Wednesday, May 31, 2017

Keadilan dalam Ekonomi

Konsep Keadilan dalam Ekonomi


Salah satu sumbangan besar Islam dalam bidang Ekonomi Dunia ialah prinsip keadilan dan perlaksanaannya dalam semua aspek kehidupan manusia. Dengan itu, setiap anggota masyarakat boleh memperbaiki kehidupan kebendaan mereka disamping memperbaiki kehidupan rohani mereka serta mengingatkan mereka bahawa setiap  benda di dunia ini adalah  dikongsi bersama untuk kegunaan semua makhluk. Setelah meraka mendapat faedah dari kekayaan masing-masing, mereka hendaklah memberi faedah yang sama kepada ahli masyarakat yang lain.


Sikap ini akan melahirkan individu yang tidak hanya mementingkn diri sendiri, tetapi bantu membantu kepada orang lain agar dapat sama-sama merasakan faedah kebendaan tadi sekaligus tanpa disedari telah berjaya menyusun satu sistem ekonomi yang berlandaskan kesamaan dan keadilan kepada semua pihak.


Keadilan dalam Pengeluaran


Islam melarang menindas orang lain atau menggunakan kaedah yang tidak adil dalam mencari harta. al-Maududi dalam bukunya 'Economic Problem m/s 25 berkata :  "Islam tidak menggalakkan berusaha dan berlumba-lumba mencari kekayaan dengan cara tidak adil dan salah". 


Islam selalu meneknkan kepada umatnya agar manusia bekerja keras dengan segala kudrat dan upayanya menyara kehidupannya. Bertebaranlah ke seluruh pelusok  dunia kerana di situ pasti ada sumber rezeki, maka menjadi tugasnya untuk mencari rezeki tersebut.


Keadilan dalam pertukaran


Islam keras melarang melakukan kegiatan تلقى جلب  Talqqi Jalb  iaitu pasar gelap dan pengambilan untung secara berlebihan dan kegiatan بيع الحاضر لباد Bai

No comments:

Post a Comment