حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَمَرِضْتُ بِمَكَّةَ مَرَضًا فَأَشْفَيْتُ مِنْهُ عَلَى الْمَوْتِ فَأَتَانِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالًا كَثِيرًا وَلَيْسَ يَرِثُنِي إِلَّا ابْنَتِي أَفَأَتَصَدَّقُ بِثُلُثَيْ مَالِي قَالَ لَا قَالَ قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ الثُّلُثُ كَبِيرٌ إِنَّكَ إِنْ تَرَكْتَ وَلَدَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَتْرُكَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ وَإِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى اللُّقْمَةَ تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ
Diriwayatkan dari al-Humaidi, diriwayatkan dari Sufyan, diriwayatkan dari Al-Zahri, beliau telah diberitahu oleh 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya, dia berkata ; Aku telah sakit teruk ketika di Makkah, kemudian aku sembuh dari sakit yang boleh membawa maut. Maka Rasulullah SAW sentiasa datang melawatku, kemudian aku bertanya Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah SAW ! Aku mempunyai harta yang banyak dan tiada yang akan mewarisiku melainkan seorang anak perempuanku. Apakah boleh aku sedeqahkan 2/3 dari hartaku ? Jawab Rasulullah SAW : Tidak. Aku berkata : Bagaimana kalau 1/2 ? Jawab Rasulullah SAW : Tidak. Aku berkata : kalau 1/3 Jawab Rasulullah SAW : 1/3 itu sudah banyak. Sesungguhnya adalah lebih baik kamu meninggalkan anak kamu kaya daripada meninggalkan mereka miskin, meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya apa yang kamu belanjakan akan diberi pahala walaupun satu suapan makanan kepada isterimu". Riwayat al-Bukhari
Pengertian Wasiat
Wasiat dari segi bahasa bermaksud berpesan. Sementara dari segi Istilah pula ialah Pesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimilikinya selepas dia meninggal dunia.
Rukun Wasiat
1. Orang yang berwasiat ( الموصِى )
- Berakal
- Baligh
- Merdeka
- Pilihan sendiri, tiada paksaan
2. Penerima Wasiat ( الموصًى له )
- Ada (masih hidup) semasa berwasiat
- Hendaklah ditentukan, jika kepada orang perseorangan
- Hendaklah orang yang boleh memiliki harta dan berhak
- Bukan pembunuh kepada pmilik wasiat
- Bukan untuk perkara maksiat
- Beragama Islam
3. Barang/Harta yang diwasiatkan ( الموصى به )
- Harta yang boleh dipusakai spt tanah atau rumah
- Bernilai pada syarak
- Boleh/Layak untuk dimiliki. Tidak sah barang yang tidak boleh dipindahmiliki spt
hukuman penjara dsb
- Kepunyaan orang yang berwasiat
- Bukan barang haram
4. Sighah (Ijab dan Qabul)
- Lafaz Sarih
- Lafaz Kinayah
Para fukaha' bersepakat bahawa tidak disyraratkan Qabul pada masa yang tertentu dan tidak disyaratkan bersegera menerima atau menolaknya.
No comments:
Post a Comment