Showing posts with label Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Perubatan. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Doa ketika sakit

رَوَى التِّرْمِذِيُّ وَالطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ بُرَيْدَةَ بْنِ الْحُصَيْبِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ { شَكَا خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ الْمَخْزُومِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَنَامُ اللَّيْلَ مِنْ الْأَرَقِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا أَوَيْت إلَى فِرَاشِك فَقُلْ اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظَلَّتْ ، وَرَبَّ الْأَرَضِينَ وَمَا أَقَلَّتْ ، وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضَلَّتْ ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّ خَلْقِك كُلِّهِمْ جَمِيعًا أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَبْغِيَ عَلَيَّ ، عَزَّ جَارُك ، وَجَلَّ ثَنَاؤُك ، وَلَا إلَهَ غَيْرُك ، أَوْ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ }


Diriwaytkan oleh Turmizi dan Thabarani, dari hadith daripada Buraidah, ia berkata : Khalid al-Walid telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritanya, ia berkata : "Ya Rasululah SAW, saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana insomania. Maka Nabi SAW  berkata kepadanya ; Jika engkau hendak tidur, maka ucapkanlah terlebih dahulu doa ini ;


Ya Allah, Tuhan Tujuh Petala langit, Tuhan Sekelian Alam, dan Tuhan Syaitan-syaitan. Jadilah bagiku sebgai pelindung dari kejahatan makhlukMu semuanya, seandainya salah seorang dari mereka hendak berbuat kekasaran atau anaiya ke atasku, maka kuatlah pertolonganMu dan Maha Agunglah PujianMu, serta tidak ada Tuhan selainMu.


 عَنْ أَبِي سَعِيد أَنَّ جِبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ اشْتَكَيْتَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ


Dari Abu Said Al-Khudri RA bahawa Jibril AS datang mengunjungi nabi SAW, lalu dia berkata : Ya Muhammad, adakah anda sakit ? Nabi SAW menjawab : Ya. Lalu Jibril AS mengucapkan doa : "Allah menyembuhmu, dengan nama Allah Aku menagkalmu". Riwayat Muslim


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اشْتَكَى مِنْكُمْ شَيْئًا أَوْ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ فَلْيَقُلْ رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأَ


Dari Abu Darda' RA dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa di antara kamu menderita sakit, atau saudaranya sakit, maka ucapkanlah : Tuhan Kami adalah Allah, Maha Suci NamaMu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu di langit, maka jadilah rahmatMu di bumi, maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, turunlah rahmat dari sisiMu dan ubat dari ubatMu atas penyakit ini." Riwayat Abu Daud dari kitab Sunan Abu Daud m/s 397 jilid 10.

Cara Pengubatan Rasulullah SAW


LUKA


Kisah tentang cara pengubatan luka Rasulullah SAW yang diperolehi baginda semasa perang Uhud.


عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ لَمَّا كُسِرَتْ عَلَى رَأْسِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَيْضَةُ وَأُدْمِيَ وَجْهُهُ وَكُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ وَكَانَ عَلِيٌّ يَخْتَلِفُ بِالْمَاءِ فِي الْمِجَنِّ وَجَاءَتْ فَاطِمَةُ تَغْسِلُ عَنْ وَجْهِهِ الدَّمَ فَلَمَّا رَأَتْ فَاطِمَةُ عَلَيْهَا السَّلَام الدَّمَ يَزِيدُ عَلَى الْمَاءِ كَثْرَةً عَمَدَتْ إِلَى حَصِيرٍ فَأَحْرَقَتْهَا وَأَلْصَقَتْهَا عَلَى جُرْحِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَقَأَ الدَّمُ


Dari Abu Hazim, bahawa Sahal bin Saad berkata : “Apabila muka Nabi luka, dua gigi depannya pecah dan topi penutup kepalanya hancur. Fatimah, puteri Rasulullah SAW yg membasuh luka itu dan Ali bin Abu Thalib menaburkan mijan (sejenis tumbuhan yg berfungsi spt bius). Ketika Fatimah melihat darah yg keluar masih tetap banyak, ia mengambil tikar hashir (tikar yg dibuat drp sejenis pohon bahan baku kertas di Mesir - papyrus) lalu membakarnya menjadi abu. Lalu abu tadi ditempelkan ke luka tadi, setelah itu luka tersebut tidak mengeluarkan darah lagi. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
 


Menurut pengarang kitab “al-Qanun” al-Baradi (sejenis pohon papyrus di Mesir) berkhasiat untuk mencegah keluarnya darah luka dan jika ditaburkan ke atas luka, dagingnya akan segera sembuh. Org Mesir sejak dahulukala menjadikannya sebagai kertas. Abunya sangat baik utk menghentikan pendarahan dan mencegah agar luka tidak semakin membesar kerana ia akan mengeringkankannya.


Rasulullah SAW telah mengajar cara mengubati luka seperti berikut ;
 


عَنْ عَائِشَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى الْإِنْسَانُ الشَّيْءَ مِنْهُ أَوْ كَانَتْ بِهِ قَرْحَةٌ أَوْ جُرْحٌ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِإِصْبَعِهِ هَكَذَا وَوَضَعَ سُفْيَانُ سَبَّابَتَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ رَفَعَهَا بِاسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى بِهِ سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا


Dari Asyah RA ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika seseorang terluka, mempunyai kudis @ luka : maka baginda berbuat dengan jarinya begini - lalu Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya - dan Rasulullah SAW mengucapkan : “Dengan nama Allah pemilik bumi kita, dengan rasa kasih sayang sebahagian kita, semoga sembuhlah penyakit kita dengan izin Allah”. Hadis riwayat  Muslim.


Hadis ini menerangkan cara pengubatan luka yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dengan menggunakan jari telunjuk yang digoreskan ke tanah, lalu disapukan ke tempat yang terluka dan disertai dengan doa, pasti keberkatannya mampu mengubati sesuatu. Tambahan pula, ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Nampak mudah, sesiapapun mampu melakukannya. Apa yang penting adalah keikhlasan dan keyakinan hati kepada Allah SWT. Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal, hanya Allah penentu sesuatu….


# Amalan sendiri
Apa yg selalu saya amalkan utk memberhentikan pendarahan ialah dengan mengulum ibu jari kanan sambil membaca ayat ke 14 Surah as-Syam, kemudian tonyehkan ke tempat luka tersebut. Alhamdulillah setakat ini berjaya dengan pertolongan Allah… 


Sakit kepala


Bahawa Rasulullah SAW apabila sakit kepala baginda akan melumuri kepalanya dengan daun inai dan mengatakan; Sesunguhnya daun inai ini bermanfaat untuk menyembuhkan sakit kepala.. Insya Allah. Hadis riwayat Ibnu Majah.


Di antara sebab sakit kepala adalah ;


Cara penyembuhan penyakit ini ada beberapa jenis. Ada yang dapat disembuhkan dengan muntah, makan, rehat, menaikkan suhu badan, menjauhkan bunyi bising dsb.


Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata tidak pernah seorangpun yang mengadu sakit kepala kepada beliau kecuali beliau berkata : Berbekamlah ! Dan tidak seorangpun yang mengadu sakit kedua kakinya kepada baginda kecuali beliau berkata : Balutlah/lumurilah dengan inai”.Hadis riwayat Abu Daud.
 


 Bisul
 


عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَتْ دَخَلَ عَلَيّ رَسُولُ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَقَدْ خَرَجَ فِي أُصْبُعِي بَثْرَةٌ فَقَالَ " عِنْدَكِ ذَرِيرَةٌ ؟ قُلْت : نَعَمْ . قَالَ " ضَعِيهَا عَلَيْهَا " وَقُولِي : اللّهُمّ مُصَغّرَ الْكَبِيرِ وَمُكَبّرَ الصّغِيرِ صَغّرْ مَا بِي


Dari salah seorang isteri Nabi SAW, dia berkata : “Rasulullah SAW telah mengiliriku, pada jariku terdapat bisul, maka baginda berkata: “Engkau ada Dzazirah ?” Saya menjawab ; “Ya” Nabi berkata : “Letakkan pada bisul itu”. Seterusnya baginda berkata : “Dan ucapkanlah : Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar, dan membesarkan segala yang kecil. Kecilkanlah apa yang ada padaku”. Hadis ini telah ditarjihkan oleh al-Hakim.


# Dzazirah ialah sejenis pohon yang asalnya tumbuh di India.
 


Penyakit Sukar Tidur


Diriwaytkan oleh Turmizi dan Thabarani, dari hadith daripada Buraidah, ia berkata : Khalid al-Walid telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritanya, ia berkata : "Ya Rasululah SAW, saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana insomania. Maka Nabi SAW  berkata kepadanya ; Jika engkau hendak tidur, maka ucapkanlah terlebih dahulu doa ini ;
 


رَوَى التِّرْمِذِيُّ وَالطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ بُرَيْدَةَ بْنِ الْحُصَيْبِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ { شَكَا خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ الْمَخْزُومِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَنَامُ اللَّيْلَ مِنْ الْأَرَقِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا أَوَيْت إلَى فِرَاشِك فَقُلْ اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظَلَّتْ ، وَرَبَّ الْأَرَضِينَ وَمَا أَقَلَّتْ ، وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضَلَّتْ ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّ خَلْقِك كُلِّهِمْ جَمِيعًا أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَبْغِيَ عَلَيَّ ، عَزَّ جَارُك ، وَجَلَّ ثَنَاؤُك ، وَلَا إلَهَ غَيْرُك ، أَوْ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ }


Ya Allah, Tuhan Tujuh Petala langit, Tuhan Sekelian Alam, dan Tuhan Syaitan-syaitan. Jadilah bagiku sebgai pelindung dari kejahatan makhlukMu semuanya, seandainya salah seorang dari mereka hendak berbuat kekasaran atau anaiya ke atasku, maka kuatlah pertolonganMu dan Maha Agunglah PujianMu, serta tidak ada Tuhan selainMu.


Diriwayatkan  dari Abu Daud, hadith dari Amru bin Shu'aib dari bapanya dan neneknya, bahawasanya Rasulullah SAW mengajar kepada mereka kalimah-kalimah yang perlu dibaca apabila rasa takut di waktu tidur, iaitu ;
 

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ


Aku berlindung dengan berkat kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan : Dan aku berlindung kepada Engkau Ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku. Hadis riwayat Abu Daud.

Khasiat Tumbuhan & Haiwan

Beras


Beras adalah antara makanan yang mengenyangkan. Di anatara khasiatnya ialah ;


1. mudah dicerna oleh perut
2. menyihatkan badan
3. menambah air mani
4. menjernihkan warna kulit dan muka


Burung


Firman Allah SWT


“Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan” Surah al-Waqiah : 21


Ada burung yang halal dan ada yang haram dimakan. Di antara yang haram dimakan ialah ;
1. mempunyai taring/mencakar utk mencari makanan spt helang dsb
2. yang dilarang membunuhnya spt hudhud
3. yang disuruh membunuhnya spt gagak
4. yang makan bangkai spt gagak dsb


Di antara khasiatnya ialah ;




  1. ayam - panas tapi lembab sbb itu tidak sesuai bagi ibu yang baru bersalin/keguguran
    - mudah dicerna
    - mengelokkan suara
    - menguatkan daya ingatan
    - menambah darah
    - menambah air mani

  2. itik/serati - panas dan lembap
    - susah dicerna, tidak sesuai utk perut
    - byk lemak

  3. Angsa - panas dan kering
    - tidak baik dimakan
                         


Cuka


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَل ّ


Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang laukpauk kepada keluarganya.  Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka. Hadis riwayat Muslim 
 


عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَل


Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda :  Sebaik-baik lauk ialah cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah aluk para nabi sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”.  Hadis riwayat Ibnu Majah.


Cuka mempunyai beberapa khasiat :
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarakan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.


Daun Saderi


Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan,  melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.


Delima


Firman Allah SWT ;


فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمّانٌ } [ الرّحْمَنِ 68 ]


 ”Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima”


Surah ar-Rahman ayat 68


Delima manis rasanya, baik untuk perut, membersihkan kahak dan lendir pada dada, menymbuhkan penyakit batuk dan sakit paru-paru.


Di antara khasiat delima yang manis ialah :


1. Menguatkan usus
2. membersihkan tekak
3. ubat batuk

 Di antara khasiat delima yang masam ialah :


1. menyucikan perut
2. mencegah muntah
3. melawas air kencing
4. menghentikan cirit birit
5. Menyembuh penyakit kuning
6. menguatkan anggota badan
7. mengurangkan panas badan
8. mengurangkan lemak badan


 Sabda RS ; Makanlah delima dengan lemaknya, sebagai penyamak (pembersih) perut.


 Bagi mata yang kekuning-kuningan, perahkan air delima dan campurkan sedikit madu. Biji delima yang dicampur madu juga boleh mengubat bisul.


Dhab


Dhab adalah sejenis biawak padang pasir. Ia HALAL dimakan.


عَنْابْنِ عَبّاسٍ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سُئِلَ عَنْهُ لَمّا قُدّمَ إلَيْهِ وَامْتَنَعَ مِنْ أَكْلِهِ أَحَرَامٌ هُوَ ؟ فَقَالَ لاَ, وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ قَوْمِي فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ


 Dari Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dhab, ketika dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia HARAM ? . Jawab beliau : Tidak. Tetapi tiada Dhab di kwsn kaumku, maka aku merasa jijik” Hadis riwayat Bukhari.


وَفِي " الصّحِيحَيْنِ " : مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ أَنّهُ قَالَ لَا أُحِلّهُ وَلَا أُحَرّمُهُ وَهُوَ حَارّ يَابِسٌ يُقَوّي شَهْوَةَ الْجِمَاعِ وَإِذَا دُقّ وَوُضِعَ عَلَى مَوْضِعِ الشّوْكَةِ اجْتَذَبَهَا .


Dhab adalah panas dan kering. Khasiatnya ialah menambah kekuatan syahwat. Minyaknya mujarab utk sakit @ kembung perut.


Halia


Firman Allah SWT ;


وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا } [ الْإِنْسَانِ 17 ]


“Mereka (ahli syurga) diberikan minuman segelas yang campurannya adalah halia” Surah al-Insan ayat 17.


وذكر أبو نعيم في كتاب الطب النبوي من حديث أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال أهدى ملك الروم إلى رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ جرة زنجبيل، فأطعم كل إنسان قطعة، وأطعمني قطعة‏.


Abu Naim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudari beliau berkata bahawa Raja Rom telah memberi satu bejana halia kepada Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi makan setiap seorang sepotong dan kami diberi sepotong”


Di antara khasiat halia ialah ;
1. Menghangatkan badan
2. membantu pencernaan
3. menyihatkan perut
4. menghilangkan rabun mata kerana udara lembab
5. menambah kekuatan syahwat
6. membuang angin dlm perut dan usus besar
7. menghilangkan kahak
8. ubat penyakit buasir
9. mengurangkan bau nafas


Ramai para pengamal perubatan berkata :”Jika manusia mengetahui banyaknya manfaat yang diperolehi dari halia, pasti mereka membelinya walaupun dengan seharga emas”


Katak


Katak haram dimakan dan haram utk dijadikan ubat dan dilarang membunuhnya.


عَن عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ الرّحْمَنِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَنّ طَبِيبًا ذَكَرَ ضِفْدَعًا فِي دَوَاءٍ عِنْدَ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ فَنَهَاهُ عَنْ قَتْلِهَا رواه أحمد في مسنده


Dari Uthman bin Abdul Rahman RA berkata, bahawa seorang doktor menyebut-nyebut tentang katak untuk dijadikan ubat di sisi Rasulullah, maka Rasulullah SAW melarang membunuhnya.” Hadis riwayat Imam Ahmad.


Dalam kitab al-Qanun berkata : Sesiapa yang makan darah @ daging katak, akan tumbuh bintil dan bengkak-bengkak, warna kulit menjadi suram dan air maninya tertumpah (menjadi cair) sehingga  dia mati. Sebab itulah para doktor tidak menjadikannya sebagai ubat, kerana takut akibat buruknya.


Daging Keldai liar


عن أبي قتادة رضي الله عنه، أنهم كانوا مع رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ في بعض عمره، وأنه صاد حمار وحش، فأمرهم النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بأكله وكانوا محرمين، ولم يكن أبو قتادة محرمًا – رواه البخارى ومسلم


Dari Qatadah RA bahawa mereka bersama Rasulullah SAW pada ketiika umrah. Abu Qatadah memburu keldai liar, lalu Rasulullah SAW menyuruh mereka makannya, sedangkan mereka sedang berihram. Abu Qatadah tidak berihram.


عن جابر قال‏:‏ أكلنا زمن خيبر الخيل وحمر الوحش - رواه ابن ماجه


Dari Jabir bin Abdullah RA, ia berkata ; “Pada waktu perang Khaibar, kami makan daging kuda dan keldai liar”. ‏‏


Gandum


 عَن عَائِشَةَ قَالَتْ [ ص 302 ] كَانَ رَسُولُ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ إذَا أَخَذَ أَحَدًا مِنْ أَهْلِهِ الْوَعْكُ أَمَرَ بِالْحِسَاءِ مِنْ الشّعِيرِ فَصُنِعَ ثُمّ أَمَرَهُمْ فَحَسَوْا مِنْهُ ثُمّ يَقُولُ " إنّهُ لَيَرْتُو فُؤَادَ الْحَزِينِ وَيَسْرُو فُؤَادَ السّقِيمِ كَمَا تَسْرُوَا إحْدَاكُنّ الْوَسَخَ بِالْمَاءِ عَنْ وَجْهِهَا وَمَعْنَى يَرْتُوهُ يَشُدّهُ وَيُقَوّيهِ . وَيَسْرُو يَكْشِفُ وَيُزِيلُ . رَوَى ابْنُ مَاجَهْ


Dari Aisyah RA bahawa ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika salah seorang keluargnya kurang sihat, ia meminta sesuap gandum, lalu dimasaknya. Kemudian dia menyuruh mereka memakannya, maka merekapun memakannya. Setelah itu Rasulullah SAW berkata : “Sesungguhnya gandum itu menguatkan hati yang sedih dan menghilangkan hati yang sakit, sebagaimana salah seorang kamu menghilangkan/membersihkan kotoran dari mukanya dengan air”


Gandum memberi faedah menyembuhkan batuk, melegakan kahak, mengurangkan lebihan lemak badan, melancarkan air kencing, menyihatkan perut, menghilangkan rasa haus dan menurunkan panas badan.


Susu Binatang


«‏وإن لكم في الأنعام لعبرة نسقيكم مما في بطونه من بين فرث ودم لبنا خالصا سائغا للشاربين‏» ‏ ‏ «‏النحل‏:‏ 66‏»


Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.


وقال في الجنة‏:‏ ‏ «‏فيها أنهار من ماء غير آسن وأنهار من لبن لم يتغير طعمه‏» ‏ ‏ «‏محمد‏:‏ 15‏»


Padanya (bsyurga) beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya
 


‏ وفي السنن مرفوعًا‏:‏ ‏ «‏من أطعمه الله طعامًا‏.‏ فليقل‏:‏ اللهم بارك لنا فيه، وارزقنا خيرًا منه، ومن سقاه الله لبنًا فليقل‏:‏ اللهم بارك لنا فيه، وزدنا منه، فإني لا أعلم ما يجزئ من الطعام والشراب إلا اللبن‏»


‏‏Sesiapa yang diberi makanan oleh Allah, maka hendaklah ia membaca; Ya Allah, berilah kami keberkatan kepada makanan ini dan berilah lagi makanan kepada kami yang lebih baik dari ini.” Dan sesiapa yang diberi minum susu oleh Allah, maka hendaklah ia membaca : Ya Allah berkatilah bagi kami pada minuman ini dan tambahkan lagi kepada kami (susu).” Sesungguhnya tidak ada satu makanan dan minuman yang cukup lengkap (khasiatnya) selain drp susu. Riwayat Abu Daud.


Garam


وذكر البغوي في تفسيره ‏:‏ عن عبد الله بن عمر ـ رضي الله عنهما ـ مرفوعًا‏:‏ ‏«‏إن الله أنزل أربع بركات من السماء إلى الأرض‏:‏ الحديد، والنار، والماء، والملح‏» ‏‏.‏ والموقوف أشبه‏.‏


Al-Baghwi dalam tafsirnya ada menyebut bahawa drp Abdullah bin Umar RA dengan sanad marfuk: Bahawa Allah telah menurunkan 4 perkara yang berkat dari langit ke dunia iaitu besi, api, air dan garam.


Tamar (Kurma)


ثبت في الصحيح عنه ـ صلى الله عليه وسلم ـ‏:‏ ‏ «‏من تصبح بسبع تمرات وفي لفظ‏:‏ من تمر العالية لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر‏»


Diriwayatkan daripada Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang *


Maklumat lanjut


Telur


ذكر البيهقي في شعب الإيمان أثرًا مرفوعًا‏:‏ أن نبيًا من الأنبياء شكى إلى الله سبحانه الضعف، فأمره بأكل البيض‏.‏ وفي ثبوته نظر، ويختار من البيض الحديث على العتيق، وبيض الدجاج على سائربيض الطير، وهو معتدل يميل إلى البرودة قليلًا‏.


Maksudnya : Imam Biahaqi meriwayatkan sebah hadis marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur. 


Di antara khasiat kuning telur ialah ;


1. menghilangkan rasa sakit
2. ubat batuk


 


Tin


يذكر عن أبي الدرداء‏:‏ أهدي إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ طبق من تين، فقال‏:‏ ‏ «‏كلوا و أكل منه،


Abu Darda’ menceritakan bahawa RS dihadiahkan satu tabak buah tin. Beliau bersabda; makanlah !, maka akupun makan.


 Di antara khasiat buah tin ialah ;


1. ubat penyakit buasir
2. ubat bengkak-bengkak badan
3. menghilangkan batuk yang berpanjangan
4. melawaskan air kencing


Zaitun




  1. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. An-Nur :35


 Di antara khasiat buah zaitun ialah :


1. perut
2. mengeluarkan cacing
3. menghaluskan kulit
4. penawar racun
5. melambatkan uban


Sabda Rasulullah SAW :


Makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana buah itu adalah bauh berkat.


Maklumat lanjut

Sihir

Sihir adalah salah satu daripada perkara yang boleh membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri dengan syaitan atau jin. Jin dan syaitan tidak akan membantu manusia melainkan manusia sanggup melakukan kederhakaan kepada Allah seperti membuat perkara-perkara syirik atau skurang-kurangnya menghina al-Quran atau agama Islam.
 


Pengertian Sihir


    Sihir ialah satu perkara yang luarbiasa atau menyalahi adat. Ia dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina dan bangsa.


    Sihir hanya akan berlaku sekiranya ada persepakatan di antara manusia dengan jin atau syaitan. Ia biasanya digelar dengan nama ilmu hitam kerana tujuannya adalah untuk kejahatan. Jin atau syaitan tidak akan bekerjasama dengan manusia melainkan atas dasar kejahatan !


    Kejahatan yang dimaksudkan ialah untuk menganaiya manusia atau mendatangkan kemudharatan kepada sesiapa yang dikehendaki. Sihir akan berleluasa apabila wujudnya sifat dengki, irihati, dendam kesumat ke atas orang lain sesuai dengan sifat jin dan syaitan yang sukakan pergaduahan dan perbalahan di kalangan manusia.


   Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisi, sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.


   Sheikh Wahid Abdul Salam al-Baly dalam kitabnya "Wiqayah al-Insan Min al-Jin wa al-Syaitan


 وقاية الإنسـان من الجن والشــيطان" menjelaskan bahawa sihir ialah hasil kesepakatan di antara penyihir dan syaitan. Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan-perbuatan yang diharamkam atau perkara yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan kepadanya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diingininya.


Dalil-dalil al-Quran tentang sihir


وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah ayat 102


قَالَ مُوسَى أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ أَسِحْرٌ هَذَا وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ (77)


Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya. Yunus ayat  77



فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُوسَى (67) قُلْنَا لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعْلَى (68) وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (69)


Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada. Tahaa ayat 67-69


وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (118) فَغُلِبُوا هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوا صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُوا آَمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ (122)


Dan kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkan tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketuanya kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,-"(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun". al-'Araf ayat 117-122

Kenali Tukang Sihir

Tukang Sihir akan menggunkan khidmat Jin melalui

1. Bersumpah atas nama Jin atau Syaitan
2. Sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah SWT, tetapi diniatkan kepada jin 
tertentu
3. Melalui perkara-perkara yang rendah (menghina) seperti memijak al-Quran
4. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
5. Menulis ayat-ayat al-Quran secara terbalik
6. Mengagungkan bintang
7. Melalui telapak tangan
8. Melalui apa yang pernah dipakai oleh orang yang akan disihir

 

Kenali Tukang Sihir

  1. Biasanya tukang sihir akan membaca ayat al-Quran atau selawat atau Bismillah dengan suara lantang supaya didengar oleh pesakit. Lalu pesakit yakin bahawa dia mengubati dengan ayat al-Quran. Tetapi sebenarnya, dia menggunakan jampi yang memuja syaitan/jin dengan suara yang perlahan atau tidak kedengaran langsung.

  2. Meminta bantuan drp syaitan/jin dengan memanggil atau berdoa kepada mereka. Cara yang paling biasa digunakan ialah dengan membakar kemenyan dan menyeru syaitan/jin supaya datang.

  3. Meminta sesuatu yang pernah dipakai oleh pesakit sama ada bekas, baju dsb.

  4. Memberi/menulis azimat-azimat tertentu.

  5. Membaca jampi serapah yang tidak difahami.

  6. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.

  7. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.

  8. Menyuruh peaskit membawa binatang tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT

Jenis-jenis Sihir


  1. Sihir Pemisahan Suami Isteri


وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah : 102
 


عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ  إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ قَالَ الْأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ


Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya  seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A'masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya". Hadith riwayat Muslim (5032).


Antara tanda-tandanya ialah ;


         1) Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
         2) Berlaku keraguan antara suami-isteri.
         3) Enggan meminta maaf.
         4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
        5) Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.


     Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.




  1. Guna-guna (Sihir Percintaan)


Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):


1. Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
2. Sukar mengawal cintanya.
3. Rindu bayang yang berlebihan.
4. Patuh secara membuta-tuli.


3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)

Tanda-tanda hipnotis:

  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

  • Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

  • Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.


Melawan sihir hipnotis:

  • Azan

  • Membaca ayat al-Kursi

  • Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.

  • Membaca isti'azah dan basmalah.


4. Sihir Membuat Orang Jadi Gila

Tanda-tanda sihir gila:

  • Jadi bingung/bodoh dan pelupa.

  • Cakap merapu

  • Mata layu

  • Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini. Tidak boleh diam setempat.

  • Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.

  • Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.

  • Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.


5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya:

  • Suka berseorangan.

  • Mentup diri sepenuhnya.

  • Diam berterusan.

  • Tidak suka bertemu orang.

  • Fikiran melayang.

  • Selalu pening.

  • Lesu dan tidak bermaya


6. Sihir Mendengar Panggilan

Tanda-tandanya:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.

  • Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.

  • Selalu was-was.

  • Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.

  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

  • Mimpi melihat haiwan mengejarnya.


7. Sihir Membuat Penyakit

Orang yang disihir akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh.


Tanda-tandanya:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

  • Saraf tersumbat.

  • Lumpuh salah satu anggota tubuh

  • Lumpuh menyeluruh.

  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.


8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.


Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.


9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:




  • Takut yang bersangatan

  • Marah yang tidak terkawal

  • Lalai berlebihan

  • Di puncak gelora nafsu syahwat


Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

  • Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

  • Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.


Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.


Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

  • Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.

  • Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.

  • Melihat pelamar bermuka hodoh.

  • Banyak berfikir (fikiran melayang).

  • Selalu gelisah waktu tidur.

  • Selalu rasa sakit di perut.

  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Friday, January 15, 2016

Tanda-tanda kerasukan

Gejala ketika sedang tidur :

1. Rasa gelisah dan sukar utk tidur, .
2. Mimpi yang menakutkan atau menyeramkan seperti bertemu dgn syaitan.
3. Mimpi bertemu dengan arwah yang mengaku orang yang telah meninggal.
4. Mimpi melihat orang aneh.
5. Mimpi melihat binatang buas.
6. Mimpi melihat sesuatu ingin menolong tapi tidak mampu.
7. Mimpi melihat gambar atau lukisan.
8. Mengigau ketika tidur dengan kata-kata marah atau tidak jelas.
9. Pindah sendiri ketika tidur .
10. Sering terbangun ketika tidur terutamanya waktu tengah malam (terkejut, sesak nafas).

Gejala ketika sedar :

1. Badan terasa lemah, malas tanpa sebab untuk melakukan sesuatu
2. Sering sakit kepala bahkan sakit kepala kepala sebelah (Migren)  dan leher
3. Ada bagian tubuh bergerak sendiri atau bergetar tanpa sebab.
4. Berbicara sendiri, tertawa, tersenyum tanpa adaorang lain.
5. Terasa mengantuk yang amat sangat ketika membaca Al-Quran, solat atau
mendengarkan kebaikan .
6. Bersemangat ketika melakukan maksiat yang melanggar syariat Islam.
7. Cepat rasa marah tanpa sebab
8. Rasa benci dan ketakutan ketika bertemu dengan orang saleh.
9. Sangat berat untuk melakukan solat.
10. Sering terburu-buru ketika solat.
11. Sering melamun dan berkhayal.
12. Makan banyak tapi tidak pernah kenyang.
13. Sering kesurupan.
14. Sering melihat  bayangan atau hantu.
15. Berdebar-debar ketika berzikir, rasa panas dingin ketika membaca Al Quran.
16. Gelisah ketika solat berjemaah.
17. Rasa was-was yang berlebihan.
18. Ada yang mencekek leher, dipukul, digelitik, dan sebagainya.
19. Ada tanda-tanda biru seperti dicubit, bintik-bintik merah di badan.
20. Suka mendatangi tempat keramat atau dukun
21. Terlalu suka dengan benda yang dianggap mempunyai kesaktian (Keramat).
22. Selalu mendengar bisikan aneh