Tuesday, February 16, 2016

Mandi

Pengertian


Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh anggota badan dengan niat.


Firman Allah SWT ;


وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا


“Jika kamu berjunub (berhadas besar), maka bersucilah (dgn mandi wajib). Surah al-Maidah : 6


BAHAGIAN MANDI




  1. MANDI  SUNAT


Mandi yang diniatkan kerana tujuan yang tertentu spt Mandi Sunat Hari Jumaat ( bagi org yang nak pergi solat Jumaat), mandi hari raya, mandi ihram, mandi kerana memeluk Islam.


     2. MANDI  WAJIB


Mandi  yang disertai niat kerana berhadas besar disebabkan oleh haid, nifas, wiladah, berjunub, keluar mani dan mati selain drp mati syahid.


  1. MANDI HARUS


Mandi selain drp Mandi Sunat dan Mandi Wajib utk menyegarkan dan m enghilang bau badan.


PERKARA YANG MENYEBABKAN MANDI WAJIB


1.Keluar haid.
2. Keluar Nifas.
3. Wiladah.
4. Keluar mani
5. Bersetubuh.
6. Mati selain drp mati syahid.

PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA BERHADAS BESAR


1.Solat sama ada solat Fardhu @ solat sunat.
2. Sujud Tilawah @ Sujud Syukur.
3. Membaca @ menyentuh al-Quran.
4. Tawaf sama ada Tawaf Fardhu @ Tawaf sunat.
5. Berhenti dalam masjid.

Larangan bagi Perempuan Haid/Nifas


1.Puasa sama ada Fardhu @ sunat.
2. Bergurau senda di antara pusat dan lutut bagi lelaki.
3. Melakukan persetubuhan.
 

RUKUN MANDI WAJIB




  1. Niat mandi wajib iaitu bketika air sampai pada mana-mana anggota badan.


 نَوَيْتُ رَفْعَ الحَدَثِ الأَكْبَرِ لِلّهِ تعالى


Sahaja Aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.



 
2. Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk celah-celah kulit, rambut, bulu, celah jari kaki dan tangan, kuku dan  kemaluan.


 

PERKARA SUNAT KETIKA MANDI WAJIB


1. Mulakan mandi dengan basmalah.
2. Mendahulukan anggota sebelah kanan.
3. Berwuduk sebelum mandi.
4. Bersihkan kotoran @ najis yang menghalang air sampai ke kulit.
5. Menyelati jari kaki, tangan, janggut dan rambut.
6. Mengosok seluruh anggota badan.
7. Berdoa selepas mandi

No comments:

Post a Comment