Saturday, February 13, 2016

Arak


“jika sebuku roti yang kita makan telah dicampur dgn walaupun setitik arak…. hukumnya tetap haram”



Persoalannya bukan minum/makan dengan banyak @ sedikit.Bukan mabuk @ tidak.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91)


Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum)?arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). Ayat 90-91, surah al-Maidah.


Arak adalah salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi.


Allah SWT telah mengkategorikannya sebagai salah satu daripada perbuatan syaitan berdasarkan firman Allah dalam ayat 90 Surah al-Maidah.


Jelas, arak merupakan kebudayaan Jahiliyyah. Logiknya, sesiapa yang mengamalkan budaya sesuatu kaum, bermakna dia adalah tergolong dalam kaum tersebut. Oleh yang demikian, orang yang meminum arak bermakna dia juga merupakan orang Jahiliyyah yang sesat dan menentang ISLAM !


Arak merupakan senjata syaitan bagi memerangkap manusia supaya melakukan dosa. Tentunya kita masih ingat bagaimana kisah seorang anak Khalifah Umar telah digoda oleh seorang   wanita Yahudi. Hasil perangkap wanita itu, dia telah terminum arak dan akhirnya telah lahir anak dari benihnya.


Semua ini terus berleluasa selagi wujudnya manusia-manusia rakus yang terus menghidupkan budaya Jahiliyyah ini. Sesiapa yang tidak menjauhkan, sebaliknya meminumnya @ terlibat dengannya, maka sesungguhnya dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya. Lalu dia berhak untuk diazab oleh Allah.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا ثُمَّ لَمْ يَتُبْ مِنْهَا حُرِمَهَا فِي الْآخِرَةِ


Sabda Rasulullah SAW ;Sesiapa yang minum arak di dunia,dan dia tidak sempat bertaubat, ia diharamkan meminumnya di akhirat. Hadis Sahih Riwayat Bukhari ,Muslim,an-Nasaie,Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Baihaqi.
 


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَال قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ وَمَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا فَمَاتَ وَهُوَ يُدْمِنُهَا لَمْ يَتُبْ لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الْآخِرَةِ


Dari Ibnu Amru sesungguhnya Rasulullah SWA telah bersabda ? Setiap perkara yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang telah minum arak di dunia dan mati tanpa sempat bertaubat, dia tidak akan dapat minum arak di Syurga?. Hadis Sahih Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi .


عَنْ جَابِرٍأَنَّ رَجُلًا قَدِمَ مِنْ جَيْشَانَ وَجَيْشَانُ مِنْ الْيَمَنِ فَسَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَرَابٍ يَشْرَبُونَهُ بِأَرْضِهِمْ مِنْ الذُّرَةِ يُقَالُ لَهُ الْمِزْرُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَ مُسْكِرٌ هُوَ قَالَ نَعَمْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ إِنَّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ قَالَ عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ


Dari Jabir RA bahawa seorang lelaki dari Jaisyan (Yaman) bertanya kepada Nabi SAW tentang sejenis minuman  yang dinamakan al-Mizru. Nabi SAW bertanya : Adakah ia memamukkan ? Jawab lelaki tersebut ; Ya. Lalu Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berjanji bahawa sesiapa yang minum arak akan diberi minuman daripada ?Thinatul Khabal?, lalu kami bertanya, wahai Rasulullah SAW, apakah Thinatul Khabal itu ? Jawab beliau, peluh ahli neraka @ nanah ahli neraka?. Hadis Sahih Riwayat imam Ahmad, Muslim, Nasaie.


Tidak akan masuk syurga orang yang derhaka kepada ibubapa dan penagih arak. Hadis Sahih. Riwayat imam Ahmad (201/2), Nasaie (218/8), Thahawi dlm kitab Musykal al-Athar (395/1) iman Albani dlm kitabnya Shahih al-Jami' (7553).


Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda bahawa 3 golongan yang diharamkam masuk ke syurgaiaitu penagih arak, derhaka kpd kedua ibubapa dan dayus iaitu lelaki yang membiarkan maksiat berlaku dlm keluarganya. Hadis Sahih riwayat imam Ahmad (128, 69/2 ), al-Hakim (174/4), al-Baihaqi (288/8) dan imam Albani dalam kitabnya Shahih al-Jami’ (7553).


Namun terdapat di kalangan umat islam yang cuba untuk mempermainkan hukum Allah ini dengan menggunakan kelicikan akalnya dengan berkata bahawa Allah telah mengharamkan arak kerana ia memabukkan, tapi saya minum, tak mabuk pun.. jadi tak haramlah katanya… inilah jenis manusia yang menggunakan fikirannya yg berkiblatkan nafsu…


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ


Dari Jabir Bin Abdullah bahawa Rasullullah SAW telah bersabda : “Apa yang boleh menjadi mabuk jika minum/makan dengan banyaknya, maka minum/makan hanya sedikit sahajapun tetap haram“. Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Nasaie.


Persoalannya bukan minum/makan dengan banyak @ sedikit. Bukan mabuk @ tidak. Asalkan seteguk atau setitik arak sudah memadai, tetap haram. Contohnya, jika sebuku roti yang kita makan telah dicampur dgn walaupun setitik arak semasa proses pembuatannya dalam apa keadaan sekalipun, hukumnya tetap haram, walaupun atas alasan supaya tahan lama @ roti tersebut lebih lembut dsb.


Begitu juga Allah telah mengharamkan sesuatu yang haram sebagai ubat. Jadi, penggunaan arak sebagai ubat juga adalah haram.Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan ubat bagi umatku daripada benda yang diharamkan ke atasnya” Hadis Shahih Riwayat at-Thabarani dan al-Baihaqi.


Allah telah menetapkan hukuman bagi peminum arak ini hukuman rotan/sebatan minimum sebanyak 40 kali dan maksimumnya sebanyak 80 kali (terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’). kalaulah hukuman ini dapat berjalan, tentu semua org takut minum arak…. 40 kali boleh mati kalau kena….


Rasulullah SAW telah memberi amaran keras berkenaan dengan arak sebagaimana sabdanya :


لُعِنَتْ الْخَمْرُ وَشَارِبُهَا وَسَاقِيهَا وَبَائِعُهَا وَمُبْتَاعُهَا وَحَامِلُهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَعَاصِرُهَا وَمُعْتَصِرُهَا وَآكِلُ ثَمَنِهَا


Dilaknat pada arak, peminumnya, penuangnya, pembelinya, orang yang minta dibelikan, pembawanya, orang yang minta dibawakan kepadanya, pemerahnya, orang yang minta diperahkan dan orang yang makan dari hasil arak. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.


Sesunggyhnya Allah telah melaknat…… 9 golongan yang berkaitan/terlibat dgn arak iaitu ;
1) Pemerah (pekerja)
2) Org yang minta diperah
3) Peminum arak
4) Pembawa
5) org yg minta dibawa
6) Penuang
7) Penjual
8) org yg minta dijualkan
9) org yg makan hasil dari arak
 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ كَعَابِدِ وَثَنٍ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Penagih arak adalah seperti penyembah berhala. Riwayat Ibnu Majah.


Dalam kitab Tanbihul Ghafilin, Muaz bin Jabal telah menceritakan Rasulullah SAW telah mentafsirkan ayat 18 surah An-Naba’ yang bermaksud “Pada hari ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok” di mana terdapat 12 kelompok yang akan dihalau ke padang Mahsyar, salah satunya ialah golongan pemimum arak. Golongan ini akan dihalau dalam keadaan buta mata dan buta hati, gigi mereka spt tanduk lembu, lidah panjang sampai ke perut dan paha…


Dalam hadis lain, Rasulullah SAW telah menjelaskan 15 perkara yang menyebabkan turunnya bala drp Allah SWT, di antaranya ialah minuman arak yang semakin berleluasa…


Bagaimnakah keadaan orang Islam yang bekerja di restoran-restoran, kelab malam, agensi pengiklanan dan sebagainya yang menuang, membawa, mempromosi, menjual dan mencari rezeki dari sumber arak ini ?


Sama-samalah kita fikirkan !!!


Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda ;


Sesiapa yang meminum arak sebanyak 40 kali, namanya akan dicatatkan dalam SIJJIL (senarai ahli neraka) segala ibadahnya tidak akan diterima melainkan ia bertaubat.


Rasulullah SAW telah berwasiat tentang orang yang minum arak. Di antaranya ialah :


1) jangan bagi salam
2) jangan ziarahinya ketika dia sakit
3) jangan sembahyangkan mayatnya
4) matinya macam penyembah berhala


Abdullah bin Mas’ud telah bersumpah :


"Mayat peminum arak akan berpaling dari arah kiblat. Jika tidak, bunuhlah aku !"


Rasulullah SAW juga ada bersabda :


"Orang yang minum arak, pada hari qiamat nanti mukanya hitam, matanya biru, lidah terjulur hingga ke dada, mulutnya penuh nanah hinggakan ahli neraka sendiri yang membencinya"


Sabda Rasulullah SAW :


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمْ الْأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ


Dari Abu Malik al-Asyhari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda "Sesungguhnya akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum arak, mereka menamakannya dengan nama-nama yang lain, mereka dilalaikan dengan muzik dan nyayian-nyayian , ALLAH akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan mereka menjadi kera dan babi.  Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

No comments:

Post a Comment