Monday, February 22, 2016

Dua laut tidak bercampur

air_laut_tidak_bercampur


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ (20)


"Dia membiarkan dua lautan mengalir dan keduanya akan bertemu, antara keduanya ada batasnya yang tidak dilampaui masing-masing"                    Surah Ar-Rahman : 19-20



air_laut_tidak_bercampur2


Menurut Dr. William W. Hay, Proffesor Sains Geologi Universiti Colorado, pada tahun 1942 setelah ratusan pusat penyelidikan marin dibina, mereka akhirnya menemui satu sempadan di antara Laut Maditeranean dan Laut Atlantik. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri air dalam sesebuah lautan adalah berbeza-beza bergantung kepada kemasinan, suhu dan ketumpatan.


وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا (53)


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir, yang ini airnya tawar lagi segar dan yang ini masin lagi pahit, dan Dia menjadikan dinding antara keduanya sebagai batas yang menghalangi". Surah Al-Furqan : 53


Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang ‘memisahkan’ antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil ‘ketegangan permukaan’ (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.


            Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, ‘ketegangan permukaan’ atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur’an diwahyukan.

No comments:

Post a Comment