Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, August 21, 2018

Keistimewaan Umat Muhammad SAW

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ مُوسَى لَمَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِ التَّوْرَاةُ، وَقَرَأَهَا فَوَجَدَ فِيهَا ذِكْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ فَقَالَ: يَا رَبِّي، إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً هُمُ الْآخِرُونَ السَّابِقُونَ، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ، إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً هُمُ السَّابِقُونَ الْمَشْفُوعُ لَهُمْ، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ، إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً هُمُ الْمُسْتَجِيبُونَ الْمُسْتَجَابُ لَهُمْ، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ، إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً أَنَاجِيلُهُمْ فِي صُدُورِهِمْ يَقْرَءُونَهَا ظَاهِرًا، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ، إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً يَأْكُلُونَ الْفَيْءَ، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً يَجْعَلُونَ الصَّدَقَةَ فِي بُطُونِهِمْ يُؤْجَرُونَ عَلَيْهَا، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ، إِنِّي أَجِدُ فِي [ص:69] الْأَلْوَاحِ أُمَّةً إِذَا هَمَّ أَحَدُهُمْ بِحَسَنَةٍ، فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَ لَهُ حَسَنَةٌ وَاحِدَةٌ، فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ، إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً إِذَا هَمَّ أَحَدُهُمْ بِسَيِّئَةٍ وَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ، وَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ عَلَيْهِ سَيِّئَةً وَاحِدَةً، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ قَالَ: يَا رَبِّ، إِنِّي أَجِدُ فِي الْأَلْوَاحِ أُمَّةً يُؤْتَوْنَ الْعِلْمَ الْأَوَّلَ وَالْعِلْمَ الْآخِرَ، فَيَقْتُلُونَ قُرُونَ الضَّلَالَةِ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ، فَاجْعَلْهَا أُمَّتِي، قَالَ: تِلْكَ أُمَّةُ أَحْمَدَ، قَالَ: يَا رَبِّ فَاجْعَلْنِي مِنْ أُمَّةِ أَحْمَدَ فَأُعْطَى عِنْدَ ذَلِكَ خَصْلَتَيْنِ، فَقَالَ: {يَا مُوسَى، إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالَاتِي وَبِكَلَامِي فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ} [الأعراف: 144] ، قَالَ: قَدْ رَضِيتُ يَا رَبِّ،


Diriwayatkan oleh Abu Nuaim dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa ketika Nabi Musa diberi kitab TAURAT, maka di dalamnya ia menjumpai maklumat tentang umat ini. Lalu Nabi musa bertanya kepada Allah: 


"Ya Tuhanku!. Aku menjumpai dalam lembaran-lembaran TAURAT berita tentang umat yang disebut sebagai umat yang paling akhir dan paling terdepan. Maka jadikanlah mereka sebagai umatku". 


Allah menjawab: "Mereka adalah umat Muhammad".


Nabi Musa bersabda: "Aku menjumpai dalam lembaran TAURAT umat yang kitab sucinya berada di hati mereka, sementara mereka membacanya. Jadikan mereka umatku!".


Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"


Nabi Musa bersabda: "Ya Allah!. Aku menjumpai dalam lembaran TAURAT, umat yang dihalalkan makan harta rampasan (fa'i). Jadikan mereka umatku!".


Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad".


Nabi Musa bersabda: Ya Allah! Aku menjumpai dalam TAURAT, umat yang menjadikan shadaqah dalam perut mereka, sementara mereka mendapatkan pahala. Jadikan mereka umatku!".


Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"


Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Aku menermukan dalam TAURAT, umat yang ketika salah satu mereka menginginkan satu kebaikan tetapi tidak melakukankan, maka akan diberi satu pahala. Jika dilakukan, maka akan dicatat dengan 10 kebaikan. Jadikan mereka umatku!".


Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"


Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Aku menermukan dalam TAURAT, umat yang ketika diantara mereka menginginkan keburukan, lalu tidak dilakukannya, maka tidak akan dicatat baginya sesuatupun. Dan jika ia melakukannya maka hanya dicatatan satu keburukan. Jadikan mereka umatku!"


Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"


Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Aku menermukan dalam TAURAT umat yang diberi ilmu yang pertama dan ilmu yang terakhir. Lalu mereka memerangi Dajjal. Jadikan mereka umatku!"


Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"


Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Jadikanlah aku sebagai umat Muhammad. Jika demikian, maka aku telah diberi dua perkara". 


Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilihmu di atas manusia dengan risalah dan kalamKu. Maka ambilah apa yang telah aku beri dan jadilah engkau dari golongan orang-orang yang bersyukur".


Nabi Musa bersabda: "Aku redha Wahai Tuhanku!".


Al-Imam Fakhruddin mengatakan bahwa Nabi yang mukjizatnya lebih besar, maka pahala umatnya lebih kecil. As-Subky melanjutkan: "Kecuali umat ini. Sungguh mukjizat nabinya sangat agung, namun pahala bagi umatnya lebih besar dari pada pahala semua umat yang diciptakan".


Berikut adalah keistimewaan umat Muhammad yang tidak diberikan kepada umat-umat sebelumnya:




  1. Dihalalkan Ghanimah


Ghanimah adalah hasil rampasan perang. Harta ini halal bagi umat Muhammad dengan segala ketentuan yang telah disyariatkan. Bagi umat terdahulu ghanimah tidak dihalalkan




  1. Disucikannya Bumi 


Bagi umat terdahulu, tidak semua bumi suci, sehingga mereka tidak melakukan ibadah kecuali di dalam tempat-tempat peribadatan mereka. Bagi umat Muhammad, seluruh bagian bumi suci dan sah untuk dijadikan tempat shalat. Debunya juga suci, sehingga sah untuk dijadikan alat untuk bertayammum. Diriwayatkan dari Abu Umamah dalam kitab Shahih Al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda:


وجعلت الأرض كلها لى ولأمتى مسجدا وطهورا


"Telah dijadikan bumi kesemuanya bagiku dan umatku sebagai masjid dan suci"




  1. Disyariatkannya Wudhuk


Al-Halimi menuturkan hal ini dengan dalil hadits Al-Bukhari:


إن أمتى يدعون يوم القيامة غرّا محجلين من آثار الوضوء


"Sesungguhnya umatku akan dipanggil di akhirat nanti dengan panggilan ghurran muhajjalin, kerana atsar wudhuk".


Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam fathul Bari mengatakan bahwa apa yang disampaikan Al-Halimi ini perlu dipertimbangkan, kerana dalam al-Bukhari juga disebutkan kisah Sarah bersama malaikan yang memberinya Hajar, bahwa Sarah ketika Malaikat ingin mendekatinya, maka ia berdiri, berwudhuk dan melakukan Shalat. Oleh sebab itu, kesimpulan yang jelas adalah yang menjadi keistimewaan umat ini adalah Ghurrah dan Tahjil bukan wudhuk' itu sendiri. Hal ini telah disharihkan dalam Riwayat Muslim dari Abu Hurairah berupa hadits marfu', Rasulullah SAW bersabda:


لكم سيما ليست لأحد غيركم


"Bagi kalian sebuah tanda yang tidak dimiliki oleh seseorangpun dari selain kalian".


Tahjil adalah meratakan membasuh kedua tangan hingga lengan dan membasuh kaki hingga betis. Ghurrah adalah meratakan membasuh bagian depan kepala dan leher saat membasuh muka dalam wudhuk'.




  1. Dikumpulkannya Shalat lima waktu


Bagi umat terdahulu shalat lima waktu tidak diwajibkan. Subuh untuk nabi Adam, Dzuhur untuk nabi Ishaq, Ashar untuk nabi Uzair, Maghrib untuk nabi Dawud dan Isyak untuk Rasulullah SAW.


Rasulullah bersabda:


أعتموا بهذه الصلاة فإنكم فضلتم بها على سائر الأمم ولم تصلها أمة قبلكم


"Bermalamlah dengan shalat ini (isyak) kerana kalian diberi keutamaan dengan shalat ini, diatas umat-umat lain. Umat sebelum kalian tidak melakukan shalat isyak


5. Penangguhan Siksaan di Dunia

Umat Nabi Muhammad SAW tidak akan disiksa oleh Allah hingga tiba hari akhirat kelak. Nabi Muhammad SAW telah memohon kepada Allah supaya memberikan peluang kepada umatnya agar boleh bertaubat kepada Allah terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan.


Meski demikian, manusia adalah ciptaan Allah yang mempunyai potensi berbuat baik atau jahat, taat atau durhaka. Setiap orang pernah berbuat dosa, kecuali yang dijaga Allah darinya.


“Dan kalau sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang mereka lakukan, niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi ini satu makhluk melata pun, akan tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang telah ditentukan. Maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.” (QS. Faathir: 45)


Sunday, August 12, 2018

41 Kelebihan Rasulullah SAW

Dalam sebuah buku karangan Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-Sulami beliau telah menyenaraikan  41 Kelebihan Rasulullah SAW


1.      Nabi s.a.w merupakan pemimpin bagi semua nabi.




2.     Ditangan Nabi s.a.w akan ada bendera kepujian di hari kiamat.


3.     Nabi Adam a.s  akan berdiri dibawah bendera Nabi s.a.w.


4.     Allah s.w.t telah mengampunkan dosa Nabi s.a.w yang terdahulu atau yang terkemudian. Disebabkan itu Nabi s.a.w adalah seorang yang ‘maksum’ (bebas dari dosa). Hanya Nabi s.a.w sahaja yang dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Allah s.w.t. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada para nabi lain.


5.     Nabi s.a.w adalah orang pertama yang mendapat keizinan syafaat dan orang pertama yang akan memberi syafaat di hari kiamat.


6.     Nabi s.a.w sentiasa melebihi masalah umat melebihi diri baginda sendiri.


-          Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah s.w.t serta merta.


Doa ini hanya diberi sahaja sekali kepada setiap nabi. Sepertimana nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah s.w.t selepas berdakwah selama 950 tahun- agar kaumnya dibinasakan. Namun, Nabi s.a.w telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat bagi menyelesaikan masalah umatnya.


7.     Hebatnya Rasulullah s.a.w sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan hayat Nabi s.a.w.


                        لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ


Maksudnya: (Allah berfirman): "Demi umurmu** (Muhammad), Sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)". (al-Hijr, ayat:72)


**Keterangan:  Orang Arab biasa bersumpah dengan umur seseorang. disini Allah bersumpah dengan umur atau kehidupan nabi Muhammad s.a.w. untuk memuliakan beliau.


8.      Allah s.w.t memuliakan Nabi s.a.w dalam panggilan-Nya. Jika kita perhatikan, Allah s.w.t tidak memanggil gelaran Muhammad di dalam Quran, tetapi memanggilnya dengan panggilan jawatan..”ya ayyuha nabi/rasul”..Tetapi para nabi lain dipanggil dengan nama mereka seperti Adam, Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan sebagainya.


9.      Mukjizat nabi lain sudah tiada. Tetapi mukjizat Quran terus dapat dilihat dan akan kekal sehingga hari kiamat.


*Perbandingan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mukjizat para nabi yang lain. Bahkan mukjizat para nabi lain juga begitu hebat dan besar. Tetapi tujuannya untuk kita sebagai umat Muhammad berbangga dengan nabi kita dan kelebihan ini juga sebenarnya satu pengiktirafan dan penghormatan buat Nabi s.a.w.


10.  Nabi s.a.w menerima salam dari batu semasa baginda di Mekah. Begitu juga pelapah tamar yang menangis ketika berpisah dengan Nabi s.a.w.


11. Nabi s.a.w mengeluarkan air dengan hanya menerusi jarinya untuk kaum muslimin berwuduk. Berbanding nabi Musa a.s yang mengeluarkan air dari celahan batu dengan mengunakan tongkatnya.


12.  Nabi Isa a.s telah menyembuhkan mata orang buta. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w telah memasukkan mata orang yang terkeluar dan menjadikannya celik kembali seperti asal. Peristiwa ini berlaku kepada sahabat, Qatadah apabila matanya terkeluar ketika perang Uhud.


13.  Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati. Tetapi Nabi s.a.w telah menghidupkan jiwa yang mati yakni dakwah Islam baginda menjadikan orang yang kufur berubah menjadi orang yang beriman. Ianya kekal sehingga hari kiamat.


14.  Setengah penduduk syurga terdiri daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.


15.  Nabi dan rasul yang lain diutuskan kepada kaum yg khusus. Tetapi Nabi s.a.w diutuskan kepada seluruh manusia dan jin. Rahmatan lil a’lamin.


16.  Nabi Musa a.s berkata-kata dengan Allah s.w.t di bumi (bukit thursina dan di lembah yg suci), tetapi Nabi s.a.w berkata-kata dengan Allah s.w.t di sidratul muntaha (langit ketujuh).


17.  Umat Muhammad s.a.w merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang akan di hisap di akhirat dan pertama masuk syurga.


18.  Nabi s.a.w merupakan orang pertama yang terbelah kuburnya di hari akhirat, orang pertama pemberi syafaat kepada umatnya dan orang pertama yang menerima pertolongan dari Allah s.w.t.


19.  Nabi Muhammad s.a.w diberi kuasa syafaat, yakni satu kuasa yang diingini oleh para nabi yang lain untuk memilikinya.


20. Kuasa syafaat adalah satu kedudukan tinggi di syurga, hanya seorang hamba Allah sahaja yang mampu memperolehnya. Dan Nabi s.a.w amat mengharapkannya agar baginda mampu memberikan syafaat ini kepada umatnya nanti.


21. 70,000 umat Muhammad s.a.w akan masuk syurga tanpa hisap dan azab. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada kaum nabi lain.


22. Nabi s.a.w mempunyai kolam al-Kautsar di syurga dan kolam Haudh di luar syurga untuk kita (umat Muhammad) minum daripadanya.


23.  Umat Muhammad merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang diselesaikan masalahnya dan memperoleh ketinggian darjatnya di hari akhirat kelak.


24.   Halal bagi umat Muhammad s.a.w untuk mengambil harta ghanimah di dalam perang. Tetapi umat terdahulu tidak diizin untuk mengambilnya.


-          5 perkara yang diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w, tetapi tidak diberikan kepada nabi lain :


i)     Lurus saf solat umat Muhammad s.a.w seperti lurus saf mailakat.


ii)   Allah s.w.t menjadikan bumi sebagai masjid. Boleh solat di mana sahaja melainkan ditempat yang haram seperti tandas.


iii) Tanah bumi bersih untuk bertayammum.


iv) Nabi s.a.w diberi bantuan oleh Allah s.w.t dengan perasaan gerun di dalam hati musuh-musuhnya.


v)   Nabi Muhammad s.a.w mampu memberikan syafaat buat umatnya.


25.  Allah s.w.t telah memuji peribadi dan akhlak Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t :


وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ


Maksudnya:  “Dan Sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung. (al-Qalam, ayat:4)


26.  Allah s.w.t telah berkata-kata dengan Nabi s.a.w melalui pelbagai cara menerusi wahyu. Antaranya, ru’yah (mimpi), secara langsung (ketika israk & mi’raj), menerusi malaikat Jibril (berupa manusia dan suara loceng), Jibril meniup wahyu ke dalam hati Nabi s.a.w.


27.  Kandungan al-Quran terdiri daripada isi kandungan TAURAT, injil dan zabur. Tetapi keistimewaan al-Quran melebihi kitab yang lain adalah mempunyai surah yang pendek.


28.  Amalan yang diberikan kepada umat Nabi s.a.w adalah sedikit berbanding umat yang terdahulu, tetapi ganjarannya  besar di sisi Allah s.w.t.


29. Allah s.w.t memberi tawaran jawatan dan kekayaan kepada Nabi s.a.w, iaitu sebagai seorang nabi yang berkuasa dan kaya. Namun Nabi s.a.w memilih untuk menjadi hamba yang bersyukur.


30.  Allah s.w.t menjadikan Nabi s.a.w sebagai rahmat seluruh alam.


31.   Segala tingkah laku dan tindak tanduk Nabi s.a.w menunjukkan indahnya sifat Nabi s.a.w.


32.  Nabi s.a.w seorang yang berlemah lembut di dalam perkara yg halal, tetapi tegas dalam perkara yang haram.


33.  Nabi s.a.w berlemah lembut dengan orang mukmin, tetapi bertegas dengan orang kafir.


34.  Nabi s.a.w sentiasa berkeinginan tinggi untuk melihat umatnya menerima dakwah Islam. Oleh itu, Nabi s.a.w selalu mengutamakan umatnya di dalam semua hal.


35.  Nabi s.a.w telah berjaya menyampaikan semua amanah dan menyempurnakan Islam kepada umatnya.


36.  Allah s.w.t menjadikan umat Islam sebagai saksi kepada nabi-nabi terdahulu bahawa mereka telah menjalankan tugas dakwah mereka.


37.  Allah s.w.t memberi jaminan untuk memelihara umat Muhammad s.a.w dari kesemuanya sesat. Pasti akan ada kumpulan yang bangun untuk membela Islam ketika wujudnya kumpulan-kumpulan yang menentang dan sesat.


38.  Allah s.w.t telah berjanji untuk memelihara al-Quran dari diselewengkan.


39.  Allah s.w.t tidak akan memberitahu sama ada amalan seseorang umat Muhammad s.a.w itu diterima atau tidak. Hal ini lebih baik untuk menutup keaiban orang yang tidak diterima amalannya. Kita hanya perlu berdoa agar amalan kita diterima Allah s.w.t. Berbanding umat terdahulu, Allah s.w.t akan ‘menjawab’ terus amalan mereka sekiranya diterima atau tidak.


40.   Allah s.w.t mengutuskan Nabi s.a.w dengan “jawami’ul kalim” iaitu kata-kata yang sedikit, tetapi maksud yang cukup banyak dan mendalam. Hal ini boleh dilihat di dalam kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w yang mana doanya ringkas, tetapi maksudnya besar.


41.   Kelebihan yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w melebihi kelebihan semua para nabi dan malaikat.



Saturday, August 11, 2018

Mission Impossible v8.0 (Misi Mustahil)

Allah SWT telah menjadikan alam dunia ini untuk menguji manusia sama ada patuh atau derhaka kepada setiap suruhan atau tegahan Allah SWT dan menjadikan alam akhirat sebagai balasan setiap kepatuhan dan ketidakpatuhan tersebut.


Jadi manusia diberi peluang untuk membuktikan kepatuhan tersebut ketika hidup di dunia. Ringkasnya, segala tingkahlaku dan tutur bicaranya di dunia akan dibalas di akhirat. Dunia adalah untuk beramal sama ada amalan baik atau jahat, sementara akhirat hanya untuk menerima balasan dari amal ketika di dunia. Begitu juga di alam kubur ketika kita menunggu untuk sampai ke alam akhirat. Di alam kubur dan akhirat tidak ada peluang kita untuk menambah, mengkhada'  atau mengulangi segala amalan kita di dunia dulu. Tiada solat, puasa, sedekah, zikir, haji, memebaca al-Quran dsbnya. Kalau nak buat, buatlah semasa di dunia ini sebanyak mungkin.


Di alam kubur, jika kita seorang mukmin dan banyak amalan soleh, kita akan berehat di taman syurga sementara jika amalan kita banyaknya amalan jahat kita akan disiksa. Sementara di akhirat kelak, orang mukmin akan berehat dan menerima nikmat di syurga dan orang banyak dosa akan msauk neraka disiksa dan diazab..


Misi mustahil yang dimaksudkan di sini adalah keluhaan dan permintaan golongan yang derhaka kepada Allah SWT dan golongan orang kafir ketika mereka menghadapi malaikat maut di saat kematian. Begitu juga ketika mereka berada di alam barzakh serta berada di alam akhirat.


MUSTAHIL Allah SWT menjawab atau menunaikan permintaan mereka.


Misi mustahil golongan kuffar dan fujjar ini berlaku ketika suasana berikut ;



1. Ketika saat kematian.

Ketika di saat kematian... tatkala mereka melihat malailat maut... mereka akan berkata kepada malaikat maut.. TANGGUHlah kematian kami, nescaya kami akan bersedekah dan menjadi orang yang soleh. Ini dinyatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.


وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10) Surah al-munafiqun 10


Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit lagi, maka aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang salih.


Apakah si mati akan bersedekah atau berubah menjadi orang baik sekiranya Allah  SWT memberi peluang kepadanya dengan menangguhkan kematiannya. Kita ambil contoh mudah, apabila seseorang terlantar sakit maka orang tersebut akan berdoa Ya Allah sembuhkan penyakitku, sekiranya aku sembuh, aku akan bersedekah dan menjadi orang soleh, akan mendirikan solat dan puasa yang aku selalu tinggalkan, aku akan solat . berjemaah dan sebagainya…Tapi apabila dah sembuh, dia akan tetap denan perangai lamanya.. tidak solat, tidak solat berjemaah, tidak puasa dan tidak pula bersedekah.


Sedekahlah kamu sebelum kamu mati selagi kamu masih mampu melaksanakannya. Janganlah berharap dengan ahli waris untuk melakukannya selepas kita mati nanti seperti memesan kepada anak kita.. bila emak/ayah mati nanti banyaklah sedekah atau adakan jamuan kepada orang ramai dan niatkan sedekah daripada emak/ayah. Ingatlah .. Anak kita ada tanggungjawab masing-masing… cuba kita fikir kembali.. sebagai anak.. berepa kali kita telah sedekah/menjamu orang atas nama ayah/emak kita selama ini.. atau kita berdoa untuk emak/ayah kita yang sudah mati..yang juga mengharapkan kita untuk berbuat demikian untuk mereka sebagaimana kita mengharapkan perkara yang sama kepada anak kita pula…  


2. Selepas Kematian


حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100) surah al-mukminun


Apabila mereka mati, mereka berkata : "Ya tuhanku kembalilah aku ke dunia, supaya aku dapat mengerjakan amal saleh yang telah aku tinggalkan (yang aku tidak buat semasa aku hidup di dunia dulu).  Tidak! Masakan dapat ? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di belakang mereka ada alam barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula.


MUSTAHIL ALLAH kembalikan semula ke dunia. Mereka ini akan menyesal kerana tidak melakukan amal salih ketika didunia dulu... tapi TIADA PELUANG untuk melakukan amal salih di alam kubur.


Contoh yang Rasulullah SAW gambarkan dalam peristiwa di bawah ....


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ المَدِينَةِ، أَوْ مَكَّةَ، فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ» ثُمَّ قَالَ: «بَلَى، كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، وَكَانَ الآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ». ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ، فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ، فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً، فَقِيلَ لَهُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: «لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا» أَوْ: «إِلَى أَنْ يَيْبَسَا


Dari Ibnu Abbas RA ia berkata : “Rasulullah saw melalui dekat dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sedang diseksa, dan keduanya diseksa bukan kerana perkara besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba (menyebar fitnah)”. Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, baginda lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan tersebut. Para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” baginda menjawab “Semoga seksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah”.


[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wudhu’, Bab membersihkan kencing, no 216; juga diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, dan Ahmad]
 Peristiwa ini menceritakan salah seorang daripada ahli kubur yang disiksa kerana tidak beristinjak selepas kencing. Dia disiksa sejak dari masuk kubur dan kekal di siksa hingga hari kiamat dan seterusnya selepas dimasukkan ke neraka selama-lamanya. Dia tidak berpeluang untuk kembali ke dunia untuk beristinjak dan tidak berpeluang untuk bertaubat kerana beristinjak dan bertaubat hanya berlaku di dunia.. tiada istilah tuabat dan istinjak di dalam kubur.. maka dia akan disiksa kerana perbuatannya tadi..

 

Kesimpulannya..

Oleh itu beristinjaklah dengan sempurna kertika di dunia dan bertaubatlah selagi ada peluang ketika di dunia.

 

Begitulah semua amalan salih yang lain yang menjadi kewajipan kepada kita semua.. Buatlah sekarng ketika kita masih hidup di dunia,, sementara kita masih sihat dan ada kesempatan..

 



Turut diingatkan ialah semua kesalahan atau dosa kita kepada Allah mintalah keampunan Allah. Semua dosa kepada manusia mintalah maaf sesama manusia.. seperti kita mengumpat, memfitnah termakan dsb..kerana di kubur dan akhirat nanti TIADA PELUANG UNTUK MINTA MAAF...



  1. Ketika di depan Neraka


 وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ (12) AsSajadah


Sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka sambil berkata: Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami sekarang telah yakin dan beriman. 


Ayat di atas menjelaskan keadaan manusia ketika berada di hadapan neraka


Manusia yang banyak dosa akan dimasukkan ke dalam neraka Allah. Ketika berada di depan pintu neraka, mereka baru insaf dan teramat takut keadaan neraka yang amat dahsyat dan barulah mereka menyesal setelah melihat dengan mata kepala sendiri tentang neraka kerana semasa di dunia dulu, mereka tidak mempedulikan neraka walaupun puas diterangkan oleh para rasul dan ulama, malah mereka mengejek pula para rasul dan ulama dengan gelaran yang menghina    seperti dituduh golongan tersebut seperti  mengkuda agama, jumud, kembali ke era kuno dsb supaya nama baik dan reputasi  golongan tersebut menjadi hina, jijik dan amat dibenci  di kalangan masayarakat.


Ada juga golongan semasa di dunia dulu amat benci apabila dikatakan kalau buat begitu dan begini  pasti akan masuk neraka. Meerka akan terus menyerkah kembali denagn mengatakan apa sibuk dengan saya masuk neraka ke syurga ke…. Suka hati sayalah.. awak tu belum pasti lagi ke syurga… ada yang menjawab dengan sinis… awak ni tuhankah ? tahu pula siapa yang masuk syurga neraka..dan bermacam macam lagi komentar di alam maya yang semuanya ke arah mempertikaikan atau memperkecilkan tentang syurga neraka ini..  


Sekarang baru menyesal.. lalu mereka semuanya menangis dan memujuk supaya Allah kembalikan semula ke dunia.. MUSTAHIL ALLAH KEMBALIKAN SEMULA KE DUNIA kerana duania kerana dunia sudah tidak wujud lagi selepas hancur binasa semasa hari kiamat.


Bayangkan kalua kita berada di hadapan sebuah bangunan yang sedang marak terbakar sementara kita pula adalah salah seorang yang memang giliran yang akan dibakar dalam bangunan tersebut.. sudah tentulah kita akan amat takut dan menangis sekuat hati tidak mahu dicampak ke bangunan tersebut.. Tentu kita tidak lupa kisah Ashabul Ukhdud atau sekurang-kurangnya kisah nabi Ibrahim yang dibakar oelh Namrud dulu.. Atau kita lantas teringat kisah perang Balkan kisah masyarakat Bosnia dan kisah terkini tentang masyarakat Rohinya di Burma..


Ayat di bawah pula menjelaskan hal keadaan manusia ketika berada di hadapan neraka.


إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِيَ تَفُورُ (7) تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ كُلَّمَا أُلْقِيَ فِيهَا فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ (8) قَالُوا بَلَى قَدْ جَاءَنَا نَذِيرٌ فَكَذَّبْنَا وَقُلْنَا مَا نَزَّلَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ كَبِيرٍ (9)


Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya) Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! 


Ketika hendak dicampakkan ke dalam neraka atau dalam bahasa mudahnya di zaman sekarang, ketika di kaunter pendaftaran dan check-in di pintu masuk utama, mereka disapa oleh petugas (malaikat) yang bertanya kepada mereka… tiadakah para nabi , rasul atau para ulama’ yang datang kepada kamu memberi peringtan tentang azab neraka ni ?


Maka inilah jawapan mereka.. Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya) Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! 


Mereka (para rasul, nabi dan ulama)   yang datang tu kami dustakan… kami kata dia penipu, pemecahbelah masyrakat, membuang adat dan kepercayaan nenek moyang yang sudah berkurun kita amalkan.. Ini semua bukan daripada Allah, melainkan dari seorang yang gila dan ahli sihir atau pemecah masyrakat.. lagi sesat dan menyesatkan…..


Jadi..


Untuk mengubah MISI MUSTAHIL kepada MISI BERJAYA hendaklah bertindak seperti apa yang disarankan oleh Allah SWT dalam surah al-Mulk..


وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ (10)


Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memikirkan (memahami), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka


Allah SWT menjelaskan bagaimana keadaan orang jahat (ahli neraka) ketika hendak di masukkan ke dalam neraka, mereka dengan nada menyesal berkata .. alangkah menyesalnya kami di dunia dulu, kalua kami  mendengar dan memikirkan apa yang dibawa  dan disampaikan oleh para nabi serta mengamalkannya nescaya kami tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.


Itulah punca masalahnya…. TIDAK MAHU MENGENGAR DAN MEMIKIRKAN …… apa yang dibawa oleh  para rasul dan nabi. Malah diejek, diperolok  dan diperangi sampai ada para nabi dan rasul dihalau dan dibunuh.


Jadi.. Kita sekarang hendaklah MENDENGAR DAN MEMIKIRKAN apa yang telah disampaikan oleh para nabi dan rasul… kemudian amalkannya.. NESCAYA kita selamat daripada neraka.


 

Wednesday, November 1, 2017

Keutamaan Saf Pertama

shaf


Apabila kita masuk ke masjid, ramai di kalangan kita yang rugi kerana kita tidak berdoa ketika masuk ke masjid, kemudian kita duduk di saf belakang, kemudian kita duduk tanpa solat tahiyyatul masjid dan duduk tanpa berniat iktikaf masjid.


Maka bersegeralah menuju masjid, dan carilah saf pertama. kerana ;


1, Pahanya amat besar.


Sungguh, dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda,


لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا


“Seandainya manusia mengetahui apa yang ada (yaitu keutamaan) di dalam seruan (adzan) dan shaf pertama, lalu mereka tidak boleh mendapatkan shaf tersebut kecuali dengan undian, sungguh mereka akan melakukan undian untuk mendapatkannya.” (HR. Bukhari 580)


2. Allah dan Para Malaikat Bershalawat Kepada Orang-Orang Di Shaf Awal


Dan tidakkah Anda ingin shalat bersama dengan para malaikat. Diriwayatkan dari Al Barra’ bin ‘Adzib bahwa Nabi SAW bersabda,


“إن الله وملائكته يصلون على الصف المقدم، والمؤذن يغفر له مدى صوته ويصدقه من سمعه من رطب ويابس وله مثل أجر من صلى معه”


“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang di shaf awal, dan muadzin itu akan diampuni dosanya sepanjang radius suaranya, dan dia akan dibenarkan oleh segala sesuatu yang mendengarkannya, baik benda basah maupun benda kering, dan dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang-orang yang shalat bersamanya” (HR. Ahmad dan An Nasa’i )


Dalam hadits lain dari Nu’man bin Basyir RA beliau berkata, “Aku mendengar Rasululullah SAW bersabda,


إن الله وملائكته يصلون على الصف الأول أو الصفوف الأول


“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang di shaf pertama, atau di beberapa shaf yang awal” (HR. Ahmad).


3. Saf para malaikat


عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَال أَلاَ تَصُفُّونَ كَمَا تَصُفُّ الْمَلاَئِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا. فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تَصُفُّ الْمَلاَئِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا قَالَ يُتِمُّونَ الصُّفُوفَ الأُوَلَ وَيَتَرَاصُّونَ فِى الصَّفِّ


 Jabir bin Samurah RA berkata, “Rasulullah SAW keluar kepada kami dan bersabda, ‘Tidakkah kalian ingin bershaf seperti shaf Malaikat di hadapan Tuhannya?’ Kami (para sahabat) bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana Malaikat bershaf di hadapan Tuhannya?” Rasulullah SAW bersabda, ‘Mereka menyempurnakan shaf-shaf awal dan merapatkan shaf.” (HR. Muslim)

4. Shaf terbaik bagi laki-laki


خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا


Shaf kaum lelaki yang paling baik adalah shaf pertama dan shaf yang paling jelek adalah shaf terakhir. Sedangkan shaf kaum wanita yang paling baik adalah shaf terakhir dan yang paling jelek adalah shaf pertama.” (HR. Muslim)

5. Terhindar dari kemunduran



تَقَدَّمُوا فَائْتَمُّوا بِى وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لاَ يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ


Rasulullah SAW melihat para sahabat mundur ke belakang. Maka beliau pun bersabda, “Majulah dan ikutilah aku. Shaf yang di belakangnya mengikuti shaf depannya. Kaum yang selalu mundur (dalam bershaf), Allah akan memundurkan mereka.” (HR. Muslim)


 

Wednesday, October 11, 2017

Sahabat Rasul Sya’ban RA yang Menyesal Saat Sakaratul Maut

 sahabat

Syaaban ialah seorang sahabat nabi SAW yang sentiasa solat berjemaah di Masjid Nabawi walaupun rumahnya jauh jaraknya dari masjid. Dia biasanya akan duduk iktikaf di sudut yang agak jauh dari para sahabat yang lain, sehingga para sahabat tahu itulah tempat duduk Syaaban ketika beliau berada di masjid.



Pada sautu Subuh, Rasulullah SAW berasa hairan kerana Syaaban tiada ditempat biasanya.


Rasul pun bertanya lagi “Apa ada yang mengetahui dimana rumah Sya’ban?” Seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahwa dia tahu diana rumah Sya’ban.


Akhirnya, Rasulullah dan para sahabat sampai di rumah Sya’ban tapi sayangnya Syaban telah meninggal dunia.


 “Apa  kalimat yang diucapkannya?” tanya Rasulullah.


Jawab isteri Syaaban ; kami pening dan tak faham apa perkataaan yang disebutnya. “Dia bekata  kenapa tidak lebih jauh, kenapa tidak yang baru,  kenapa tidak semua,


Rasulullah SAW pun membaca ayat 22 surah Qaaf.


لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ


“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami bukakan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam”


“Saat Sya’ban ra dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya diulang tayangkan  oleh Allah SWT. Bukan hanya itu, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah. Apa yang dilihat oleh Sya’ban ra (dan orang yang sakaratul maut) tidak akan disaksikan yang lain. Dalam padangannya yang tajam itu Sya’ban ra melihat suatu adegan dimana aktiviti hariannya dia pergi pulang ke masjid untuk shalat berjemaah lima waktu.  Dalam tayangan itu pula Sya’ban ra diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari langkah-langkahnya ke masjid,” ujar Rasulullah.


Dia melihat seperti apa bentuk surga yang dijanjikan sebagai ganjarannya. Saat dia melihat dia berucap “sayangnya, mengapa tidak lebih jauh” timbul penyesalan dalam diri Sya’ban ra, mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya pahala yang didapatkan lebih indah. Dalam penggalan kalimat berikutnya Sya’ban ra melihat saat ia akan berangkat sholat berjamaah di musim dingin.


Saat ia membuka pintu, berhembuslah angin dingin yang menusuk tulang. Dia masuk ke dalam rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya. Dia memakai dua baju, Sya’ban memakai pakaian yang bagus (baru) di dalam dan yang biasa digunakan mungkin sudah kotor terkena debu dsb (lama) di luar.


Dia berpikir jika kena debu tentu yang kena hanyalah baju yang luar dan sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan shalat dengan baju yang lebih bagus. Ketika dalam perjalanan menuju masjid dia menemukan seseorang yang terbaring yang kedinginan dalam kondisi mengenaskan. Sya’ban pun hiba dan segera membukakan baju yang paling luar lalu dipakaikan kepada orang tersebut kemudian dia memapahnya ke masjid agar dapat melakukan shalat Subuh bersama-sama.


Orang itupun selamat dari mati kedinginan dan bahkan sempat melakukan shalat berjamaah. Sya’ban ra pun kemudian melihat indahnya surga yang sebagai balasan memakaikan bajunya yang di bahagian luar (ysng lama)kepada orang tersebut. Kemudian dia berteriak lagi “Aduh!! Kenapa tidak yang baru” timbul lagi penyesalan dibenak Sya’ban ra. Jika dengan baju butut saja bisa mengantarkannya mendapat pahala besar, sudah tentu dia akan mendapatkan yang lebih besar jika dia memberikan pakaian yang baru.


Berikutnya, Sya’ban ra melihat lagi suatu adegan. Ketika dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke dalam segelas susu. . ketika baru saja ingin memulai sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yang meminta sedikit roti karena sudah tiga hari perutnya tidak diisi makanan. Melihat hal itu, Sya’ban ra merasa hiba. Ia kemudian membagi dua roti tersebut dengan ukuran sama besar dan membagi dua susu ke dalam gelas dengan ukuran yang sama rata, kemudan mereka makan bersama-sama. Allah SWT kemudain memperlihatkan Sya’ban ra dengan surga yang indah.


Ketika melihat itupun Sya’ban ra teriak lagi “ Aduh kenapa tidak semua!!” Sya’ban ra kembali menyesal. Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis  tersebut, pasti dia akan mendapat syurga yang lebih indah. Masya Allah, Sya’ban bukan menyesali perbuatanya melainkan menyesali mengapa tidak yang yang terbaik.


Seseungguhnya pada suatu saat nanti, kita semua akan mati, akan menyesal dan tentu dengan kadar yang berbeda. Bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya, karena pada saat itu barulah terlihat dengan jelas dari semua perbuatannya di dunia. Mereka meminta untuk ditunda sesaat karena ingin bersedekah. Namun kematian akan datang pada waktunya, tidak dapat didahulukan dan tidak dapat diakhirkan.




Sunday, August 20, 2017

Allah SWT menerima amalan terbaik seorang hamba

 pengemis


وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (105)


Buatlah apa saja yang kamu mahu, nescaya Allah SWT, rasulnya dan orang yang beriman   akan melihat semua perbuatan kamu ketika di dunia dulu, kedi akhirat  nanti dimudian akan  dibentangkan segala perbuatan kamu dan para nabi dan orang yang beriman sebagai saksi. 


Berdasarkan ayat al-Quran di atas, Allah, para rasul dan orang yang beriman akan melihat segala perbuatan yang kita lakukan ketika kita di dunia dulu ketika kita sedang dihisab di akhirat nanti.


Jadi, kita kena sedar bahawa kita akan dinilai oleh Allah SWT, para rasul dan orang-orang yang beriman. Apakah tahap perbuatan kita ketika didunia adalah baik, terbaik atau jahat dan sebagainya. Pendek kata 3 golongan inilah yang akan menilai dan memberi markah kepada perbuatan kita.


Samalah seperti kita  membuat persembahan, pasti ada hakim yang akan menilai kita, siapa yang menjadi terbaik, siapa pemenang dan siapa pula yang akan kalah. Walaupun ramai para penonton menyebelahi kita, tapi keputusan hakim juga yang diambilkira. jadi kita sepatutnya berusaha untuk menyakin dan memberi persembahan yang boleh memuaskan hati para hakim, barulah kita dapat mendapat kemenangan.


Begitulah juga ibarat perbuatan dan amalan kita ketika di dunia, walaupun kita dipuji oleh seluruh manusia sebagai yang terbaik dan tiada tandingan. Tapi belum pasti, apakah nilai amalan kita di sisi Allah SWT sama seperti yang telah kita raih ketika di dunia kerana neraca penialian Allah SWT tidak sama dengan neraca penilaian makhluk di dunia, Oleh itu, kita hendaklah berusaha agar segala perbuatan dan amalan kita di dunia ini tinggi nilainya pada neraca penilaian Allah SWT. Ada sessetengah amalan atau perbauatan kita tinggi nilainya di sisi manusia, tetapi tiada nailai klangsung di sisi Allah dan begitulah sebaliknya ada amalan yang tinggi nilainya di sisi Allah, tetapi rendah nilainya di sisi manusia. Jadi, pilihlah amalan yang tinggi nilainya di Allah, walaupun rendah nilainya di sisi manusia, nescaya barulah kita selamat di dunia dan akhirat.


Dalam surah al-Mulk Allah telah menjelaskan apakah amalan yang Allah SWT terima dari hambanya dan mendapat nailai atau markah yang paling tinggi.


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 


 ayat 2 Surah al-Mulk di atas, Allah menegaskan bahawa Dia menciptakan mati dan hidup untuk menentukan siapakah yang paling baik atau terbaik amalannya.  Allah gunakan perkataan أَحْسَنُ عَمَلًا yang bermaksud terbaik atau paling baik, bukannya perkataan أكثر عَمَلًا yang bermaksud paling banyak atau terbanyak. Sebagai contoh, kita lihat apabila seseorang pelajar yang ingin berjaya dalam sesuatu peperiksaan, sudah tentulah pelajar yang berjaya ialah yang paling banyak membaca buku bukannya yang paling banyak bilangan buku.


Ini menunjukkan bahawa Allah SWT mementingkan kualiti sesuatu perbuatan atau amalan, bukannya kuantiti amalan tersebut. Ini juga bermaksud walaupun amlan kita sedikit tetapi bermutu dan tetap konsisten, maka ia lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi kurang kualitinya seperti dibuat ala kadar atau sekadar melepaskn batuk di tangga.


إِنَّ اللهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ


Sesungguhnya Allah SWT tidak hanya melihat kepada rupa dan harta kamu, tapi Allah juga meihat kepada hati dan perbuatan kamu.


Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa walaupun kita membuat sesutu perkara yang baik seperti bersedekah dengan penampilan yang sangat segak dan bergaya tapi ingatlah bahawa Allah bukan hanya lihat harta yang kamu sedekahkan dan penampilan kamu, tetapi Allah menilai juga dari segi hati dan perbuatan itu adakah benar ikhlas atu sekadar menununjuk-nunjuk. Jika dilakukan dengan tujuan yang tidak ikhlas spt menunjuk-nunjuk, Allah tidak melihatpun (tiada nilai pahalapun) sebaliknya kalau ikhlas semata-mata kerana Allah walaupun sedekah seorang fakir miskin yang comot dan tak terurus penampilannya akan dilihat Allah SWT.


Kesimpulannya, marilah kita melakukan sesuatu amalan yang baik dengan penuh keikhlasan kepada allah SWT walaupun sedikit tetapi yang terbaik dan konsisten. Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah SWT.  

Wednesday, May 31, 2017

Puasa : Pastikan ada pahala dan diterima Allah

Biarlah Puasa kita ada pahala dan diterima

Di bulan Ramadhan ini setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan puasa dengan menahan lapar dan dahaga mulai dari fajar hingga terbenamnya matahari. Namun ada di antara kaum muslimin yang melakukan puasa, dia tidaklah mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga saja atau tidak mendapat pahala puasa.


رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ


Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thobroniy


Di antara sebabnya ialah ;

1. Berkata Dusta (az zuur)

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ


Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlu dari  lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari
As Suyuthi mengatakan bahwa az zuur adalah berkata dusta dan menfitnah (buhtan). Sedangkan mengamalkannya bererti melakukan perbuatan keji. (Syarh Sunan Ibnu Majah, 1/121, Maktabah Syamilah)

2. Berkata lagwu(sia-sia) dan rofats (kata-kata lucah)

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ


Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau tindakan bodoh padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”. (HR. Ibnu Majah dan Hakim.


Apa yang dimaksud dengan lagwu? Dalam Fathul Bari (3/346), Al Akhfasy mengatakan,


اللَّغْو الْكَلَام الَّذِي لَا أَصْل لَهُ مِنْ الْبَاطِل وَشَبَهه


Lagwu adalah perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak berfaedah.” 


Dalam Fathul Bari (5/157), Ibnu Hajar berkata :


وَيُطْلَق عَلَى التَّعْرِيض بِهِ وَعَلَى الْفُحْش فِي الْقَوْل


“Istilah Rofats digunakan dalam pengertian ‘kiasan untuk hubungan badan’ dan semua perkataan keji.”
Al Azhari mengatakan,


الرَّفَث اِسْم جَامِع لِكُلِّ مَا يُرِيدهُ الرَّجُل مِنْ الْمَرْأَة
“Istilah rofats adalah istilah untuk setiap hal yang diinginkan laki-laki pada wanita.” lain rofats adalah kata-kata porno atau lucah.


3. Melakukan Berbagai Macam Maksiat


Ingatlah bahwa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja, namun hendaknya seorang yang berpuasa juga menjauhi perbuatan yang haram.


Ibnu Rojab Al Hambali berkata: 
“Ketahuilah, amalan taqorub (mendekatkan diri) pada Allah Ta’ala dengan meninggalkan berbagai syahwat  tidak akan sempurna hingga seseorang mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang dilarang iaitu dusta, perbuatan zholim, permusuhan di antara manusia dalam masalah darah, harta dan kehormatan.” (Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)

Jabir bin ‘Abdillah pula berkata :“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan mulutmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti jiran. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Jangan kamu jadikan hari puasamu sama seperti hari kamu tidak berpuasa”   (Lihat Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)


Semoga puasa kita diterima Allah SWT.

Tuesday, May 30, 2017

Doa Pelik 2 sahabat

doaku


عَنْ  إِسْحَاقَ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ جَحْشٍ قَالَ يَوْمَ أُحُدٍ: " أَلَا نَأْتِي نَدْعُو اللهَ " فَخَلَوْا فِي نَاحِيَةٍ، فَدَعَا سَعْدٌ قَالَ: يَا رَبِّ، إِذَا لَقِينَا الْقَوْمَ غَدًا، فَلَقِّنِي رَجُلًا شَدِيدًا بَأْسُهُ شَدِيدًا حَرْدُهُ؛ فَأُقَاتِلَهُ فِيكَ وَيُقَاتِلُنِي، ثُمَّ ارْزُقْنِي عَلَيْهِ الظَّفَرَ حَتَّى أَقْتُلَهُ وَآخُذَ سَلَبَهُ، فَأَمَّنَ عَبْدُ اللهِ بْنُ جَحْشٍ ثُمَّ قَالَ: " اللهُمَّ ارْزُقْنِي غَدًا رَجُلًا شَدِيدًا حَرْدُهُ، شَدِيدًا بَأْسُهُ، أُقَاتِلُهُ فِيكَ وَيُقَاتِلُنِي، ثُمَّ يَأْخُذُنِي فَيَجْدَعُ أَنْفِي، فَإِذَا لَقِيتُكَ غَدًا قُلْتَ: يَا عَبْدَ اللهِ، فِيمَ جُدِعَ أَنْفُكَ وَأُذُنُكَ؟ فَأَقُولُ: فِيكَ وَفِي رَسُولِكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَتَقُولُ: صَدَقْتَ "، قَالَ سَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ: يَا بُنِيَّ، كَانَتْ دَعْوَةُ عَبْدِ اللهِ بْنِ جَحْشٍ خَيْرًا مِنْ دَعْوَتِي، لَقَدْ رَأَيْتُهُ آخِرَ النَّهَارِ وَإِنَّ أُذُنَهُ وَأَنْفَهُ لَمُعَلَّقَانِ فِي خَيْطٍ


 هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ مُسْلِمٍ وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ " [التعليق - من تلخيص الذهبي] 2409 - على شرط مسلم


Dalam perang Uhud, Abdullah bin Jahsy r.a. berkata kepada Saad bin Abi Waqash r.a., "Wahai Saad, marilah kita sama-sama berdoa, dan di antara kita mengaminkanya. Yaitu, apabila salah seorang di antara kita berdoa terhadap apa yang diingininya, maka yang lainnya mengamini apa yang didoakan oleh saudaranya. Inilah doa yang paling dikabulkan oleh Allah S.W.T." Maka, dua sahabat tersebut pergi ke sebuah sudut, kemudian mereka berdoa di sana. Yang berdoa terlebih dahulu adalah Saad r.a. Inilah doanya: "Ya Allah, jika besok kami bertempur, maka hadapkanlah kepadaku seorang musuh yang sangat berani yang memiliki kekuatan menyerang yang hebat, dan saya melawannya dengan serangan yang hebat pula. Kemudian berilah kepadaku kemenangan, dan bunuhlah musuh tadi melalui tanganku ini. Kemudian kembalikanlah kami dengan membawa serta harta rampasan." Maka, Abdullah r.a. mengamini doa tersebut.


Kemudian giliran Abdullah bin Jahsy r.a. untuk berdoa. Inilah doanya: "Ya Allah, jika esok kami bertempur, maka temukanlah kepadaku seorang yang sangat hebat, dan berilah taufik kepadaku untuk menghadapinya dengan keberanian. Kemudian, ya Allah, syahidkanlah aku dalam pertempuran itu. Kemudian potonglah hidung dan telingaku sehingga pada hari Kiamat nanti, ketika di hadapan Rasulullah S.A.W., Engkau akan bertanya kepadaku, 'Hai Abdullah, mengapa hidung dan telingamu terpotong?' Maka, aku akan menjawab, 'Ya Allah, hidung dan telingaku terlah terpotong untuk berjuang di jalan-Mu dan di jalan Rasul-Mu. Dan, Engkau akan mengatakan: 'Benar, benar, semuanya telah terpotong untuk berjuang di jalan-ku'." Saad r.a. pun mengamini doa tersebut.


Keesokan harinya, terjadilah pertempuran yang berlangsung dengan sengitnya. Doa kedua sahabat ini telah dikabulkan oleh Allah S.W.T. sebagaimana yang mereka doakan. Saad r.a. berkata, "Doa Abdullah bin Jahsy r.a. lebih baik daripada doaku. Petang itu, aku melihat  dia syahid dan telinga dan hidungnya telah dipotong-potong oleh musuh. Riwayat al-Baihaqi (Sunan al-Kubra)  dan al-Hakim (Mustadrak - sahih menurut syarat Muslim). 


Saturday, March 4, 2017

Alam Barzakh - peluang ke 2

kubur_peluang_ke_2


Sebagaimana yang kita tahu, sertiap manusia akan melalui 5 alam iaitu alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Para ulama' berpendapat bahawa perpindahan kita ke alam yang seterusnya akan semakin payah dan sukar. Kita lihat alam yang pertama iaitu alam ruh, ia merupakan alam yang paling mudah. Buktinya kita tak ingatpun apa yang kita buat ketika itu atau bahasa mudahnya sebenarnya tidak buat apapun hanya sekadar menjawab pertanyaan Allah


 وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ (172)


Kemudian kita berpindah ke alam rahim,  kita mulai bergerak, ada jasad, bermulanya ruh dan jasad berkumpul dalam jasad kita, kita dah boleh makan melalui saluran ibu, mulai mempunyai pancaindera, ada nafsu, boleh berinteraksi dengan pergerakan dan sentuhan oleh ibu kita khususnya. Sama seperti alam ruh, kita sebenarnya tidak membuat apa-apapun dan kita juga tidak ingat apa yang kita buatpun.


Setelah itu kita dilahirkan ke dunia, maka kita telah masuk ke alam dunia. Di alam ini kita mula diberi 'kerja' dan 'upah'. Kita mula diberi tanggungjawab atau taklif serta diberi kebebasan sama ada untuk taat atau derhaka, Allah SAW turut utuskan para nabi dan rasul  beserta kitab masing-masing sebagai pembimbing ke jalan taat dan taqwa . Maka, jadilah kita Mukallaf (BUKAN MUALLAF !!!). Kerja kita beribadah kepada Allah dan upahnya adalah pahala atau dosa bergantung kepada kerja taat atau derhaka. Ingatlah alam dunia ini adalah semakin sukar berbanding alam ruh dan alam rahim tadi.


Alam inilah yang akan menentukan kedudukan kita di alam seterusnya, sama ada bahagia atau sengsara.  Kemudian kita terus pergi ke alam barzakh, alam yang semakin sukar dari 3 alam terdahulu. Hanya 2 perkara dalam alam ini, bahagia atau siksaan. Kita hanya berehat shaja menerima upah dari segala kerja kita di alam dunia. Kita nialikan diri kita sendiri hanya kain kapan putih pembalut badan, hanya sekali mandi untuk menetap ratusan atau ribuan tahun di alam ini. M


 Akhirnya kita akan ke alam terakhir iaitu alam akhirat. Lebih sukar dari semua alam terdahulu. Kita akan dibangkitkan dari kubur masing-masing, dihimpun di padang Mahsyar, dihisab di neraca Allah, meniti titian Sirat dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Semua proses di atas dilakukan dengan teliti dan memakan masa yang bukan kepalang, mungkin ratusan, ribuan atau jutaan tahun.


Begitulah proses yang pasti dilalui oleh setiap manusia sebelum dibalas dengan syurga atau neraka.


Ringkasnya alam dunia adalah alam yang paling penting kepada manusia kerana alam ini adalah alam kerja atau menyelesaikan tugasan masing-masing . Kerja atau tugas utama adalah beribadah kepada Allah SWT.


JOM kita ke alam dunia, menerjah dan mengimbau tugasan kita semua. Apakah kita telah laksanakan tugas kita dengan jaya ? atau sekadar gitu-gitu je, mungkin juga tidak buat langsung. Tanyalah seikhlas hati kepada diri sendiri,,, camne dah buatkah ke tugas/kerja tu? Sungguh ? Belajarlah menJ A W A B dengan lantang dan jelas serta penuh kepastian kerana orang yang menjawab dengan berbisik di hati biasanya dia kurang pasti !.  


Mengapakah Allah SWT menjadikan alam barzakh? kenapa tidak jadikan terus alam akhirat. Selepas mati Allah terus timbang amalan manusia dan sirat serta terus ke syurga atau neraka.


Sebenarnya, antara tujuan Allah menjadikan alam barzakh ialah untuk memberi peluang ke 2 kepada semua manusia untuk meraih dan menambah pahala masing-masing.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ 


Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila matinya seorang manusia, terputuslah amal kebaikannya melainkan 3 perkara iaitu ; Sedeqah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. Hadis riwayat Muslim


Berdasarkan hadis  di atas tentang sedekah jariah yang memang diketahui ramai akan memberikan pahala kepada tuannya sehingga ke hari kiamat. Dengan kata lain, walaupun telah mati dan berada dalam alam kubur, tapi masih lagi pahala mengalir kepadanya. Inilah peluang yang dimaksudkan.


Jadi, marilah kita sama-sama berlumba-lumba melakukan sedekah jariah ini. 

Sunday, April 17, 2016

Gambaran rupa para Nabi

sambungan dari Kisah sahabat berjumpa Raja Rom....


Ketika pertemuan di antara  Hisyam ibnul As Al-Umawi  dan seorang sahabat  dengan Maharaja Rom (Herkulis), mereka telah dilayan dengan baik dan tinggal di situ selama 3 hari. Kemudian, pada satu malam, Raja Rom telah menunjukkan kepada mereka gambar para nabi.


 فأمر لنا بمنزل حسن ونزل كثير ، فأقمنا ثلاثا ، فأرسل إلينا ليلا ، فدخلنا عليه فاستعاد قولنا فأعدناه ، ثم دعا بشيء كهيئة الربعة العظيمة مذهبة فيها بيوت صغار عليها أبواب ، ففتح بيتا وقفلا ، واستخرج حريرة سوداء ، فنشرها ، فإذا فيها صورة حمراء ، وإذا فيها رجل ضخم العينين ، عظيم الأليتين ، لم أر مثل طول عنقه ، وإذا ليست له لحية ، وإذا له ضفيرتان ، أحسن ما خلق الله . قال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا آدم ، عليه السلام ، وإذا هو أكثر الناس شعرا . ثم فتح لنا بابا آخر ، فاستخرج منه حريرة سوداء ، وإذا فيها صورة بيضاء ، وإذا له شعر كشعر القطط ، أحمر العينين ، ضخم الهامة  ، حسن اللحية ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا نوح ، عليه السلام . ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج منه حريرة سوداء ، وإذا فيها رجل شديد البياض ، حسن العينين ، صلت الجبين ، طويل الخد ، أبيض اللحية ، كأنه يتبسم ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا ، قال : هذا إبراهيم ، عليه السلام . ثم فتح بابا آخر ، فإذا فيها صورة بيضاء ، وإذا والله رسول الله قال : أتعرفون هذا ؟ قلنا : نعم محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم . قال : وبكينا . قال : والله يعلم أنه قام قائما ثم جلس وقال : والله إنه لهو ؟ قلنا : نعم . إنه لهو ، كأنما ننظر إليه ، فأمسك ساعة ينظر إليها ، ثم قال : أما إنه كان آخر البيوت ولكني عجلته لكم لأنظر ما عندكم . ثم فتح بابا آخر فاستخرج منه حريرة سوداء ، فإذا فيها صورة أدماء سحماء ، وإذا رجل جعد  قطط  ، غائر العينين ، حديد  النظر ، عابس ، متراكب الأسنان ، مقلص الشفة ، كأنه غضبان ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا موسى ، عليه السلام ، وإلى جنبه صورة تشبهه ، إلا أنه مدهان الرأس ، عريض الجبين ، في عينه قبل ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا هارون بن عمران . ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج حريرة بيضاء ، فإذا فيها صورة رجل آدم، سبط، ربعة كأنه غضبان ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا : قال : هذا لوط عليه السلام ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج منه حريرة بيضاء ، فإذا فيها صورة رجل أبيض ، مشرب حمرة ، أقنى ، خفيف العارضين ، حسن الوجه ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا إسحاق ، عليه السلام . ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج منه حريرة بيضاء ، فإذا فيها صورة تشبه إسحاق إلا إنه على شفته السفلى خال ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا يعقوب ، عليه السلام . ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج منه حريرة سوداء ، فيها صورة رجل أبيض ، حسن الوجه ، أقنى الأنف ، حسن القامة ، يعلو وجهه نور ، يعرف في وجهه الخشوع ، يضرب إلى الحمرة ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا إسماعيل جد نبيكم . ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج حريرة بيضاء ، فيها صورة كأنها صورة آدم ، كأن وجهه الشمس ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا يوسف عليه السلام ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج حريرة بيضاء ، فيها صورة رجل أحمر ، حمش  الساقين ، أخفش العينين ، ضخم البطن ، ربعة ، متقلد سيفا ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا داود عليه السلام ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج حريرة بيضاء ، فيها صورة رجل ضخم الأليتين ، طويل الرجلين ، راكب فرس ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا سليمان بن داود عليه السلام ثم فتح بابا آخر ، فاستخرج منه حريرة سوداء ، فيها صورة بيضاء وإذا رجل شاب ، شديد سواد اللحية ، كثير الشعر ، حسن العينين ، حسن الوجه ، فقال : هل تعرفون هذا ؟ قلنا : لا . قال : هذا عيسى ابن مريم ، عليه السلام . قلنا : من أين لكم هذه الصور ، لأنا نعلم أنها على ما صورت عليه الأنبياء عليهم السلام ، لأنا رأينا صورة نبينا عليه السلام مثله ؟ فقال : إن آدم ، عليه السلام ، سأل ربه أن يريه الأنبياء من ولده ، فأنزل عليه صورهم ، وكان في خزانة آدم ، عليه السلام عند مغرب الشمس ، فاستخرجها ذو القرنين من مغرب الشمس ، فدفعها إلى دانيال . ثم قال : أما والله إن نفسي طابت بالخروج من ملكي ، وإن كنت عبدا لا يترك ملكه حتى أموت . ثم أجازنا فأحسن جائزتنا ، وسرحنا . فلما أتينا أبا بكر الصديق ، رضي الله عنه ، حدثناه بما رأينا ، وما قال لنا ، وما أجازنا . قال : فبكى أبو بكر ، وقال : مسكين ، لو أراد الله عز وجل به خيرا لفعل . ثم قال : أخبرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أنهم واليهود يجدون نعت محمد عليه السلام ، عندهم


Kemudian ia memerintahkan agar menyediakan rumah yang baik dan tempat peristirahatan yang cukup buat kami, dan kami tinggal di sana selama tiga hari. Pada suatu malam raja mengirimkan utusannya kepada kami, lalu kami masuk menemui raja, dan ia meminta agar kami mengulangi ucapan kami, maka kami mengulanginya. Sesudah itu ia memerintahkan agar dibawakan sesuatu yang berbentuk seperti kota yang cukup besar, terbuat dari emas. Di dalamnya terdapat rumah-rumah kecil yang masing-masingnya berpintu. Raja membuka sebuah rumah dan membuka kuncinya, lalu mengeluarkan (dari dalamnya) selembar kain sutera hitam.


Ketika kami membuka kain sutera itu, tiba-tiba padanya terdapat gambar merah, dan pada gambar yang merah itu terdapat gambar seorang lelaki yang bermata besar punggung besar, saya belum pernah melihat leher sepanjang yang dimilikinya. Ternyata lelaki itu tidak berjanggut, dan ternyata  indah di antara semua makhluk Allah. Lalu raja berkata, 'Tahukah anda gambar siapakah ini?' Kami menjawab, 'Tidak.' Ia berkata, 'Ini adalah gambar Adam a.s.' Ternyata Nabi Adam a.s. adalah orang yang sangat lebat rambutnya.


Kemudian raja membuka rumah yang lain, lalu mengeluarkan kain sutera berwarna hitam darinya. Tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar orang yang berkulit putih, memiliki rambut yang keriting, kedua matanya merah, berkepala besar, dan sangat bagus janggutnya. Lalu raja bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab, 'Tidak.' Raja berkata, 'Dia adalah Nuh a.s.'

Kemudian ia membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera hitam lainnya, tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar seorang kelaki yang sangat putih, kedua matanya sangat indah, keningnya lebar, dan pipinya panjang, sedangkan janggutnya berwarna pulih, seakanakan gambar lelaki itu tersenyum. Lalu raja bertanya, 'Tahukan anda, siapakah orang ini?7 Kami menjawab, 'Tidak.' Ia berkata, 'Orang ini adalah Ibrahim a.s.'


 Lalu raja membuka pintu yang lain (dan mengeluarkan kain sutera hitam) tiba-tiba padanya terdapat gambar orang yang putih, dan tiba-tiba—demi Allah—dia adalah Rasulullah Saw. sendiri." Raja bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab. 'Ya. orang ini adalah Muhammad, utusan Allah Swt.' Kami menangis, dan raja bangkit berdiri sejenak, kemudian duduk lagi, lalu bertanya, 'Demi Allah, benarkah gambar ini adalah dia (Nabi Saw.)?' Kami menjawab, 'Ya, sesungguhnya gambar ini adalah gambar dia, seakanakan engkau sedang memandang kepadanya.'


Raja memegang kain sutera itu sesaat seraya memandangnya, lalu sutera hitam darinya, tiba-tiba padanya terdapat gambar seseorang yang hitam manis, dia adalah seorang lelaki yang berambut keriting dengan mata yang agak cekung, tetapi pandangannya tajam, wajahnya murung, giginya bertumpang tindih, bibirnya dicibirkan seakan-akan sedang dalam keadaan marah. Raja bertanya, Tahukah anda siapakah orang ini? 'Kami menjawab, 'Tidak tahu.' Raja berkata 'Dia adalah Musa a.s.' Sedangkan di sebelahnya terdapat gambar seseorang yang mirip dengannya, hanya rambutnya berminyak, dahinya lebar, dan kedua matanya kelihatan agak juling. Raja itu bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab, 'Tidak tahu.' Raja berkata, 'Orang ini adalah Harun ibnu Imran a.s.'


Lalu raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih dari dalamnya. Ternyata di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki hitam manis, tingginya pertengahan, dadanya bidang, dan seakan-akan sedang marah. Lalu si raja bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab, 'Tidak.' Dia menjawab bahwa orang tersebut adalah Lut a.s.


Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera berwarna putih, tiba-tiba padanya terdapat gambar seorang lelaki yang kulitnya putih kemerah-merahan dengan pinggang yang kecil dan memiliki wajah yang tampan. Lalu si raja bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab, 'Tidak.' Raja berkata, 'Dia adalah Ishaq a.s.


Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih darinya, dan ternyata di dalamnya terdapat gambar seseorang yang mirip dengan Ishaq, hanya saja pada bibirnya terdapat tahi lalat. Raja bertanya, 'Tahukah anda, siapakah orang ini?' Kami menjawab, 'Tidak tahu.' Raja berkata, 'Orang ini adalah Ya'qub a.s.'


Lalu raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera yang berwarna hitam, di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki berkulit putih, berwajah tampan, berhidung mancung dengan tinggi yang cukup baik, pada wajahnya terpancarkan nur (cahaya), dan terbaca dari wajahnya pertanda khusyuk dengan kulit yang putih kemerah-merahan. Raja bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab, 'Tidak tahu.' Raja berkata. "Orang ini adalah kakek nabi anda, yaitu Nabi Ismail a.s."


Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera putih, dan ternyata di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang mirip dengan Nabi Adam, hanya wajahnya bercahaya seperti matahari. Raja bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab,  Tidak tahu.  Raja berkata ; Dia adalah Yusuf AS.


Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera putih, tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang berkulit merah, kedua betisnya kecil, dan matanya rabun, sedangkan perutnya besar dan tingginya sedang, seraya menyandang pedang. Raja bertanya, 'Tahukan anda siapakah orang ini?* Kami menjawab, 'Tidak.' Raja berkata, 'Orang ini adalah Daud a.s.'


Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera putih, tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang berpunggung besar, kedua kakinya agak panjang seraya mengendarai kuda. Lalu raja bertanya, 'Tahukah anda, siapakah orang ini?' Kami menjawab, 'Tidak.' Raja berkata, 'Orang ini adalah Sulaiman ibnu Daud a.s.'


Kemudian raja membuka pintu yang lain, lalu mengeluarkan kain sutera hitam darinya, pada kain sutera itu terdapat gambar orang yang berpakaian putih, dan ternyata dia adalah seorang pemuda yang janggutnya berwarna hitam pekat, berambut lebat, kedua matanya indah, dan wajahnya tampan. Raja bertanya, 'Tahukah anda siapakah orang ini?' Kami menjawab. 'Tidak.' Raja berkata, 'Orang ini adalah Isa ibnu Maryam a.s.'


Kami bertanya, 'Dari manakah kamu mendapatkan gambar-gambar ini? Kerana kami mengetahui bahwa gambar-gambar tersebut sesuai dengan gambar nabi-nabi yang dimaksud, mengingat kami melihat gambar nabi kami sama seperti yang tertera padanya.'


 Raja menjawab, 'Sesungguhnya Adam a.s. pernah memohon kepada Tuhannya agar Dia memperlihatkan kepadanya para nabi dari keturunannya, maka Allah menurunkan kepadanya gambar-gambar mereka. Gambar-gambar tersebut berada di dalam perbendaharaan Nabi Adam a.s. yang terletak di tempat tenggelamnya matahari. Kemudian dikeluarkan oleh Zul Qarnain dari tempat penyimpanannya di tempat tenggelamnya matahari, lalu Zul Qarnain menyerahkannya kepada Nabi Danial.'


Kemudian raja berkata, 'Ingatlah, demi Allah, sesungguhnya peribadiku suka bila keluar dari kerajaanku, dan sesungguhnya aku nanti akan menjadi orang yang memiliki kerajaan yang paling kecil di antara anda hingga aku mati.'


Lalu Raja memberi layanannya sangat baik, lalu dia melepas kami pulang. Ketika kami sampai pada Khalifah Abu Bakar As~Siddiq r.a.. kami ceritakan kepadanya semua yang telah kami lihat, demikian pula perkataan raja serta hadiah yang diberikannya kepada kami. Maka Abu Bakar menangis dan berkata, 'Kasihan dia. Seandainya Aliah menghendaki kebaikan baginya, niscaya dia melakukannya (masuk Islam).'


Kemudian Abu Bakar AsSiddiq berkata, 'Telah menceritakan kepada kami Rasulullah Saw., bahwa mereka (orang-orang Nasrani) dan orang-orang Yahudi menjumpai sifat Nabi Muhammad Saw. pada kitab yang ada pada mereka'."


Hal yang sama telah diketengahkan oleh AlHafiz Abu Bakar AlBaihaqi dalam kitab Dalailun Nubuwwah, dari AIHakim secara ijazah, lalu ia menuturkan kisah tersebut, sanad dari kisah ini tidak ada celanya.  


Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami AlMusanna, telah menceritakan kepada kami Usman ibnu Umar, telah menceritakan kepada kami Falih, dari Hilal ibnu Ali, dari Ata ibnu Yasar yang menceritakan bahwa ia pernah bersua dengan Abdullah ibnu Amr, lalu ia bertanya kepadanya, "Ceritakanlah kepadaku tentang sifat Rasulullah Saw. di dalam kitab Taurat." Abdullah ibnu Amr menjawab, "Memang benar, demi Allah, sesungguhnya sifat beliau tertera di dalam kitab Taurat sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.