Saturday, May 13, 2017

Rahsia disebalik Segera Berbuka dan Lewatkan Sahur

puasa


Ibn ‘Abd al-Barr mengatakan hadis-hadis tentang menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur adalah sahih lagi mutawatir. (Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 4, hal. 713). Dalam Musannaf Abdul Razzaq dengan sanad yang sahih daripada ‘Amr bin Maymun ak-Awdi katanya, sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang yang paling segera berbuka dan paling lambat bersahur. (jil.4, hal. 226)


 لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


Abdullah bin Yusuf menceritakan kepada kami bahawa Malik telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (al-Bukhari)


 لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (Muslim)


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَحَبُّ عِبَادِي إِلَيَّ أَعْجَلُهُمْ فِطْرًا


 daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Hamba yang paling Aku kasihi ialah mereka yang paling segera berbuka. (al-Tirmizi)


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ قَالَا أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ رَجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ وَالْآخَرُ يُؤَخِّرُ الْإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلَاةَ قَالَتْ أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Yahya bin Yahya dan Abu Kuraib Muhammad bin al-Ala’ menceritakan kepada kami, kata mereka berdua, Abu Mu’awiyah memberitahu kepada kami daripada al-A’mash daripada ‘Umarah bin ‘Umair daripada Abi ‘Atiyyah katanya, saya dan Masruq menemui ‘A`ishah. Kami berkata: “Wahai Ummul mu`minin, dua orang dari sahabat Rasulullah s.a.w, seorang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang dan seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan sembahyang. ‘A`ishah menjawab, siapa yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang. Perawi berkata, kami menjawab Abdullah ya’ni Ibn Mas’ud. ‘A`ishah menjawab, demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Muslim)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لِأَنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ


 daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Agama ini akan terus zahir selama mana manusia menyegerakan berbuka kerana Yahudi dan Nasara melewatkannya. (Abu Daud)


 عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أمرنا معاشر الأنبياء أن نعجل إفطارنا ونؤخر سحورنا ونضرب بأيماننا على شمائلنا في الصلاة


daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami para nabi diperintah supaya menyegerakan berbuka, melewatkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika bersembahyang. (al-Daruqutni)


عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من فقه الرجل في دينه تعجيل فطره وتأخير سحوره وتسحروا فإنه الغداء المبارك


daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Termasuk dalam kefahaman yang mendalam yang ada pada seseorang ialah menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur. Bersahurlah kerana ianya makanan yang diberkati. (Ibn ‘Asakir, Tarikh Dimashq, jil. 52, hal. 138)


Daripada hadis-hadis di atas, jelaslah bahawa Islam telah melihat betapa pentingnya aktiviti berbuka puasa dan bersahur dalam ibadah puasa bagi membezakan dengan lain-lain aktiviti jamuan dan kenduri kendara. Ini menunjukkan bahawa berbuka dan bersahur itu bukan setakat aktviti makan , malah lebih besar dari makan, bahkan Allah memberi galakan supaya umat Islam berebut-rebut membelanjakan harta bagi aktiviti ini dengan ganjaran pahala yang bukan kepalang iaitu sesiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa akan diberi pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut.. Bayangkan kalau sepanjang ramadhan ini kita belanjakan kepada 10 orang berbuka, berapa bnayak pahala yang kita dapat… kalau 10 orang, 20 atau lebih ramai lagi tentu banyak pahala yang kita dapat…


Kembali kepada persoalan segera berbuka dan lewatkan sahur, apabila kita disunnatkan segera berbuka, maka kebanyakan kita akan bersiap dengan segala lauk dimeja dalam kedaan bersih diri dan pakaian, duduk mengadap makanan di meja beberapa minit sebelum masuknya waktu berbuka (Maghrib) menungggu waktu Maghrib dengan penuh setia dan bersedia. Kemudian, bila terdengar saja azan, kita terus makan (berbuka) dan diikuti oleh solat Maghrib. Alhamdulillah, sempurnalah sudah dua fardhu, Puasa dan Solat dengan sempurna. Inilah tujuan atau matlamat utama kenapa sunat disegerakan berbuka itu…. Supaya kita sentiasa BERSEDIA menanti masuknya waktu Solat Maghrib kerana waktunya amat singkat benar. Nampak jelas di sini bukan aktiviti makan itu yang diutamakan tetapi nak jaga solat Maghrib supaya jangan terlepas walaupun kadang-kadang terbabas sedikit waktu makan, namun waktu solat ada lagi..


Begitu juga halnya dengan sahur… hinggakan Rasulullah SAW bersabda bahawa perbezaan puasa orang Islam dengan orang kafir adalah SAHUR. Malah Bersahur itu ada keberkatannya.

Galakan melewatkan bersahur ini jga sma spt menyegerakan berbuka. Kalau kita sahur terlalu awal, contohnya pukul 2 pagi, maka akan tidur dalam keadaan kekenyangan. Maka kita dikhuatiri akan terlepas pula solat Subuh. Maka disunatkan kita lewat sahur, lebih kurang 30 minit sbm Subuh, selepas habis makan kita dah tak sempat tidur, masuk pula waktu Subuh. Insya Allah kita akan tidak tertidur atau terlepas Subuh.


Diharap selepas selesainya Ramadhan nanti, kita akan kita akan sentiasa menanti waktu solat Maghrib, bukan di rumah tetapi di Masjid. Begitu juga bersedia dengan solat Subuh dengan memenuhi  waktu sahur dengan Solat Tahajud dan solat sunat yang lain.

No comments:

Post a Comment