Showing posts with label Qawaid Fiqhiyyah. Show all posts
Showing posts with label Qawaid Fiqhiyyah. Show all posts

Wednesday, February 17, 2016

Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat الأمور بمقاصدها

Kaedah Pertama


الأمور بمقاصدها
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat


Kaedah pertama daripada kaedah asas yang lima ini adalah amat penting sekali kerana ia menentukan kenapa sesuatu perkara itu dilakukan. Ini bermaksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf ditentukan oleh niatnya.


Maksud Kaedah


Al Umur (الأمور) : Iaitu lafaz  umum yang merangkumi semua tindakan yang terhasil dari seorang manusia sama ada melakukankan  atau meninggalkan. Ia juga meliputi  perbuatan, kata –kata atau pun niat. Oleh itu setiap tindakan atau sesuatu yang keluar dari seseorang manusia adalah terikat dengan apa yang diniatkan untuk diberi pahala atau dosa.


Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi, antaranya :


عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله تعالى عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله تعالى عليه وعلى آله وسلم يقول:  إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwaninya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. Hadis Riwayat Muslim


 


إِنَّهُ لاَ عَمَلَ لِمَنْ لاَ نِيَّةَ لَهُ


Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat. Hadis riwayat al-Baihaqi dlm Sunan al-Baihaqi.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- : « إِنَّمَا يُبْعَثُ النَّاسُ عَلَى نِيَّاتِهِمْ ».


 Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya. Hadis riwayat Ibn Majah


  Oleh itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau dosa. Untuk itu, amalan yang tidak disertai niat tidak mendatang apa-apa kesan.


Kepentingan niat


Tujuan  utama disyariatkan niat ialah untuk membezakan perbuatan yang dilakukan sama ada ianya kerana ibadah ataupun  adat.


Contohnya:




  1. Seseorang yang megambil wuduk atau meratakan air keseluruh tubuhnya. Perbuatan tersebut sama ada untuk membersihkan tubuhnya yang kotor  atau menyejukkan tubuhnya dihari yang terik atau kemungkinan  juga kerana kerana tujuan  ibadah.

  2. Seseorang yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi kemungkinan kerana untuk diet, atau untuk menjaga kesihatannya atau kemungkinan dia sedang berpuasa.

  3. Seseorang yang sedang berada dlm  masjid kemungkinan ia masuk untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan juga untuk beribadah.

  4. Seseorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang sama ada wang atau berupa makanan sama ada dia memberikan sedekah atau hibah atau zakat.

  5. Seseorang yang  menyembelih binatang kemungkinan untuk menikmati dagingnya memakan dagingbinatang tersebut atau kemungkinan juga untuk tujuan lain.


Pecahan Kaedah


Berdasarkan kepada kaedah pertama diatas boleh dipecahkan bepada beberapa kaedah lain yang lebih kecil.  Antaranya:


 1.( عدم اشتراط النية فى عبادة لا تكون عادة أو لا تلتبس)


Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan kesamaran dengan yang lain.


Contohnya seperti beriman kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya, membaca al-Qur’an, zikir. Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan yang lain, tetapi diwajibkan niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu dengan yang lainnya.


 2. ( اشتراط التعيين فيما يلتبس دون غيره)


Disyaratkan ta’yin(menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.

 Contohnya yang disyaratkan ta’yin ialah seperti solat,  dan yang tidak diperlukan ta’yin adalah seperti taharah, haji dan umrah.


3. ( مالا يشترط التعرض له جماة وتفصيلا اذا عينه وأخطأ لم يضر) 


Sesuatu amalan yang tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci, apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan (tidak batal). 

Contohnya, seperti ta’yin tempat solat dan waktunya,ta’yin imam akan makmun dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka tidak batal solat tersebut.


4. ( ما يشترط فيها التعيين فالخطأ فيه مبطل)


Amalan-amalan yang disyratkan ta’yin, jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu.

Contohnya, tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.


5. ما يجب التعرض له جملة ولا يشترط تعيينه تفصيلا اذا عينه وأخطأ ضر))


Amalan-amalan yang wajib dita’arrudh baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat(batal). nbsp;nbsp;

Contohnya, seseorang yang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata  yang disembahyangkan itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka terbatal sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat itu.


6. النية فى اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعم الخاص))


 Iaitu niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz yang khas.


Contohnya, seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia niatkan orang itu Umar.


7. (مقاصد اللفظ على نية اللافظ الا فى موضع واحد وهو اليمين عندالقاضى) 

Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada  niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah sahaja iaitu sumpah dihadapan hakim.


Ini kerana sumpah dihadapan hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah.


8. (العبرة فى العقود للمقا صد والمعاني لا للالفاظ والمعاني)


Yang diambil kira dalam masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.


Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekia-sekian dengan harga ini”. Lalu dijawab oleh penjual, “ya, aku jualkannya kepada engkau”.

QAWAID FIQHIYYAH : Pengertian dan Sejarah

Qawaid ialah bahasa Arab kata jama’ dari Qa`idah yang memberi erti asas rumah dan sebagainya sepertimana firman Allah S.W.T.;
 


وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (127)


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama- sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka`abah) itu.” (Al-Baqarah : 127)


Qaidah menurut para fuqaha’ ialah : Hukum kulliy yang dipraktik ke atas keseluruhan masalah juziyyah (detail).


 Hukum yang terpakai ke atas kebanyakan masalah-masalah juziyyah (detail).


QAWAID FIQHIYYAH prinsip-prinsip umum dalam fiqh islami yang merangkumi hukum-hukum syara’ yang umum,selaras dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan baru muncul yang termasuk di bawah tajuk prinsip berkenaan.
 


عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ الْهُذَلِيِّ قَالَ : كَتَبَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إلَى أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ : أَمَّا بَعْدُ : فَإِنَّ الْقَضَاءَ فَرِيضَةٌ مُحْكَمَةٌ وَسُنَّةٌ مُتَّبَعَةٌ فَافْهَمْ إذَا أُدْلِيَ إلَيْكَ فَإِنَّهُ لَا يَنْفَعُ تَكَلُّمٌ بِحَقٍّ لَا نَفَاذَ لَهُ ، لَا يَمْنَعُكَ قَضَاءٌ قَضَيْتَهُ ، رَاجَعْتَ فِيهِ نَفْسَكَ ، وَهُدِيتَ فِيهِ لِرُشْدِكَ ، أَنْ تُرَاجِعَ الْحَقَّ ، فَإِنَّ الْحَقَّ قَدِيمٌ ، وَمُرَاجَعَةُ الْحَقِّ خَيْرٌ مِنْ التَّمَادِي فِي الْبَاطِلِ ، الْفَهْمَ الْفَهْمَ فِيمَا يَخْتَلِجُ فِي صَدْرِكَ ، مِمَّا لَمْ يَبْلُغْكَ فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ ، اعْرِفْ الْأَمْثَالَ وَالْأَشْبَاهَ ثُمَّ قِسْ الْأُمُورَ عِنْدَكَ ، فَاعْمِدْ إلَى أَحَبِّهَا إلَى اللَّهِ وَأَشْبَهِهَا بِالْحَقِّ ، فِيمَا تَرَى " .


Dari Abu Malih al-Huzalli berkata ; Umar al-Khattab telah menulis kepada Abu Musa al-As'ari fahamilah benar-benar masalah yang engkau hadapi yang mana hukum-hukumnya engkau tidak temui di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ketahuilah persamaan dan sebanding serta menujulah ke arah yang lebih disukai oleh Allah SWT dan lebih hampir kepada yang benar.


Qaidah-Qaidah itu suatu gambaran yang menarik terhadap prinsip-prinsip fiqh yang umum,membuka ufuk- ufuk dan landasan prinsip itu dari segi teorinya.seterusnya ia memantapkan hukum-hukum furu‟ yang amali•


Kalau tidak wujud qawaid ini maka hukum-hukum fiqh akan merupakan hukum-hukum furu yang terpisah-pisah dan kadang kala pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran yang menerangkan alasan - alasan konkrit yang menentukan arah perundangan dan menyediakan cara-cara mengukur dan membandingkannya.


  Menurut Ali Ahmad al-Nadawi, perkembangan qawaid fiqhiyah dapat dibagi kepada tiga fasa berikut:
 


Fasa Pertumbuhan dan  Pembentukan


Masa pertumbuhan dan pembentukan  berlangsung  selama tiga abad lebih. Dari zaman kerasulan hingga abad ke-3 hijrah. Periode ini dari segi  fasa sejarah hukum Islam, dapat dibagi menjadi tiga zaman.
 




  1. Zaman Rasululah SAW     


Beberapa sabda Nabi Muhammad SAW yang dianggap sebagai kaidah fiqh, yaitu :


1. الخرج بالضمان (hak menerima hasil karena harus menanggung kerugian)
2. العجماء جرحها جبار  ( kerusakan yang dibuat oleh kehendak binatang sendiri tidak dikenakan ganti rugi), dll.

Ibnu Taimiyah (w. 728 H), setelah menyampaikan hadits riwayat Ahli Sunan menyatakan dengan hadits jawami’ al-kalam (singkat padat) Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa segala sesuatu yang dapat menghilangkan dan merosakkan akal (adalah) haram. Nabi tidak membeda-bedakan jenisnya, apakah benda tersebut berjenis makanan atau minuman. Ini adalah ketetapan Nabi Muhammad SAW, iaitu hukum meminum minuman yang memabukkan adalah haram.
 


         2. Zaman Sahabat


Sahabat berjasa dalam ilmu kaidah fiqh, karena turut serta membentuk kaidah fiqh. Para sahabat dapat membentuk kaidah fiqh karena dua keutamaan, yaitu mereka adalah murid Rasulullah SAW dan mereka tahu situasi yang menjadi turunnya wahyu dan terkadang wahyu turun berkenaan dengan mereka.


Atsar (pernyataan) sahabat yang dapat dikatagorikan jawami’ al-kalim dan qawaid fiqhiyyah di antaranya adalah sebagai berikut:       


Pernyataan Umar bin Khatab ra (w.23 H) yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (w. 256 H) dalam kitabnya Shahih al-Bukhari:  مقاطع الحقوق عند الشروط  (penerimaan hak berdasarkan kepada syarat-syarat).


Pernyataan Ali bin Abi Thalib ra (w. 40 H) yang diriwayatkan oleh Abd al-Razaq (w.211 H) :من قاسم الزبح فلا ضمان عليه   (orang yang membagi keuntungan tidak harus menanggung kerugian).


Atsar Umar bin Khatab ra di atas menjadi kaidah dalam masalah syarat. Atsar Ali bin Abi Thalib menjadi kaidah yang subur dalam bidang persoalan harta benda, seperti mudharabah dan syirkah.




  1. Zaman Tabi’in dan Tabi’ tabi’in selama 250 tahun.


Di antara ulama yang mengembangkan kaidah fiqh pada generasi tabi’in:


Abu Yusuf Ya’kub ibn Ibrahim (113-182)
Karyanya yang terkenal kitab Al-Kharaj, kaidah-kaidah yang disusun adalah :


Harta setiap yang meninggal yang tidak memiliki ahli waris diserahkan ke Bait al- mal”

Kaidah tersebut berkenaan dengan pembagian harta pusaka Baitul Mal sebagai salah satu lembaga ekonomi umat Islam dapat menerima harta peninggalan (tirkah atau mauruts), apbila yang meninggal dunia tidak memiliki ahli waris.


Ulama berikutnya yang mengembangkan fikih Imam Asy-Syafi’i,


Pada fasa kedua abad kedua hijriah (150-204 H), salah satu kaidah yang dibentuknya, iaitu
Sesuatu yang dibolehkan dalam keadaan terpaksa adalah tidak diperbolehkan ketika tidak terpaksa”


Pernyataan Imam Syafi’i dalam kitabnya al-Umm, di antaranya 
 


 الأعظم اذا سقط عن الناس سقط ما هو أصغر منه
(apabila yang besar gugur, yang kecilpun gugur).


Ulama berikutnya yaitu Imam Ahmad bin Hambal (W. 241 H),


Di antara kaidah yang dibangun oleh Imam Ahmad bin Hambal  yang Abu Daud dalam kitabnya al-Masail, yaitu :


كل ما جاز فيه البيع تجوز فيه الهبة والصدقة والرهن


”Setiap yang dibolehkan untuk dijual, maka dibolehkan untuk dihibahkan dan digadaikan”


Ulama berikutnya ialah Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani (w.189 H),


Ia mengemukakan apabila seseorang mempunyai wudhu, kemudian timbul keraguan dalam hatinya, apakah ia sudah hadats (batal) atau belum, dan keraguan ini lebih besar dalam pikirannya; lebih baik ia mengulangi waudhunya. Apabila ia tidak mengulangi wudhu dan sholat beserta keraguaannya itu, menurut kami boleh, karena ia masih mempunyai wudhu sehingga ia yakin bahwa ia telah hadats (batal). Apabila seorang muslim terpercaya atau muslimah yang terpercaya, merdeka maupun tidak, memberi tahu bahwa ia telah hadats (batal), tidur terlentang, atau pingsang;ia tidak boleh melaksanakan shalat (sebelum mangulangi wudhu). Pernyataan al-Syaibani tersebut di atas seperti kaidah: اليقين لا يزول بالشك (keyakinan tidak dapat menghilangkan keraguan) .


Fasa Perkembangan dan Kodifikasi


  Awal mula qawaid fiqhiyah menjadi disiplin ilmu tersendiri dan dibukukan terjadi pada abad ke 4 H dan terus berlanjut pada masa setelahnya. Hal ini terjadi ketika kecenderungan taqlid mulai tampak dan semangat ijtihad telah melemah kerana saat itu fiqh mengalami kemajuan yang sangat pesat.  Dan ulama pada saat itu merasa puas dengan perkembangan yang telah dicapai oleh fiqh pada saat itu. Pembukuan fiqh dengan mencantumkan dalil beserta perbedaan-perbedaan pendapat yang terjadi di antara madzhab sepertinya telah memuaskan mereka, sehingga tidak ada pilihan lain bagi generasi setelahnya kecuali merujuk pada pendapat-pendapat madzhab itu dalam memutuskan dan menjawab persoalan-persoalan baru.


Ketika hukum furu’ dan fatwa para ulama semakin berkembang seiring dengan semakin banyaknya persoalan, para ulama mempunyai inisiatif untuk membuat kaidah dan dhabit yang dapat memelihara hukum furu’ dan fatwa para ulama tersebut. Hal inilah yang dilakukan oleh Abu Hasan al-Karkhi (w.340 H) dalam risalahnya (ushul al-Karkhi). Dan Abu Zaid al-Dabbusi (w.430 H) dalam kitabnya Ta’sis al-Nadhar dengan memakai istilah ushul. Apabila ushul tersebut mencakup berbagai masalah fiqh, maka disebut kaidah, sedangkan kalau hanya mencakup satu masalah fiqh , disebut dhabit.


  Menurut Dr. An Nadwi bahwa golongan Hanafiah merupakan yang pertama kali mempelajari kaidah fiqhiyah. Beberapa informasi yang menyatakan hal tersebut termaktub dalam beberapa literatur di antaranya, Alaby (761 H), As Suyuthi (911 H) dan Ibnu Najm (970 H) dalam Al Qawaid menyatakan bahwa Imam Ad Dibas pada abad 4 Hijriyah telah mengumpulkan beberapa kaidah-kaidah Mazhab Hanafi sebanyak 17 kaidah. Imam Ad Dibas membaca kaidah-kaidah tersebut berulang kali setiap malam di masjid yang kemudian Abu Said al Harawi Al Syafii menukil dari Ad Dibas beberapa kaidah-kaidah tersebut.


Imam al Karkhi (340 H) menyusun sebuah catatan yang berisi 37 kaidah, kemudian dari golongan Hanafiyah muncul Imam al Khusyni (361 H) dengan karyanya ushul al fataya. Dan setelah itu muncul Abi Laits Al Samarqandi (373 H)  dengan karyanya ta’sis al nadhri yang identik dengan karya Abi Zaid Ad Dibasi (430 H) dengan sedikit perbedaan.


Pada abad ke-7 H qawaid fiqhiyah mengalami perkembangan yang sangat rancak. Di antara ulama yang menulis kitab qawaid pada abad ini adalah al-‘Allamah Muhammad bin Ibrahin al-Jurjani al Sahlaki (w.613 H). Ia menulis kitab dengan judul “al-Qawaid fi Furu’I al- Syafi’iyah”. Kemudian al-Imam Izzudin Abd al-Salam (w. 660 H) menulis kitab “Qawaid al-Ahkam fi Mashalih al-Anam” yang sempat menjadi kitab terkenal. dari kalangan madzhab Maliki Muhammad bin Abdullah bi Rasyid al-bakri al-Qafshi (685 H) menulis “al-Mudzhb fi Qawaid al-Madzhab” dan masih banyak lagi. Karya-karya ini menunjukan bahwa qawaid fiqhiyah mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-7 H. Qawaid fiqhiyah pada abad ini nampak tertutup namun sedikit demi sedikit mulai meluas.


Pada abad ke-8 H, ilmu qawaid fiqhiyah mengalami masa keemasan, dengan banyak bermunculannya kitab-kitab Qawaid fiqhiyah.  Perkembangan ini terbatas hanya pada penyempurnaan hasil karya para ulama sebelumnya, khususnya di kalangan ulama Syafi’iyah. Hal ini dapat dilihat misalnya pada kitab Ibnu al-Mulaqqin dan Taqiyuddin al-Hishni. Dalam hal ini, ulama Syafi’iyyah termasuk yang paling kreatif. Di antara karya-karya besar yang muncul dalam abad ini adalah:


Al-Asyabah wa an-Nadhair karya Ibnu al-Wakil al-Syafi’I (w.716 H)


Kitab al-Qawa’id karya al-Maqqari al-Maliki (w. 758 H)


Al-Majmu’ al-Mudzhab fi Dhabt al-Madzhab karya al-‘Alai al-Syafi’I (w.761 H)


Karya-karya besar yang mengkaji qawaid fiqhiyah yang disusun pada abad IX H banyak mengikuti metode karya-karya abad sebelumnya. Di antara karya-karya tersebut adalah:


Kitab al-Qawa’id karya Ibnu al-Mulaqqin (w. 840 H)


Asnal Maqashid fi Tahrir al-Qawa’id karya Muhammad bin Muhammad al-Zubairi (w. 808 H)


Kitab al-Qawa’id karya Taqiyuddin al-Hishni (w. 829 H)


Dengan demikian, ilmu qawaid fiqhiyah berkembang secara beransur-ansur.


Pada abad X H, pengkodifikasian qawaid fiqhiyah semakin berkembang. Imam al-Sayuti (w. 911 H) telah berusaha mengumpulkan qaidah fiqhiyah yang paling penting dari karya al-‘Alai, al-Subaki dan al-Zarkasyi. Ia mengumpulkan kaidah-kaidah tersebut dalam kitabnya al-Asybah wa al-Nadhair. Kitab-kitab karya ketiga tokoh ulama tersebut masih mencakup qawaid ushuliyah dan qawaid fiqhiyah, kecuali kitab karya al-Zarkasyi.


Pada abad XI dan XII H, ilmu qawaid fiqhiyyah terus berkembang. Dengan demikian, fasa kedua dari ilmu qawaid fiqhiyah adalah fasa perkembangan dan pembukuan. Fasa ini ditandai dengan munculnya al-Karkhi dan al-Dabbusi. Para ulama yang hidup dalam rentang waktu ini (abad IV-XII) hampir dapat menyempurnakan ilmu qawaid fiqhiyah.       



Fasa Kematangan dan Penyempurnaan


Abad X H dianggap sebagai periode kesempurnaan kaidah fiqh, meskipun demikian tidak berarti tidak ada lagi perbaikan-perbaikan kaidah fiqh pada zaman sesudahnya. Salah satu kaidah yang disempurnakan di abad XIII H adalah


seseorang tidak dibolehkan mengelola harta orang lain, kecuali ada izin dari pemiliknya”


Kaidah tersebut disempurnakan dengan mengubah kata-kata idznih menjadi idzn. Oleh karena itu kaidah fiqh tersebut adalah :


seseorang tidak diperbolehkan mengelola harta orang lain tanpa izin.


Pengkodifikasian qawa’id fiqhiyyah mencapai puncaknya ketika disusun Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah oleh  Fuqaha pada masa Sultan al-Ghazi Abdul Azis Khan al-Utsmani (1861-1876 M) pada akhir abad XIII H. Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah ini menjadi rujukan lembaga-lembaga peradilan pada masa itu.

Tuesday, February 16, 2016

Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (Syak)

Kaedah Kedua


الْيَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّك


ِّMaksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku , maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu.


 Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan baru yang dapat menghilangkannya.


 Asal kaedah ini dengan berdalilkan hadis, antaranya:




  1. a)      Hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Muslim. Nabi bersabda:


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ ، فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى أَثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا ؟ فَلْيَطْرَحْ الشَّكَّ ، وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ.


Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan.


Pecahan kaedah
 


 Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain. Antaranya : 




  1. الأصل بقأ ما كان على ما كان 
    Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya.


 Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya atau akhir dengan mengikut sabit hukum pada masa lampau.


Daripada kaedah ini terbentuk beberapa masalah, contohnya:


         Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih berhadas.


        Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh) maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal.



    الْأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.


Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa. Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:


         Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam(peminjam) dan ia menuntut gantirugi barang tersebut, kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan penafian peminjam barang.


         Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas daripada tanggungjawab.



  الْأَصْلُ الْعَدَمُ  Asalnya sesuatu itu tidak ada.


Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu hendaklah dikembalikan kepadanya, hingga sabit perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal itu. Daripada pecahan kaedah ini lahir beberapa hukum dan masalah fekah:


        Seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan bahawa ia diizinkan, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan tersebut. Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat keizinan.


        Seseorang menafikan ia melakukan persetubuhan dengan seseorang, maka hendaklah diterima penafiannya, kerana asalnya dan mengikut asalnya tidak ada perhubungan seks.



   مَنْ شَكَّ هَلْ فَعَلَ شَيْئًا أَوَّلًا ؟ فَالْأَصْلُ أَنَّهُ لَمْ يَفْعَلْهُ Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, maka dianggap ia belum melakukaknnya.


Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini. Di  antara contoh yang terbit  darinya:


         Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.


        Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.


        Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga.



    الْأَصْلُ فِي كُلِّ حَادِثٍ تَقْدِيرُهُ بِأَقْرَبِ زَمَنٍ  Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang paling hampir sekali.


Berdasarkan kaedah ini tersebut beberapa hukum, contohnya:


         Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie dan wajiblah ia mengulangi sembahyang yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.


        Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.



   الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ  Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan haram.


Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda’ yang diriwayatkan oleh Bazzar dan al-Tabrani: 


{ مَا أَحَلَّ اللَّهُ فَهُوَ حَلَالٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ ، فَاقْبَلُوا مِنْ اللَّهِ عَافِيَتَهُ فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُنْ لِيَنْسَى شَيْئًا } أَخْرَجَهُ الْبَزَّارُ وَالطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي الدَّرْدَاءِ بِسَنَدٍ حَسَنٍ.


Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.


وَرَوَى الطَّبَرَانِيُّ أَيْضًا مِنْ حَدِيثِ أَبِي ثَعْلَبَةَ { إنَّ اللَّهَ فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضَيِّعُوهَا ، وَنَهَى عَنْ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا ، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا ، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ مِنْ غَيْرِ نِسْيَانٍ ، فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا } وَفِي لَفْظٍ { وَسَكَتَ عَنْ كَثِيرٍ مِنْ غَيْرِ نِسْيَانٍ فَلَا تَتَكَلَّفُوهَا رَحْمَةً لَكُمْ فَاقْبَلُوهَا }


        Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:


        Binatang yang tidak jelas atau samar-samar nas tentang haramnya, hukumnya adalah halal dimakan.


         Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak diketahui nama dan hukumnya adalah halal dimakan



  الْأَصْلُ فِي الْكَلَامِ الْحَقِيقَةُ  Asal di dalam percakapan ialah hakikat.


Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa masalah dan hukum, contohnya:


         Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati.


          Jikalau seseorang itu bersumpah tidak akan membeli, selepas  itu ia mewakilkan kepada orang lain supaya membeli, ia tidak wajib membayar kaffarah.





  1. الْأَصْلُ فِي الْأَبْضَاعِ التَّحْرِيمُ  Kemaluan perempuan itu asalnya haram.


Berdasarkan kaedah ini lahir  beberapa hukum dan masalah, contoh seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan yang dia tidak yakin sama ada perempuan itu mahramnya atau ajnabi, maka haram dia berkahwin dengannya, kerana berdasarkan pengharaman asalnya.

Wednesday, February 10, 2016

Kemudaratan hendaklah dihapuskan

Kaedah Pertama


الضَّرَرُ يُزَال


ُ
Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama. Dalil asas kepada kaedah ini ialah sabda Rasulullah SAW :


لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ


Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.


            Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib dihindarkan sama ada kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus. Sebagai rumusannya, seseorang insane itu tidak boleh sama sekali melakukan kemudaratan terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak boleh pada bahagiannya. Hal ini kerana dengan kemudaratan itu membawa erti menyertakan kerosakan kepada orang lain. Oleh itu, jumhur ulama’ menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum Muslim adalah wajib dijauhi. Selaras dengan kata-kata Imam al-Shatibi yang mengatakan bahawa sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia.


3.4.1   Pecahan kaedah


Berdasarkan kaedah ini, terbahagi pula kepada beberapa bahagian dan cabang. Antaranya:


الضَّرُورِيَّاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ


مَا أُبِيحَ لِلضَّرُورَةِ يُقَدَّرُ بِقَدْرِهَا وَمِنْ فُرُوعِهِ


الْحَاجَةُ تَنْزِلُ مَنْزِلَةَ الضَّرُورَةِ عَامَّةً كَانَتْ أَوْ خَاصَّةً مِنْ الْأَوْلَى




  1. a)      الضَّرَرَ لَا يُزَالُ بِالضَّرَرِ  kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.


 Kaedah ini bermaksud, biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih besar. Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu tidak boleh sama sekali dihilangkan dengan kemudaratan juga. Hal ini kerana seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia bertentangan dengan kaedah asas iaitu   (الضرر يزال) . Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah asas sebelumnya. Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan masalah yang lebih besar. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makanannya diambil.


        Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau membawa kepada kematian.


        Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika dibimbangi memudaratkannya.


إذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوعِيَ أَعْظَمُهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا




  1. b)    (الضرر الأشد يزال بالضرار الأخف  ) kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih  ringan.


Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah yang sebelumnya yang mana membawa maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan. Dalam keadaan lain, kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan, atau apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah diperhatikan mana yang lebih besar bahaya. Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar.


    Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.


        Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja sebarang kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang bimbang akan membahayakannya.


     Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu.




  1. c)     درء المفاسد مقدّم على جلب المصالح  menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan.


Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan. Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit. Hal ini kerana dibimbangi kerosakan tersebut akan merebak hinggalah menyebabkan lahirnya kemudaratan yang lebih besar. Firman Allah SWT :


Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi.  Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.


Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.


        Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk membawa kemaslahatan seperti mendamaikan dua pihak yang bertelagah.


        Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang yang berpuasa adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya.




  1. d)      يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام  Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am.


Kaedah ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan dan bahaya. Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan khusus bagi menghindarkan kemudaratan yang lebih umum. Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah kurang jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum. Antara hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah diletakkan di bawah kawalan dan penjagaan rapi.


        Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah dan ajaran sesat.


         Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai unsur-unsur ganja dan candu serta yang boleh dijadikan bahan penyalahgunaan dadah, untuk memebendung bahaya dalam masyarakat.




  1. e)    الضرر يدفع بقدر الامكان Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat.


Kaedah ini berasal daripada kaedah Usuliyyah yang berkaitan dengan skop kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika kemudaratan itu dapat dibendung seluruhnya, maka itulah yang terbaik. Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian, maka lakukanlah sekadar yang termampu. Hal ini kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap mukallaf adalah menurut kadar kemampuannya. Untuk itu, usaha untuk menyekat segala kemudaratan tersebut supaya tidak berlaku hendaklah diusahakan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-Quran supaya ia tidak hilang.


        Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak timbul masalah yang lebih besar.


        Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau berteriak dengan menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah menghindarkannya dengan tangan mahupun kayu.




  1. f)        الضرر لا يكون قديما Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadi.


Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang lama dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan dihilangkan. Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah asas yang sebelum ini. Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi kelonggaran terhadap berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan padanya. Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia telah lama berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan kemudaratan yang baru berlaku. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat pesakit, walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang lama dalam merawat pesakit.


        Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum dan mengganggu rang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama berlaku.

Kesusahan Membawa Kemudahan

Kaedah Ketiga


الْمَشَقَّةُ  تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ


Kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu ringankan , tidak seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis :




  1. a)      Sebagaimana firman Allah:


 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ


 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.




  1. b)      Firman Allah lagi:


 وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ


 Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)




  1. c)      Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan Muslim :


وَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ


Sesungguhnya kamu diutus untu memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.


          Berdasarkan kaedah ketiga tersebut, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.


       Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti: kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia.  Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka.  Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidupsempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah.h.


Tujuan Musyaqqah


Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertenu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:




  1. Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.

  2. Adapun mushaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.


Sebab-sebab Rukhsah


Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:


Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.


Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.


Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dandiugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.


Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.


Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.


Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara)  juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.


Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.


Pecahan Kaedah


Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa pecahan iaitu:


إذَا ضَاقَ الْأَمْرُ اتَّسَعَ




  1. a)      Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.

    Contohnya seorang wamita yang kehilangan walinya (tidak diketahui dimana dia berada, hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim ditempat itu, maka bolehlah ia melantik seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkan dengan lelaki pilihannya. Selain itu, diharuskan perempuan yang ber’idah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk saran hidup.


إذَا اتَّسَعَ  الْأَمْرُ ضَاقَ




  1. b)      Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit.

    Maksudnya apabila darurat telah telah menimpa seseorang atau jemaah, kalau beramal dengan hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitan dan membebankan mereka untu melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud. Inilah makna “sesuatu perkara apabila tersepit akan menjadi luas”.  Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyariatkan. Inilah yang dimaksudkan “ apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan sempit”.

Tuesday, February 9, 2016

Adat dijadikan hukum

 

العادة محكّمة
Adat dijadikan hukum


       Kaedah ini membawa maksud sesuatu adat kebiasaan itu dapat ditetapkan sebagai hukum atau adat menentukan hukum. Untuk itu, para ulama’ menetapkan bahawa ‘uruf dan adat kebiasaan itu merupakan salah satu daripada sumber hukum dalam keadaan ketiadaan nas syarak. Namun, jika adat atau ‘uruf kebiasaan itu bercanggah dengan nas, ia ditolak serta merta. Sebagai contoh adat masyarakat Jahiliyyah yang mengharuskan anak lelaki mengahwini bekas isteri bapanya atau ibu tirinya.


        Berdasarkan pengertian adat dan ‘uruf, ada sedikit perselisihan dalam kalangan ulama’ untuk mentafsirkannya. Namun, ianya adalah perbezaan kecil sahaja sedangkan skop dan konsepnya adalah sama. Adat ialah apa yang menjadi kebiasaan orang ramai atau segolongan dari kalangan mereka. Ia merupakan perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan mengikut cara tertentu dan diterima sebagai logik. Menurut al-Jurjani, adat adalah sesuatu perbuatan atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang penting ialah ia dapat diterima oleh akal manusia serta dilakukan secara berulang-ulang. ‘Uruf pula ialah perkara yang dapat diterima dan disenangi menurut perasaan manusia. Ia adalah perkara yang tetap dalam diri manusia dari segi akal dan diterima oleh tabiat semulajadi yang sejahtera. Untuk itu, ‘uruf ialah perkara yang selaras dengan perasaan dan tabiat manusia yang mana merangkumi perkataan dan perbuatan.


3.5. 1   Pecahan kaedah


                Berikut adalah pecahan yang terdapat dalam kaedah ini, antaranya:




  1. a)  


  انما تعتبر العادة اذا اطردت او غلبت  
Sesungguhnya adat yang diiktibar apabila berlaku berterusan atau kebiasaan dan lebih banyak berlaku


Adat kebiasaan yang diiktibar apabila ia berterusan berlaku. Justeru itu, adat kebiasaan berada pada kedudukan syarat. Sebaliknya, jika adat kebiasaan itu berlaku secara tidak berterusan, ia perlu kepada nas atau pun dalil untuk mengharuskannya. Dalam konteks tersebut, sekiranya apa yang berlaku itu jelas secara berterusan pada adat kebiasaan, yang berterusan itu dikira sebagai hukum. Untuk itu, jadilah kedudukan akad menurut apa yang berlaku pada adat kebiasaan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


         Seseorang yang menyewa mesin jahit untuk menjahit pakaian, benang menjadi tanggungjawab siapa? Ada perselisihan pendapat dalam hal ini, dan menurut pendapat al-Rafi’i, perkara itu hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Apabila daripada adat kebiasaannya ada perselisihan, hendaklah ada penjelasan dan jika tiada maka akad sewa menyewa tersebut batal.


         Seseorang yang melanggani majalah biasanya majalah tersebut sampai ke rumah setiap bulan. Untuk itu, apabila berlaku akad langganan, walaupun tanpa menyebut penghantaran, maka majalah tersebut secara langsungnya hendaklah dihantar. Jika tidak, pelanggan boleh menuntutnya.




  1. b)


     كل ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابط له فيه ولا فى اللغة يرجع فيه الى العرف  
Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskannya daripada sudut syarak atau bahasa


 Ia dikembalikan kepada uruf kebiasaan. Kaedah ini menjelaskan terdapat hukum yang ada ketepatannya dalam syarak, namun hanya secara mutlak sahaja. Ianya tidak ada sebarang penjelasan atau dalil syarak yang menjelaskannya. Oleh itu, ianya hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Antara hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Berkaitan waktu dan tempoh haid serta kadarnya.


        Berkaitan tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.




  1. c)    


  تعارض العرف العام والخاص 
Berlaku pertentangan antara ‘uruf umum dan ‘uruf khas.


‘uruf am ialah adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan semua umat Islam di seluruh Negara Islam dan ianya member kesan kepada hukum. Manakala ‘uruf khas pula ialah adat kebiasaan yang hanya berlaku  dalam kalangan sesetengah negara umat Islam sahaja dan ia juga member kesan kepada hukum. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad. Namun, menurut adat kebiasanaan penggunaannya, pengguna mestilah menjelaskan bayaran. Justeru, pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam masyarakat.


        Seseorang bapa menghantar anaknya untuk belajar al-Quran untuk satu tempoh. Selepas itu berlaku perselisihan antara bapa dan guru berkaitan dengan upah mengajar. Jadi, perkara ini dihukum dengan member upah menurut adat kebiasaan sesebuah kawasan tersebut.




  1. d)   


تترك الحقيقة)
Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat 


Kadang kala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk diamalkan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


        Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada orang lain dengan alas an jual beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah pun terlaksana.