BIODATA
Nama : Abu Al-Walid Muhammad b. Ahmad b. Rusyd
Gelaran : AVERREOS
T/Lahir : 520H @ 1126M di Cardova
M/Dunia : 595M @ 1198H
Umur : 75 tahun
PENDIDIKAN
- Mempelajari perkara-perkara asas agama seperti al-Quran, Sastera, Bahasa Arab dan Feqah dengan keluarganya.
- Belajar ilmu perundangan dengan bapanya yang merupakan Ketua Hakim di Cardova, Andalus yang pakar dalam undang-undang Mazhab Maliki
- Menghafaz Kitab Al-Muatta’ sejak kecil lagi.
- Mempelajari ilmu Falsafah ketika berumur 12 tahun dan guru utama beliau ialah Ibnu Majah.
- Beliau turut mempelajari bidang Perubatan, Sains, Astronomi dan Matematik di mana beliau mendapat Sarjana dalam bidang Sastera, Falsafah dan Kedoktoran.
SUMBANGAN
- Beliau meninggalkan banyak sumbangan yang bermakna dalam bidang falsafah, perubatan, pentadbiran, psikologi dan kehakiman.
- Dalam bidang falsafah yang dipelopori oleh Aristotle, beliau telah berjaya menghasilkan satu pemikiran baru yang membawa kesan besar kepada bangsa Eropah yang kebetulan sedang menghadapi Zaman Pembaharuan.
- Di antara karangan beliau yang terkenal ialah :
a) General Rule Of Medicine - Perubatan
b) Kuliah Fi At-Tib - Perubatan
c) Talkhis Kitab An-Nafs- bidang Psikologi
d) Al-Jamhuriyyah Wa Al-Ahkam dalam bidang politik yang menghuraikan gagasan pemikiran secara demokratik yang tidak memisahkan antara agama dan politik.
e) Jawami' Saisati Aflaton - Falsafah
f) Tahafur Al-Tahafut - Falsafah
g) Kasyful Adaliah - Falsafah
No comments:
Post a Comment