Tuesday, February 16, 2016

Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (Syak)

Kaedah Kedua


الْيَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّك


ِّMaksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku , maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu.


 Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan baru yang dapat menghilangkannya.


 Asal kaedah ini dengan berdalilkan hadis, antaranya:




  1. a)      Hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Muslim. Nabi bersabda:


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ ، فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى أَثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا ؟ فَلْيَطْرَحْ الشَّكَّ ، وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ.


Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan.


Pecahan kaedah
 


 Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain. Antaranya : 




  1. الأصل بقأ ما كان على ما كان 
    Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya.


 Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya atau akhir dengan mengikut sabit hukum pada masa lampau.


Daripada kaedah ini terbentuk beberapa masalah, contohnya:


         Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih berhadas.


        Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh) maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal.



    الْأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.


Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa. Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:


         Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam(peminjam) dan ia menuntut gantirugi barang tersebut, kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan penafian peminjam barang.


         Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas daripada tanggungjawab.



  الْأَصْلُ الْعَدَمُ  Asalnya sesuatu itu tidak ada.


Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu hendaklah dikembalikan kepadanya, hingga sabit perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal itu. Daripada pecahan kaedah ini lahir beberapa hukum dan masalah fekah:


        Seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan bahawa ia diizinkan, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan tersebut. Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat keizinan.


        Seseorang menafikan ia melakukan persetubuhan dengan seseorang, maka hendaklah diterima penafiannya, kerana asalnya dan mengikut asalnya tidak ada perhubungan seks.



   مَنْ شَكَّ هَلْ فَعَلَ شَيْئًا أَوَّلًا ؟ فَالْأَصْلُ أَنَّهُ لَمْ يَفْعَلْهُ Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, maka dianggap ia belum melakukaknnya.


Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini. Di  antara contoh yang terbit  darinya:


         Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.


        Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.


        Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga.



    الْأَصْلُ فِي كُلِّ حَادِثٍ تَقْدِيرُهُ بِأَقْرَبِ زَمَنٍ  Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang paling hampir sekali.


Berdasarkan kaedah ini tersebut beberapa hukum, contohnya:


         Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie dan wajiblah ia mengulangi sembahyang yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.


        Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.



   الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ  Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan haram.


Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda’ yang diriwayatkan oleh Bazzar dan al-Tabrani: 


{ مَا أَحَلَّ اللَّهُ فَهُوَ حَلَالٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ ، فَاقْبَلُوا مِنْ اللَّهِ عَافِيَتَهُ فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُنْ لِيَنْسَى شَيْئًا } أَخْرَجَهُ الْبَزَّارُ وَالطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي الدَّرْدَاءِ بِسَنَدٍ حَسَنٍ.


Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.


وَرَوَى الطَّبَرَانِيُّ أَيْضًا مِنْ حَدِيثِ أَبِي ثَعْلَبَةَ { إنَّ اللَّهَ فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضَيِّعُوهَا ، وَنَهَى عَنْ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا ، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا ، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ مِنْ غَيْرِ نِسْيَانٍ ، فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا } وَفِي لَفْظٍ { وَسَكَتَ عَنْ كَثِيرٍ مِنْ غَيْرِ نِسْيَانٍ فَلَا تَتَكَلَّفُوهَا رَحْمَةً لَكُمْ فَاقْبَلُوهَا }


        Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:


        Binatang yang tidak jelas atau samar-samar nas tentang haramnya, hukumnya adalah halal dimakan.


         Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak diketahui nama dan hukumnya adalah halal dimakan



  الْأَصْلُ فِي الْكَلَامِ الْحَقِيقَةُ  Asal di dalam percakapan ialah hakikat.


Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa masalah dan hukum, contohnya:


         Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati.


          Jikalau seseorang itu bersumpah tidak akan membeli, selepas  itu ia mewakilkan kepada orang lain supaya membeli, ia tidak wajib membayar kaffarah.





  1. الْأَصْلُ فِي الْأَبْضَاعِ التَّحْرِيمُ  Kemaluan perempuan itu asalnya haram.


Berdasarkan kaedah ini lahir  beberapa hukum dan masalah, contoh seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan yang dia tidak yakin sama ada perempuan itu mahramnya atau ajnabi, maka haram dia berkahwin dengannya, kerana berdasarkan pengharaman asalnya.

No comments:

Post a Comment