Showing posts with label Feqah. Show all posts
Showing posts with label Feqah. Show all posts

Saturday, May 13, 2017

Rahsia disebalik Segera Berbuka dan Lewatkan Sahur

puasa


Ibn ‘Abd al-Barr mengatakan hadis-hadis tentang menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur adalah sahih lagi mutawatir. (Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 4, hal. 713). Dalam Musannaf Abdul Razzaq dengan sanad yang sahih daripada ‘Amr bin Maymun ak-Awdi katanya, sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang yang paling segera berbuka dan paling lambat bersahur. (jil.4, hal. 226)


 لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


Abdullah bin Yusuf menceritakan kepada kami bahawa Malik telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (al-Bukhari)


 لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (Muslim)


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَحَبُّ عِبَادِي إِلَيَّ أَعْجَلُهُمْ فِطْرًا


 daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Hamba yang paling Aku kasihi ialah mereka yang paling segera berbuka. (al-Tirmizi)


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ قَالَا أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ رَجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ وَالْآخَرُ يُؤَخِّرُ الْإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلَاةَ قَالَتْ أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Yahya bin Yahya dan Abu Kuraib Muhammad bin al-Ala’ menceritakan kepada kami, kata mereka berdua, Abu Mu’awiyah memberitahu kepada kami daripada al-A’mash daripada ‘Umarah bin ‘Umair daripada Abi ‘Atiyyah katanya, saya dan Masruq menemui ‘A`ishah. Kami berkata: “Wahai Ummul mu`minin, dua orang dari sahabat Rasulullah s.a.w, seorang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang dan seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan sembahyang. ‘A`ishah menjawab, siapa yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang. Perawi berkata, kami menjawab Abdullah ya’ni Ibn Mas’ud. ‘A`ishah menjawab, demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Muslim)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لِأَنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ


 daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Agama ini akan terus zahir selama mana manusia menyegerakan berbuka kerana Yahudi dan Nasara melewatkannya. (Abu Daud)


 عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أمرنا معاشر الأنبياء أن نعجل إفطارنا ونؤخر سحورنا ونضرب بأيماننا على شمائلنا في الصلاة


daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami para nabi diperintah supaya menyegerakan berbuka, melewatkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika bersembahyang. (al-Daruqutni)


عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من فقه الرجل في دينه تعجيل فطره وتأخير سحوره وتسحروا فإنه الغداء المبارك


daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Termasuk dalam kefahaman yang mendalam yang ada pada seseorang ialah menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur. Bersahurlah kerana ianya makanan yang diberkati. (Ibn ‘Asakir, Tarikh Dimashq, jil. 52, hal. 138)


Daripada hadis-hadis di atas, jelaslah bahawa Islam telah melihat betapa pentingnya aktiviti berbuka puasa dan bersahur dalam ibadah puasa bagi membezakan dengan lain-lain aktiviti jamuan dan kenduri kendara. Ini menunjukkan bahawa berbuka dan bersahur itu bukan setakat aktviti makan , malah lebih besar dari makan, bahkan Allah memberi galakan supaya umat Islam berebut-rebut membelanjakan harta bagi aktiviti ini dengan ganjaran pahala yang bukan kepalang iaitu sesiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa akan diberi pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut.. Bayangkan kalau sepanjang ramadhan ini kita belanjakan kepada 10 orang berbuka, berapa bnayak pahala yang kita dapat… kalau 10 orang, 20 atau lebih ramai lagi tentu banyak pahala yang kita dapat…


Kembali kepada persoalan segera berbuka dan lewatkan sahur, apabila kita disunnatkan segera berbuka, maka kebanyakan kita akan bersiap dengan segala lauk dimeja dalam kedaan bersih diri dan pakaian, duduk mengadap makanan di meja beberapa minit sebelum masuknya waktu berbuka (Maghrib) menungggu waktu Maghrib dengan penuh setia dan bersedia. Kemudian, bila terdengar saja azan, kita terus makan (berbuka) dan diikuti oleh solat Maghrib. Alhamdulillah, sempurnalah sudah dua fardhu, Puasa dan Solat dengan sempurna. Inilah tujuan atau matlamat utama kenapa sunat disegerakan berbuka itu…. Supaya kita sentiasa BERSEDIA menanti masuknya waktu Solat Maghrib kerana waktunya amat singkat benar. Nampak jelas di sini bukan aktiviti makan itu yang diutamakan tetapi nak jaga solat Maghrib supaya jangan terlepas walaupun kadang-kadang terbabas sedikit waktu makan, namun waktu solat ada lagi..


Begitu juga halnya dengan sahur… hinggakan Rasulullah SAW bersabda bahawa perbezaan puasa orang Islam dengan orang kafir adalah SAHUR. Malah Bersahur itu ada keberkatannya.

Galakan melewatkan bersahur ini jga sma spt menyegerakan berbuka. Kalau kita sahur terlalu awal, contohnya pukul 2 pagi, maka akan tidur dalam keadaan kekenyangan. Maka kita dikhuatiri akan terlepas pula solat Subuh. Maka disunatkan kita lewat sahur, lebih kurang 30 minit sbm Subuh, selepas habis makan kita dah tak sempat tidur, masuk pula waktu Subuh. Insya Allah kita akan tidak tertidur atau terlepas Subuh.


Diharap selepas selesainya Ramadhan nanti, kita akan kita akan sentiasa menanti waktu solat Maghrib, bukan di rumah tetapi di Masjid. Begitu juga bersedia dengan solat Subuh dengan memenuhi  waktu sahur dengan Solat Tahajud dan solat sunat yang lain.

Thursday, May 19, 2016

Aurat - panduan ringkas

Batas Aurat Lelaki

عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]


“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].


Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan:

(1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
(2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.

Batas Aurat Perempuan

Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).


Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut.


Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah akhlaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.


Oleh itu bergunting dengan wanita kafir adalah HARAM kerana ia melibatkan aurat.


poster mahram bagi lelaki dan batas pergaulan


poster mahram bagi wanita dan batas pergaulan


auratl


betul


 salah2 salah1


salah3a salah3b


cara-tutup-aurat 2013

Wednesday, April 13, 2016

Keistimewaan Tanah Haram Madinah

Nama-nama Madinah 


1. Thabah
2. Thaibah


Sempadan Tanah Haram Madinah


 




  1. Dari arah utara dan selatan ialah sejauh 12 batu iaitu di antara 'Ayr dan Thur.


الْمَدِينَةُ حَرَمٌ مَا بَيْنَ عَيْرٍ إِلَى ثَوْرٍ


Tanah Haram Madinah adalah di antara 'Ayr dan Thur. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ahmad dan al-Baihaqi.


'Ayr  adalah nama sebuah bukit yang masyhur di Madinah. Sementara Thur ialah sebauh anak bukit yang teletak di sebelah Bukit Uhud di utara Madinah. Bukit Uhud adalah termasuk dalam Tanah Haram Madinah.




  1. Dari arah timur dan barat pula juga sejauh 12 batu iaitu di antara 2 kws berbatu hitam di kedua-dua belah pihak berdasarkan hadis Rasulullah SAW ;


حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَيْنَ لَابَتَيِ الْمَدِينَةِ


Rasulullah SAW telah menjadikan kawasan yang terletak di antara dua kawasan yang berbatu hitam di Madinah sebagai Tanah Haram. Hadis riwayat Muslim dan al-Baihaqi. Lihat juga hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dalam lafaz yang berbeza.


Ringkasnya, sempadan Tanah Haram Madinah adalah 12 batu dari segenap penjuru, timur-barat dan utara-selatan.
 


Keistimewaan Tanah Haram Madinah




  1. Madinah adalah tempat yang berkat, tempat yang penuh dengan kebaikan.


عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ وَإِنَّهَاتَنْفِي الْخَبَثَ كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْفِضَّةِ


Dari Zaid bin Tsabit dari Nabi SAW, beliau bersabda : Ia Thaibah iaitu Madinah. Ia mengenepikan segala keburukan sama spt api yang menghilangkan kekotoran pada emas.Hadis riwayat Muslim.




  1. Sesiapa yang sabar hidup di Madianh atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.


لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا


Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim. Hadis riwayat Muslim.
 


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَبَرَ عَلَى لَأْوَائِهَا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Rasulullah SAW berkata : Sesiapa yang bersabar dengan  kesukaran tinggal di Madinah, maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi kepadanya pada hari Kiamat. Hadis riwayat Muslim.
 


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْهَدُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا


Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah). Hadis riwayat Muslim.
 


عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW (Madinah). Hadis riwayat Bukhari.




  1. Makan kurma atau kurma Ajwah  di Madinah akan terhindar drp racun dan sihir.


عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ


Dari 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang makan 7 kurma pada waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat kemudharatan drp racun sehingga waktu petang. Hadis riwayat Muslim.


مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ


Sesiapa makan 7 kurma ajwah setiap pagi, dia tidak akan mendapat kemudharatan drp racun dan sihir pada hari tersebut. Hadis riwayat Bukhari.




  1. Tempat berkumpulnya iman (Islam)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda Sesungguhnya iman akan berkumpul di Madinah sebagaimana berkumpulnya ular ke sarangnya. Hadis riwayat Bukhari.
 




  1. Bebas daripada Dajjal dan penyakit taun.


عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ رُعْبُ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ


Dari Abu Bakrah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak akan masuk ke Madinah Dajjal, di situ (Madinah) ada 7 pintu, setiap pintu dijaga oleh 2 malaikat.  Hadis riwayat Bukhari.
 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ المَسِيحُ وَلَا الطَّاعُونُ


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda :  Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah. Hadis riwayat Bukhari.
 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَنْقَابِ الْمَدِينَةِ مَلَائِكَةٌ لَا يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ وَلَا الدَّجَّالُ


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda :  Di sempadan Madinah terdapatnya Malaikat, Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
 


عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍوَمُنَافِقٍ


Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
 




  1. Allah SWT telah menjaga penduduk Madinah drp perancangan jahat musuh dan memeliharanya drp amalan bidaah.


مَنْ أَرَادَ أَهْلَ هَذِهِ الْبَلْدَةِ بِسُوءٍ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَذَابَهُ اللَّهُ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ


Sesiapa yang hendak berbuat jahat  (tipudaya) kepada penduduk Madinah, nescaya Allah akan mengazabnya (menghancurkannya) sebagaimana larutnya garam dalam air. Hadis riwayat  Muslim dan Ahmad.
 


حَدَّثَنَا عَاصِمٌ قَالَ قُلْتُ لِأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَحَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ نَعَمْ مَا بَيْنَ كَذَا إِلَى كَذَا فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا قَالَ ثُمَّ قَالَ لِي هَذِهِ شَدِيدَةٌ مَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلَا عَدْلًا


Dari `Ashim ia berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik: Apakah Rasulullah saw. telah mengharamkan Madinah? Anas menjawab: Ya, iaitu antara gunung ini sampai gunung ini, maka barang siapa yang berbuat bidaah di Madinah. Ia melanjutkan: Kemudian ia berkata lagi kepadaku: Ini adalah ancaman, barang siapa yang berbuat bidaah, maka ia akan terkutuk oleh laknat Allah, para malaikat serta seluruh manusia dan Allah tidak akan menerima taubat dan tebusan darinya pada hari kiamat. Hadis riwayat Muslim.
 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَدِينَةُ حَرَمٌ فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يُقْبَلُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَدْلٌ وَلَا صَرْفٌ


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi saw. beliau bersabda: Madinah itu adalah tanah haram. Barang siapa yang berbuat bidaah di dalamnya atau melindungi seorang pembidaah, maka ia akan terkutuk dengan laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia dan Allah tidak akan menerima taubat serta tebusannya pada hari kiamat. Hadis riwayat Muslim.




  1. Segala barang dagangan diberkati  (sukatan).


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ وَهِيَ وَبِيئَةٌ فَاشْتَكَى أَبُو بَكْرٍ وَاشْتَكَى بِلَالٌ فَلَمَّا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَكْوَى أَصْحَابِهِ قَالَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَمَا حَبَّبْتَ مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ وَصَحِّحْهَا وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا وَحَوِّلْ حُمَّاهَا إِلَى الْجُحْفَةِ


Dari Aisyah RA., ia berkata:  Kami tiba di Madinah, ketika kota tersebut dilanda wabah penyakit sehingga Abu Bakar dan Bilal mengeluhkan keadaan itu. Ketika Rasulullah saw. menyaksikan keluhan para sahabatnya, beliau berdoa: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pecinta Madinah sebagaimana Engkau membuat kami mencintai Mekah bahkan lebih besar lagi, bersihkanlah lingkungannya, berkatilah untuk kami dalam setiap sha` serta mudnya (sukatan) dan alihkanlah wabah penyakit (Madinah) ke daerah Juhfah. Hadis riwayat Muslim.
 


إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ


Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah. Hadis riwayat Muslim.


Perbezaan Tanah Haram Madinah dgn kawasan lain (Tanah Halal)




  1. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, dan pokoknya  yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia haram ditebang/potong sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.


عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ مَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا لَا يُقْطَعُ عِضَاهُهَا وَلَا يُصَادُ صَيْدُهَا


Ibrahim telah menjadikan Makkah sebagai Tanah Haram, sementara Aku pula menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram meliputi kawasan di antara dua kawasan berbatu hitam. Pokoknya tidak boleh dipotong dan binatang buruannya tidak boleh diburu. Hadis riwayat Muslim.
 


Oleh kerana Madinah mempunyai banyak pokok dan tumbuhan berbanding dgn Tanah Haram Makkah, terdapat beberapa pengecualiaan berbanding dengan Makkah. Di antaranya ialah ;


Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA di mana Rasulullah SAW telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang kisah pengharaman tanah Madinah.
 


لَا يُخْتَلَى خَلَاهَا وَلَا يُنَفَّرُ صَيْدُهَا وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمَنْ أَشَادَ بِهَا وَلَا يَصْلُحُ لِرَجُلٍ أَنْ يَحْمِلَ فِيهَا السِّلَاحَ لِقِتَالٍ وَلَا يَصْلُحُ أَنْ يُقْطَعَ مِنْهَا شَجَرَةٌ إِلَّا أَنْ يَعْلِفَ رَجُلٌ بَعِيرَهُ


Tidak HARUS dicabut rumputnya, tidak HARUS diganggu binatang buruannya. Tidak boleh  diambil sesuatu yang tertinggal/tercicir tanpa tuan di dalam kawasannya (Luqathah) kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya. Tidak boleh membawa senjata utk membunuh. Sebarang pokoknya tidak patut dipotong kecuali seseorang itu mahu memberi makanan kepada untanya. Hadis riwayat Abu Daud.
 


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُخْبَطُ وَلَا يُعْضَدُ حِمَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ يُهَشُّ هَشًّا رَفِيقًا


Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tidak boleh dipatah atau dipotong pokok di kws larangan Rasulullah SAW, tapi boleh kalau dikaitkan daunnya dgn cermat.  Hadis riwayat Abu Daud.


Keistimewaan Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.


عَنْ ابْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَمَارَى رَجُلَانِ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ فَقَالَ رَجُلٌ هُوَ مَسْجِدُ قُبَاءَ وَقَالَ الْآخَرُ هُوَ مَسْجِدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ مَسْجِدِي هَذَا


Dari anak Abu Said al-Khudri, dari ayahnya, beliau berkata, 2 lelaki telah berselisih pendapat tentang manakah masjid yang diasaskan atas dasar taqwa  (spt yg dijelaskan dlm al-Quran). Salah seorng berkata, ia adalah masjid Quba' dan seorang lagi berkata, ia adalah masjid nabawi. Lalu Rasulullah SAW bersabda ; ia adalah masjidku ini (Masjid Nabawi). Hadis riwayat Muslim, Nasaie, Turmizi, dan Ahmad dlm  lafaz yang berbeza-beza.  


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda : Tidak perlu seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali untuk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.
 


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم مَنْ زَارَ قَبْرِى وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى


Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. Hadis riwayat ad-Daruqutni.
 


من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي


Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.
 


مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ


Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.

Keistimewaan Tanah Haram Makkah

 

Nama Makkah


Makkah mempunyai byk nama, ada yang menyatakan ia mempunyai lebih drp 30 nama.
 


Di antara namanya yang paling masyhur ialah ;


1. Makkah
2. Bakkah
3. Ummul Qura
4. Al-Balad al-Amin


وَهُوَ الَّذِي كَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ عَنْهُمْ بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنْ بَعْدِ أَنْ أَظْفَرَكُمْ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً (الفتح:24)


إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدىً لِلْعَالَمِينَ) (آل عمران:96)


وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ، وَطُورِ سِينِينَ، وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ (التين:1-3)

وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَهُمْ عَلَى صَلاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (الأنعام:92)

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآناً عَرَبِيّاً لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ (الشورى:7)

Nama-nama lain yang disebut dalam al-Quran


1. al-Balad
2. al-Baldah
3. al-Qaryah
4. al-Baitul 'Atiq

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آَمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ (ابراهيم : 35)


إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ (النمل :91 )


وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ (الأنكبوت : 31)


إِلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ (الحج : 33)



Sempadan Tanah Haram Makkah

  1. Dari arah Madinah :  lebih kurang 3 batu. Berada dlm kws Bani Nifar atau Masjid Aisyah.

  2. Dari arah Yaman : lebih kurang 7 batu.
    3. Dari arah Iraq : lebih kurang 7 batu. Berdekatan dgn Bukit al-Munqata' atau Bukit al-Muqta'.

  3. Dari arah Taif :

  4. Dari arah Ji'ranah : lebih kurang 9 batu.

  5. Dari arah Jeddah : lebih kurang 10 batu.

  6. Dari arah Batni 'Uranah : lebih kurang 11 batu.


Perbezaan Tanah Haram Makkah (THM) dgn kawasan lain (Tanah Halal)




  1. Seseorang tidak patut memasuki Tanah Haram Makkah melainkan dengan niat ihram (Wajib). Sementara ulama mazhab Syafie berpendapat, niat ihram ketika memasuki THM adalah sunat.

  2. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.

  3. Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia dlm THM ini adalah HARAM dipotong/ditebang kecuali pokok al-Izkhir.


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَامٌ حَرَّمَهُ اللَّهُ لَمْ يَحِلَّ فِيهِ الْقَتْلُ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُحِلَّ لِي سَاعَةً فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِبُيُوتِهِمْ وَلِقَيْنِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَ


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda, Ini adalah negeri yang Allah haramkan sejak dijadikan langit dan bumi. Ia telah menjadi haran dengan hukuman Allah SWT sehingga hari qiamat. Ia tidak boleh dipotong durinya, tidak boleh diganggu buruannya, tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal tanpa tuan di dalam kawasannya kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya dan tidak boleh dicabut rumpunya yang hijau. Maka kata  al-Abbas, Ya Rasulullah SAW, adakah dikecualikan al-Izkhir. Isa digunakan dalam pekerjaan dan juga untuk rumah mereka, maka jawab Rasulullah SAW, dikecualikan al-Izkhir. Hadis Riwayat Ahmad, lihat juga hadis riwayat Bukhari dgn lafaz yang berbeza.


Walau bagaimanapun, memotong sebarang pokok yang ditanam oleh manusia spt pokok kurma, delima, gandum dsb atau memotong rumput yang telah mati, tidak menjadi satu kesalahan. Begitu juga perbuatan membunuh gagak, ular, tikus, anjing garang atau mana-mana binatang yang tidak termasuk dalam jenis binatang buruan, tidak menjadi kesalahan.




  1. Tanah serta anak batu dari THM adalah tidak dibenarkan dibawa keluar. Sementara ulama Hanafi berkata ia adalah harus dan tidak mengapa...

  2. Jamhur ulama' menetapkan bahawa orang kafir tidak dibenarkan memasuki THM, sama ada utk menetap atau utk lalu shj. Abu Hanifah pula mengharuskannya selagi mereka tidak bermastautin.

  3. Sesuatu benda yang tercicir dan tidak diketahui siapa tuannya di THM, adalah haram diambil utk dimiliki. Ia hanya halal utk diambil oleh org yang mahu mengiklankannya sahaja.


وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمُعَرِّفٍ


Barang tercicir (Luqathah) di sana (THM) tidak boleh diambil kecuali oleh orang yang mahu mengiklankannya. Hadis riwayat Bukhari.  Lihat juga hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.




  1. Mereka yang melakukan pembunuhan di THM dikenakan diyat yang lebih berat.


Menurut Imam Ahmad ialah tambahan drp bilangan diyat  dgn kadar 1/3 drp diyat yang asal.




  1. Haram mengembumikan org Kafir di THM atau mengali kuburnya.


Keistimewaan bumi Makkah


وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللَّهِ وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ مِنْكِ مَا خَرَجْتُ


Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah SWT, dan kws bumiNya yang paling Allah sayangi. Kalaulah bukan kerana dipaksa keluar, maka aku tidak akan meninggalkan engkau. Hadis riwayat Turmizi.  Lihat juga hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad  dgn lafaz yang berbeza.


عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍوَمُنَافِقٍ


Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ


Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah. Hadis riwayat Muslim.


Masjidil Haram dan sekitarnya




  1. Kelebihan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 1,000 solat di Masjid Nabawi atau lebih baik drp 100, 000  solat di tempat lain


عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ


Dari Jabir , Rasulullah SAW telah bersabda ; Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 100,000 solat drp tempat lain. Hadis riwayat Ahmad


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ مِنْ الْمَسَاجِدِ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ صَلَاةٍ فِي هَذَا


.Dari Abdullah bin Az-Zubair, Rasulullah SAW telah bersabda ; Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1,000 solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 100 solat di masjid ini (Masjid Nabawi).Hadis riwayat Ahmad
 


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ


Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Hajarul Aswad dari Syurga. Hadis riwayat an-Nasaie


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنْ الثَّلْجِ حَتَّى سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ


Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Hajarul Aswad dari Syurga. Warnanya putih, lebih putih drp salji, sehinggalah bertukar menjadi hitam kerana dosa-dosa org yang syirik. Hadis riwayat Ahmad


مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَه


Air zamzam mengikut niat org yang meminumnya. Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

Tuesday, April 12, 2016

Wirid Selepas Solat Fardhu

 


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ (5X


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


 


اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار(7X)


 


اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْك السَّلَامُ وَإِلَيْك يَعُودُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةِ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكْت رَبَّنَا وَتَعَالَيْت يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ


 


الْفَاتِحَةَ


 


وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ, اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ.


 


آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ. لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا, رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ, وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.


 


شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ. إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ, قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ.


 


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ


 


الْفَاتِحَةَ


 


اِلَهِي يَا رَبِّي / اِلَهَنا يَا رَبَّنَا


سُبْحَانَ اللَّهِ (33X)


الْحَمْدُ لِلَّهِ  (33X)


اللَّهُ أَكْبَرُ (33X)


 


اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.


اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ


Doa


 

 

Tempat-tempat Larangan Solat

 عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ فِي الْمَزْبَلَةِ وَالْمَجْزَرَةِ وَالْمَقْبَرَةِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَفِي الْحَمَّامِ وَفِي مَعَاطِنِ الْإِبِلِ وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW telah melarang drp melakukan solat di tujuh (7) tempat iaitu dalam tempat buangan sampah, di tempat sembelihan, di atas kubur, di tempat lalu lalang, dalam bilik mandi, di tempat rehat unta dan di atas Kaabah. Hadis riwayat oleh Ibnu Humaid dlm Masnadnya, Ibnu Majah dan At-Turmizi. Ada yg mengatakan sanadnya tidak berapa kuat kerana ada perawi yag daif (lihat Nil al-Autar Jld II m/s 138). 


Solat Dalam Bilik Air


Solat dalam bilik air hukumnya MAKRUH menurut Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali kerana bilik air adalah tempat tinggal syaitan dan tempat membuang najis serta tempat pendedahan aurat.


Solat di Gereja, Biara dan sebagainya


Mengikut Jamhur Ulama' hukumnya MAKRUH solat di tempat ibadah orang-orang kafir, sama ada ia masih digunakan atau telah terbiar kecuali darurat seperti takut kepada musuh, binatang buas, banjir dsb.


Hikmah larangan kerana tempat tersebut adalah tempat tinggal atau tumpuan syaitan kerana adanya patung-patung dan gambar-gambar serta pemujaan.


Solat atas kubur


Hukumnya MAKRUH kecuali Mazhab Maliki kerana mungkin bahagian bawahnya terdapat najis spt nanah, darah dsb.
Selain drp itu, ia juga merupakan amalan orang Yahudi seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW ;


Allah SWT melaknat kaum Yahudi, mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kuburku selepas matiku sebagai masjid.


Solat di tempat orang lalu lalang


MAKRUH di sisi ulamak Syafie dan Hanafi kerana ia merupakan laluan orang ramai yg tidak dapat dielakkan drp lalu lintas mereka. Dengan adanya orang yang lalu lalang, sudah tentu menyebabkan tidak khusuknya solat serta boleh juga menghalang orang ramai daripada lalu di situ. Begitu juga, tidak akan terlepas drp najis unta atau binatang.


Solat Atas Kaabah


MAKRUH kerana ;


1. Seolah-olah tidak menghormati Kaabah
2. Org yang solat tersebut, berada di atas Kaabah, bukannya mengadap KIBLAT.


Solat di tempat tambatan unta


MAKRUH menurut Hanafi dan Syafie. Kencing dan tahi unta adalah najis. Ia tentu akan membatalkan solat tersebut jika terkena najis tersebut di samping bau busuk yang menganggunya solat.Mungkin juga unta mempunyai sifat-sifat liar yang mungkin ia akan lari ketika dia solat lalu memaksanya memberhentikan solat, ataupun adanya gangguan drp unta itu yang menyebabkan dia leka dan tidak khusuk solat.


Walau bagaimanapun, solat di tempat tambatan kambing adalah dibolehkan (tidak makruh) sebagaimana hadis di bawah....


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلُّوا فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ وَلَا تُصَلُّوا فِي أَعْطَانِ الْإِبِلِ


Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solatlah kamu di tempat tambatan kambing, tetapi jangan lakukan di tempat tambatan unta. Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Turmizi. 

Tarhim Subuh

Sebelum masuk waktu Subuh, bilal bertarhim...


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِكَ يَا اللهُ


Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat dan keagunganMu Ya Allah.


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا محمد صلى الله عليه وســلم


Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Junjungan kami Nabi Muhammad SAW


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا ابى بكرٍ الصديق رضى الله عنه


Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُمَرَ ابْنِ الخطاب رضى الله عنه


Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Umar Al-Khatab RA


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانَ رضى الله عنه


Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Uthman bin Affan RA


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عَلِىَّ ابْنِ اَبِى طَالِبِ رضى الله عنه


Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Ali bin Abi Talib RA


وَعَنْ كُلِّ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ اَجْمَعِينَ


Maksudnya :Dan dengan keberkatan para Sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33)


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Ayat 33 Surah Fusshilat


إِنَّ اللَّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَمُخْرِجُ الْمَيِّتِ مِنَ الْحَيِّ ذَلِكُمُ اللَّهُ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ (95) فَالِقُ الْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (96) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ قَدْ فَصَّلْنَا الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (97) وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ قَدْ فَصَّلْنَا الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ (98)


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?Allah jualah Yang membelah cahaya Subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam). Ayat 95 - 98 Surah al-An'am


أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآَنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78) وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا (79)


Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Ayat 78 - 79 Surah al-Isra'


قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا (110) وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا (111)


Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh! Ayat 110 - 111 Surah al-Isra'


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ يَا كَرِيمٌ


Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan Tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan limpah pertolongan Allah, Tuhan Yang Maha Besar. Ya Allah, wahai Tuhan kami, cucurkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya, Ya Allah Tuhan Yang Maha Mulia.


Azan Subuh
Solat Sunat Sebelum Subuh

Sunday, April 10, 2016

Haji dan Umrah

Keistimewaan Ibadah Haji dan Umrah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ


Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.  Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ


Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad


فإن لك من الأجر إذا أممت البيت العتيق ألا ترفع قدما أو تضعها أنت ودابتك إلا كتبت لك حسنة ورفعت لك درجة وأما وقوفك بعرفة فإن الله عز وجل يقول لملائكته يا ملائكتي ما جاء بعبادي قالوا جاؤوا يلتمسون رضوانك والجنة فيقول الله عز وجل فإني أشهد نفسي وخلقي أني قد غفرت لهم ولو كانت ذنوبهم عدد أيام الدهر وعدد رمل عالج وأما رميك الجمار قال الله عز وجل { فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين جزاء بما كانوا يعملون } وأما حلقك رأسك فإنه ليس من شعرك شعرة تقع في الأرض إلا كانت لك نورا يوم القيامة وأما طوافك بالبيت إذا ودعت فإنك تخرج من ذنوبك كيوم ولدتك أمك رواه الطبراني


Sesungguhnya jika kamu keluar dari rumahmu menuju Rumah suci (Ka’bah), tidaklah hewan tunggaganmu meletakkan telapak kaki dan mengangkatnya melainkan Allah telah menuliskan bagimu dengan satu kebaikan dan menghapuskan darimu satu kesalahan Adapun wukufmu di Arafah, maka sesungguhnya Allah akan turun ke langit dunia, lalu bertanya kepada para malaikat apakah yang dikehandaki oleh hamba-hambaku ? lalu para malaikat berkata ; Mereka memohon keredhaanMu dan syurgaMu. Maka Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Aku bersaksi bahawa Aku telah mengampunkan segala dosa-dosa mereka meskipun dosa-dosa mereka sebanyak jumlah hari dlm setahun ataupun sebanyak butiran pasir.  Adapun setiap lontaranmu ke jamrah, Allah SWT berfirman : Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan - terjemahan ayat 17 Surah as-Sajadah, sementara apabila dia mencukur kepalanya, maka tidaklah jatuh sehelaipun rambutnya melainkan ia akan menjadi cahaya di hari kiamat. Sementara selesai mengerjakan tawaf Wada', maka keluarlah (diampunkan) segala dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya (tiada sebarang dosa). (Riwayat Thabarani dalam kitab   معجم الأوسط Albani dlm kitabnya  صحيح الترغيب والترهيب  telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).


Amaran Allah SWT kepada orang yang enggan mengerjakan Haji


Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Jadi ia merupakan kewajipan kepada setiap muslim untuk mengerjakan haji sama seperti kewajiapan ke atas solat lima waktu, puasa dan zakat. Orang Islam yang mati, tetapi tidak mengerjakan ibadah haji, maka tidak sempurnalah rukun Islamnya, kecuali dia belum berkemampuan.


Allah SWT telah memberi amaran dan peringatan kepada mereka yang enggan mengerjakan haji sedangkan dia telah cukup mampu daripada segala segi sebagaimana hadit di bawah ;


عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ


{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }


Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana  Allah telah berfirman dalam kitabnya .... { وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }     Riwayat Turmizi


Pengertian Haji



Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.


 Syarat wajib haji dan umrah:


(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal  tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.




  1. Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.


وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا


 Maksudnya:  Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah. ayat 97 surah Ali Imran




  1. Maksud istitaah @ berkemampuan:


(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.


 


RUKUN HAJI


 



Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.


 Rukun haji ialah :
 




  1. Niat Ihram haji










   


  1. Wukuf di Arafah


     Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.


























   
   
   
   

Video : Wukuf di Arafah
 




  1. Tawaf di Baitullah


Download percuma Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan proses Haji Umrah dalam video visual 3D diwww.3dkabah.com


Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil­Haram sebanyak tujuh pusingan kerana beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.


Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaran­Nya.


Tawaf terbahagi kepada empat jenis, iaitu:


(a)      Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;


(b)      Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;


(c)      Tawaf Wadak, iaitu Tawaf Selamat Tinggal bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِي كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ


Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) bertebaran untuk kembali ke tempat masing-masing, lalu Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah. Hadis Riwayat Muslim.


(d)     Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.
 


 Syarat-syarat sah tawaf ialah:


(a)     niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
(b)     suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c)     sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d)     menutup aurat 
(e)     tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f)     bermula dari sudut Hajar Aswad.
 


Video : Tawaf di Baitullah




  1. Saie






























   
   
   
   
   

Berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali
 


Syarat-syarat Saie ;




  1. a)    Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Qudum
    b)    Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
    c)    Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali
    drp Marwah ke Safa
    d)   Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
    e)   Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
    (f)   Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain


Video : Saie - Safa Marwah




  1. Bercukur


Mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut
 
Waktu bercukur adalah ;




  1. a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah atau
    b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah


  2. Tertib


Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.


Contoh ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Kemudian terus kembali ke Mekah. Sampai di Mekah, dia akan tawaf, saie dan bercukur. Kemudian baru ke Mina utk ibadah melontar.


Contoh tak ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Biasanya rombongan haji Malaysia akan terus ke Mina utk melontar di Jamratul Aqabah 10 zulhijjah dan bermalam di Mina dan melontar jamrah pada 11-13 zulhijjah. Selepas melontar di Jamrah Aqabah pada 10 zulhijjah, maka dia boleh bercukur... selepas selesai amalan melontar/bermalam di Mina, balik ke Mekah, barulah mengerjakan tawaf dan saie.


WAJIB HAJI


 Wajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika di­tinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).


Perkara wajib haji ialah:




  1. Niat ihram di Miqat


(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.


Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.

Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:     




  1. a) miqat makani;
    b) miqat


 Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.


Miqat makani bagi ibadat haji ialah:




  1. a)  bagi jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait
    ialah Qarnul Manazil. (94km dari Makkah)

  2. b)   jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman
    dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah) 

  3. c)   bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali
    (450km dari Makkah)


d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;

e)  bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan
     Sepanyol  ialah di  Juhfah.(187km dari Makkah)

f) bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ وَقَّتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّامِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ قَالَ فَهُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِ أَهْلِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَمَنْ كَانَ دُونَهُنَّ فَمِنْ أَهْلِهِ وَكَذَا فَكَذَلِكَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ يُهِلُّونَ مِنْهَا


Dari Ibnu Abbas RA,  Rasulullah SAW menetapkan mikat-mikat berikut: untuk penduduk Madinah adalah Dzul Hulaifah, untuk penduduk Syam adalah Juhfah, untuk penduduk Najed adalah Qarnul Manazil dan untuk penduduk Yaman adalah Yalamlam. Mikat-mikat itu adalah untuk penduduk daerah-daerah tersebut dan selain penduduk tersebut yang datang melewatinya untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah. Adapun untuk penduduk daerah sebelum mikat-mikat tersebut, maka mikat mereka adalah dari rumah mereka dan seterusnya sampai penduduk Mekah, mereka niat ihram dari rumah-rumah mereka. Hadis riwayat Muslim.


Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Madinah berniat ihram dari (mikat) Dzul Hulaifah, penduduk Syam dari Juhfah, sedangkan penduduk Najed dari Qarnul Manazil. Abdullah bin Umar berkata: Aku diberitahu bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Yaman berniat ihram dari (mikat) Yalamlam. Hadis riwayat Muslim.


Miqat makani bagi umrah ialah di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im dan Jaknanah.


Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji termasuklah:




  1. a)supaya kita memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada
           kesudahannya;
    b)   supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan
          sesuatu pekerj 



  1. Bermalam di Muzdalifah


(i) Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga subuh.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.




  1. Melontar Jamrah Al-Aqabah


 Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.


 Video : Melontar Jamrah
 Video : Melontar 3 Jamrah
 




  1. Bermalam di Mina


 Hendaklah bermalam pada malam­-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.




  1. Melontar ketiga-tiga jamrah


Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.


 عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُهِلُّ أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنْ ذِي الْحُلَيْفَةِ وَأَهْلُ الشَّامِ مِنْ الْجُحْفَةِ وَأَهْلُ نَجْدٍ مِنْ قَرْنٍ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَبَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيُهِلُّ أَهْلُ الْيَمَنِ مِنْ يَلَمْلَمَ


Syarat-syarat melontar




  1. a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
    b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah Al­Ula, Al-Wusta dan kemudian
    jamrah Al-Aqabah.
    c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
    d) melontar dengan batu yang suci
    e)  batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
    f) melontar dengan gaya melontar
    g) melontar dengan tangan
    h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri 
     

  2. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram:


(i)   menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi
wanita.
(ii)  memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v)  mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah


(Nikah yang  dilakukan dalam ihram adalah tidak sah).

 


عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ مِنْ الثِّيَابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَلْبَسُوا الْقُمُصَ وَلَا الْعَمَائِمَ وَلَا السَّرَاوِيلَاتِ وَلَا الْبَرَانِسَ وَلَا الْخِفَافَ إِلَّا أَحَدٌ لَا يَجِدُ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ وَلَا تَلْبَسُوا مِنْ الثِّيَابِ شَيْئًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا الْوَرْسُ


Dari Nafiq, dari Ibnu Umar RA bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang pakaian yang boleh dikenakan oleh orang yang sedang berihram? Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian mengenakan baju, kain serban, seluar, menutup kepala dan sarung kaki kulit, kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki alas kaki, maka ia boleh memakai alas kaki tersebut dengan syarat ia harus memotongnya sampai di bawah mata kaki. Juga jangan memakai pakaian apapun yang dicelup dengan minyak za`faran dan wares.


عَن جَابِرِ بْنِ زَيْد عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ يَقُولُ السَّرَاوِيلُ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ الْإِزَارَ وَالْخُفَّانِ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ يَعْنِي الْمُحْرِمَ


Dari Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas RA Aku mendengar Rasulullah saw. ketika sedang berkhutbah, beliau bersabda: Seluar (boleh dikenakan) bagi orang yang tidak mempunyai lembaran kain dan alas kaki bagi orang yang tidak mempunyai sepasang alas kaki. Maksudnya untuk orang yang sedang berihram. Hadis riwayat Muslim.


عَنْ صَفْوَانَ بْنِ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِالْجِعْرَانَةِ عَلَيْهِ جُبَّةٌ وَعَلَيْهَا خَلُوقٌ أَوْ قَالَ أَثَرُ صُفْرَةٍ فَقَالَ كَيْفَ تَأْمُرُنِي أَنْ أَصْنَعَ فِي عُمْرَتِي قَالَ وَأُنْزِلَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْيُ فَسُتِرَ بِثَوْبٍ وَكَانَ يَعْلَى يَقُولُ وَدِدْتُ أَنِّي أَرَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ نَزَلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ قَالَ فَقَالَ أَيَسُرُّكَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ قَالَ فَرَفَعَ عُمَرُ طَرَفَ الثَّوْبِ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ لَهُ غَطِيطٌ قَالَ وَأَحْسَبُهُ قَالَ كَغَطِيطِ الْبَكْرِ قَالَ فَلَمَّا سُرِّيَ عَنْهُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ الْعُمْرَةِ اغْسِلْ عَنْكَ أَثَرَ الصُّفْرَةِ أَوْ قَالَ أَثَرَ الْخَلُوقِ وَاخْلَعْ عَنْكَ جُبَّتَكَ وَاصْنَعْ فِي عُمْرَتِكَ مَا أَنْتَ صَانِعٌ فِي حَجِّكَ


Dari Safwan bin Ya'la bin Umaiyah dari ayahnya, beliau berkata salah seorang sahabat datang menemui Nabi saw. ketika beliau berada di Ji`ranah, dengan mengenakan jubah yang sudah ditaburi minyak wangi. Atau bekas dari minyak wangi. Sahabat itu bertanya: Apa yang baginda perintahkan untuk aku lakukan dalam umrahku? Saat itu wahyu sedang turun kepada Nabi saw. dan beliau ditutup dengan pakaian. Ya`la berkata: Aku senang sekali jika aku dapat menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu. Umar berkata: Apakah engkau suka menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu? Kemudian Umar menyingkap kain yang menutupi beliau, lalu aku memandang beliau sedang mendengkur. Aku memperhatikan seperti suara anak unta. Ketika wahyu telah turun, beliau terbangun dan bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang umrah tadi? Selanjutuya beliau bersabda: Bersihkanlah dirimu dari bekas minyak wangi yang engkau pakai, lepaslah jubahmu dan lakukanlah umrah seperti engkau melakukan haji. Hadis riwayat Muslim.
 


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ طَيَّبْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحُرْمِهِ حِينَ أَحْرَمَ وَلِحِلِّهِ قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ بِالْبَيْتِ


Dari Aisyah RA., ia berkata: Aku pernah memberi minyak wangi ke tubuh Rasulullah saw. saat beliau hendak berihram dan juga ketika hendak bertahallul sebelum beliau tawaf di Baitullah. Hadis riwayat Muslim.
 


عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ اللَّيْثِيِّ أَنَّهُ أَهْدَى لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِمَارًا وَحْشِيًّا وَهُوَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ بِوَدَّانَ فَرَدَّهُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَلَمَّا أَنْ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا فِي وَجْهِي قَالَ إِنَّا لَمْ نَرُدَّهُ عَلَيْكَ إِلَّا أَنَّا حُرُمٌ


Dari Sha`ab bin Jatsamah Al-Laitsi RA bahwa Ia pernah menghadiahkan seekor keledai liar kepada Rasulullah saw. ketika beliau berada di desa Abwa' atau Waddan. Namun Rasulullah saw. mengembalikan keledai itu kepadanya. Ketika Rasulullah saw. melihat perubahan wajah Sha`ab karena pemberiannya dikembalikan, beliau bersabda: Aku tidak akan menolak pemberianmu ini jika aku tidak sedang dalam keadaan ihram. Hadis riwayat Muslim.
 


Perkara-perkara sunat haji




  1. Mandi sunat ketika hendak memakai ihram.
    2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
    3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
    4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
    5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
    6. Berdoa ketika bercukur.
    7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"مَا أَهَلَّ مُهِلٌّ قَطُّ إِلا بُشِّرَ، وَلا كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قَطُّ إِلا بُشِّرَ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، بِالْجَنَّةِ؟ قَالَ: نَعَمْ".


Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda Tidaklah seorang mengucapkan talbiyah atau mengucapkan takbir melainkan akan dijanjikan dengan  kebaikan”. Rasulullah ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah dijanjikan dengan syurga?” Beliau menjawab: “Ya”. (Riwayat Thabarani dalam kitab   معجم الأوسط Albani dlm kitabnya  صحيح الترغيب والترهيب  telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).


 




  1. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi
    Ibrahim a.s.
    9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
    10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.


Perkara yang membatalkan haji




  1.  Tertinggal salah satu daripada rukun haji.
    2.  Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.


Rukun Umrah




  1. Niat ihram seperti:


Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.




  1. Tawaf di Baitullah (Kaabah).
    3.Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah


Wajib Umrah




  1. Niat umrah di miqat.
    2. Meninggalkan segala larangan semasa ihram.


Tahalul




  1. Tahalul ialah keluar dari ihram haji atau umrah.
    2. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu:


       (a) Tahalul awal – setelah selesai drp melakukan 2 daripada perkara-perkara
             berikut ;


                         (i)  Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii)  Bercukur
(iii)  Tawaf


                              - boleh melakukan semua perkara yang dilarang semasa  ihram
                                kecuali




  1. a)     menjadi wali @ bernikah
    b)     bercumbuan
    c)     berjimak


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَمَيْتُمْ الْجَمْرَةَ فَقَدْ حَلَّ لَكُمْ كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا النِّسَاءَ


Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Jika seseorang itu telah melontar Jamrah, maka dihalalkan melakukan semua perkara kecuali yang berkaitan dengan wanita. Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.


         (b) Tahalul Thani – setelah selesai melakukan perkara-perkara berikut ;


 (i)  hijjah
(ii)  Bercukur
(iii)  Tawaf


                                    - segala larangan semasa ihram dimahsukhkan


 
 


Nafar
 




  1. Nafar bermaksud meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
    2. Nafar terbahagi kepada, dua iaitu:


(a)    Nafar Awal
(b)   Nafar Thani.




  1. Nafar awal ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijahdengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.4. Syarat-syarat Nafar Awai ialah;


      (a) keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah;
(b) selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah;
(c) niat tidak akan kembali lagi ke Mina;
(d) bermalam di Mina selama dua malam.
 




  1. 5. Nafar Thani ialah meninggalkan Mina setelah selesai melontar Jumrah pada 13 Zulhijah,Nafar mempunyai beberapa hikmat seperti ;


(a)  menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji dengan cepat
(b)  memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain
(c)  memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana
      sebab-sebab tertentu


CARA MENGERJAKAN HAJI


HAJI IFRAD


Haji Ifrad iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji. Haji yang paling afdhal.


Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan.




  1. melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali.  Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. 

  2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan.

  3. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram.

  4. Apabila tiba hari Tarwiah (8 zulhijjah) dia berangkat ke Arafah  utk Wukuf dan seterusnya mengerjakan segala ibadah haji sehingga selesai.

  5. Jemaah haji kekal dlm keadaan berihram sejak hari pertama dia sampai di Makkah sehinggalah selesai melakukan ibadah haji yang membolehkannya bertahallul.


HAJI TAMATTU':


Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan.




  1. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah  lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.

  2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.

  3. Kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Maka dia bebas dari ihram. Dalam masa senggang ini, dia bebas utk melakukan ibadah umrah sunat sebanyak yang dia mampu. Dia juga bebas bergerak ke mana-mana saja tanpa pakaian ihram !!!

  4. Bila sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah, barulah dia memakai ihram semula dan berniat ihram haji di miqat yang telah ditetapkan (di hotel masing-masing, jika berada di Makkah) dan pergi ke Arafah utk Wukuf.

  5. Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana melakukkan haji secara tamattuk.


 Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat  Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.


 HAJI QIRAN


Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan. Biasanya jemaah haji yang melakukan haji secara Qarin, akan tiba agak lewat beberapa hari sebelum wukuf, supaya dia memakai ihram terlalu lama...




  1. Apabila tiba di Mekah, hendalah melakukan Tawaf Qudum dan Tawaf Ifadhah di Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Disunatkan raml (berlari anak) di tiga pusingan pertama.

  2. Saie di antara Safa dan Marwah.


Kekal berihram sehingga hari wukuf dan seterusnya sehinggalah dia telah melakukan perkara yang membolehkannya bertahallul.




  1. Wukuf di Arafah dan seterusnya melaksanakan segala rukun dan wajib haji yang berikutnya sehingga selesai.


Menurut pendapat Jamhur Ulamak, org yg mengerjakan haji Qiran hanya perlu tawaf sekali dan saie sekali saja. Walau bagaimanapun, hendaklah dia melakukan Tawaf Qudum sebelum melakukan tawaf Ifadhah.
 


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَأَهْلَلْنَا بِعُمْرَةٍ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ مَعَهُ هَدْيٌ فَلْيُهِلَّ بِالْحَجِّ مَعَ الْعُمْرَةِ ثُمَّ لَا يَحِلُّ حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا قَالَتْ فَقَدِمْتُ مَكَّةَ وَأَنَا حَائِضٌ لَمْ أَطُفْ بِالْبَيْتِ وَلَا بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ فَشَكَوْتُ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ انْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي وَأَهِلِّي بِالْحَجِّ وَدَعِي الْعُمْرَةَ قَالَتْ فَفَعَلْتُ فَلَمَّا قَضَيْنَا الْحَجَّ أَرْسَلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ إِلَى التَّنْعِيمِ فَاعْتَمَرْتُ فَقَالَ هَذِهِ مَكَانُ عُمْرَتِكِ فَطَافَ الَّذِينَ أَهَلُّوا بِالْعُمْرَةِ بِالْبَيْتِ وَبِالصَّفَا وَالْمَرْوَةِ ثُمَّ حَلُّوا ثُمَّ طَافُوا طَوَافًا آخَرَ بَعْدَ أَنْ رَجَعُوا مِنْ مِنًى لِحَجِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَانُوا جَمَعُوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَإِنَّمَا طَافُوا طَوَافًا وَاحِدًا


Dari Aisyah ra., ia berkata: Kami pernah bepergian bersama Rasulullah saw. pada tahun haji wada, kemudian kami berihram untuk menunaikan umrah (tamattu). Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang membawa hewan sembelihan, maka sebaiknya ia berihram haji dan umrah (qiran), dan jangan bertahallul dahulu hingga ia bertahallul untuk keduanya secara bersamaan. Ternyata setibanya di Mekah aku datang haid, padahal aku belum tawaf di Baitullah dan belum sai antara Shafa dan Marwah. Kemudian hal itu aku adukan kepada Rasulullah saw. dan beliau bersabda: Lepaskanlah jalinan rambut kepalamu dan sisirlah, kerjakanlah ihram haji dan tinggalkanlah umrah. Lalu saya mengerjakannya. Dan ketika aku selesai haji, Rasulullah saw. menyuruh saya bersama dengan Abdurrahman bin Abu Bakar (saudara laki-laki Aisyah) pergi ke Tan`im (untuk berniat ihram umrah di sana), lalu aku mengerjakan umrah. Beliau bersabda: Ini adalah tempat umrahmu (umrah saja). Kemudian orang-orang yang umrah melakukan tawaf di Baitullah, lalu sai antara Shafa dan Marwah, lalu bertahallul. Kemudian mereka melakukan tawaf (tawaf ifadhah) untuk ibadah haji setelah kembali dari Mina. Adapun mereka yang menggabung ibadah haji dan umrah, mereka hanya melakukan tawaf satu kali saja. Hadis riwayat Muslim.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَحْرَمَ بِالْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ أَجْزَأَهُ طَوَافٌ وَاحِدٌ وَسَعْيٌ وَاحِدٌ عَنْهُمَا حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا


Dari Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang berihram utk haji dan Umrah (Qiran), maka memadailah baginya sekali tawaf dan sekali saie sehingga dia bertahallul drp kedua-dua ibadah tersebut. Riwayat At-Turmizi.


 


DAM (DENDA)


Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;




  1. a)   melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau
    b)  meninggalkan salah satu wajib haji, atau
    c)  melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram


Jenis-jenis Dam


1. Dam Tertib dan Ta'dil -

Kesalahannya ;


Persetubuhan yang merosakkan haji


Denda




  1. a) hendaklah menyembelih seekor unta
    b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
    c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
    d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
    e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta


Kesalahannya ;


Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya,  atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.


Denda


Hendaklah dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing




  1. Dam Tertib dan Taqdir - iaitu dam yang tidak boleh dipilih @ diganti dengan yang lainkecuali tidak terdaya melakukannya.


Kesalahannya ;


a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji

Denda




  1. a) menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu...
    b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.


# bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak dikenakan dam




  1. Dam Takhyir dan Ta'dil - boleh dipilih salah satu drp perkara yang telah ditetapkan.


Kesalahannya ;




  1. a) memburu binatang buruan
    b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram


Denda


Denda berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;




  1. a) menyembelih seekor binatang bandingan atau
    b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
    c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.



  1. Dam Takhyir dan Taqdir


Kesalahannya ;




  1. a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
    b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
    c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.


Denda


Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;


a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin  sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari
 

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَتَى عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ وَأَنَا أُوقِدُ تَحْتَ قَالَ الْقَوَارِيرِيُّ قِدْرٍ لِي و قَالَ أَبُو الرَّبِيعِ بُرْمَةٍ لِي وَالْقَمْلُ يَتَنَاثَرُ عَلَى وَجْهِي فَقَالَ أَيُؤْذِيكَ هَوَامُّ رَأْسِكَ قَالَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاحْلِقْ وَصُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةَ مَسَاكِينَ أَوْ انْسُكْ نَسِيكَةً


Dari Kaab bin Ujrah RA., ia berkata: Rasulullah SAW mendatangiku pada waktu perjanjian Hudaibiyah. Ketika aku sedang menyalakan api, Qawariri berkata: Di bawah periukku, sedang Abu Rabi` berkata: Di bawah kualiku dan banyak sekali kutu bertaburan di wajahku. Melihat hal itu, beliau bertanya kepadaku: Bukankah kutu di kepalamu itu menyusahkanmu? Aku jawab: Ya. Beliau bersabda: Cukurlah dan berpuasalah tiga hari atau berilah makan enam orang miskin atau sembelihlah seekor kambing. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.


CARA HAJI WANITA HAID DAN NIFAS


Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat (cara) iaitu ;


Pertama


Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa.


Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.


Kedua


Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci.


Ketiga


Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat  kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.