Sebelum ini, manusia memikirkan bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel ibu, ataupun sekurang-kurangnya, jantina ini dipercayai ditentukan oleh sel ayah dan ibu bersama-sama. Tetapi dalam Al-Qur’an, kita diberikan satu maklumat, di mana dinyatakan bahawa ciri-ciri seks keperempuanan atau kejantanan telah diciptakan dari ‘setitis air mani yang dipancutkan’.
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَى (45) مِنْ نُطْفَةٍ إِذَا تُمْنَى (46)
Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani yang dipancutkan. Surah an-Najm:45-46.
Kemajuan dalam bidang genetik dan biologi molekul secara saintifik telah mengesahkan ketepatan maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. ianya difahami kini bahawa jantina bayi adalah ditentukan oleh sel sperma dari lelaki, dan bahawa perempuan tidak mempunyai peranan dalam menentukan jantina ini.
Kromosom adalah unsur utama dalam menentukan jantina. Dua dari 46 kromosom yang menentukan struktur manusia dikenali sebagai Kromosom Seks. sepasang kromosom ini dipanggil ‘XY’ dalam lelaki dan “XX’ dalam perempuan, berdasarkan kepada bentuk kromosom ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkod kejantanan, dan kromosom X membawa gen-gen yang mengkod ciri-ciri keperempuanan.
Pembentukan manusia bermula dengan kombinasi adalah satu dari kromosom ini, yang wujud dalam lelaki dan perempuan secara berpasangan. Dalam perempuan, kedua komponen sel seks yang membahagi kepada dua sewaktu proses pengovulan , adalah kromosom X. Sel seks dalam lelaki pula, menghasilkan dua jenis sperma, satu yang mengandungi kromosom X dan satu lagi kromosom Y. Sekiranya satu kromosom X dari perempuan disenyawakan oleh satu sperma yang mengandungi kromosom X dari lelaki, maka bayi yang akan lahir ialah perempuan. Sekiranya disenyawakan oleh sperma yang mengandungi kromosom Y, maka jantina bayi adalah lelaki.
Dalam perkataan lain, jantina seorang bayi adalah ditentukan oleh kromosom dari lelaki yang mensenyawakan ovum perempuan.
Pengetahuan tentang fakta ini baru diketahui dalam bidang genetik di abad ke 20. sebenarnya. Dalam banyak kebudayaan manusia, adalah menjadi satu kepercayaan bahawa jantina seks bayi ditentukan oleh si perempuan. Ini adalah sebab mengapa perempuan akan dicerca apabila melahirkan anak perempuan.
13 kurun sebelum gen manusia ditemui, Al-Qur’an telah mendedahkan maklumat yang menafikan tahayul ini, dan menunjukkan bahawa penentuan jantina tidak berkaitan dengan fungsi sel ovum, tetapi adalah oleh sperma yang dihasilkan oleh lelaki.
No comments:
Post a Comment