Disebutkan dalam sebuah kitab bahawa pada har kiamat nanti akan kedengaran suara yang akan memanggil-manggil:
"Datanglah Fulan bin Fulan. Kemudian akan datanglah Firaun yang mana dikepalanya dipakaikan songkok yang diperbuat dari api neraka, kemudian akan berseru lagi suara itu: "Di manakah orang-orang yang sombong dan takabur?
Maka mereka pun berangkat menuju ke neraka dengan diketuai oleh pemimpin mereka Firaun.
Akan kedengaran lagi suara yang memanggil: "Di mana Qabil. Maka Qabil pun didatangkan, berseru suara itu lagi:
"Di manakah orang-orang yang hasad dengki? Maka keluarlah mereka semua dikumpulkan dengan Qabil, yang mana Qabil selaku ketua mereka akan masuklah mereka semua ke dalam neraka.
Kemudian kedengaran suara memanggil: "Di mana Kaab bin Asyraf pemimpin ulamakYahudi? Disebut dalam sebuah hadis kalaulah Kaab bin Asyraf itu beriman kepada Allah, maka sudah tentu semua orang Yahudi akan beriman. Lalu suara itu berkata: "Dimanakah orang-orang yang menyembunyikan kebenaran dan menyembunyikan ilmu?. Lalu para malaikatpun membawa mereka semua beserta dengan ketua mereka iaitu Kaab bin Asyraf ke neraka.
Kemudian suara itu berkata lagi: "Dimanakah Abu Jahal?, maka Abu Jahal pun dihadapkan, kedengaran suara itu berkata: "Di manakah orang-orang yang mendustakan Allah dan RasulNya?. Maka orang-orang yang mendustakan Allah dan RasulNya itu pun menuju ke neraka diketuai oleh ketua mereka Abu Jahal.
Setelah itu kedengaran suara memanggil: "Di manakah Walid bin Mughiirah?. Maka Walid bin Mughiirah pun dihadapkan, lalu kedenganan suara memanggil: "Di manakah orang-orang yang mengejek orang fakir muslim, maka kesemua mereka yang mengejek orang fakir muslim pun dihadapkan dan terus dimasukkan ke dalam neraka dengan diketuai oleh ketua mereka Walid bin Mughiirah.
Kemudian suara itu berkata: "Di manakah Ajda', orang yang celaka yang menganjurkan liwat (homoseks) yang terdiri dan kaumLuth. MakaAjda' pun dihadapkan. Lalu suara itu berkata lagi: "Dimanakah orang-orang yang melakukan liwat (homoseks), maka kesemua mereka yang melakukan liwat itu pun dihadapkan dan dibawa masuk ke dalam neraka dengan diketuai oleh ketua mereka Ajda'. Berkata suara lagi: "Di manakah Umru-ul Qais?. Maka dia pun dihadapkan dan dikumpulkan semua orang-orang ahli sihir yang semuanya penipu lalu dibawa ke neraka dengan diketuai oleh ketua mereka Umru-ul Qais
Kedengaran suara berkata: "Di manakah Musailamatul Kadzdzab?, maka dia pun dihadapkan dengan kesemua orang-orang yang mendustakan kitab Allah, maka kesemua mereka dimasukkan ke dalam neraka dengan diketuai oleh ketua mereka Musailamatul Kadzdzab.
Kemudian suara benkata lagi: "Di manakah Iblis terkutuk?.
Maka Iblis pun dihadapkan. Lalu berkata Iblis terkutuk: Wahai Hakim yang maha adil hadapkanlah segala bala tenteraku, para muadzdzin aku ialah para pembacaku, mereka berjabat tangan menyetujui aku, para menteri aku ialah ahli fiqh aku, para penjaga aku ialah para pedagang aku, para pemukul gendang aku adalah para penghuluku. Iblis ditanya: "Wahai yang terkutuk, katakan siapakah para tenteramu itu ?.
Maka Iblis pun berkata: "Tenteraku ialah mereka yang mempunyai sifat rakus, para mu-adzdzinku ialah orang yang salah bacaannya, para pembacaku ialah para penyanyi. Orang yang menyetujui aku ialah mereka yang mengiris muka atau tangannya kemudian diberi nila dan orang yang meminta demikian. Para ahli fiqh aku ialah mereka yang menghina makanan yang dihalalkan. Para penjagaku ialah mereka yang mendampingi arak sehingga memabukkan dan mereka tidak mahu mengeluarkan zakat. Para pemukul gendang aku ialah mereka yang memukul gendang dan rebana, para penghuluku ialah mereka yang menanam pohon-pohon anggur untuk dibuat arak.
Kemudian keluarlah seekor ular yang panjang lehernya 500 tahun perjalanan dan mengumpulkan mereka dan mengusir mereka ke neraka.
Setelah itu semua makhluk dipanggil untuk dihisab. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, orang yang pentama akan memasuki syurga ialah Muhammad SAW, maka dipakaikan kepada Rasulullah SAW ke atas kepalanya mahkota dari cahaya, memakai pakaian sutera hijau dan dibawakan dihadapannya 70,000 bendera dan baginda sendiri membawa bendera pujian, kemudian ada suara yang memanggil: "Dimanakah orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan berbuat baik kepada orang-orang fakir, dan mengikuti jalan Nabi Muhammad SAW dan sunnahnya. Maka mereka semua diperintahkan masuk ke syurga dengan didahului oleh Rasulullah SAW
Kemudian didatangkan Nabi Adam as, dikepalanya terdapat mahkota dan cahaya dan terdapat 8,000 bendera di hadapannya.
Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berhaji dan berumrah?
Maka ikutlah kamu semua dengan diketuai oleh ketua kamu Nabi Adam as.
Lalu didatangkan Nabi Ibrahim as dengan di depannya sebanyak 20,000 bendera lalu dikatakan kepadanya: "Di manakah orang-orang yang menyenangi para tetamu dan berbuat baik pada orang musafir . Maka masuklah ke dalam syurga dengan didahului oleh ketua mereka Nabi Ibrahim as.
Kemudian Nabi Yusuf as didatangkan, di hadapannya terdapat 10,000 bendera dan dikatakan: "Di manakah orang-orang yang telah menahan hawa nafsu ketika mampu ? Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Nabi Yusuf as sebagai ketua.
Setelah itu didatangkan Nabi Ya'qub as dan suara memanggil: "Di manakah orang yang berbaik-baik( dengan para jiran tetangganya? Lalu masukah mereka semua ke dalam syurga dengan diketuai oleh Nabi Ya'qub as.
Kemudian didatangkan Nabi Musa as dan suara berkata:
"Di manakah orang yang mengatakan yang hak, yang benar kerana Allah SWT. Maka masuklah mereka semua ke syurga dengan didahului oleh ketua mereka Nabi Musa as.
Kemudian didatangkan Nabi Harun as dan dikatakan: "Di manakah orang-orang yang bertindak adil dalam pemerintahannya ?. Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Nabi Harun as sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Abu Bakar As-Sidiq ra dan dikepalanya terdapat mahkota yang bercahaya dan memakai pakaian dan sutera halus dan kasar. Kemudian dikatakan: "Di manakah orang-orang yang jujur. Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Abu Bakar Sidiq sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Umar ra dan dikatakan: Dimanakah orang-orang yang mengajak kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar? Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Umar ra sebagai ketua.
Lalu didatangkan Utsman bin Affan ra padanya pakaian rasa malu lalu dikatakan: "Di manakah orang-orang yang tidak derhaka kerana malu kepada Allah SWT. Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Utsman bin Affan sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Au bin Abi Talib dan dikatakan:
"Di manakah orang yang berperang, orang yang berjuang di jalan Allah. Maka masuklah kamu semua ke dalam syurga dengan didahului oleh lii bin Abi Talib sebagai ketua.
Setelah itu didatangkan Hasan dan Husin ra dikatakan: "Di manakah orang-orang yang dianiayai dan dibunuh kerana taat kepada Allah SWT. Maka masuklah ke semua mereka ke dalam syurga dengan didahului oleh Hasan dan Husin ra sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Mu'adz bin Jabal dan dikatakan:
"Di manakah para ahli fiqh. Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Mu'adz bin Jabal sebagai ketua. Kemudian didatangkan Bilal bin Rabbah ra dan dikatakan: "Di manakah para muadzin? Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Bilal bin Rabbah ra sebagai ketua.
No comments:
Post a Comment