Dalam sebuah hadis sahih yang diriwaytkan oleh Muslim, Rasulullah SAW telah menceritakan tentang orang terakhir masuk syurga. Penghuni syurga ini adalah orang yang terakhir keluar dari neraka kerana telah habis tempoh siksaannya dan di kemudian dimasukkan ke dalam syurga. Setelah dia keluar dari neraka, maka pintu nerakapun ditutuup selama-lamanya, tiada seorangpun yang akan dikeluar dari situ, semua yang tinggal di neraka tersebut akan kekala selam-lamanya.
عن عبدالله بن مسعود رضي الله أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((آخر من يدخل الجنة رجل، فهو يمشي مرة، ويكبو مرة، وتسفعه النار مرة، فإذا ما جاوزها التفت إليها، فقال: تبارك الذي نجاني منك، لقد أعطاني الله شيئاً ما أعطاه أحداً من الأولين والآخرين، فترفع له شجرة، فيقول: يا رب، أدنني من هذه الشجرة فلأستظل بظلها، وأشرب من مائها، فيقول الله عز وجل: يا ابن آدم لعلي إن أعطيتكها سألتني غيرها؟ فيقول: لا، يا رب ويعاهده أن لا يسأله غيرها، قال: وربه عز وجل يعذره، لأنه يرى ما لا صبر له عليه، فيدنيه منها، فيستظل بظلها، ويشرب من مائها، ثم ترفع له شجرة هي أحسن من الأولى، فيقول: أي رب، أدنني من الشجرة لأشرب من مائها وأستظل بظلها، لا أسألك غيرها فيقول: يا ابن آدم، ألم تعاهدني أن لا تسألني غيرها؟ فيقول: لعلي إن أدنيتك منها تسألني غيرها؟ فيعاهده أن لا يسأله غيرها، وربه تعالى يعذره، لأنه يرى ما لا صبر له عليه، فيدنيه منها، فيستظل بظلها، ويشرب من مائها، ثم ترفع له شجرة عند باب الجنة، وهي أحسن من الأوليين، فيقول: أي رب أدنني من هذه لأستظل بظلها، وأشرب من مائها، لا أسألك غيرها، فيقول: يا ابن آدم، ألم تعاهدني أن لا تسألني غيرها؟ قال: بلى، يا رب لا أسألك غيرها – وربه عز وجل يعذره، لأنه يرى ما لا صبر له عليه، فيدنيه منها، فإذا أدناه منها سمع أصوات أهل الجنة فيقول: أي رب أدخلنيها، فيقول: يا ابن آدم، ما يصريني منك، أيرضيك أن أعطيك الدنيا ومثلها معها؟ قال: يا رب، أتستهزئ مني وأنت رب العالمين؟ فضحك ابن مسعود، فقال: ألا تسألوني مم أضحك؟ فقالوا: مم تضحك؟ قال: هكذا ضحك رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقالوا: مم تضحك يا رسول الله؟ فقال: من ضحك رب العالمين، حين قال: أتستهزئ مني وأنت رب العالمين؟ فيقول: إني لا أستهزئ منك، ولكني على ما أشاء قادر))أخرجه مسلم
Daripada Abdullah bin Masud RA, Rasulullah SAW bersabda : Orang terakhir masuk syurga (terakhir keluar dari neraka) ialah seorang lelaki yang kadang-kadang dia berjalan, kadang-kadang dia tersembam jatuh dan kadang-kadang dia terbakar oleh api neraka, sehinggalah dia berjaya keluar dari neraka. Lalu dia berkata : "Segala puji Allah yang menyelamatkanku dari neraka. Sesungguhnya Allah SWT telah menganugerahkan aku sesuatu anugerah yang tidak dianugerahkan kepada sesiapapun sama ada orang yang terdahulu mahupun orang yang terkemudian daripadaku"
Ia pun melihat sebatang pokok yang amat jauh lalu berkata : "Ya Allah, dekatkan aku ke pohon itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya, Aku berjanji tidak akan meminta selain daripanya" .
Allah pun bertanya padanya, "Wahai cucu Adam, jika aku dekatkan kau ke pohon itu, apa kau akan meminta hal lain lagi kepadaKu?" Orang itu pun segera menjawab, "Tidak wahai Rabbku, aku berjanji tidak akan meminta hal lain," ujarnya yang tak sabar menikmati keteduhan dibawah pohon setelah sekian lama dihukum di neraka. Saat itu, pohon yang dihadapan matanya sangat menggiurkan. Allah pun mengabulkan permintaannya. Ia pun berada di bawah pohon itu, kemudian segera meminum air darinya.
Namun setelah itu, ia kembali melihat ada sebatang pohon di depan pintu syurga. Namun pohon yang dilihatnya lebih rendang dan lebih indah dari pohon pertama yang ia telah berteduh dibawahnya. Melihatnya, lupa sudah janjinya. Ia kembali meminta pertolongan Allah agar didekatkan pada pohon kedua itu. "Wahai Allah, mohon dekatkan aku ke pohon itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya. AKu tidak akan meminta hal lain lagi," katanya.
Allah pun berfirman, "Hai cucu Adam, bukankah kau telah berjanji tak akan meminta hal lain?"
Orang itu pun menjawab, "Iya, benar ya Allah, tapi kali ini saja... Aku benar-benar tak akan meminta hal lain lagi," pintanya.
Allah pun memaklumi dan dengan kasih sayangNya, Allah mendekatkan orang itu ke pohon kedua. Orang itu pun dapat berteduh di pohon yang jauh lebih indah dan rendang dari pohon pertama itu.
Namun ternyata, pohon kedua itu berada dekat dengan pintu surga. Setiba di pohon tersebut, ia mendengar suara penghuni syurga yang diliputi kebahagiaan. Apa daya, ia tak kuasa ingin memasukinya. Lagi, ia melanggar janjinya dengan Allah. Ia kembali meminta kepada Allah, ia ingin agar Allah memasukkannya ke dalam syurga.
"Ya Allah ya Rabb, Masukkanlah aku ke sana," pintanya.
Allah Ta'ala pun kembali berkata, "Hai cucu Adam! Hal apa yang membuatmu puas, apakah kau ingin Aku berikan dunia dan segala isinya?"
Orang itu pun menjawab, "Ya Tuhanku, apakah Kau mempermainkanku... pdahal Kaulah Tuhan pemilik alam semesta," ujarnya.
Allah pun tertawa seraya berfirman, "Aku tidak mengejekmu, tapi Aku Maha kuasa mewujudkan apa yang engkau inginkan"
Ketika penghuni syurga terakhir berkata kepada Allah, "Ya Tuhanku, apakah engkau tengah mengejekku... Tentu saja Kaulah Tuhan pemilik alam semesta," Ibnu Mas'ud pun ketawa. Ia berkata kepada orang-orang yang mendengar kisah itu, "Apakah kamu semua tahu kenapa aku ketawa?" Para sahabat lain pun menjawab, "Ya, mengapa kau ketawa?"
Ibnu Mas'ud pun menjawab, "Keranna aku melihat Rasulullah SAW ketawa (ketika menceritakan kisah ini). (Ketika mendengar kisah itu dari Rasulullah SAW), aku pun bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, mengapakah engkau ketawa?" Beliau pun menjawab, "Kerana Tuhanku, Tuhan seluruh alam, juga ketawa".
Hadits tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim, An-Nasa-i, Imam Ahmad dan Baihaqy. Kisah yang sama dalam lafaz yang berbeza juga diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan al-Hakim.
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim (juga diriwayatkan oleh at-Tirmizi) menceritakan bahawa orang yang terakhir masuk syurga tersebut apabila dia masuk syurga Allah SWT memperlihatkan seolah-olah syurga itu telah penuh, lalu dia keluar semula dan berkata kepada Allah bahawa syurga telah penuh. Allah SWT pun berfirman : Ingatkah kamu ketika kamu berada di dunia dulu (tentang siapakah yang paling kaya) ? Orang itu menjawab : Ya saya ingat. (sambil menyebut orang yang paling kaya ketika itu) Allah SWT pun berkata kepadanya : Cubalah kamu berangan-angan (untuk mendapat kekeayaan atau kemewahan seperti dia). Diapun berangan-angan ( seperti akan mendapat kemewahan orang kaya tersebut). lalu Allah SWT berkata lagi : Engkau akan dapat apa yang engkau fikirkan, malah aku akan tambah sebanyak 1o kali ganda daripada semua isi dunia. Lalu orang tadi tidak percaya apa yang Allah perkatakan lalu dia berkata : Apakah engkau sedang mempermainkan Aku sedangkan engkau tuhan sekelian alam. Lalu Rasulullah SAW ketawa sehingga nampak giginya.
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إني لأعرف آخر أهل النار خروجاً من النار: رجل يخرج منها زحفا، فيقال له: انطلق فادخل الجنة، قال: فيذهب فيدخل الجنة، فيجد الناس قد أخذوا المنازل، فيقال له: أتذكر الزمان الذي كنت فيه؟ فيقول: نعم، فيقال له: تمنَّ، فيتمنى فيقال له: لك الذي تمنيت، وعشرة أضعاف الدنيا، فيقول: أتسخر بي وأنت الملك؟ قال: فلقد رأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يضحك حتى بدت نواجذه)) .
Kisah ini juga mengambarkan tentang orang yang paling rendah darjatnya dalam syurga Dia menyangka dialah orang yang paling tinggi darjatnya dalam syurga padahal dia adalah orang yang paling rendah darjatnya (kemewahan dan kedudukannya) dalam syurga.
No comments:
Post a Comment