Wednesday, March 30, 2016

Takbir Raya

اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ


لا إله إلا اَلله ُ هُوَ الله ُ أَكْبَرُ


اَلله ُ أَكْبَرُ , ولله ِ الحَمْدُ    


اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ


لا إله إلا اَلله ُ هُوَ الله ُ أَكْبَرُ


اَلله ُ أَكْبَرُ , ولله ِ الْحَمْدُ


اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ


لا إله إلا اَلله ُ هُوَ الله ُ أَكْبَرُ


اَلله ُ أَكْبَرُ , ولله ِ الحمد


     اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ , اَلله ُ أَكْبَرُ 


اَلله ُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا  وَالْحَمْدُللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ  الله ُ بُكْرَةً  وََأَصِيْلاً  ,  لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ  لَهُ الدِّيْنَ  , وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ /  الْمُشْرِكُوْنَ.


لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ


وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ , لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُ هُوَ الله ُ أَكْبَرُ ,


الله ُ أَكْبَرُ , وَلله ِ الْحَمْدُ .


 


 

Tekanan Darah Tinggi

hipertensi


darah_tinggi DEFINISI


Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri.


Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, di mana tekanan yang tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya rasiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.


 


Ukuran Tekanan Darah


Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-


 120 / 80 mmHg


Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.


Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.


Dikatakan tekanan darah tinggi jika  tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih, atau keduanya. Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.


Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam  normal. Hipertensi ini sering terjadi pada usia lanjut.


Apabila usia semakin lanjut,  hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun sementara tekanan diastolik terus meningkat sehingga usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau menurun secara drastik.


Klasifikasi Tekanan Darah bagi orang dewasa
 









































KategoriTekanan Darah SistolikTekanan Darah Diastolik
NormalDibawah 130 mmHgDibawah 85 mmHg
Normal tinggi130-139 mmHg85-89 mmHg
Stadium 1
(Hipertensi ringan)
140-159 mmHg90-99 mmHg
Stadium 2
(Hipertensi sedang)
160-179 mmHg100-109 mmHg
Stadium 3
(Hipertensi berat)
180-209 mmHg110-119 mmHg
Stadium 4
(Hipertensi maligna)
210 mmHg atau lebih120 mmHg atau lebih

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI


Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.


Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin(noradrenalin).


Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya hipertensi. Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.


AKIBAT TEKANAN DARAH TINGGI


Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:




  • Serangan jantung

  • Angin ahmar

  • Kegagalan jantung

  • Kerosakan buah pinggang
     


# Artikel ini sekadar pendedahan ringkas sahaja, jika ada sebarang kemusykilan, sila rujuk doktor @ jabatan kesihatan yang berdekatan. 

Khasiat buah Zaitun

Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??


olive_oil Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?


zaitun


Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.


Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.


Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.


Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan  penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.


UnicodeMenurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.


Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.


Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.


Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.


CARA PENGAMBILAN:




  1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

  2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

  3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Tuesday, March 29, 2016

Ibnu Rusyd

BIODATA


Nama : Abu Al-Walid Muhammad b. Ahmad b. Rusyd
Gelaran : AVERREOS
T/Lahir : 520H @ 1126M di Cardova
M/Dunia : 595M @ 1198H
Umur : 75 tahun


 


PENDIDIKAN


- Mempelajari perkara-perkara asas agama seperti al-Quran, Sastera, Bahasa Arab dan Feqah dengan keluarganya.
- Belajar ilmu perundangan dengan bapanya yang merupakan Ketua Hakim di Cardova, Andalus yang pakar dalam  undang-undang Mazhab Maliki
- Menghafaz Kitab Al-Muatta’ sejak kecil lagi.
- Mempelajari ilmu Falsafah ketika berumur 12 tahun dan guru utama beliau ialah Ibnu Majah.
- Beliau turut mempelajari bidang Perubatan, Sains, Astronomi dan Matematik di mana beliau mendapat Sarjana dalam bidang Sastera, Falsafah dan Kedoktoran.


 


SUMBANGAN


- Beliau meninggalkan banyak sumbangan yang bermakna dalam bidang falsafah, perubatan, pentadbiran, psikologi   dan  kehakiman.
- Dalam bidang falsafah yang dipelopori oleh Aristotle, beliau telah berjaya menghasilkan satu pemikiran baru yang   membawa kesan besar kepada bangsa Eropah yang kebetulan sedang menghadapi Zaman Pembaharuan.
- Di antara karangan beliau yang terkenal ialah :


                 a) General Rule Of Medicine - Perubatan
b) Kuliah Fi At-Tib - Perubatan
c) Talkhis Kitab An-Nafs- bidang Psikologi
d) Al-Jamhuriyyah Wa Al-Ahkam dalam bidang politik yang                       menghuraikan gagasan pemikiran secara demokratik yang tidak memisahkan antara agama dan politik.
e) Jawami' Saisati Aflaton - Falsafah
f) Tahafur Al-Tahafut - Falsafah
g) Kasyful Adaliah - Falsafah

Ibnu Sina

BIODATA


Nama         :  Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina
Gelaran      :  AVICENNA
Keturunan  :  Turki
T/Lahir       :  370H/980M di Turki.
M/Dunia     :  438H /1037M
Umur          :  58 tahun



KETOKOHAN


- Ahli Falsafah Islam
- Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau telah menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah pengubatanya.
- Perdana Menteri di Hamzan setelah beliau menjadi doktor dan mampu menyembuhkan penyakit beberapa pemerintah di sana.
- Pakar dalam bidang Anatomi.


 
PENDIDIKAN


- mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada keluarganya.
- Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan Astronomi.
- Hafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun
- Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya.
- Menghasilkan ‘mutiara’ dalam bidang perubatan iaitu QANUN FI AT-TIB ketika berusia 18 tahun.
 


SUMBANGAN


- Beliau meninggalkan beberapa hasil karangan yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan, falsafah, mantiq, fizik dsb.
- Qanun Fi At-Tib karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasi   hinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris .
- Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukan para doktor.
- Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau yang masyhur ialah :


             a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam
tabie
             b) Kitab As-Syifa’ dalam bidang perubatan.

Salahuddin Al-Ayyubi

Salahuddin Al-Ayyubi adalah seorang pahlawan dan raja yang gagah berani. Beliau terkenal dengan kewarakan dan keberanian yang luar biasa sehingga berjaya mengalahkan tentera Salib yang memang terkenal dengan kezaliman dan keperkasaannya.


Beliau dilahirkan pada tahun 1138M. Ayahnya keturunan Kurdistan. Salahuddin telah berjinak-jinak dengan peperangan apabila telah meningkat dewasa. Beliau sempat berperang di Mesir bersama dengan Shirkuh, bapa saudaranya di bawah panji Kerajaan Fatimiyyah.


Pada tahun 1169, Shirkuh telah dilantik sebagai wazir (menteri) di bawah naungan Kerajaan Fatimiyyah. Kemudian Salahuddin telah dilantik sebagai wazir apabila bapa saudaranya meninggal dunia. Beliau telah berjaya memadamkan pemberontakan dalam negeri dan turut berjaya menumpaskan serangan pihak Frank dan Byzantine yang cuba hendak menakluk Kaherah.


Akhirnya beliau menjadi Raja Mesir pada tahun 1175 mengantikan raja terakhir dari dinasti Fatimiyyah yang mangkat dan diiktiraf oleh Khalifah di Baghdad sebagai pemerintah Mesir yang sah setahun kemudian. Beliau memakai gelaran Sultan Al-Malikun Nasir.


Pada tahun 1187 berlakulah Perang Salib di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi dengan tentera Kristian yang diketuai oleh King Richard (Raja England) setelah beberapa tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak Kristian. Mereka bukan sahaja mengancam negara-negara Islam, malah telah merampas beberapa wilayah umat Islam di Baitul Muqaddis dan dijadikan negeri-negeri Kristian.


Dalam peperangan tersebut, tentera Islam telah berjaya merampas Baitul Muqaddis dan 10,000 tentara Salib terkorban. Di sini Salahuddin Al-Ayyubi telah menunjukkan ketinggian budi dengan tidak membalas perbuatan tentera Salib yang zalim semasa menawan Baitul Muqaddis dan negeri-negeri yang dilalui. Beliau telah memberi perlindungan kepada semua tawanan perang, perempuan, orang tua dan anak-anak tentera Salib dan memberi mereka tempoh 40 hari untuk meninggalkan Baitul Muqaddis.


Akhirnya seluruh tanah Palestin dapat ditawan semula. Walau bagaimanapun, orang-orang Kristian dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis melalui satu perjanjian damai yang ditandatangani pada 1192.
 


Keperibadian


Pada suatu hari, ketika Sultan Salahuddin berjalan-jalan di kota Baitul Muqaddis, beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki tua Nasrani (Kristian). Lalu lelaki tua tersebut bertanya kepada beliau : "Wahai pahlawan agung ! Sesungguhnya tuan telah berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapakah tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan ke atas tentera-tentera tuan ?"


Jawab Salahuddin : "Wahai orang tua ! Agama kami melarang menyiksa manusia. Bahkan hati kecil sayapun melarang melakukan pembalasan yang luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah mereka lakukan"


Orang tua itu berkata lagi : "Apakah agama tuan melarang melakukan pembalasan terhadap orang yang memulakan pemusuhan dan menyiksa kaum tuan"


Jawab Salahuddin seterusnya : "Memang benar ! Agama yang saya anuti ini melarang perbuatan kejam seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami. "


Tambah beliau : "Islam meyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa "


Orang tua itu berkata lagi : "Alangkah indahnya agama tuan !" Saya sangat ingin agar sisa-sisa hidup saya ini dapat menikmati kehidupan yang bahagia". "Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini "


Jawab Salahuddin seterusnya : "Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dan Muhammad itu RasulNya. Kemudian kerjakan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang dilarangNya".


Setelah itu, lelaki itu terus mengucap dua kalimah syahadah tanpa berbelah bahagi…

Ibnu Khaldun

BIODATA


Nama       : Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al-Maliki al-Khadrami
T/Lahir    : 733H @ 1332M di Naisabur
M/Dunia   : 808H @ 1406M
Umur       : 74 tahun


KETOKOHAN


- Pakar Sejarah
- Pakar dalam iImu Siosologi (Kemasyarakatan)
- Ahli Falsafah
 


PENDIDIKAN


- Mendapat pendidikan awal dari bapanya tentang asas-asas agama seperti al-Quran, Feqah, Hadith dan Tauhid.
- Hafaz al-Quran sejak kecil
- Apabila dewasa beliau belajar Lingustik Bahasa Arab (spt Nahu dan Saraf), Usuluddin dan Kesusasteraan.
- Beliau juga mempelajari Mantiq, Sains, Falsafah, Matematik dan Sejarah dari beberapa orang ulama' terkemuka pada masa itu.
- Guru beliau yang utama ialah Muhammad b. Abdul Muhaimin. Beliau juga turut berguru dengan Abu Abdullah Muhammad b. Ibrahim Al-Abla yang mengajarnya tentang Siosologi, pOlitik dan Pendidikan.


 
SUMBANGAN


- Karya-karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak. Di bidang ekonomi misalnya, beliau menganggap bahawa rezeki yang dikurniakan oleh Allah mestilah dibahagikan sama rat dan dibelanjakan kepada  perkara-perkara baik untuk kesejahteraan umat sejagat.
- Al-Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung.
- Kitab lain yang penting ialah ;




  1. a) Al-Ibbar yang mnyentuh tentang ekonomi dan sejarah
    b) Al-Ta'rif yang menyentuh persoalan ekonomi.

Kisah Raja yang lari dari takhtanya


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:إِنَّ بني إِسْرَائِيلَ اسْتَخْلَفُوا عَلَيْهِمُ خَلِيفَةً، فَقَامَ يُصَلِّي فِي الْقَمَرِ فَوْقَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، فَذَكَرَ أُمُورًا صَنَعَهَا، فَتَدَلَّى بِسَبَبَ، فَأَصْبَحَ السَّبَبُ مُتَعَلِّقًا بِالْمَسْجِدِ وَقَدْ ذَهَبَ، فَانْطَلَقَ حَتَّى أَتَى قَوْمًا عَلَى شَطِّ الْبَحْرِ، فَوَجَدَهُمْ يَصْنَعُونَ لَبَنًا، فَسَأَلَهُمْ: كَيْفَ تَأْخُذُونَ عَلَى هَذَا اللَّبَنِ؟ فَأَخْبَرُوهُ، فَلَبِنَ مَعَهُمْ، فَكَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ حَتَّى إِذَا حَضَرَتِ الصَّلاةُ تَطَهَّرَ فَصَلَّى، فَرَفَعَ ذَلِكَ الْعَامِلُ إِلَى دِهْقَانِهِمْ، فَقَالَ: فِينَا رَجُلٌ يَصْنَعُ كَذَا وَكَذَا، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ، فَأَبَى أَنْ يَأْتِيَهُ، ثُمَّ إِنَّهُ جَاءَ يَسِيرُ عَلَى دَابَّتِهِ، فَلَمَّا رَآهُ فَرَّ، فَتَبِعَهُ فَسَبَقَهُ، فَقَالَ: أَنْظِرْنِي أُكَلِّمْكَ كَلِمَةً، فَقَامَ حَتَّى كَلَّمَهُ، فَأَخْبَرَهُ أَنَّهُ كَانَ مَلِكًا، وَأَنَّهُ فَرَّ مِنْ رَهْبَةِ ذَنْبِهِ، فَقَالَ: إِنِّي لاحِقٌ بِذَلِكَ مَعَكَ، فَعَبَدَا اللَّهَ، فَسَأَلا اللَّهَ أَنْ يُمِيتَهُمَا جَمِيعًا، فَمَاتَا، قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: فَلَوَ كُنْتُ بِرُمَيْلَةِ مِصْرَ لأَرَيْتُكُمْ قُبُورَهُما يَصِفُهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .


Dari Abdul Rahman bin Abdullah bin Mas'ud dari ayahnya, Rasulullah SAW bersabda : "Bani Israil telah melantik seoarng peimpin (raja) dikalangan mereka. Pada suatu malam, dia mengerjakan solat di bawah cahaya bulan di Baitul Muqaddis, lalu dia mengingat kembali perkara yang pernah dia lakukan, maka dia turun melalui tali. Esoknya, tali itu bergantungan di masjid, tetapi dia tiada (sudah pergi). Dia pergi sehinggalah berjumpa sekumpulan orang di tepi pantai yang sedang membuat bata. Dia bertanya cara membuat bata itu. Lalu diberitahu kepadanya cara membuat bata. Maka dia bekerja bersama mereka membuat bata. Dia makan dari usaha tangannya sendiri. Jika masuk waktu solat, dia akan solat. Hal ini telah dilaporkan kepada ketua desa mereka, bahawa di antara mereka terdapat lelaki yang begini begini. Maka ketua desa mereka mengundangnya, dia menolaknya. Kemudian ketua desa datang dengan menunggang kenderaannya, tetapi lelaki itu menghilangkan diri. Ketua desa itu terus menurutinya, tetapi tidak berhasil. Lalu ketua desa tadi berkata ; Tunggu ... aku ingin bercakap denganmu. Diapun berhenti dan mereka dapat berbual. Maka lelaki itu menjelaskan bahawa dia adalah Raja, dia melarikan diri dari takhtanya kerana takut kerana dosanya. Maka ketua desa itu berkata : Aku mengikutimu. Lalu dia mengikutinya dan kedua-duanya beribadah kepada Allah SWT dan memohon kepada Allah supaya kedua-dua mereka mati bersama, maka kedua-duanya mati. Abdullah berkata : Seandainya aku berada di Rumailah, Mesir nescaya aku tunjukkan kubur mereka berdua berdasarkan tanda yang disampaikan Rasulullah SAW." Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani dan dikelaskan sebagai Hadis Shahih oleh Albani dalam kitab Silsilah al-Ahadis as-Shahihah no.2833


 Kisah di atas menceritakan bagaimana seorang raja yang berkuasa, tiba-tiba melarikan diri dari takhtanya. Lari kerana kerelaan sendiri, bukannya terpaksa atau dikejar oleh tentera musuh. Ketika bersolat di Masjid al-Aqsa yang diterangi oleh cahaya bulan, dalam suasana yang sepi dan indah itu, Raja tersebut telah memuhasabahkan dirinya...


Dia mengimbas kembali segala tingkahlaku dan kerja buatnya selama dia menjadi raja. Dia mengimbau segala tanggungjawabnya sebagai seorang raja yang dipertangungjawabkan ke atas rakyatnya.. Betapa berat bahunya memikul, tugas dan tanggungjawab tersebut... malah dia berfikir betapa besarnya amanah yang dipikul.. Dia merasakan ada sesuatu yang membuatnya gelisah dan amat takut... takut kepada Allah... takut dipersoalkan di akhirat nanti... tentang tanggungjawab sebagai raja... adakah telah dilaksanakan dengan penuh amanah atau di sana ada perkara yang belum selesai, ada rakyat yang masih kesusahan, ada kezaliman yang berlaku terhadap rakyat.. dan banyak lagi... semuanya dituju kepadanya sebagai raja... mampukah dia menanggung semua itu di hadapan Allah di akhirat nanti...


Lantas, dia melarikan diri. Bukan lagi dari tanggungjawab sebagai pemerintah dan kekuasaan... tetapi lari kerana dia berasa tidak mampu memikul tugas dan amanah tersebut. Lari mencari satu tempat di bumi Allah yang luas, tempat di mana tiada orang yang mengenalinya agar dia dapat beribadah kepada Allah tanpa sebarang gangguan dan godaan kekuasaan. Lari meninggalkan kekuasaan adalah satu perkara yang teramat jarang berlaku dan bukanlah perkara mudah untuk dilakukan oleh mereka yang berada di tampuk kekuasaan, memegang segala urusan dan mengendalikan halatuju negara dan rakyat. Segala katanya mesti dituruti, segala perintah mesti dilaksana.. dialah pemutus kata dalam sebarang urusan..


Tentu sekali kenikmatan dan kesenangan yang dimiliki kerana kekuasaan dan pemerintahan sesuatu yang tidak mudah untuk dibuang dan dilupakan. Tetapi kerana Allah, takutkan azab Allah, betapa indahnya bila beribadah kepada Allah, maka segala godaan dan fitnah kekuasaan dan pemerintahan tidak melalaikan raja tadi. Beliau pasrah menyerahkan kepada Allah.. segala kekuasaan, segala kemasyhuran, pangkat dan segala-galanya.. semuanya ditinggalkan... dibuang begitu sahaja.


Raja tersebut telah lari ke arah pantai, dia terjumpa sekumpulan pekerja yang sedang membuat bata. Lalu dia belajar membuat bata, apabila sudah pandai, diapun bekerja bersama mereka membuat bata. Dia menjadikan pekerjaan membuat bata sebagai mata pencariannya.. Dia bekerja dengan tekun dan apabila masuk waktu solat, dia berhenti bekerja dan terus menunaikan solat. Dia terus bekerja dan menyembunyikan identiti dirinya supaya tidak dikenali sesiapa, agar dapat beribadah kepada tuhannya dengan penuh khusuk.


Namun, ketekunannya ketika bekerja dan sikap beliau yang sentiasa menjaga solat, telah menarik perhatian pekerja-pekerja tersebut. Lalu mereka memaklumkan tentang dirinya kepada penguasa di daerah tersebut. Pembesar-pembesar tersebut, sebenarnya memang sedang mencari raja mereka yang menghilangkan diri. Dari laporan dari pekerja-pekerja bata tadi, mereka dapat mengagak bahawa itulah raja yang telah menghilangkan diri... Lalu ketua desa menghantar undangan menjemputnya. Tetapi lelaki tadi enggan. Ketua desa itupun datang sendiri menemuinya. Tetapi raja tadi melarikan diri, kepala desa mengejarnya dan akhirnya keduanya dapat berbual. Akhirnya ketua desa, mengikut jejak si raja dengan meninggalkan jawatan, kedua-duanya untuk beribadah kepada Allah. Kedua-dua mereka berdoa supaya dapat mati bersama, Allah telah memakbulkan doa tersebut... kedua-duanya akhirnya mati bersama dan kuburnya terdapat di Rumailah, Mesir.


Begitulah kesudahan penguasa yang insaf tentang tanggungjawab pemerintah yang sangat besar dan akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat nanti. Dia merasakan dia tidak mampu untuk menanggung tanggungjawab tersebut, malah telah menyebabkan dirinya lalai dalam ibadahnya kepada Allah. Lantas, dengan penuh nekad, dia meninggalkan semua itu demi untuk beribadah kepada Allah !

Qurban

Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyniq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan benbadat kepada Allah.


 Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.


 Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.


 Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada kedua-dua beranak tersebut. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anak sendiri dan nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Semua ini dilakukan menunjukkan bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah mengantikan tempat nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).


 Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


        Syarat-syarat sah ibadat Qurban ialah:


(a)   Berniat Qurban ketika menyembelih.

       (b)   Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 zulhijjah.


       (c)     Penyembelih orang Islam.


   (d)   Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.


       (e)   Binatang ternakan yang halal dimakan.


        (f)   Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.


              Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:



























Binatang



    Umur



Biri-biri/



1 tahun atau lebih



Kambing



2 tahun atau lebih



Lembu/kerbau



2 tahun atau lebih



Unta



5 tahun atau lebih



 


     Pembahagian daging Qurban


     Pembahagian daging Qurban adalah seperti berikut:


(a)   1/3  disedeqahkan kepada fakir miskin
(b)   1/3  dimasak untuk jamuan ramai
(c)   1/3  orang yang berQurban

      Qurban Nazar haram dimakan oleh orang   yang bernazar.


     Lebih afdhal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya.


     Haram diberikan daging qurban kepada orang kafir sama ada dalam keadaan mentah
ataupun masak.


     Harus disedeqahkan kepada orang kaya.


 


     Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban


    1      Membaca Basmallah atau takbir


2      Selawat kepada nabi

3      Menyembelih pada waktu siang.

   4      Memilih binatang yang gemuk dan sihat.

5      Disembelih oleh  orang yang berqurban.

6.    Binatang hendaklah dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat.

7.    Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban

8.    Menggunakan alat sembeliha yang tajam

  


    Hikmah-hikmah Qurban


    1.  Melatih diri sangup berkorban pada perkara kebaikan.  


    2.  Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.


   3.  Tanda kesyukuran di atas nikmat pem­berian Allah.


   4.  Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah


  5. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk  semangat pengorbanan  terhadap diri dan masyarakat.


    6.  Menggembirakan fakir miskin untuk menikmati juadah daging korban.


    7.  Merapatkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan umat Islam

Khuluk (Tebus Talak)

       Pengertian Khuluk




  1. Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran) kepada suami. Cara ini juga dipanggil  tebus talak.  

  2. Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

  3. Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.


الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (229)


           
Talak (yang boleh dirujuk' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepasnya (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengambil bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Baqarah : 229


  
Rukun Khuluk




  1. Suami
    2. Isteri
       3. Bayaran yg dipersetujui
       4. Lafaz


Cara Khuluk (tebus talak).
 




  1. Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah.  

  2. Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya terima”.  

  3. Contoh lafaz khuluk isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”.  

  4. Bayaran khuluk boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga  seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga.  

  5. Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khuluk, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.  

  6. Khuluk tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu.   

  7. Khuluk boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut.


Hikmah Khuluk




  1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.  

  2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'.

  3. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap isteri demi kebaikan masa depan.

Perempuan yang haram dikahwini


HARAM SELAMA-LAMANYA


 


a) Haram Sebab Keturunan


1) Ibu, nenek dan ke atas


2) Anak, cucu dan ke bawah


3) Adik-beradik Perempuan seibu-sebapa, sebapa atau seibu


4) Emak saudara dan ke atas


5) Anak saudara dan ke bawah


 


b) Haram Sebab Perkahwinan


1) Ibu isteri (mertua) kerana sebab keturunan @ susuan


2) Ibu tiri, nenek tiri dan ke atas


3) Menantu, menantu cucu dan ke bawah


4) Anak tiri sama ada sebab keturunan @ susuan apabila ibunya disetubuhi


 


c) Haram Sebab Susuan


1) Ibu susun


2) Anak perempuan susuan


3) Saudara perempuan susuan


4) Anak perempauan bagi saudara lelaki (anak saudara) susuan


5) Anak perempauan bagi saudara perempuan (anak saudara) susuan


6) Emak saudara sebelah ayah susuan


7) Emak saudara sebelah ibu susuan



 


TIPS TAMBAHAN


Aqad (kahwin) dengan anak, mengharamkan ibunya (mertua) selama-lamanya walaupun anak tersebut belum disetubuhi sama ada diceraikan atau tidak, ataupun sianak telah meninggal dunia. Sementara persetubuhan dengan siibu (setelah nikah secara sah) mengharamkan anaknya (anak tiri). Walau bagaimanapun, jika seorang lelaki kahwin dengan siibu tetapi kemudian menceraikannya @ siibu tadi meninggal dunia tetapi dalam kedua-dua keadaan, si ibu belum disetubuhi, maka lelaki tadi boleh berkahwin dengan anak siibu (anak tiri).


 


HARAM SEMENTARA WAKTU


 


Perempuan yang haram dikahwini sementara waktu kerana menghimpunkannya dengan isteri ialah :





1) Saudara perempuan isteri


2) Emak saudara isteri sebelah ibu


3) Emak saudara isteri sebelah bapa


4) Anak saudara isteri daripada saudara perempuan


5) Anak saudara isteri daripada saudara lelaki


6) Cucu saudara isteri daripada saudara perempuan




 


 

Rujuk

   Pengertian rujuk


  1. Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.

  2. Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.

  3. Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.

  4. Rujuk digalakkan oleh Islam. Firman Allah:


وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (228)


       
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka yang menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju' akan) isteri-isteri itu dalam masa 'iddah mereka jika suami-suami bersetujuan hendak berdamai . Dan isteri-isteri itu menpunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara'); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  Al-Baqarah : 228


 

 Hukum Rujuk




  1. Wajib — Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

  2. Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.

  3. Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.

  4. Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.

  5. Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan.


Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:


      (a)   belum habis idah.


      (b)   isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.


(c)   talak itu setelah persetubuhan.   


  Rukun Rujuk :
 


(1)   Suami yang merujuk.  


Syarat-syarat suami sah merujuk:
  
(a)  Berakal.
(b)  Baligh.
(c)  Dengan kemahuan sendiri.  
(d)  Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.

(b)   Isteri yang dirujuk.  


Syarat isteri yang sah dirujuk:  

(a)   Telah disetubuhi.  
(b)   Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.  
(c)   Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang
       bercerai dengan khuluk. 
(d)   belum dijatuhkan talak tiga  
 

(c)  Ucapan yang menyatakan rujuk


 Syarat-syarat lafaz:  

(a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku
rujuk engkau”
atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”.  

(b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik,
      misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mahu”. Rujuk
      itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.  


(c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau
selama sebulan”
.  


  1. Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. 


       Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah:


         (a)   selesai idah dari suami pertama.


(b)   bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.


(c)   suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.


(d)   bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).


(e)   Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.  
 


Rujuk secara bengurau dianggap sah walaupun dilakukan secara main-main dan tanpa saksi.


Hikmah rujuk


 




  1. Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan numah tangga.

  2. Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.

  3. Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumahtangga.

Ibadah Puasa

 Pengertian Puasa


Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Hukum puasa bulan Ramadhan adalah wajib.
 

Golongan Wajib Puasa


Jamhur Ulama’ berpendapat bahawa golongan yang wajib berpuasa ialah :




  1. Orang Islam ; tidak sah puasa orang kafir @ murtad
    2. Berakal ; tidak wajib ke atas orang gila @ tidak suiman
    3. Baligh ; tidak wajib ke atas kanak-kanak, tetapi puasanya sah.
    4. Menetap di sesuatu tempat iaitu tidak musafir
    5. Mampu berpuasa ; bukannya orang yang sakit ataupun terlalu tua


Rukun Puasa




  1. Niat berpuasa.


Orang yang ingin berpuasa wajib seperti Puasa bulan Ramadhan (termasuk qadhanya), Puasa Nazar dan Puasa Kifarah hendaklah berniat di malam hari sebelum terbit fajar. Manakala mana-mana puasa sunnat bolehlah berniat sebelum gelincir matahari (waktu Zohor) dengan syarat belum lagi melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.




  1. Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara ayang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam fajar.


Di samping itu, orang yang berpuasa dikehendaki menjaga adab-adab puasa seperti meninggalkan segala perkara keji yang boleh mengurangkan pahala puasa tetapi tidak sampai membatalkannya misalnya mengumpat, menyebut perkataan keji dsb.
 


Perkara Yang Membatalkan Puasa




  1. Makan dan minum dengan sengaja
    2. Mengeluarkan mani dengan sengaja
    3. Keluar haid, nifas atau wiladah
    4. Melakukan persetubuhan walaupun tidak keluar mani . Wajib qada’ dan membayar kafarah iaitu memerdeka sorang hamba, jika tiadak dapat hendaklahberpuasa 3 bulan berturut-turut dan jika    tidak mampu hendaklah memberi sedeqah makanan asasi kepada 60 orang miskin.
    5. Muntah dengan sengaja
    6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
    7. Gila walaupun sebentar
    8. Pitam atau pengsan sepanjang hari
    9. Murtad


Hari Yang diharamkan Berpuasa




  1. Hari Raya Puasa (1 Syawal)
    2. Hari Raya Haji (10 Zulhijjah)
    3. Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
    4. Hari Syak (30 Syaaban)


Hari Yang Disunatkan Puasa
 




  1. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal
    2. 10 Muharram ( Hari Asyura)
    3. sepanjang bulan Rejab
    4. sepanjang bulan Syaban (terutama 15 Syaaban)
    5. Hari Isnin atau Khamis
    6. 13,14 dan 15 harin bulan setiap bulan Islam
    7. berpuasa berselang hari iaitu sehari berpuasa sehari berbuka dan seterusnya


Sunat-Sunat Puasa
 




  1. Menyegerakan berbuka


عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


Dari Sahl bin Saad bahawa Rasululah SAW telah bersabda "Seseorang itu sentiasa mendapat kebaikan selama mana mereka menyegera berbuka puasa". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
 


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ


Rasulullah SAW apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Turmizi.


2.  Bersahur dan melambatkannya

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً.


Dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda Bersahurlah kamu, kerana sahur itu mempunyai keberkatan.  Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ


Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda ; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sblm Zohor) untuk mendirikan ibadah malam. Hadis riwayat Ibnu Majah.


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِين


Dari Abu Said al-Khudri, Rasululah SAW telah bersabda "Sahur itu membawa berkat, oleh itu janganlah kamu biarkan walaupun sesiapa drp kamu bersahur dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berdoa untuk orang-orang yang bersahur.Hadis riwayat Ahmad.


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ وَأَخَّرُوا السُّحُورَ


Dari Abu Zar, Rasulullah SAW bersabda : Umatku sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka bersegera berbuka puasa dan melambatkan sahur. Hadis riwayat Ahmad.




  1. Berdoa selepas berbuka puasa
    4. Memelihara percakapan drp perkataan dusta, lucah, keji dan tidak berfaedah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ


Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah SWT tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya. Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Turmizi, Nasaie dan Ibnu Majah.
 


رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ.


Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala). Hadis riwayat Ahmad dan Tabarani.
 


وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ


  Apabila seseorang drp kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa". Hadis riwayat Bukhari.




  1. Membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir serta beriktikaf
    6. bersedeqah makanan dan harta


مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (utk berbuka puasa), akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun drpnya. Hadis riwayat Turmizi dan Ibnu Majah.


Perkara-perkara Makruh Semasa Puasa
 




  1. Berbekam
    2. Mandi terlalu kerap dan lama
    3. Tidur sepanjang hari
    4. Berkumur berlebihan
    5. Merasakan makanan dengan lidah
    6. Menggosok gigi selepas gelincir matahari (selepas waktu Zohor)


Golongan Yang dibolehkan Berbuka




  1. a) orang sakit
    b) orang musafir yang melebihi 2 marhalah
    c) Ibu yang hamil
    d) ibu yang menyusukan anak
    e) orang yang terlalu tua
    f) orang yang sentiasa bekerja berat
    g) orang yang akan mendapat mudarat sekiranya meneruskan puasanya kerana terlalu lapar


Golongan Yang Wajib Berbuka




  1. Wanita yang haid
    2. Wanita yang keluar darah nifas


 
Qada’, Fidyah dan Kifarah


Orang yang meninggalkan puasa diwajibkan mengqadakkan semula puasanya atau membayar fidyah atau kedua-duanya sekali. Ia juga boleh dikenakan kifarah.


Qada’ Puasa ialah mengantikan semula puasa yang ditinggalkan di hari yang lain. Sementara Fidyah Puasa ialah denda yang dikenakan kerana meninggalkan puasa. Denda yang dikenakan ialah membayar secupak makanan asasi sesebuah negara spt beras, gandum dsb bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.


Kifarah Puasa ialah denda yang dikenakan kepada LELAKI BERPUASA yang melakukan persetubuhan di siang Ramadhan. Dendanya ialah ;




  1. a)  Memerdekakan seorang hamba; atau
    b)  Puasa selama 60 hari berturut-turut ; atau
    c)  Memberi makan 60 cupak makanan asasi kepada fakir miskin 


Golongan Wajib Qada’




  1. Orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada puasanya setelah dia sembuh.
    2. Orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada puasanya setelah dia selesai daripada musafir.
    3. Orang yang berbuka kerana tersangat lapar.
    4. Orang yang perempuan berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada puasanya setelah dia suci.
    5. Orang yang berbuka kerana gila, wajib qada puasanya setelah dia sembuh.
    6. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya.


Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah sahaja


 


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ رُخِّصَ لِلشَّيْخِ الْكَبِيرِ أَنْ يُفْطِرَ وَيُطْعِمَ عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا وَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ


Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata : Telah diberi rukhsah kepada orang yang sangat tua untuk berbuka puasa dan memberi makan setiap hari (yang ditinggalkannya) seorang miskin dan tidak wajib qadha'. Riwayat Daruqutni dan al-Hakim




  1. Orang tua yang uzur
    2. Orang sakit yang tiada harapan sembuh
    3. Orang yang sentiasa bekerja berat yang akan memudahratkan dirinya jika terus berpuasa


Golongan Yang Wajib Qada’ Puasa dan Membayar Fidyah
 




  1. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana
    bimbang kesihatan anaknya.
    2. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbang kesihatan diri dan     anaknya.
    3. Orang yang melewatkan qada’ puasa sehingga melewati Ramadhan yang berikutnya.


Golongan Yang Wajib Qada' dan Kifarah




  1. Lelaki yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari Ramadhan.

Monday, March 28, 2016

Tayammum

Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu disertai dengan niat.


Tayyammum adalah salah satu daripada rukshah yang Allah kurniakan khas kepada umat Islam yang mempunyai keuzuran seperti sakit dan ketiadaan air.


Tayyumum adalah penganti kepada wudhuk dan mandi wajib kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak. Jadi, sekiranya kita tidak dapat berwudhuk atau mandi wajib, maka sudah memadai dengan bertayammum sahaja.


Bagi orang yang tidak dapat mandi wajib kerana keuzuran atau ketiadaan air, hendaklah ia bertayyammum. MEMADAILAH dengan menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku. TIDAK PERLU  menyapu debu tanah ke seluruh anggota badan.


HUKUM : WAJIB  bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan air apabila hdk mengerjakan solat, tawaf, meyentuh al-Quran, sujud syukur @ sujud tilawah.


Firman Allah SWT ;


Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air  atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur".. Al-Maidah : 6


Hadis di bawah, sebahagian drp hadith yang agak panjang...  Dari Imran bin Husain yang mengatakan bahawa kami bersama-sama Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, lalu Baginda bersolat bersama orang ramai. Baginda dapati ada seorang yang tidak solat bersama, lalu baginda bertanya ; Kenapa engkau tidak solat ? Jawabnya : "Aku sedang berjunub dan tiada air utk mandi" Rasulullah SAW berkata : "Cukuplah engkau menggunakan debu tanah (tayammum)" Hadis riwayat Bukhari.


فَلَمَّا انْفَتَلَ مِنْ صَلَاتِهِ إِذَا هُوَ بِرَجُلٍ مُعْتَزِلٍ لَمْ يُصَلِّ مَعَ الْقَوْمِ قَالَ مَا مَنَعَكَ يَا فُلَانُ أَنْ تُصَلِّيَ مَعَ الْقَوْمِ قَالَ أَصَابَتْنِي جَنَابَةٌ وَلَا مَاءَ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّعِيدِ فَإِنَّهُ يَكْفِيك


Hadith di atas menerangkan kewajipan bertayammum ketika hendak solat apabila ketiadaan air. tidak kira kerana sama ada berjunub atau sebab-sebab lain.


عَنْ جَابِرٍ قَالَ خَرَجْنَا فِي سَفَرٍ فَأَصَابَ رَجُلًا مِنَّا حَجَرٌ فَشَجَّهُ فِي رَأْسِهِ ثُمَّ احْتَلَم َ فَسَأَلَ أَصْحَابَهُ فَقَالَ هَلْ تَجِدُونَ لِي رُخْصَةً فِي التَّيَمُّمِ فَقَالُوا مَا نَجِدُ لَكَ رُخْصَةً وَأَنْتَ تَقْدِرُ عَلَى الْمَاءِ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُخْبِرَ بِذَلِكَ فَقَالَ قَتَلُوهُ قَتَلَهُمْ اللَّهُ أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ أَوْ يَعْصِبَ شَكَّ مُوسَى عَلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ
 رواه أبو داود والدارقطني وابن ماجه، وصححه ابن السكن (نيل الأوطار: 1/257


Dari Jabir, beliau berkata ; Pada suatu hari, kami keluar musafir. Salah seorang daripada kami luka lalu kepalanya dibungkus. Dia kemudiannya bermimpi (Junub), lalu dia bertanya kepada kawan-kawannya, Apakah dia boleh bertayammum? Kawan-kawanya menjawab : kami tidak mengetahui adanya kelonggaran demikian. Engkau masih boleh menggunakan air. Maka diapun mandi (junub) lalu mati. Apabila kami datang kepada Rasulullah SAW, kami memberitahunya kisah tersebut. Lalu Rasulullah SAW berkata : Kerana mereka membunuhnya, maka Allah membunuh mereka. Kenapa tidak bertanya jika mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat kepada kejahilan adalah bertanya. Hadis riwayat Abu Daud, ad-Darqatni dan Ibnu Majah


عَن عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ قَالَ لَمَّا بَعَثَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ ذَاتِ السَّلَاسِلِ قَالَ احْتَلَمْتُ فِي لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ شَدِيدَةِ الْبَرْدِ فَأَشْفَقْتُ إِنْ اغْتَسَلْتُ أَنْ أَهْلَكَ فَتَيَمَّمْتُ ثُمَّ صَلَّيْتُ بِأَصْحَابِي صَلَاةَ الصُّبْحِ قَالَ فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ يَا عَمْرُو صَلَّيْتَ بِأَصْحَابِكَ وَأَنْتَ جُنُبٌ قَالَ قُلْتُ نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي احْتَلَمْتُ فِي لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ شَدِيدَةِ الْبَرْدِ فَأَشْفَقْتُ إِنْ اغْتَسَلْتُ أَنْ أَهْلَكَ وَذَكَرْتُ قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ { وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا } فَتَيَمَّمْتُ ثُمَّ صَلَّيْتُ فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا
رواه أحمد وأبو داود والدارقطني وابن حبان والحاكم، وأخرجه البخاري تعليقًا (نيل الأوطار: 258/1 )


Dari Amru bin al-As bahawa beliau berkata, Ketika kami dalam peperangan Zatu al-Salasil (8H), aku telah mimpi (berjunub) sedngkan ketika itu udara sangat sejuk. Aku mengelakkan drp binasa (sakit), lalu aku bertayammum dan mengimamkan solat subuh bersama-sama kawan-kawanku. Apabila kami sampai di sisi Rasulullah SAW, kawan-kawanku telah mengadu hal tersebut kepada Rasululah SAW. Lalu Rasulullah SAW bertanya : "Wahai Amru ! Adakah kamu mengimamkan solat dengan kawan-kawanmu, sedangkan engkau berjunub ?" Saya menjawab : "Saya teringat firman Allah SWT { وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا }. Lalu sayapun bertayammum dan solat". Rasulullah SAW hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa.  Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, ad-Darqatni dan Ibnu Hibban dan al-Hakim.


Ini menunjukkan bahawa tayammum dibolehkan ketika udara sangat sejuk. Ini adalah pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah.


ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka
2. Kedua belah tangan hingga ke siku


SEBAB-SEBAB TAYAMMUM

1. Ketiadaan air atau air hanya sedikit sahaja utk keperluan makan/minum dan ternakan.
2. Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit atau dikhuatiri lambat sembuh - lihat hadis org luka di atas.
3. Cuaca sangat sejuk atau air sangat sejuk yang boleh memmudharatkan - spt hadis di atas.
 


SYARAT-SYARAT  TAYAMMUM


1. Hendaklah bertayammum dengan debu tanah walau apa bentuknya asalkan masih ada debu. Tidak boleh menggunakan tanah yang telah dibakar di mana debu tanah tersebut telah hilang.
2. Debu tanah suci drp najis
3. Debu tanah tersebut belum digunakan.
4. Debu tanah mestilah kering dan tidak bercampur dengan lumpur atau kapur
5. Menghilangkan segala najis sebelum bertayyammum
6. Hendaklah telah masuk waktu solat.
7. Hendaklah dilakukan dgn maksud tayammum. Jika angin membawa debu ke anggota tayammumnya, lalu disapu-sapu, dan diniatkan, maka tidak sah, kerana dia tidak bertujuan memindahkan debu tanah tersebut, tetapi ia datang sendiri. Walau bagaimanapun, jika ditayammum oleh orang lain dgn izinny, maka sah tayammumnya.


RUKUN TAYAMMUM


1. Niat – niat berwudhuk ketika menyapu ke muka.
 


نَوَيْتُ التَّيَمُّـمَ لاِسْتِبَاحَةِ الصَّلاةِ لله تَعَالى


“Sahaja Aku bertayyammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Taala”


2. Menyapu debu tanah 1 kali ke muka
3. Menyapu debu tanah 1 kali ke tangan hingga ke siku bagi kedua-dua belah tangan
4. Tertib – melakukan semua rukun wudhuk mengikut susunannya.
 


عَنْ ذَرٍّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى عَنْ أَبِيهِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ إِنِّي أَجْنَبْتُ فَلَمْ أُصِبْ الْمَاءَ فَقَالَ عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَمَا تَذْكُرُ أَنَّا كُنَّا فِي سَفَرٍ أَنَا وَأَنْتَ فَأَمَّا أَنْتَ فَلَمْ تُصَلِّ وَأَمَّا أَنَا فَتَمَعَّكْتُ فَصَلَّيْتُ فَذَكَرْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ هَكَذَا فَضَرَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَفَّيْهِ الْأَرْضَ وَنَفَخَ فِيهِمَا ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ


Dari Zar dari Said bin Abdul Rahman bin Abraza dari ayahnya, beliau berkata : Telah datang seorang lelaki kepada Umar bin Khattab sambil berkata : Aku telah berjunub, aku tidak ada air utk mandi wajib. Maka berkata Ammar bin Yasir kepada Umar bin Khattab : Ingatkah engkau ketika kita bermusafir, ketika saya dan engkau sedang berjunub, engkau tidak solat (sebab masih berjunub), sedangkan saya menguling-gulingkan diri di padang pasir, kemudian solat, setelah itu saya ceritakan kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata kepadaku : Memadailah bagi engkau begini, lalu Rasulullah SAW menepuk kedua-dua telapak tangannya ke tanah, kemudian meniupnya (menipiskannya), lalu menyapunya ke muka dan kedua tangannya.  Hadis riwayat Bukhari


PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM


1. Semua perkara yang membatalkan wudhuk
2. Ada air sebelum solat jika bertayyammum kerana ketiadaan air.
3. Hilang keuzuran yang mengharuskan tayammum. Contohnya spt hilang sakit, hilang sejuk atau ada alat utk mendapatkan air. Jika segala keuzuran tersebut hillang, maka terbatallah tayammum tersebut sebaik sahaja keuzuran itu hilang.
4. Murtad
 


PERKARA SUNAT KETIKA TAYAMMUM


1. Mulakan dgn membaca Basmalah.
2. Mengadap kiblat.
3. Menipiskan debu tanah sebelum menyapu ke muka / tangan
4. Mendahulukan menyapu tangan kanan daripada kanan kiri
5. Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan.
6. Mengosok celah jari tangan dan jari kaki.
7. Merenggangkan jari semasa menekap debu.


CARA-CARA BERTAYAMMUM


1. Bersihkan diri dan anggota badan drp sebarang najis.
2. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu tanah
3. Nipiskan debu tanah dgn cara menepuk kedua belah tangan dengan perlahan
4. Sapukan ke muka dari bahagian atas ke bawah
5. Bersihkan tapak tangan drp debu tanah tersebut.
6. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu tanah sekali lagi di tempat yang lain
7. Nipiskan debu tanah dgn cara menepuk kedua belah tangan dengan perlahan
8. Sapu ke kedua-dua tangan dari pergelangan tangan ke siku.  Mulakan dgn debu tangan kiri ke atas tangan kanan, bermula dari  belakang tapak tangan hingga ke siku. Kemudian, di bahagian atas lengan dari siku hingga kembali ke tapak tangan kanan. Buat perkara yang serupa dgn debu tangan kanan ke atas tangan kiri.

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN SATU TAYAMMUM


Mazhab Hanafi : Boleh melakukan seberapa banyak solat fardhu dan solat sunat selagi tayammum tersebut  belum terbatal. Kerana tayammum adalah cara bersuci ketika ketiadaan air, maka ia adalah ganti ketiadaan air, maka dia boleh solat fardhu dan solat sunat sebanyak mana dia suka dgn satu tayammum.


Mazhab Hanbali : Tayammum adalah terikat dgn waktu. Ini bermakna hanya solat fardhu pada waktunya sahaja yang boleh dilakukan, apabila luput waktu solat tersebut, maka terbatallah tayammum itu. Orang yang bertayammum boleh melakukan solat fardhu (solat pada waktu tersebut) dan mengqadha solat fardu yang lain atau menghimpun dua solat fardhu (solat Jamak) serta melakukan seberapa banyak solat sunat.


Mazhab Maliki - Tidak boleh digunakan untuk 2 solat fardhu, tidak boleh menghimpun beberapa solat sunat dan tidak boleh menghimpun solat  fardhu dan solat sunat.


Mazhab Syafie - Tidak boleh digunakan untuk 2 solat fardhu, tetapi boleh digunakan untuk 1 solat fardhu dan beberapa solat sunat yang dia kehendaki.


Rujukan :
al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu - Wahbah al-Zuhaili
Fiqh as-Sunnah - Said Sabiq