pembantunya. Oleh kerana beliau hendak tidur maka Nabi Zulkifli telah memerintahkan kepada Iblis yang berwajah manusia itu supaya membuat pengaduan kepada pembantunya. Tetapi iblis tidak mahu berbuat demikian sebaliknya dia mahu Nabi Zulkifli sendini menyelesaikan masalahnya.


Oleh kerana Nabi Zulkiifli menguruskan masalah orang itu maka masa untuk Nabi Zulkifli tidur sudah tidak ada lagi, namun begitu beliau tidak marah sebaliknya beliau bersabar.


Pada suatu han terjadilah satu peperangan antara rakyat negeri itu dengan orang yang derhaka kepada Allah SWT. Nabi Zulkifli pun memerintahkan pada rakyatnya yang taat kepada Allah SWT supaya memerangi mereka yang derhaka kepada Allah.


Malangnya rakyat beliau membantah dan mereka berkata kepada Nabi Zulkiffli: "Wahai raja kami! Sebenarnya kami semua takut hendak berperang kerana kami merasa lega dengan kehidupan dunia ini, kalau kamu dapat memberi jaminan dan Allah SWT bahawa kami tidak akan mati dalam peperangan barulah kami akan berperang.


Walaupun rakyat beliau berkata demikian tetapi beliau tidak marah sebaliknya beliau berdoa kepada Allah SWT dengan berkata: "Ya Allah Ya Tuhanku! Aku telah menyampaikan perintahMu kepada mereka aku telah menyuruh mereka berperang tetapi mereka mengadakan syarat dan Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.


Lalu Allah SWT berfirman kepada Nabi Zulkifli yang bermaksud: "Wahai Zulkifli Aku mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu itu. Aku mengabulkan permintaan mereka itu.


Begitulah sifat Nabi Zulkifli, beliau tetap bersabar dalam menghadapi berbagai macam masalah. Nama beliau tetap Zulkifli.


Tentang diri Nabi Zulkifli disebutkan oleh Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 85 & 86 yang bermaksud: "Ismail Idris dan Zulkifli adalah mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kini masukkan mereka itu ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang soleh.

No comments:

Post a Comment