Wednesday, February 17, 2016

Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat الأمور بمقاصدها

Kaedah Pertama


الأمور بمقاصدها
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat


Kaedah pertama daripada kaedah asas yang lima ini adalah amat penting sekali kerana ia menentukan kenapa sesuatu perkara itu dilakukan. Ini bermaksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf ditentukan oleh niatnya.


Maksud Kaedah


Al Umur (الأمور) : Iaitu lafaz  umum yang merangkumi semua tindakan yang terhasil dari seorang manusia sama ada melakukankan  atau meninggalkan. Ia juga meliputi  perbuatan, kata –kata atau pun niat. Oleh itu setiap tindakan atau sesuatu yang keluar dari seseorang manusia adalah terikat dengan apa yang diniatkan untuk diberi pahala atau dosa.


Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi, antaranya :


عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله تعالى عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله تعالى عليه وعلى آله وسلم يقول:  إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwaninya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. Hadis Riwayat Muslim


 


إِنَّهُ لاَ عَمَلَ لِمَنْ لاَ نِيَّةَ لَهُ


Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat. Hadis riwayat al-Baihaqi dlm Sunan al-Baihaqi.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- : « إِنَّمَا يُبْعَثُ النَّاسُ عَلَى نِيَّاتِهِمْ ».


 Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya. Hadis riwayat Ibn Majah


  Oleh itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau dosa. Untuk itu, amalan yang tidak disertai niat tidak mendatang apa-apa kesan.


Kepentingan niat


Tujuan  utama disyariatkan niat ialah untuk membezakan perbuatan yang dilakukan sama ada ianya kerana ibadah ataupun  adat.


Contohnya:




  1. Seseorang yang megambil wuduk atau meratakan air keseluruh tubuhnya. Perbuatan tersebut sama ada untuk membersihkan tubuhnya yang kotor  atau menyejukkan tubuhnya dihari yang terik atau kemungkinan  juga kerana kerana tujuan  ibadah.

  2. Seseorang yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi kemungkinan kerana untuk diet, atau untuk menjaga kesihatannya atau kemungkinan dia sedang berpuasa.

  3. Seseorang yang sedang berada dlm  masjid kemungkinan ia masuk untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan juga untuk beribadah.

  4. Seseorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang sama ada wang atau berupa makanan sama ada dia memberikan sedekah atau hibah atau zakat.

  5. Seseorang yang  menyembelih binatang kemungkinan untuk menikmati dagingnya memakan dagingbinatang tersebut atau kemungkinan juga untuk tujuan lain.


Pecahan Kaedah


Berdasarkan kepada kaedah pertama diatas boleh dipecahkan bepada beberapa kaedah lain yang lebih kecil.  Antaranya:


 1.( عدم اشتراط النية فى عبادة لا تكون عادة أو لا تلتبس)


Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan kesamaran dengan yang lain.


Contohnya seperti beriman kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya, membaca al-Qur’an, zikir. Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan yang lain, tetapi diwajibkan niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu dengan yang lainnya.


 2. ( اشتراط التعيين فيما يلتبس دون غيره)


Disyaratkan ta’yin(menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.

 Contohnya yang disyaratkan ta’yin ialah seperti solat,  dan yang tidak diperlukan ta’yin adalah seperti taharah, haji dan umrah.


3. ( مالا يشترط التعرض له جماة وتفصيلا اذا عينه وأخطأ لم يضر) 


Sesuatu amalan yang tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci, apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan (tidak batal). 

Contohnya, seperti ta’yin tempat solat dan waktunya,ta’yin imam akan makmun dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka tidak batal solat tersebut.


4. ( ما يشترط فيها التعيين فالخطأ فيه مبطل)


Amalan-amalan yang disyratkan ta’yin, jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu.

Contohnya, tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.


5. ما يجب التعرض له جملة ولا يشترط تعيينه تفصيلا اذا عينه وأخطأ ضر))


Amalan-amalan yang wajib dita’arrudh baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat(batal). nbsp;nbsp;

Contohnya, seseorang yang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata  yang disembahyangkan itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka terbatal sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat itu.


6. النية فى اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعم الخاص))


 Iaitu niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz yang khas.


Contohnya, seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia niatkan orang itu Umar.


7. (مقاصد اللفظ على نية اللافظ الا فى موضع واحد وهو اليمين عندالقاضى) 

Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada  niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah sahaja iaitu sumpah dihadapan hakim.


Ini kerana sumpah dihadapan hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah.


8. (العبرة فى العقود للمقا صد والمعاني لا للالفاظ والمعاني)


Yang diambil kira dalam masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.


Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekia-sekian dengan harga ini”. Lalu dijawab oleh penjual, “ya, aku jualkannya kepada engkau”.

No comments:

Post a Comment