Wednesday, May 11, 2016

Buraq - kelajuannya sepantas kilat

Ketika peristiwa Isra Mi'raj diceritakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersama Malaikat Jibril menunggang makhluk bernama buraq, makhluk yang menjadi tanda tanya di kalangan umat Islam. Namun, mungkin tidak banyak umat Islam  yang mengetahui bentuk tunggangan tersebut, sehingga perlu dilakukan kajian lebih mendalam lagi.


Berdasarkan beberapa hadis dan pandangan umum, telah banyak yang menggambarkan makhluk tersebut.


Dalam masyarakat kita, banyak sekali gambar-gambar atau poster tentang buraq ini dalam pelbagai versi dijual di pasaran dan potretnya tergantung sebagai hiasan dinding di dalam rumah sebahagian daripada umat Islam. Biasanya adalah dari pasaran luar negara. 


Namun, yang paling menakjubkan mengenai makhluk tunggangan Nabi SAW tersebut adalah kepantasannya yang seperti kilat. Kepantasannya bahkan tidak dapat dijangkau oleh akal, sehingga buraq termasuk salah satu tanda kebesaran Allah SWT. 


Buraq berasal dari kata( الْبَرْقُbarqu yang bermaksud kilat. Namun, penggunaan istilah dari barqu yang bererti kilat menjadi buraq tersebut jelas mengandungi pengertian yang berbeza. Jika barqu itu adalah kilat, maka Buraq dapat diertikan sebagai sesuatu kendaraan yang kepantasannya seperti kilat atau sesuatu yang kecepatannya melebihi gerakan cahaya. 


Istilah barqu yang bererti kilat tersebut disebt dalam beberapa surah dalam Al-Quran. 


 يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (20) 


Hampir saja kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) itu, dan apabila gelap menerpa mereka, mereka berhenti. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Kuasa atas segala sesuatu." ayat 20 Surah Al-Baqarah 


Melihat penamaan makhluk tersebut, Nabi Muhammad SAW seakan hendak menyampaikan kepada kita bahwa kendaraannya tersebut memang memiliki kepantasan kilat atau cahaya. Suatu kendaraan dengan kecepatan yang sangat jauh meninggalkan teknologi yang ada hingga sampai zaman ini.


Ini membuktikan perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra dan Mikraj itu memang betul-betul berlaku dalam tempoh semalaman (singkat) kerana beliau menaiki kenderaannya yang kelajuannya  adalah sepntas kilat. 

No comments:

Post a Comment