Wednesday, May 31, 2017

Puasa : Pastikan ada pahala dan diterima Allah

Biarlah Puasa kita ada pahala dan diterima

Di bulan Ramadhan ini setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan puasa dengan menahan lapar dan dahaga mulai dari fajar hingga terbenamnya matahari. Namun ada di antara kaum muslimin yang melakukan puasa, dia tidaklah mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga saja atau tidak mendapat pahala puasa.


رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ


Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thobroniy


Di antara sebabnya ialah ;

1. Berkata Dusta (az zuur)

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ


Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlu dari  lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari
As Suyuthi mengatakan bahwa az zuur adalah berkata dusta dan menfitnah (buhtan). Sedangkan mengamalkannya bererti melakukan perbuatan keji. (Syarh Sunan Ibnu Majah, 1/121, Maktabah Syamilah)

2. Berkata lagwu(sia-sia) dan rofats (kata-kata lucah)

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ


Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau tindakan bodoh padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”. (HR. Ibnu Majah dan Hakim.


Apa yang dimaksud dengan lagwu? Dalam Fathul Bari (3/346), Al Akhfasy mengatakan,


اللَّغْو الْكَلَام الَّذِي لَا أَصْل لَهُ مِنْ الْبَاطِل وَشَبَهه


Lagwu adalah perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak berfaedah.” 


Dalam Fathul Bari (5/157), Ibnu Hajar berkata :


وَيُطْلَق عَلَى التَّعْرِيض بِهِ وَعَلَى الْفُحْش فِي الْقَوْل


“Istilah Rofats digunakan dalam pengertian ‘kiasan untuk hubungan badan’ dan semua perkataan keji.”
Al Azhari mengatakan,


الرَّفَث اِسْم جَامِع لِكُلِّ مَا يُرِيدهُ الرَّجُل مِنْ الْمَرْأَة
“Istilah rofats adalah istilah untuk setiap hal yang diinginkan laki-laki pada wanita.” lain rofats adalah kata-kata porno atau lucah.


3. Melakukan Berbagai Macam Maksiat


Ingatlah bahwa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja, namun hendaknya seorang yang berpuasa juga menjauhi perbuatan yang haram.


Ibnu Rojab Al Hambali berkata: 
“Ketahuilah, amalan taqorub (mendekatkan diri) pada Allah Ta’ala dengan meninggalkan berbagai syahwat  tidak akan sempurna hingga seseorang mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang dilarang iaitu dusta, perbuatan zholim, permusuhan di antara manusia dalam masalah darah, harta dan kehormatan.” (Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)

Jabir bin ‘Abdillah pula berkata :“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan mulutmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti jiran. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Jangan kamu jadikan hari puasamu sama seperti hari kamu tidak berpuasa”   (Lihat Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)


Semoga puasa kita diterima Allah SWT.

Keadilan dalam Ekonomi

Konsep Keadilan dalam Ekonomi


Salah satu sumbangan besar Islam dalam bidang Ekonomi Dunia ialah prinsip keadilan dan perlaksanaannya dalam semua aspek kehidupan manusia. Dengan itu, setiap anggota masyarakat boleh memperbaiki kehidupan kebendaan mereka disamping memperbaiki kehidupan rohani mereka serta mengingatkan mereka bahawa setiap  benda di dunia ini adalah  dikongsi bersama untuk kegunaan semua makhluk. Setelah meraka mendapat faedah dari kekayaan masing-masing, mereka hendaklah memberi faedah yang sama kepada ahli masyarakat yang lain.


Sikap ini akan melahirkan individu yang tidak hanya mementingkn diri sendiri, tetapi bantu membantu kepada orang lain agar dapat sama-sama merasakan faedah kebendaan tadi sekaligus tanpa disedari telah berjaya menyusun satu sistem ekonomi yang berlandaskan kesamaan dan keadilan kepada semua pihak.


Keadilan dalam Pengeluaran


Islam melarang menindas orang lain atau menggunakan kaedah yang tidak adil dalam mencari harta. al-Maududi dalam bukunya 'Economic Problem m/s 25 berkata :  "Islam tidak menggalakkan berusaha dan berlumba-lumba mencari kekayaan dengan cara tidak adil dan salah". 


Islam selalu meneknkan kepada umatnya agar manusia bekerja keras dengan segala kudrat dan upayanya menyara kehidupannya. Bertebaranlah ke seluruh pelusok  dunia kerana di situ pasti ada sumber rezeki, maka menjadi tugasnya untuk mencari rezeki tersebut.


Keadilan dalam pertukaran


Islam keras melarang melakukan kegiatan تلقى جلب  Talqqi Jalb  iaitu pasar gelap dan pengambilan untung secara berlebihan dan kegiatan بيع الحاضر لباد Bai

Tuesday, May 30, 2017

Doa Pelik 2 sahabat

doaku


عَنْ  إِسْحَاقَ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ جَحْشٍ قَالَ يَوْمَ أُحُدٍ: " أَلَا نَأْتِي نَدْعُو اللهَ " فَخَلَوْا فِي نَاحِيَةٍ، فَدَعَا سَعْدٌ قَالَ: يَا رَبِّ، إِذَا لَقِينَا الْقَوْمَ غَدًا، فَلَقِّنِي رَجُلًا شَدِيدًا بَأْسُهُ شَدِيدًا حَرْدُهُ؛ فَأُقَاتِلَهُ فِيكَ وَيُقَاتِلُنِي، ثُمَّ ارْزُقْنِي عَلَيْهِ الظَّفَرَ حَتَّى أَقْتُلَهُ وَآخُذَ سَلَبَهُ، فَأَمَّنَ عَبْدُ اللهِ بْنُ جَحْشٍ ثُمَّ قَالَ: " اللهُمَّ ارْزُقْنِي غَدًا رَجُلًا شَدِيدًا حَرْدُهُ، شَدِيدًا بَأْسُهُ، أُقَاتِلُهُ فِيكَ وَيُقَاتِلُنِي، ثُمَّ يَأْخُذُنِي فَيَجْدَعُ أَنْفِي، فَإِذَا لَقِيتُكَ غَدًا قُلْتَ: يَا عَبْدَ اللهِ، فِيمَ جُدِعَ أَنْفُكَ وَأُذُنُكَ؟ فَأَقُولُ: فِيكَ وَفِي رَسُولِكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَتَقُولُ: صَدَقْتَ "، قَالَ سَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ: يَا بُنِيَّ، كَانَتْ دَعْوَةُ عَبْدِ اللهِ بْنِ جَحْشٍ خَيْرًا مِنْ دَعْوَتِي، لَقَدْ رَأَيْتُهُ آخِرَ النَّهَارِ وَإِنَّ أُذُنَهُ وَأَنْفَهُ لَمُعَلَّقَانِ فِي خَيْطٍ


 هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ مُسْلِمٍ وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ " [التعليق - من تلخيص الذهبي] 2409 - على شرط مسلم


Dalam perang Uhud, Abdullah bin Jahsy r.a. berkata kepada Saad bin Abi Waqash r.a., "Wahai Saad, marilah kita sama-sama berdoa, dan di antara kita mengaminkanya. Yaitu, apabila salah seorang di antara kita berdoa terhadap apa yang diingininya, maka yang lainnya mengamini apa yang didoakan oleh saudaranya. Inilah doa yang paling dikabulkan oleh Allah S.W.T." Maka, dua sahabat tersebut pergi ke sebuah sudut, kemudian mereka berdoa di sana. Yang berdoa terlebih dahulu adalah Saad r.a. Inilah doanya: "Ya Allah, jika besok kami bertempur, maka hadapkanlah kepadaku seorang musuh yang sangat berani yang memiliki kekuatan menyerang yang hebat, dan saya melawannya dengan serangan yang hebat pula. Kemudian berilah kepadaku kemenangan, dan bunuhlah musuh tadi melalui tanganku ini. Kemudian kembalikanlah kami dengan membawa serta harta rampasan." Maka, Abdullah r.a. mengamini doa tersebut.


Kemudian giliran Abdullah bin Jahsy r.a. untuk berdoa. Inilah doanya: "Ya Allah, jika esok kami bertempur, maka temukanlah kepadaku seorang yang sangat hebat, dan berilah taufik kepadaku untuk menghadapinya dengan keberanian. Kemudian, ya Allah, syahidkanlah aku dalam pertempuran itu. Kemudian potonglah hidung dan telingaku sehingga pada hari Kiamat nanti, ketika di hadapan Rasulullah S.A.W., Engkau akan bertanya kepadaku, 'Hai Abdullah, mengapa hidung dan telingamu terpotong?' Maka, aku akan menjawab, 'Ya Allah, hidung dan telingaku terlah terpotong untuk berjuang di jalan-Mu dan di jalan Rasul-Mu. Dan, Engkau akan mengatakan: 'Benar, benar, semuanya telah terpotong untuk berjuang di jalan-ku'." Saad r.a. pun mengamini doa tersebut.


Keesokan harinya, terjadilah pertempuran yang berlangsung dengan sengitnya. Doa kedua sahabat ini telah dikabulkan oleh Allah S.W.T. sebagaimana yang mereka doakan. Saad r.a. berkata, "Doa Abdullah bin Jahsy r.a. lebih baik daripada doaku. Petang itu, aku melihat  dia syahid dan telinga dan hidungnya telah dipotong-potong oleh musuh. Riwayat al-Baihaqi (Sunan al-Kubra)  dan al-Hakim (Mustadrak - sahih menurut syarat Muslim). 


Saturday, May 13, 2017

اِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ النَّارِوَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ.

Rahsia disebalik Segera Berbuka dan Lewatkan Sahur

puasa


Ibn ‘Abd al-Barr mengatakan hadis-hadis tentang menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur adalah sahih lagi mutawatir. (Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 4, hal. 713). Dalam Musannaf Abdul Razzaq dengan sanad yang sahih daripada ‘Amr bin Maymun ak-Awdi katanya, sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang yang paling segera berbuka dan paling lambat bersahur. (jil.4, hal. 226)


 لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


Abdullah bin Yusuf menceritakan kepada kami bahawa Malik telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (al-Bukhari)


 لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (Muslim)


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَحَبُّ عِبَادِي إِلَيَّ أَعْجَلُهُمْ فِطْرًا


 daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Hamba yang paling Aku kasihi ialah mereka yang paling segera berbuka. (al-Tirmizi)


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ قَالَا أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ رَجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ وَالْآخَرُ يُؤَخِّرُ الْإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلَاةَ قَالَتْ أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Yahya bin Yahya dan Abu Kuraib Muhammad bin al-Ala’ menceritakan kepada kami, kata mereka berdua, Abu Mu’awiyah memberitahu kepada kami daripada al-A’mash daripada ‘Umarah bin ‘Umair daripada Abi ‘Atiyyah katanya, saya dan Masruq menemui ‘A`ishah. Kami berkata: “Wahai Ummul mu`minin, dua orang dari sahabat Rasulullah s.a.w, seorang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang dan seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan sembahyang. ‘A`ishah menjawab, siapa yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang. Perawi berkata, kami menjawab Abdullah ya’ni Ibn Mas’ud. ‘A`ishah menjawab, demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Muslim)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لِأَنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ


 daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Agama ini akan terus zahir selama mana manusia menyegerakan berbuka kerana Yahudi dan Nasara melewatkannya. (Abu Daud)


 عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أمرنا معاشر الأنبياء أن نعجل إفطارنا ونؤخر سحورنا ونضرب بأيماننا على شمائلنا في الصلاة


daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami para nabi diperintah supaya menyegerakan berbuka, melewatkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika bersembahyang. (al-Daruqutni)


عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من فقه الرجل في دينه تعجيل فطره وتأخير سحوره وتسحروا فإنه الغداء المبارك


daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Termasuk dalam kefahaman yang mendalam yang ada pada seseorang ialah menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur. Bersahurlah kerana ianya makanan yang diberkati. (Ibn ‘Asakir, Tarikh Dimashq, jil. 52, hal. 138)


Daripada hadis-hadis di atas, jelaslah bahawa Islam telah melihat betapa pentingnya aktiviti berbuka puasa dan bersahur dalam ibadah puasa bagi membezakan dengan lain-lain aktiviti jamuan dan kenduri kendara. Ini menunjukkan bahawa berbuka dan bersahur itu bukan setakat aktviti makan , malah lebih besar dari makan, bahkan Allah memberi galakan supaya umat Islam berebut-rebut membelanjakan harta bagi aktiviti ini dengan ganjaran pahala yang bukan kepalang iaitu sesiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa akan diberi pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut.. Bayangkan kalau sepanjang ramadhan ini kita belanjakan kepada 10 orang berbuka, berapa bnayak pahala yang kita dapat… kalau 10 orang, 20 atau lebih ramai lagi tentu banyak pahala yang kita dapat…


Kembali kepada persoalan segera berbuka dan lewatkan sahur, apabila kita disunnatkan segera berbuka, maka kebanyakan kita akan bersiap dengan segala lauk dimeja dalam kedaan bersih diri dan pakaian, duduk mengadap makanan di meja beberapa minit sebelum masuknya waktu berbuka (Maghrib) menungggu waktu Maghrib dengan penuh setia dan bersedia. Kemudian, bila terdengar saja azan, kita terus makan (berbuka) dan diikuti oleh solat Maghrib. Alhamdulillah, sempurnalah sudah dua fardhu, Puasa dan Solat dengan sempurna. Inilah tujuan atau matlamat utama kenapa sunat disegerakan berbuka itu…. Supaya kita sentiasa BERSEDIA menanti masuknya waktu Solat Maghrib kerana waktunya amat singkat benar. Nampak jelas di sini bukan aktiviti makan itu yang diutamakan tetapi nak jaga solat Maghrib supaya jangan terlepas walaupun kadang-kadang terbabas sedikit waktu makan, namun waktu solat ada lagi..


Begitu juga halnya dengan sahur… hinggakan Rasulullah SAW bersabda bahawa perbezaan puasa orang Islam dengan orang kafir adalah SAHUR. Malah Bersahur itu ada keberkatannya.

Galakan melewatkan bersahur ini jga sma spt menyegerakan berbuka. Kalau kita sahur terlalu awal, contohnya pukul 2 pagi, maka akan tidur dalam keadaan kekenyangan. Maka kita dikhuatiri akan terlepas pula solat Subuh. Maka disunatkan kita lewat sahur, lebih kurang 30 minit sbm Subuh, selepas habis makan kita dah tak sempat tidur, masuk pula waktu Subuh. Insya Allah kita akan tidak tertidur atau terlepas Subuh.


Diharap selepas selesainya Ramadhan nanti, kita akan kita akan sentiasa menanti waktu solat Maghrib, bukan di rumah tetapi di Masjid. Begitu juga bersedia dengan solat Subuh dengan memenuhi  waktu sahur dengan Solat Tahajud dan solat sunat yang lain.