Saturday, August 11, 2018

Mission Impossible v8.0 (Misi Mustahil)

Allah SWT telah menjadikan alam dunia ini untuk menguji manusia sama ada patuh atau derhaka kepada setiap suruhan atau tegahan Allah SWT dan menjadikan alam akhirat sebagai balasan setiap kepatuhan dan ketidakpatuhan tersebut.


Jadi manusia diberi peluang untuk membuktikan kepatuhan tersebut ketika hidup di dunia. Ringkasnya, segala tingkahlaku dan tutur bicaranya di dunia akan dibalas di akhirat. Dunia adalah untuk beramal sama ada amalan baik atau jahat, sementara akhirat hanya untuk menerima balasan dari amal ketika di dunia. Begitu juga di alam kubur ketika kita menunggu untuk sampai ke alam akhirat. Di alam kubur dan akhirat tidak ada peluang kita untuk menambah, mengkhada'  atau mengulangi segala amalan kita di dunia dulu. Tiada solat, puasa, sedekah, zikir, haji, memebaca al-Quran dsbnya. Kalau nak buat, buatlah semasa di dunia ini sebanyak mungkin.


Di alam kubur, jika kita seorang mukmin dan banyak amalan soleh, kita akan berehat di taman syurga sementara jika amalan kita banyaknya amalan jahat kita akan disiksa. Sementara di akhirat kelak, orang mukmin akan berehat dan menerima nikmat di syurga dan orang banyak dosa akan msauk neraka disiksa dan diazab..


Misi mustahil yang dimaksudkan di sini adalah keluhaan dan permintaan golongan yang derhaka kepada Allah SWT dan golongan orang kafir ketika mereka menghadapi malaikat maut di saat kematian. Begitu juga ketika mereka berada di alam barzakh serta berada di alam akhirat.


MUSTAHIL Allah SWT menjawab atau menunaikan permintaan mereka.


Misi mustahil golongan kuffar dan fujjar ini berlaku ketika suasana berikut ;



1. Ketika saat kematian.

Ketika di saat kematian... tatkala mereka melihat malailat maut... mereka akan berkata kepada malaikat maut.. TANGGUHlah kematian kami, nescaya kami akan bersedekah dan menjadi orang yang soleh. Ini dinyatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.


وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10) Surah al-munafiqun 10


Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit lagi, maka aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang salih.


Apakah si mati akan bersedekah atau berubah menjadi orang baik sekiranya Allah  SWT memberi peluang kepadanya dengan menangguhkan kematiannya. Kita ambil contoh mudah, apabila seseorang terlantar sakit maka orang tersebut akan berdoa Ya Allah sembuhkan penyakitku, sekiranya aku sembuh, aku akan bersedekah dan menjadi orang soleh, akan mendirikan solat dan puasa yang aku selalu tinggalkan, aku akan solat . berjemaah dan sebagainya…Tapi apabila dah sembuh, dia akan tetap denan perangai lamanya.. tidak solat, tidak solat berjemaah, tidak puasa dan tidak pula bersedekah.


Sedekahlah kamu sebelum kamu mati selagi kamu masih mampu melaksanakannya. Janganlah berharap dengan ahli waris untuk melakukannya selepas kita mati nanti seperti memesan kepada anak kita.. bila emak/ayah mati nanti banyaklah sedekah atau adakan jamuan kepada orang ramai dan niatkan sedekah daripada emak/ayah. Ingatlah .. Anak kita ada tanggungjawab masing-masing… cuba kita fikir kembali.. sebagai anak.. berepa kali kita telah sedekah/menjamu orang atas nama ayah/emak kita selama ini.. atau kita berdoa untuk emak/ayah kita yang sudah mati..yang juga mengharapkan kita untuk berbuat demikian untuk mereka sebagaimana kita mengharapkan perkara yang sama kepada anak kita pula…  


2. Selepas Kematian


حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100) surah al-mukminun


Apabila mereka mati, mereka berkata : "Ya tuhanku kembalilah aku ke dunia, supaya aku dapat mengerjakan amal saleh yang telah aku tinggalkan (yang aku tidak buat semasa aku hidup di dunia dulu).  Tidak! Masakan dapat ? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di belakang mereka ada alam barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula.


MUSTAHIL ALLAH kembalikan semula ke dunia. Mereka ini akan menyesal kerana tidak melakukan amal salih ketika didunia dulu... tapi TIADA PELUANG untuk melakukan amal salih di alam kubur.


Contoh yang Rasulullah SAW gambarkan dalam peristiwa di bawah ....


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ المَدِينَةِ، أَوْ مَكَّةَ، فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ» ثُمَّ قَالَ: «بَلَى، كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، وَكَانَ الآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ». ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ، فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ، فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً، فَقِيلَ لَهُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: «لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا» أَوْ: «إِلَى أَنْ يَيْبَسَا


Dari Ibnu Abbas RA ia berkata : “Rasulullah saw melalui dekat dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sedang diseksa, dan keduanya diseksa bukan kerana perkara besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba (menyebar fitnah)”. Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, baginda lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan tersebut. Para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” baginda menjawab “Semoga seksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah”.


[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wudhu’, Bab membersihkan kencing, no 216; juga diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, dan Ahmad]
 Peristiwa ini menceritakan salah seorang daripada ahli kubur yang disiksa kerana tidak beristinjak selepas kencing. Dia disiksa sejak dari masuk kubur dan kekal di siksa hingga hari kiamat dan seterusnya selepas dimasukkan ke neraka selama-lamanya. Dia tidak berpeluang untuk kembali ke dunia untuk beristinjak dan tidak berpeluang untuk bertaubat kerana beristinjak dan bertaubat hanya berlaku di dunia.. tiada istilah tuabat dan istinjak di dalam kubur.. maka dia akan disiksa kerana perbuatannya tadi..

 

Kesimpulannya..

Oleh itu beristinjaklah dengan sempurna kertika di dunia dan bertaubatlah selagi ada peluang ketika di dunia.

 

Begitulah semua amalan salih yang lain yang menjadi kewajipan kepada kita semua.. Buatlah sekarng ketika kita masih hidup di dunia,, sementara kita masih sihat dan ada kesempatan..

 



Turut diingatkan ialah semua kesalahan atau dosa kita kepada Allah mintalah keampunan Allah. Semua dosa kepada manusia mintalah maaf sesama manusia.. seperti kita mengumpat, memfitnah termakan dsb..kerana di kubur dan akhirat nanti TIADA PELUANG UNTUK MINTA MAAF...



  1. Ketika di depan Neraka


 وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ (12) AsSajadah


Sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka sambil berkata: Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami sekarang telah yakin dan beriman. 


Ayat di atas menjelaskan keadaan manusia ketika berada di hadapan neraka


Manusia yang banyak dosa akan dimasukkan ke dalam neraka Allah. Ketika berada di depan pintu neraka, mereka baru insaf dan teramat takut keadaan neraka yang amat dahsyat dan barulah mereka menyesal setelah melihat dengan mata kepala sendiri tentang neraka kerana semasa di dunia dulu, mereka tidak mempedulikan neraka walaupun puas diterangkan oleh para rasul dan ulama, malah mereka mengejek pula para rasul dan ulama dengan gelaran yang menghina    seperti dituduh golongan tersebut seperti  mengkuda agama, jumud, kembali ke era kuno dsb supaya nama baik dan reputasi  golongan tersebut menjadi hina, jijik dan amat dibenci  di kalangan masayarakat.


Ada juga golongan semasa di dunia dulu amat benci apabila dikatakan kalau buat begitu dan begini  pasti akan masuk neraka. Meerka akan terus menyerkah kembali denagn mengatakan apa sibuk dengan saya masuk neraka ke syurga ke…. Suka hati sayalah.. awak tu belum pasti lagi ke syurga… ada yang menjawab dengan sinis… awak ni tuhankah ? tahu pula siapa yang masuk syurga neraka..dan bermacam macam lagi komentar di alam maya yang semuanya ke arah mempertikaikan atau memperkecilkan tentang syurga neraka ini..  


Sekarang baru menyesal.. lalu mereka semuanya menangis dan memujuk supaya Allah kembalikan semula ke dunia.. MUSTAHIL ALLAH KEMBALIKAN SEMULA KE DUNIA kerana duania kerana dunia sudah tidak wujud lagi selepas hancur binasa semasa hari kiamat.


Bayangkan kalua kita berada di hadapan sebuah bangunan yang sedang marak terbakar sementara kita pula adalah salah seorang yang memang giliran yang akan dibakar dalam bangunan tersebut.. sudah tentulah kita akan amat takut dan menangis sekuat hati tidak mahu dicampak ke bangunan tersebut.. Tentu kita tidak lupa kisah Ashabul Ukhdud atau sekurang-kurangnya kisah nabi Ibrahim yang dibakar oelh Namrud dulu.. Atau kita lantas teringat kisah perang Balkan kisah masyarakat Bosnia dan kisah terkini tentang masyarakat Rohinya di Burma..


Ayat di bawah pula menjelaskan hal keadaan manusia ketika berada di hadapan neraka.


إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِيَ تَفُورُ (7) تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ كُلَّمَا أُلْقِيَ فِيهَا فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ (8) قَالُوا بَلَى قَدْ جَاءَنَا نَذِيرٌ فَكَذَّبْنَا وَقُلْنَا مَا نَزَّلَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ كَبِيرٍ (9)


Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya) Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! 


Ketika hendak dicampakkan ke dalam neraka atau dalam bahasa mudahnya di zaman sekarang, ketika di kaunter pendaftaran dan check-in di pintu masuk utama, mereka disapa oleh petugas (malaikat) yang bertanya kepada mereka… tiadakah para nabi , rasul atau para ulama’ yang datang kepada kamu memberi peringtan tentang azab neraka ni ?


Maka inilah jawapan mereka.. Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya) Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! 


Mereka (para rasul, nabi dan ulama)   yang datang tu kami dustakan… kami kata dia penipu, pemecahbelah masyrakat, membuang adat dan kepercayaan nenek moyang yang sudah berkurun kita amalkan.. Ini semua bukan daripada Allah, melainkan dari seorang yang gila dan ahli sihir atau pemecah masyrakat.. lagi sesat dan menyesatkan…..


Jadi..


Untuk mengubah MISI MUSTAHIL kepada MISI BERJAYA hendaklah bertindak seperti apa yang disarankan oleh Allah SWT dalam surah al-Mulk..


وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ (10)


Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memikirkan (memahami), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka


Allah SWT menjelaskan bagaimana keadaan orang jahat (ahli neraka) ketika hendak di masukkan ke dalam neraka, mereka dengan nada menyesal berkata .. alangkah menyesalnya kami di dunia dulu, kalua kami  mendengar dan memikirkan apa yang dibawa  dan disampaikan oleh para nabi serta mengamalkannya nescaya kami tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.


Itulah punca masalahnya…. TIDAK MAHU MENGENGAR DAN MEMIKIRKAN …… apa yang dibawa oleh  para rasul dan nabi. Malah diejek, diperolok  dan diperangi sampai ada para nabi dan rasul dihalau dan dibunuh.


Jadi.. Kita sekarang hendaklah MENDENGAR DAN MEMIKIRKAN apa yang telah disampaikan oleh para nabi dan rasul… kemudian amalkannya.. NESCAYA kita selamat daripada neraka.


 

No comments:

Post a Comment