Allah SWT telah menetapkan syurga sebagai balasan kepada hamba yang bertaqwa dan sebaliknya neraka bagi hamba-hambanya yang banyak dosa. Semua makanan,minuman dan segalanikmat syurga adalah untuk penghuni syurga sahaja, diharamkan kepada mana-mana penghuni neraka walaupun seteguk air dan begitulah sebaliknya. Kisah yang terpapar dalam al-Quran seperti ayat di bawah ini merupakan satu kukuh bukti yang tidak memerlukan sebarang penjelasan yang lebih lanjut.
Firman Allah SWT :
وَنَادَى أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ (50)
Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): Ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir". Surah al-'Araf.
Alangkah bernilainya seteguk air di akhirat... kalau kita fikirkan, kalau Allah berikan seteguk air takkan habis air tersebut, bahkan kalau diberi semua nikmat penghuni syurga kepada penghuni neraka, juga tidakkan habis nikmat itu kerana nikmat Allah itu amat banyak dan tidak akan habis.
Allah telah haramkan semua itu kepada ahli neraka... itulah kemuncak keadilan Allah.. nikmat akhirat hanya untuk org yang patuh kepada perintah Allah, jadi mana-mana org yang derhaka ketika di dunia, tidak layak untuk merasa, menyamah apatah lagi menikmati segala nikmat syurga walaupun hanya seteguk air !
Namun Allah SWT telah memberi banyak peluang dan ruang kepada setiap manusia yang berada di dunia ini untuk melepaskan diri daripada neraka Allah di akhirat nanti. Kalau kita lihat dan fikirkan setiap perkara yang kita buat seharian yang menjadi rutin harian kita, perkara yang diwajibkan kita buat tidaklah sebanyak mana, begitu juga perkara yang dilarang... yang paling banyak ialah perkara sunat. Perkara sunat inilah yang banyak membantu menambah pahala dan menambah mutu ibadah wajib kita... dan perkara sunat ini terlalu banyak dan amat mustahil untuk disenaraikan di sini kesemuanya...
Salah satu perkara sunat yang amat bernilai di sisi Allah dan boleh pula membantu kita mengelak dari neraka ialah sedekah. Banyak sekali dipaparkan dalam kisah orang-orang soleh dan mereka yang sempat bertaubat di kalangan umat terdahulu, tentang golongan yang dimasukkan ke syurga atau dilepaskan dari siksaan neraka kerana sedekah. Sesungguhnya kisah seorang perempuan zina yang sempat bertaubat kepada Allah sebelum ajalnya tiba, akhirnya dimasukkan ke syurga kerana telah memberi minum seekor anjing yang kehausan adalah satu kisah yang amat menarik untuk diteliti dan dijadikan contoh teladan sepanjang zaman.
Mari kita renung kisah seorang ahli syurga yang dalam perjalanan ke syurga, tiba-tiba disapa oleh salah seorang ahli neraka... yang paling istimewanya akhirnya ahli neraka tadi dimasukkan ke syurga kerana sedekahnya yang berupa seteguk air ! SETEGUK AIR je.. !!!
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ الرَّجُلَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ لَيُشْرِفُ عَلَى أَهْلِ النَّارِ فَيُنَادِيهِ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ النَّارِ : يَا فُلانُ ، أَمَا تَعْرِفُنِي ؟ قَالَ : لا ، وَاللَّهِ مَا أَعْرِفُكَ ، مَنْ أَنْتَ وَيْحَكَ ؟ قَالَ : أَنَا الَّذِي مَرَرْتُ بِي فِي الدُّنْيَا فَاسْتَسْقَيْتَنِي شَرْبَةَ مَاءٍ فَسَقَيْتُكَ ، فَاشْفَعْ لِي بِهَا عِنْدَ رَبِّكَ ، قَالَ : فَدَخَلَ ذَلِكَ الرَّجُلُ عَلَى اللَّهِ فِي زُوَّرِهِ ، فَقَالَ : يَا رَبِّ ، إِنِّي أَشْرَفَتُ عَلَى أَهْلِ النَّارِ فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَنَادَى : يَا فُلانُ ، أَمَا تَعْرِفُنِي ؟ فَقُلْتُ : لا ، وَاللَّهِ مَا أَعْرِفُكَ ، وَمَنْ أَنْتَ ؟ قَالَ : أَنَا الَّذِي مَرَرْتَ بِي فِي الدُّنْيَا فَاسْتَسْقَيْتَنِي فَسَقَيْتُكَ ، فَاشْفَعْ لِي بِهَا عِنْدَ رَبِّكِ ، يَا رَبِّ ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ ، قَالَ : فَيُشَفِّعُهُ اللَّهُ فِيهِ ، وَأَخْرَجَهُ مِنَ النَّارِ.* جامع الأحاديث القدسية، مسند أبي يعلى ، والطبرانى عن أبى أمامة وفيه عفير بن معدان ضعيف
Dari Anas RA, Rasulullah SAW telah bersabda ; Seorang ahli Syurga yang telah dimuliakan Allah telah disapa oleh seorang ahli neraka : Wahai pulan, tidakkah engkau mengenaliku ? Kata ahli syurga : Tidak. Demi Allah aku tidak mengenalimu. Siapa engkau ? Jawab ahli neraka tadi : Saya yang pernah memberi minum sedikit air kepadamu ketika di dunia dulu. Mintalah pertolongan kepada Allah bagi pihakku (tolong perakukan saya). Lalu ahli syurga tadi memunajat kepada Allah ; Ya Allah seorang dari ahli neraka berkata ; Wahai pulan, tidakkah engkau mengenaliku ? lalu saya berkata : Tidak. Demi Allah aku tidak mengenalimu. Siapa engkau ? Jawab ahli neraka tadi : Saya yang pernah memberi minum sedikit air kepadamu ketika di dunia dulu. Mintalah pertolongan kepada Allah bagi pihakku (tolong perakukan saya). Ya Allah hamba itu telah memberi sedikit air kepadaku ketika di dunia dulu, maka izinkan aku supaya dapat menolongnya. Lalu Allah berfirman ; Memang aku telah mengizinkan engkau untuk memberi pertolongan kepadanya. Maka bawalaha dia kerana sedekahnya (seteguk air ketika di dunia) telah memasukkannya ke syurga. Mari kita lihat pula kehebatan sedekah dan air melalui hadis di bawah ini..
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الأَرْضَ جَعَلَتْ تَمِيدُ فَخَلَقَ الْجِبَالَ فَعَادَ بِهَا عَلَيْهَا فَاسْتَقَرَّتْ فَعَجِبَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ شِدَّةِ الْجِبَالِ قَالُوا يَا رَبِّ هَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَىْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْجِبَالِ قَالَ نَعَمِ الْحَدِيدُ . قَالُوا يَا رَبِّ فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَىْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْحَدِيدِ قَالَ نَعَمِ النَّارُ. فَقَالُوا يَا رَبِّ فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَىْءٌ أَشَدُّ مِنَ النَّارِ قَالَ نَعَمِ الْمَاءُ. قَالُوا يَا رَبِّ فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَىْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْمَاءِ قَالَ نَعَمْ الرِّيحُ قَالُوا يَا رَبِّ فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَىْءٌ أَشَدُّ مِنَ الرِّيحِ قَالَ نَعَمِ ابْنُ آدَمَ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ بِيَمِينِهِ يُخْفِيهَا مِنْ شِمَالِهِ
Ketika Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptkan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kagum dengan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya? “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari pada gunung?” Allah menjawab, “Ada, iaitu besi. Para malaikat pun kembali bertanya, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari pada besi?” Allah menjawab, “Ada, iaitu api”. Para malaikat bertanya, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada api?” Allah menjawab, “Ada, iaitu air”. “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari air?” Allah menjawab, “Ada, iaitu angin” Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, “Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?” Allah menjawab, “Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.” ; Hadis riwayat Turmizi dan Ahmad.
عَنْ أَبي مُوسَى الصَّفَارُ ، قَالَ : سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ أَوْ سُئِلَ : أَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ الْمَاءُ ، أَلَمْ تَسْمَعْ إِلَى أَهْلِ النَّارِ لَمَّا اسْتَغَاثُوا بِأَهْلِ الْجَنَّةِ قَالُوا : أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ . ورواه البيهقي في شعب الإيمان برقم (3380) والذهبي في ميزان الاعتدال (4/224) من طريق موسى بن المغيرة به. *
Dari Abu Musa as-Shafaar, aku telah bertanya kepada Ibnu Abbas atau telah ditanya Ibnu Abbas : Apakah sedekah yang paling afdhal ? Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sebaik-baik sedekah adalah air. Tidakkah engkau mendengar ahli neraka apabila mereka merayu kepada penghuni syurga ; "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Kembali kepada kisah di atas tadi, dalam hadis lain Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa sedekah itu adalah salah satu benteng daripada neraka.
اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ
Peliharalah dirimu daripada dimasukkan ke dalam neraka walaupan dengan bersedekah sebelah tamar. Jika tidak mampu (tiada tamar) hendaklah bersedekah dengan perkataan yang baik. Hadis Bukhari, Muslim,Ahmad,Turmizi,Nasaie dll
Maka, marilah kita mengambil kesempatan yang ada untuk menambah pahala kita melalui sedekah sebelum ajal menjelma... Ingatlah firman Allah SWT ;
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10)
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. Surah al-Munafiquun.
* Hadis ini adalah Hadis Dhaif - tetapi ulama' membolehkan beramal dgnnya kerana ia hanya berkaitan dengan FADAAIL (KELEBIHAN AMALAN). Rujuk Sini
No comments:
Post a Comment