Tuesday, February 9, 2016

Kisah pemuda dengan tukang gunting

Seorang pemuda yang beriman telah melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai Athies dan Free Thinkers.


Pemuda tersebut tertarik dengan fesyen rambut beberapa lelaki di bandar tersebut. Dia ingin menguntingkan rambut mengikut fesyen tersebut. Maka diapun, masuk ke salah satu kedai gunting yang berdekatan.


Kebetulan, tukng gunting tersebut seorang yang fasih berbahasa English dan amat peramah. Mereka berduapun berbual-bual sambil mengunting rambut. Banyak perkara yang dibualkan dari hal peribadi masing-masing. Tukang guting tersebut telah mengambil kesempatan utk bertanya tentng Islam, tujuannya bukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam, tetapi lebih untuk menimbulkan rasa sangsi pemuda tersebut terhadap Islam.


Tukang gunting berkata : "Sebenarnya TUHAN tidak ada. Kalau TUHAN ada takkanlah dunia ini tidak aman.  Banyak sekali jenayah, gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya. Walhal, umat Islamlah yang paling banyak mendapat bencana spt peperangan, kebuluran, kemunduran dsb".


Pemuda itu hanya diam. Pening juga macam mana nak jawab.


Tambah tukang gunting itu lagi..


"Sebab itulah kami di sini tidak menganut sebarang agama. Kami berangapan bahawa TUHAN itu TIADA". Kamu lihat negara kami lebih aman dan makmur berbanding dengan sesetengah negara Islam".


Pemuda tadi terus membisu... jam dirasakan teramat lambat berputar.  Namun di dalam hatinya berdoa semoga Allah membantunya.


Tukang gunting dengan senyum sinis semakin galak menerangkan tentang kehebatan dan kemakmuran negaranya yang tidak percayakan wujudnya TUHAN.


Selesai saja proses mengunting rambut. Pemuda tadi terus membayar upahnya. Dia bergegas keluar.


Baru saja dia nak membuka pintu kedai gunting tersebut, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki peminta sedekah yang berpakain lusuh,kotor dan rambutnya panjang tidak terurus sedang berjalan di depan kedai tersebut. Lalu datanglah pertolongan Allah...


Maka pemuda tadi mendapat idea...


Dia tidak jadi keluar, terus menoleh kepada tukang gunting sambil berkata ;


"Sebenarnya, di dunia ini semuanya ada... termasuklah adanya TUHAN. Kecuali satu perkara sahaja yang tidak ada di dunia ini"


Terkejut tukang gunting tadi.. lalu bertanya;


"Apakah satu perkara yang tidak terdapat di dunia ini ?"


Dengan selamba pemuda tadi menjawab : "TUKANG GUNTING"


Kata tukang gunting dengan penuh emosinal : "Kan kamu yang bergunting dengan saya tadi"


Pemuda itu membalas : "kalau ada tukang gunting di dunia ini.. takkanlah peminta sedekah itu berambut panjang"


Jawab tukng gunting : "Itu salah dia. Kalau dia pergi mendapatkan saya, tentu saya guntingkan rambutnya."


Pemuda berkata : "Begitulah juga dengan masalah dunia sekarang. TUHAN itu ada, bukannya TIADA. Itu semua salah manausia. Kalau mereka mengadu atau meminta pertolongan kepada TUHAN, tentu semua masalah itu akan selesai."


Pemuda itu menambah. "Ini tidak, lari dari TUHAN, malah sesetengahnya menganggap TIADA TUHAN"


Tukang gunting itu terlopong dan tunduk malu. Niatnya untuk mengenakan pemuda tadi nampaknya tidak berjaya, sebaliknya dia yang TERKANTOI..


Pemuda tadi terus keluar.


Sekian.


 

No comments:

Post a Comment