Showing posts with label Tanda Kecil Qiamat. Show all posts
Showing posts with label Tanda Kecil Qiamat. Show all posts

Friday, July 8, 2016

Sungai Eurafat menjadi kering dan munculnya gunung emas


"inilah di antara sebab tentera Amerika tidak akan keluar dari Iraq atau Timur Tengah dengan mencipta berbagai alasan dan janji"



لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ لَعَلِّى أَكُونُ أَنَا الَّذِى أَنْجُو


“Hari kiamat tidak akan terjadi sampai sungai Eufrat (mengering lalu) menyingkapkan gunung emas. Orang-orang saling membunuh untuk memperebutkannya. Terbunuhlah pada setiap 100 orang itu 99 orang, namun masing-masing dari mereka berkata, ‘Barangkali aku yang menjadi orang yang selamat itu’” (HR. Muslim)


Hadis Rasulullah SAW di atas, merupakan salah satu tanda kecil kiamat yang belum berlaku dan sememangnya pasti akan berlaku. Tapi tiada siapapun yang tahu bilakah sungai eufat akan kering dan menampakkan gunung-gunung emas yang pasti akan menjadi rebutan sesiapa sahaja.


Presiden Amerika pernah mengisytiharkan bahawa dia akan mengundurkan tentera Amerika dari bumi Iraq, tetapi sampai sekarang tentera mereka tetap berada di sana. Hadis ini adalah salah satu sebabnya.



NASA amat berminat sekali tentang berita keringnya sungai Euafat dan munculnya gunung emas darinya kerana mereka ingin sekali memiliki gunung emas tersebut. Amat pelik dan aneh sekali apabila kerajaan Amerika meneliti satu persatu khabar yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW tentang peristiwa akhir zaman.


Mereka menemukan fakta penting, bahwa sejak tahun 2003 hingga 2010, kandungan air sepanjang sungai Tigris dan Eufrat mulai Turki, Syiria, Iraq hingga Iran telah kehilangan sekitar 144 juta kilometer kubik. Kandungan air itu terus berkurang dalam jumlah yang sangat besar pada tahun 2010 hingga 2015.


Sungai+Eufrat+mengering


Sungai Eufrat/ Efrat atau sungai Furat yaitu Sungai bermula di Anatolia, Turki, dan berakhir di Teluk Parsi. Sungai ini panjangnya kurang lebih 2,781 kilometer atau 1,730 batu. Ia mengalir meliputi Turki, Syria dan Iraq.


iqcolor


Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.  Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Irakq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahwa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir zaman.


Berbagai polemik soal ketersediaan air dari sungai tersebut selalu mencuat di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan empangan selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. Pembinaan empangan di Turki memberi kesan kepada kuantiti air yang mengalir di Syria dan Iraq. Kuantiti air yang semakin berkurangan setiap tahun menyebabkan semua orang menjadi cemas dan mungkin akan kering dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Semua ini membuktikan bahawa benarlah kata-kata Rasulullah SAW !!!.


Larangan Mengambil Emas di Sg Eufat


Rasulullah SAW melarang mengambil emas tersebut kerana pasti akan mendatangkan fitnah yang amat besar. Sudah tentu akan berlakunya peperangan yang amat dahsyat di mana setiap 100 orang yang berebut emas tersebut hanya seorang sahaja yang terselamat. Lebih-lebih lagi Amerika yang memang telah sedia menunggu peluang ini sebab itulah dia tidak akan mengeluarkan tenteranya dari bumi Iraq.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُوشِكُ الفُرَاتُ أَنْ يَحْسِرَ عَنْ كَنْزٍ مِنْ ذَهَبٍ، فَمَنْ حَضَرَهُ فَلاَ يَأْخُذْ مِنْهُ شَيْئًا»


Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Efrat akan surut airnya lalu tampak perbendaharaan emas darinya, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil apapun dari harta itu.”


يُوشِكُ الْفُرَاتُ أَنْ يَحْسِرَ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، فَإِذَا سَمِعَ بِهِ النَّاسُ سَارُوا إِلَيْهِ، فَيَقُولُ مَنْ عِنْدَهُ: لَئِنْ تَرَكْنَا النَّاسَ يَأْخُذُونَ مِنْهُ لَيُذْهَبَنَّ بِهِ كُلِّهِ، قَالَ: فَيَقْتَتِلُونَ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ  


Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya,” Beliau bersabda, “Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan. Hadis riwayat Muslim


Keistimewaan Sg Eufat


Sungai Eufat yang merupakan tumpuan akhir zaman kerana akan menzahirkan emas dari perut sungainya dan sekaligus merupakan betapa benarnya kata-kata Rasulullah SAW merupakan sebuah sungai yang mat istimewa. Sungai ini bukan sebarang sungai, ia berpunca dari syurga.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " رُفِعْتُ إِلَى السِّدْرَةِ، فَإِذَا أَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ: نَهَرَانِ ظَاهِرَانِ وَنَهَرَانِ بَاطِنَانِ، فَأَمَّا الظَّاهِرَانِ: النِّيلُ وَالفُرَاتُ، وَأَمَّا البَاطِنَانِ: فَنَهَرَانِ فِي الجَنَّةِ،


Kemudian saya diangkat ke Sidratul Muntaha, dibawahnya ada empat buah sungai, dua sungai yang tersembunyi dan dua sungai lainnya jelas terlihat. Aku menanyakan hal itu kepada Jibril, maka Jibril menjawab, “Dua sungai yang tersembunyi adalah sungai di dalam surga, sedangkan dua sungai yang jelas terlihat adalah sungai Nil dan Euphrat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sunday, July 3, 2016

Malhamah Kubra


Ini juga merupakan sebab mengapa tentera Amerika dan pakatan NATO mahu terlibat sama dalam perang di Syria dan tidak akan keluar dari Timur Tengah. Sekarang mereka berada di Aleppo hanya beberapa ratus kilometer dari Dabiq, tempat yang akan berlakunya Mahlamah Kubra ini.



Malhamah Kubra atau peperangan besar yang akan berlaku di antara tentera Islam dan tentera Kristian (Nasrani/Salib) di akhir zaman.


عَنْ نَافِعِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللهُ


Dari Nafi' Bin 'Atabah, Nabi Muhammad SAW bersabda : Kamu akan memerangi semenanjung Arab, lalu Allah SWT akan menaklukkannya untuk kamu. Setelah itu Parsi, di mana Allah SWT akan menaklukkannya untuk kamu. Kemudian Rum, di mana Allah SWT akan menaklukkannya untuk kamu. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal, di mana Allah SWT akan menaklukkannya untuk mu. (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنَ الْمَدِينَةِ، مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ، فَإِذَا تَصَافُّوا، قَالَتِ الرُّومُ: خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ، فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ: لَا، وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا، فَيُقَاتِلُونَهُمْ، فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا، وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ، أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ، وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ، لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ، قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ، إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ: إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ، فَيَخْرُجُونَ، وَذَلِكَ بَاطِلٌ، فَإِذَا جَاءُوا الشَّأْمَ خَرَجَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ، يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ، إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَمَّهُمْ، فَإِذَا رَآهُ عَدُوُّ اللهِ، ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ، فَلَوْ تَرَكَهُ لَانْذَابَ حَتَّى يَهْلِكَ، وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللهُ بِيَدِهِ، فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ  راوه مسلم


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda, "Hari qiamat tidak akan datang sehinggalah Rum akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rum akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah SWT, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka". Mereka kemudian akan berperang dan satu pertiga tentera akan melarikan diri, yang Allah SWT tidak akan mengampuninya. Satu pertiga dari mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah SWT, dan satu pertiga lagi menerima kemenangan dan menakluk Constantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syam/Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia (Dajjal) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran dan menyusun kedudukan ... (Hadis Riwayat Muslim)


dabiq


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنَ الْمَدِينَةِ، مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ، فَإِذَا تَصَافُّوا، قَالَتِ الرُّومُ: خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ، فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ: لَا، وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا، فَيُقَاتِلُونَهُمْ، فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا، وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ، أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ، وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ، لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ، قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ، إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ: إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ، فَيَخْرُجُونَ، وَذَلِكَ بَاطِلٌ، فَإِذَا جَاءُوا الشَّأْمَ خَرَجَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ، يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ، إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَمَّهُمْ، فَإِذَا رَآهُ عَدُوُّ اللهِ، ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ، فَلَوْ تَرَكَهُ لَانْذَابَ حَتَّى يَهْلِكَ، وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللهُ بِيَدِهِ، فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ مسلم


Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Nabi Muhammad SAW : Tidak akan terjadi hari qiamat, sehingga kaum Rum turun di kota Amaq atau di Dabiq (dekat Damascus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, Biarkanlah (jangan kamu semua halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.” Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat subuh sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (Hadis Riwayat Muslim)


Peperangan yang teramat besar yang akan berlaku ini amat sengit dengan jumlah tentera musuh yang teramat ramai dan belum pernah terjadi sebelum ini. Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, musuh terdiri daripada 80 pasukan dan setiap pasukan mengandungi 12,000 tentera. Jadi ada 960,000 tentera semuanya... hampir 1 juta orang. 


عَنْ ذِي مِخْمَرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " تُصَالِحُونَ الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا، وَتَغْزُونَ أَنْتُمْ وَهُمْ عَدُوًّا مِنْ وَرَائِهِمْ، فَتَسْلَمُونَ وَتَغْنَمُونَ، ثُمَّ تَنْزِلُونَ بِمَرْجٍ ذِي تُلُولٍ، فَيَقُومُ رَجُلٌ مِنَ الرُّومِ، فَيَرْفَعُ الصَّلِيبَ، وَيَقُولُ: أَلَا غَلَبَ الصَّلِيبُ، فَيَقُومُ إِلَيْهِ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ فَيَقْتُلُهُ، فَعِنْدَ ذَلِكَ تَغْدِرُ الرُّومُ وَتَكُونُ الْمَلَاحِمُ، فَيَجْتَمِعُونَ  إِلَيْكُمْ، فَيَأْتُونَكُمْ فِي ثَمَانِينَ غَايَةً، مَعَ كُلِّ غَايَةٍ عَشْرَةُ آلَافٍ 


Dari Zi Mikhmar dari  Nabi Muhammad SAW : Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat (menang) dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah Malhamah. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 10 ribu bendera". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)


فَيَجْمعُونَ لِلْمَلْحَمَةِ فَيَأْتُونَ حِينَئِذٍ تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةٍ، تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا


Mereka semua berhimpun dalam Malhamah Kubra di bawah 80 panji-panji, setiap panji-panji ada seramai 12,000 tentera. (Hadis Riwayat  Ibnu Majah




Para ulama zaman sekarang lebih cenderung mengatakan bahawa 80 panji itu dalah 80 pasukan atau 80 negara yang terdiri daripada tentera Amerika dan NATO dan lain-lainnya.



Dalam peperangan tersebut, khemah atau markas tentera islam berada di Ghutah, Damsyik, Syria.


عن أبي الدرداء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: فسطاط المسلمين يوم الملحمة بالغوطة إلى جانب مدينة يقال لها دمشق من خير مدائن الشام


Dari Abu Darda', Nabi Muhammad SAW bersabda : Sesungguhnya khemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit berada di Ghoutah, di sebelah kota bernama Damascus (Damsyik), salah satu kota terbaik di Syam (Hadis Riwayat Abu Daud)


عَنْ مَكْحُولٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: مَوْضِعُ فُسْطَاطِ الْمُسْلِمِينَ فِي الْمَلَاحِمِ أَرْضٌ يُقَالُ لَهَا الْغُوطَة


Dari Makhul, Nabi Muhammad SAW bersabda : Sesungguhnya khemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah (Hadis Riwayat Abu Daud)


al-ghoutas


عَنْ يُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ، قَالَ: هَاجَتْ رِيحٌ حَمْرَاءُ بِالْكُوفَةِ، فَجَاءَ رَجُلٌ لَيْسَ لَهُ هِجِّيرَى إِلَّا: يَا عَبْدَ اللهِ بْنَ مَسْعُودٍ جَاءَتِ السَّاعَةُ، قَالَ: فَقَعَدَ وَكَانَ مُتَّكِئًا، فَقَالَ: إِنَّ السَّاعَةَ لَا تَقُومُ، حَتَّى لَا يُقْسَمَ مِيرَاثٌ، وَلَا يُفْرَحَ بِغَنِيمَةٍ، ثُمَّ قَالَ: بِيَدِهِ هَكَذَا - وَنَحَّاهَا نَحْوَ الشَّأْمِ - فَقَالَ: عَدُوٌّ يَجْمَعُونَ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ، وَيَجْمَعُ لَهُمْ أَهْلُ الْإِسْلَامِ، قُلْتُ: الرُّومَ تَعْنِي؟ قَالَ: نَعَمْ، وَتَكُونُ عِنْدَ ذَاكُمُ الْقِتَالِ رَدَّةٌ شَدِيدَةٌ، فَيَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً، فَيَقْتَتِلُونَ حَتَّى يَحْجُزَ بَيْنَهُمُ اللَّيْلُ، فَيَفِيءُ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ، كُلٌّ غَيْرُ غَالِبٍ، وَتَفْنَى الشُّرْطَةُ، ثُمَّ يَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ، لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً، فَيَقْتَتِلُونَ حَتَّى يَحْجُزَ بَيْنَهُمُ اللَّيْلُ، فَيَفِيءُ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ، كُلٌّ غَيْرُ غَالِبٍ، وَتَفْنَى الشُّرْطَةُ، ثُمَّ يَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ، لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً، فَيَقْتَتِلُونَ حَتَّى يُمْسُوا، فَيَفِيءُ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ، كُلٌّ غَيْرُ غَالِبٍ، وَتَفْنَى الشُّرْطَةُ، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الرَّابِعِ، نَهَدَ إِلَيْهِمْ بَقِيَّةُ أَهْلِ الْإِسْلَامِ، فَيَجْعَلُ اللهُ الدَّبْرَةَ عَلَيْهِمْ، فَيَقْتُلُونَ مَقْتَلَةً - إِمَّا قَالَ لَا يُرَى مِثْلُهَا، وَإِمَّا قَالَ لَمْ يُرَ مِثْلُهَا - حَتَّى إِنَّ الطَّائِرَ لَيَمُرُّ بِجَنَبَاتِهِمْ، فَمَا يُخَلِّفُهُمْ حَتَّى يَخِرَّ مَيْتًا، فَيَتَعَادُّ بَنُو الْأَبِ، كَانُوا مِائَةً، فَلَا يَجِدُونَهُ بَقِيَ مِنْهُمْ إِلَّا الرَّجُلُ الْوَاحِدُ، فَبِأَيِّ غَنِيمَةٍ يُفْرَحُ؟ أَوْ أَيُّ مِيرَاثٍ يُقَاسَمُ، فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ سَمِعُوا بِبَأْسٍ، هُوَ أَكْبَرُ مِنْ ذَلِكَ، فَجَاءَهُمُ الصَّرِيخُ، إِنَّ الدَّجَّالَ قَدْ خَلَفَهُمْ فِي ذَرَارِيِّهِمْ، فَيَرْفُضُونَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَيُقْبِلُونَ، فَيَبْعَثُونَ عَشَرَةَ فَوَارِسَ طَلِيعَةً، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنِّي لَأَعْرِفُ أَسْمَاءَهُمْ وَأَسْمَاءَ آبَائِهِمْ، وَأَلْوَانَ خُيُولِهِمْ، هُمْ خَيْرُ فَوَارِسَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ - أَوْ مِنْ خَيْرِ فَوَارِسَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ ، رواه مسلم وأحمد


Pada satu ketika berhembuslah angin berwarna merah di Kufah. Datanglah seorang lelaki kepada Abdullah bin Mas'ud dan berkata : Kiamat telah tiba. Abdullah bin Mas'ud berkata : Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah harta pusaka tidak dibahagi dan harta rampasan perang tidak disukai. sambil tangannya menunjuk ke arah Syam (Syria) di sana musuh-musuh Islam akan berkumpul untuk menyerang, dan kaum muslimin juga berkumpul untuk menyerang mereka. 


Lalu orang tersebutpun  yang bertanya kepad beliau Apakah yang dimaksudkan adalah tentera Rom ? Beliaupun menjawab : Benar, pada saat itu akan terjadi peperangan dahsyat. Tentera musimin akan berperang dan berjabji tidak akan pulang ke rumah kecuali mereka menang. Mereka akan berperang sehingga ke malam, kemudian mereka kembali ke markas masing-masing tanpa ada yang menang dan kedua-dua pihak kehilangan ramai tentera. Kemudian kaum muslimin menyedikan tentera baru yang rela mati dan tidak akan pulang kecuali setelah mencapai kemenangan. Merekapun berperang hingga ke malam dan tiada yang menang, kedua belah pihak kehlangan ramai askar. Pad hari yang keempat kaum muslimin yang masih tinggal berkumpul untuk memerangi mereka hingga Allah SWT memberi kemenangang kepada kaum muslimin, mereka berperang dengan sangat dahsyat yang belum pernah dsaksikan sebelumnya.


Bahkan jika ada burung terbang di atas mereka, nescaya burung itu akan jatuh mati. Kaum muslimin mendapat kemenangan yang besar hinggakan tiada musuh yang tinggal hidup kecuali seorang.  Tetapi mereka tidak gembira dengan harta rampasan perang dan harta pusaka tidak dibahagikan apabila mereka telah mendengar satu suara yang nyaring berkata bahawa Dajjal telah keluar dan pergi ke rumah-rumah mereka untuk menyesatkan kaum keluarga yang dtiinggalkan. Merekapun membuang semua ghanimah di tangan mereka. Kemudian mereka menghantar 10 orang penunggang kuda yang paling handal. Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya aku mengetahui  nama mereka (penunggang kuda tersebut) dan nama ayah mereka serta warna kuda mereka. Mereka adalah penunggang kuda yang terbaik di dunia ketika itu. Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.


Peperang ini akhirnya dimenangi oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi. Kemudian, peristiwa seterusnya yang akan berlaku ialah keluarnya Dajjal.

Monday, April 18, 2016

Pendapat Ulama tentang Imam Mahdi

عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ ». قَالَ زَائِدَةُ فِى حَدِيثِهِ « لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ ». ثُمَّ اتَّفَقُوا « حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّى ». أَوْ « مِنْ أَهْلِ بَيْتِى يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِى وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِى ». زَادَ فِى حَدِيثِ فِطْرٍ « يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا ».


Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.


Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.  


Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.  


Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan diimani oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh utamanya meriwayatkan hadith tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith di atas).


Di samping itu, hadith-hadith mengenai kemunculan Al-Mahdi turut diriwayatkan oleh para sahabat utama Rasulullah SAW spt Ibnu Mas’ud, Ummu Salamah, Saidina Ali krw, Tsuban, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Saidina Uthman Affan, Qurah bin Qias, Huzaifah Al-Yaman, Ammar bin Yassir, Anas bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dsb.  


Berikut adalah beberapa pendapat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai persoalan mengenai kemunculan Imam Al-Mahdi di akhir zaman secara ringkas.




  1. AI-Imam Abu Hanifah menjelaskan di dalam kitabnya Feqhul Akbar bahawa segala tanda-tanda hari qiamat adalah semuanya benar menurut hadits-hadits Rasulullah SAW dan salah satu di antara tanda-tandanya ialah kemunculan Imam Mahdi.



  1. Ibnu Katsir menjelaskan, “Menurut pendapat yang jelas bahawa di antara Imam yang memimpin manusia itu ialah Al-Mahdi yang telah diberitahu oleh hadits-hadits yang diriwayatkan dan Rasulullah SAW yang menyebut perkara itu. Bukannya yang ditunggu­-tunggu oleh golongan Rafidhah, di mana menurut dakwaan mereka Mahdi itu telah dilahirkan kemudian akan muncul pula dan satu gua di Samira’ di dalam negeri Iraq. Pendapat ini tidak ada kebenarannya.”
     

  2. Ibnu Hajar AI-Asqalani menyebut di dalam Fathul Bari (syarah sahih Al-Bukhari), “Telah berkata Abul Hussein Al-Aburie di dalam kitabnya Manaqib As-Syafie,” Telah menjadi khabar mutawatir bahawa Al-Mahdi itu lahir dari kalangan umat ini.”


   4. Tersebut di dalam Sahih Muslim Masykul juzu’ kelapan m.s 185 hadits Rasulullah SAW, 

Di akhir umatku kelak ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan harta tanpa mengira-ngira.”


     5. Imam At-Tunmizi dan Abu Daud menyebut yang dimaksudkan seorang khalifah itu ialah Al-Mahdi. Dan mereka telah sepakat berkata bahawa hadits-hadits ini adalah hassan dan sahih. Dalam kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid m.s 42,


"Dan bahawasanya turun Nabi Isa ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air. "


    6. Ibnu Hajjar Al-Haitami menyebut di dalam kitabnya Fathul Mubin Li Syarah Al-“Arbaiin : “Bahawa Nabi Isa AS tuurn diakhir zaman memusnahkan salib dan membunuh babi sebgaimana tersebut dalam hadith sahih dan ia membunuh Dajjal, ia turun ketika solat Subuh dan berjemaah di belakang Al-Mahdi”.

  1. Tersebut di dalam kitab Mastika Hadits Rasulullah SAW yang diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam bab Beriman Kepada Hari Akhirat,


“Sayugia diingat, bahawa hadits-hadits berkenaan dengan zahinnya Mahdi, keluar Dajal, dan turunnya Nabi Isa AS adalah hadits-hadits yang sampai kepada martabat hadits mutawatir, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadits.”




  1.  Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.


(Dan ketiganya) daripada tanda qiamat yang akan datang daripada beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahdi...”




  1. Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Al-Minhajul Sunnah An-Nabawiyah juzu’ 4 m.s 211 menyebut,


“Sesungguhnya hadits-hadits yang menyebut zahirnya Imam Mahdi adalah terdiri drp hadits-hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh A1-Imam Abu Daud, Turmizi, Imam Ahmad dan lain-lain.”


 Kemudian Ibni Taimiyah menyebut pula bahawa Al-Mahdi itu daripada keturunan Sayidina Hassan bin Ali dan bukannya daripada Sayidina Hussin bin Ali sebagairnana yang disebutkan oleh Sayidina Ali r.a (riwayat Abu Daud).




  1. Dalam kitab Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if karangan Ibni Qaiyim Al-Jauziyah,


“Orang-orang Islam telah bersalah faham pada perkara Al-Mahdi di atas 4 qaul, dan kebanyakan hadits-hadits itu menunjukkan bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki dari ahli bait Rasulullah SAW dan keturunan Sayidina Hassan bin Ali yang keluar pada akhir zaman kelak. Bahawa dunia ini sedang penuh dengan kezaliman dan kejahatan, maka Al-Mahdi itu memenuhkan bumi dengan keadilan dan kebajikan.”

Imam Mahdi

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.


Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.
          
Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,


“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”


Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnyaAqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.


Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”
    
Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud),   memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)


Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.


Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdidari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni. 


 

Perang Armageddon


Kita telah ditipu oleh media massa melaui filem ARMAGEDDON yang mengisahkan tentang kejadian kiamat kerana hentaman komet. Tapi... sebenarnya Armageddon adalah peperangan di antara Yahudi dan Islam. Inilah fakta yang cuba diputarbelitkan dan disembunyikan. Ini adalah sebahagian daripada Conspiracy Theories.



all
all3d
all2

Perang Armageddon adalah satu peristiwa besar yang akan terjadi di akhir zaman iaitu peperangan  besar di antara Yahudi menentang pakatan Islam dan Kristian. Peperangan yang  dimulai dengan persahabatan atau perjanjian aman di antara Islam dan Kristian tetapi ia sebenarnya adalah ‘PALSU dan tipu helah (bagi Islam yang melihat dengan ‘Mata Hati’) sehingga semua penduduk dunia menyangka dan menyatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai yang pada hakikatnya selepas itu kita (Ahlul Sunnah wal Jamaah) akan dicabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Armageddon :


Perkataan ini yang bersal dari Ibrani (Hebrew) dan terdiri daripada dua perkataan, iaitu :


Ar : 


yang membawa maksud sebuah gunung atau bukit


Mageddo atau Megiddo : 


nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yang akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .


Para ahli peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang strategik, setiap panglima tentera dan angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang datang. Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, Zabur, Injil yang lama berasal dari penulisan Ibrani dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan Yahudi dan Nasrani yang beramal dengan kitab asal.


Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu tanda dari datangnya hari qiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk Zionist Israel dan akan diakhiri oleh pertempuran dahsyat yang dikenal sebagai Armageddon, dimana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Disebutkan dalam Kitab Zakharia (John The Baptist) (89/13), bahawa sebagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan:”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel menjadi kubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”. Kerana peristiwa ini akan terjadi di lembah Megiddo, Palestin, yang sekarang menjadi wilayah jajahan Israel (Yahudi & Nasrani Zionist) maka merekalah orang pertama yang akan merasakan panasnya nyalaan api peperangan. Dalam teks Kitab Injil ada mengatakan “Roh-roh syaitan akan mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia di Armageddon”.


all4

Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dan terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan dari pelbagai aspek peralatan senjata moden yang canggih. Kemungkinan perang ini adalah Perang Dunia ke-3, (Perang Nuklear berdasarkan kepada ramalan beberapa pakar termasuklah Sheikh Imran N. Hosein). Menurut kajian dan pendapat Sheikh Hamza Yusuf, keadaan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti zaman pertengahan kesemua teknologi yang kita miliki sekarang ini akan musnah dan berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem kehidupan manusia, siri peperangan seterusnya (Perang Dunia ke-4), bala tentera akan hanya menunggang kuda bersertakan pedang, panah, lembing dan alatan senjata lama.


Pendapat para ahli kitab tentang Perang Armageddon:




  1. Dalam kitab Wahyu (Revealition) pasal 16 ayat 16 dikatakan,


“Dan roh-roh syaitan akan mengumpulkan sekalian tentara di dunia di sebuah tempat bernama Armageddon” (Injil, hal. 388, penerbit Daar Ats Tsaqafah, Mesir)




  1. Ronald Reagen pernah berkata,


“Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armageddon.” (Kitab Ramalan dan Politik)




  1. Segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun, dimana akan terjadi Perang Dunia yang paling besar, iaitu Perang Armageddon atau perang di dataran Mageddo.


(“Kitab Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan “Kitab Akhir Dunia Yang Paling Besar” oleh Hall Lindus, mereka mempercayai tahun 2000 adalah berakhirnya dunia)




  1. Jimmy Sujjest berkata,


“Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armageddon akan datang. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan bertemu di lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian (kata sepakat persefahaman) yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tidak akan merealisasikan apa-apa pun. Sebab, hari tersebut akan tetap datang.” (Kitab Janji yang Benar dan Janji yang Dusta)




  1. Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Nasrani berkata,


“Sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat (realiti) dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia akan terjadi pada akhir hari sejagat.”


(Kitab Ramalan dan Politik)




  1. Shofeld berkata,


“Sesungguhnya orang-orang Nasrani yang ikhlas hendaklah bergembira dengan peristiwa ini, kerana pertempuran yang terakhir ini (Armageddon) akan bermula, maka Isa al Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apa pun yang terjadi di bumi.” (Kitab Ramalan dan Politik)


 all5


Israel+20114


Sebenarnya, baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperingatkan kita akan peperangan di antara Yahudi dan pakatan Islam & Kristian di akhir zaman ini. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:


لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود ، حتى يختبئ اليهودي وراء الحجر والشجر . فيقول الحجر والشجر : يا مسلم ! يا عبد الله ! هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله ، إلا الغرقد


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad(yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".


Hadis ini menceritakan tentang peristiwa perang akhir zaman iaitu waktu hampir qiamat. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada perang akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.


 tree14
tree12
tree11
tree6
tree4
treetree1



tree3


1536572863


Israel akan memberi dan menerima benih dan bantuan kewangan sekiranya ada pihak yang ingin berkempen menanam pohon Gharqad, segala info ada di: Jerusalem PostTrees For The Holy Land dan Tree Planting Center


 tree


13yahudi


 2


Sumber

Kedatangan Imam Mahdi

لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا


“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)


تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ


“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal,dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)


أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا


“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)


يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ


“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)


Hadis di atas menerangkan peristiwa kekacauan demi kekacauan yang berlaku apabila matinya seorang pemimpin. Di mana beberapa orang telah berebut jawatan tersebut... maka banyaklah terjadinya fitnah dsb.


Menurut pendapat ulama masa kini, pada satu hari beberapa ulama' dari Syria dan Irak (ada pendapat lain yang menyatakan beberapa ulama dari seluruh dunia) telah tergerak hatinya untuk ke Makkah bagi membaiat seorang lelaki sebagai Imam Mahdi tanpa memberitahu ulama lain. Para ulama ini tahu sifat dan ciri-ciri Imam Mahdi. Lalu mereka terserempak di Makkah dan masing-masing menceritakan tujuan kedatangan mereka. Tanpa disangka-sangka rupanya mereka mempunyai tujuan yang sama. Mereka telah berjumpa dengan lelaki tersebut dan ingin membaiahnya sebagai Imam Mahdi, tetapi lelaki tersebut enggan.. diapun kembali ke Madinah... lalu para ulama tadi menurutinya ke Madinah. Lelaki tersebut kembali semula ke Makkah dan para ulama turut kembali semula ke Makkah. Sampai di Makkah, para ulama tadi berjumpa semula dengan lelaki tadi dan memujuknya untuk dibaiah kerana Rasulullah SAW telah memberi tanggungjawab kepadanya untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana akhir zaman yang telah, sedang dan akan berlaku..


Akhirnya lelaki tadi (Muhammad bin Abdullah) bersetuju untuk dibaiah. Maka dipun dibaiah oleh para ulama tadi di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.


Berita tentang Baiah sebagai Imam Mahdi tadi tersebar dengan cepat. Lalu tentera Sufyani dari Syria dengan jumlah yang amat ramai segera bergerak ke Makkah untuk membunuh Imam Mahdi.  Apabila tentera ini sampai di satu tempat yang bernama al-Baida' mereka semuanya telah ditelan bumi kecuali beberapa orang sahaja yang sengaja Allah lepaskan untuk memberitahu orang lain tentang peristiwa tersebut.


Peristiwa ini merupakan satu bukti kukuh bahawa lelaki tersebut adalah Imam Mahdi yang sebenar. Beberapa orang yang telah mendakwa sebagai Imam Mahdi sejak berkurun-kurun sebelum ini, tetapi tidak seorangpun di kalangan mereka diserang oleh tentera dari Syria dan tidak pula ditelan bumi di tempat yang bernama al-Baida'. Ini menjelaskan bahawa dia adalah Imam Mahdi Palsu !!!


Seperkara lagi yang perlu diambil iktbar, menurut hadis di atas lelaki tadi dibaiah secara paksa oleh para ulama, malah dia engan dibaiah, bukannya dia sendiri yang mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Ini berlainan dengan Imam Mahdi palsu yang dirinya sendiri yang mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi...


فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ


“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)


 

Wednesday, February 17, 2016

Bumi Arab kembali menjadi subur

Tanda Kiamat :


gardensAdakah Semenajung Tanah Arab akan menjadi begini ?         


 


 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ فَلاَ يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا »


Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sampai harta banyak dan melimpah, hinggakan seseorang mengeluarkan zakat hartanya namun ia tak menemukan orang yang menerimanya, dan sehingga Tanah Arab kembali dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai”. Hadis riwayat Muslim.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجاً وَأَنْهَاراً وَحَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ بَيْنَ الْعِرَاقِ وَمَكَّةَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ ضَلاَلَ الطَّرِيقِ وَحَتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ ». قَالُوا وَمَا الْهَرْجُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الْقَتْلُ ».


Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan terjadinya hari kiamat  sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai  dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadinya banyaknya harj. Mereka bertanya apakah dia harj ya Rasulullah SAW ? Jawab baginda ; pembunuhan". Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.


Hadis di atas menjelaskan bahawa di antara tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat ialah Semenanjung Tanah Arab akan kembali menjadi taman-taman dan terdapatnya banyak sungai. Ini menunjukkan bahawa Semenanjung Tanah Arab akan menjadi subur dan menghijau.... berubah wajah dari tanah gurun yang gersang kepada tanah yang menghijau...


Hadis di atas menggunakan perkataan "akan kembali" yang bermaksud bahawa sebelum ini Semenanjung Tanah Arab adalah kawasan yang subur dan hijau... bukannya gurun seperti sekarang...


Snow_in_Baitul_maqdis


Baitul Muqaddis dilitupi salji


Cerita yang popular yang biasa kita dengar ialah tentang gurun-gurun di benua Afrika. Menurut sejarahnya, asalnya memang subur dan menghijau, penuh dengan rumput hijau dan pelbagai tumbuhan... apabila Afrika dijajah oleh bangsa Eropah, mereka membawa bersama mereka penternak lembu, kerana tanahnya luas dan banyak rumput yang subur.


Penternak ini telah membawa baka lembu yang bermutu dari Eropah dan menternak secara besar-besaran di tanah Afrika yang luas. Mereka telah mencapai kejayaan dan kekayaan yang melimpah ruah hasil ternakan tersebut.


Tetapi para peladang tersebut, teramat tamak. Kerana kebanjiran lembu dan kambing yang terlalu banyak sudah tentu mengundang sang singa Afrika.. singa yang memakan lembu tadi dianggap musuh yang perlu dibunuh... sedangkan Allah SWT telah tetapkan singa dan harimau serta seumpamanya sebagai pengimbang bagi memelihara ekologi bumi.... bahkan binatang buas tadi hanya makan lembu yang lemah, sudah tua dan memang dah nak matipun... tetapi semua ini tidak diambilkira oleh para penternak.... semua singa dan mana-man binatang yang memakan binatang ternakan  mereka adalah musuh yang perlu dibunuh...... Lalu mereka membunuh hampir semua singa dan harimau tersebut sehingga hampir pupus...


kemudian, lembu pun membiak sebanyak-banyaknya.. tanpa ganguan drp singa... hinggakan tidak terkawal.. penternak semakin kaya... lembu semakin banyak........ tapi rumput semakin sikit... kerana tiada pengawalan semulajadi dari singa... akhirnya lembu lebih banyak dari rumput... maka kesudahannya... bumi Afrika menjadi gersang.... menjadi gurun..


Mungkin perkara yang sama berlaku di Semenanjung Tanah Arab sebelum ini kerana sejarah kaum Arab memang terkenal dengan ternakan unta,lembu dan kambing...!!!


Bayangkan nanti Semenanjung Tanah Arab akan menjadi subur... pengeksport produk sayuran dan buah-buahan utama dunia... tempat perlancongan semulajadi tersohor...!!! 


Gambar Makkah ketika banjir 2010


makkah_flood


Gambar banjir di Arab Saudi


saudi_flood
saudi_flood1


Perubahan suhu dunia yang semakin menjadi-jadi... kita lihat banjir besar telah terjadi di Arab Saudi pada tahun 2010 yang lalu, begitu juga di negara-negara Arab yang lain salji turut turun... fanomena ini berterusan..... kita juga lihat Padang Arafah sudah ada tumbuhan... dah subur walaupun hanya sikit sahaja... mungkin ini adalah permulaannya...


Gambar Padang Arafah ditumbuhi pokok-pokok


arafah_subur


Gambar di bawah menunjukkan pemuda bermain salji di Arab Saudi


Snow_in_Saudi_Arabia5
Snow_in_Saudi_Arabia2
Snow_in_Saudi_Arabia1
Snow_in_Saudi_Arabia


Profesor Alfred Kroner yang merupakan salah satu daripada ahli geologi dunia yang paling terkenal. Beliau adalah Profesor Geologi dan Pengerusi Jabatan Geologi di Institut Geosains, Unversiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman. Ketika menghadiri satu persidangan geologi di College of Earth Sciences,Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi,  beliau telah ditanya oleh Shaykh 'Abd al-Majid al-Zandaani tentang adakah Semenanjung Tanah Arab  akan menjadi taman-taman dan sungai yakni kembali subur. Saya berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai apa-apa bukti bahawa Semenanjung Tanah Arab  akan sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai?  Beliau berkata: "Ini adalah sesuatu yang nyata dan terbukti. Kami ahli geologi sudah tahu mengenainya dan telah mengukur dan mengira. Kita boleh mengatakan kira-kira bila ia akan berlaku, dan ia tidak jauh, ia adalah agak dekat.  


Saya berkata: Mengapa? Beliau berkata: "Kerana kita telah mengkaji sejarah bumi pada masa lalu, dan kami telah mendapati bahawa ia melalui banyak peringkat, salah satu yang merupakan zaman ais. Apakah zaman ais maksudkan? Ia bermaksud bahawa jumlah tertentu air laut bertukar menjadi ais dan mengumpul di Kutub Utara, maka ia mula beralih ke arah selatan, dan apabila ia beralih ke arah selatan ia meliputi apa yang ada di bawahnya, termasuklah  Semenanjung Tanah Arab, cuaca akan berubah danSemenanjung Tanah Arab  akan menjadi salah satu daripada bahagian-bahagian yang hijau dan paling basah di dunia. Kami bertanya kepadanya: Semenanjung Tanah Arab Akan menjadi tanah kebun dan sungai?Beliau berkata: "Ya, ia adalah fakta saintifik." 


Saya berkata: "Bolehkah anda mengesahkan bahawa untuk kita?


Beliau berkata: Ya, ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan.


Lalu diberitahu kepadanya tentang hadis di atas..


Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sampai harta banyak dan melimpah, hinggakan seseorang mengeluarkan zakat hartanya namun ia tak menemukan orang yang menerimanya, dan sehingga Tanah Arab kembali dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai”. Hadis riwayat Muslim.


Saya berkata kepadanya: ."Siapa yang memberitahu Muhammad  bahawa Tanah Arab dahulu merupakan padang rumput dan sungai? 


Dia berfikir, maka dia berkata: Orang-orang Rom. 


Saya berkata kepadanya: Dan yang memberitahunya bahawa Tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai? 


Beliau berfikir sejenak dan berkata: Sesuatu di atas! ( SWT Allah)


Kemudian saya berkata kepadanya: Tulislah. Jadi dia menulis dalam tangannya sendiri. Tulisannya adalah seperti berikut : Saya terkejut pada fakta-fakta saintifik bahawa saya telah melihat dalam Al-Quran dan As-Sunnah, yang kita tidak dapat membuktikan sehingga baru-baru ini oleh kaedah saintifik moden. Ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mencapai pengetahuan ini kecuali oleh wahyu dari atas.


Maha Suci Allah SWT.... betapa maklumat yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih seribu tahun yang lalu... hanya dapat dibuktikan melalui kajian saintifik moden pada abad yang ke 20. Maha Benarlah Allah... benarlah Risalah Muhammad SAW...

Tuesday, February 9, 2016

Dakwaan-dakwaan sebagai al-Mahdi

Hadits-hadits Rasulullah SAW tidak menerangkan secara jelas siapakah sebenarnya Al-Mahdi, maka ramai yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu.


Dikatakan bahawa orang yang pertama sekali mendakwa dirinya sebagai AI-Mahdi Muntadzar ialah Al-Harits bin Suraij pada 128 H. Dakwaan dirinya sebagai AI-Mahdi untuk mendapatkan sokongan dalam gerakannya menentang pemerintahan Bani Umaiyah.


 Pada tahun 1166 H, muncul seorang Syi’ah di Ahsaa’i (Arab Saudi) bernama Syeikh Ahmad Ahsaa’i menyebarkan ajaran-ajaran batiniyah. Syeikh Ahmad Ahasaa’i adalah penganut mazhab Syi’ah Ithna Asyariah pada asalnya, tetapi ia banyak bertentangan dalam perkara­perkara yang terdapat di dalam mazhab tersebut. Di antaranya ia membantah kepercayaan golongan Syi’ah tentang Al-Mahdi yang ghaib dan akan muncul di suatu masa yang ditetapkan.


 Ia menjelaskan bahawa Al-Mahdi belum lahir dan sedang berada di alam rohani. Pendapatnya itu telah menimbulkan kemarahan di kalaangan golongan Syi’ah. (Al-Islam Fi Qarnil Isynin m.s 133)


            Selepas kematian Syeikh Ahmad Ahasaa’i (12 Zulkaedah 1242H) penggantinya bernama Kazim Ar-Rasyti meneruskan lagi ajaran-ajarannya. Kazim Ar-Rasyti lahir pada tahun 1205 Hijrah. Di mana-mana sahaja ia menyampaikan ajaran-ajaran gurunya, ia menyebut tentang kelahiran Al-Mahdi yang semakin hampir. Sungguhpun demikian, sehingga ia meninggal dunia Al-Mahdi yang diperkatakannya itu tidak juga muncul-muncul. Selepas kematian Kazim Ar-Rasyti, tempatnya itu diganti oleh Ali Muhammad Al-Bab. Ali Muhammad Al- Bab mendakwa dirinya sebagai wakil Al-Mahdi. Para pengikutnya digelar sebagai kumpulan Babiyah iaitu salah satu drp cabang agama Bahai. Apabila pengaruhnya semakin meluas, akhirnya Ali Muhammad Al-Bab mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi.


           Ali Muhammad Al-Bab seterusnya mecetuskan pemberontakan dan di samping itu menyebarkan beberapa amalan yang ternyata terkeluar drp Islam. Di antaranya ia mengatakan bahawa syari’at yang dibawanya itu memansuhkan syari’at yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Syari’at yang dibawanya juga tidak mewajibkan sembahyang dan juga berpuasa, dan kalaupun dilaksanakan mengikut bentuk yang diajarkan olehnya. Kiblat sembahyang tidak lagi menghadap ke Ka’bah, tetapi menghadap ke arah tempat Ali Muhammad Al-Bab berada kerana dianggap dirinya sebagai tempat penjelmaan roh Allah.


            Ali Muhammad Al-Bab juga menta’wilkan nas-nas Al-Qur’an mengikut ta’wil batiniyah dengan memutar-belitkan pengertiannya yang sebenar agar sesuai dengan kehendak hawa nafsunya.


 Para ulama di Iran mengecam hebat segala dakwaan Ali Muhammad Al-Bab serta ajaran-ajaran yang dibawanya sehingga mereka menghukumnya sebagai murtad dan halal darahnya untuk dibunuh. Akhirnya pemerintah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada 28 Sya’ban 1266 Hijrah. Setelah kematiannya, terjadilah perpecahan yang hebat di kalangan para pengikut agama Bahai.


               Kerajaan Muwahhidin di Afrika Utara juga mempunyai seorang pemimpin yang mendakwa sebagai Al-Mahdi. Beliau ialah Muhaunmad bin Tumart yang lahir di antara tahun 470- 480 Hijrah. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyebut di dalam kitabnya Al-Mananil Munif Fl Sahihi Wad Dha’if bahawa Muhammad bin Tumurt adalah seorang pendusta bersikap kejam, berkuasa menggunakan kekerasan dan penipuan, membunuh orang Muslimin dan lebih banyak mengancam agama lebih dari Hajjaj bin Yusuf. Ia memaksa orang-orang Islam memasuki kubur-kubur dan kemudian bersuara dari kubur-­kubur itu mengatakan bahawa Muhammad bin Tumart adalah AI-Mahdi yang ma’sum. Setelah itu orang-orang tersebut ditimbus hidup-hidup.


              Ibnu Subki telah menulis riwayat hidup Muhammad bin Tumart di dalam kitabnya Tabaqatus Syafieyah jilid 4 m.s 71-74. Beliau menerangkan bahawa Muhammad bin Tumart pada asalnya adalah seorang yang soleh, zahid, amat bersungguh­-sungguh melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, banyak beribadah, bersifat berani, berjiwa besar dan tabah, petah berbicara, tahan menderita, alim dalam ilmu feqah menurut mazhab Syafie dan tidak suka melihat perbuatan yang munkar. Tetapi sikapnya itu tidak disukai oleh kebanyakan orang di tempatnya. Ia selalu diusir dari tempat kediamannya dan kalau ia khuatir akan dibunuh, ia akan berpura-pura seperti orang gila.


Setelah kembali ke tanah airnya di Maghribi, ia giat menjalankan usaha-usaha dakwah sehingga mendapat tentangan drp pihak pemerintah. Namun demikian ia tetap meneruskan usahanya itu bersama para pengikutnya yang lain. Dalam masalah keimanan Muhammad bin Tumart mengembangkan aqidah AhIi Sunnah Wal Jamaah mazhab Imam Abul Hassan Al- Ashaari. Para pengikutnya mendapat gelaran Muwahhidin iaitu kaum yang mengesakan Tuhan. Muhammad bin Tumart memerintahkan para pengikutnya mengembangkan ajaran Islam dan menyebut tentang kedatangan Al-Mahdi. Apabila pengaruhnya bertambah luas, pada 515H ia mengaku dirinya sebagai AlMahdi.


               Di samping itu seorang mulhid bernama Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah juga mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Datuknya beragama Yahudi dan Ia sendiri berasal drp keluarga beragama Majusi. Dalam banyak hal Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah banyak melakukan pendustaan kepada umat Islam. Umpamanya ia mengaku dirinya bernasab kepada ahli bait Rasulullah SAW dan seterusnya mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Selepas kematiannya, perjuangannya itu disambung oleh keturunannya sehingga mereka berjaya menakluki Moroco, Mesir, Hijaz dan Syam.


                 Keturunan Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah telah menyebarkan ajaran-ajaran yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam dan mereka mengaku mempunyai kuasa ketuhanan. Mereka mendakwa bahawa syari’at Islam di samping mempunyai pengertian yang zahir, juga mempunyai pengertian yang bathin. Tetapi pengertian bathin yang mereka kemukakan bertentangan sama sekali dengan nas Al-Qur’an. Akhirnya golongan ini terhapus dengan kemunculan Salehuddin Al-Ayubi yang menumpaskan sama-sekali golongan ini.


                 Di zaman pemerintahan Sultan Fairuz Syah Tughluq di India (752-798H), seorang lelaki bernama Ruknuddin telah mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang zahir di akhir zaman. Dia mendakwa mengetahui nama semua benda yang tidak pernah diberitahukan oleh Allah SWT kepada sebarang Nabi atau Rasul. Akhirnya Ruknuddin mengaku dirinya sebagai Nabi dan pesuruh Allah SWT berdasarkan nama sendiri Ruknuddin yang bererti tiang agama.


                  Memandangkan keterlanjuran Ruknuddin itu, para ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa Ruknuddin adalah seorang kafir dan halal darahnya. Berdasarkan kepada fatwa tersebut, Sultan Fairuz Syah Tughluq memerintahkan Ruknuddin serta pengikut-pengikutnya ditangkap dan dihukum pancung.


                  Pada abad ke 10H, muncul di India seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Lelaki tersebut ialah Sayid Muhammad Jaunpur dan Ia telah mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi sebanyak tiga kali. Kali yang pertama ialah pada tahun 900H di Makkah dan kali keduanya pada tahun 905H di Ahmadabad, India. Kali yang ketiganya ialah di Barhli, India pada tahun 905H.


                  Menurut Syeikh Muhammad Al-Barzanji, pengakuan Sayid Muhammad Jaunpur sebagai Al-Mahdi tersiar luas dan banyak penduduk yang menjadi pengikutnya. Selanjutnya beliau menerangkan, bahawa ulama-ulama dan orang-orang yang datang dari India menerangkan kepadanya bahawa para pengikut Sayid Muhammad Jaunpur amat kuat mempertahankan keyakinan mereka. Golongan mereka terkenal dengan nama Mahdawi dan para pengikutnya masih terdapat di India dan Pakistan sehingga hari ini. Selain itu golongan mereka jugs disebut sebagai Al-Qattaliyah.


                  Sesiapa yang menyalahkan pendirian mereka akan dibunuh walaupun Ia sedang berada di hadapan orang ramai. Golongan ini juga mempunyai kepercayaan lain yang dianggap bid’ah menurut Islam. Riwayat ini ada tersebut dalam kitab Al-Iza’ah Lima Kana WamaYakunu Baina Yadaihissa’ah karangan Sayid Muhammad Siddiq Hassan.


                  Ada keterangan yang menyebut bahawa Sayid Muhammad Jaunpur tidak pernah mengaku menyebarkan ajaran agama baru, tetapi apa yang didakwanya ialah dirinya sebagai Al-Mahdi yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menyemarakkan semula api keimanan yang semakin pudar di kalangan umat Islam. Di samping itu para pengkaji sejarah menyebut Sayid Muhammad Jaunpur sebagai orang yang pertama sekali melancarkan dakwah yang tulin di India tanpa sedikit pun terlibat dalam hal politik.


                Pada abad 13 hingga menjelang abad ke 14H, muncul seorang lelaki di India mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Lelaki tersebut ialah Mirza Ghulam Ahmad yang menjadi peng­asas agama Qadiani atau Ahmadiah. Mirza Ghulam Ahmad di samping mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi, juga mendakwa dirinya sebagai khatamul auliya’ (penutup wali-wali) sebagaimana Rasulullah SAW sebagai khatamul anbiya’.


               Mirza Ghulam Ahmad dikatakan lahir di Punjab, India pada tahun 1248H dan Ia telah mempelajari agama dari beberapa orang ulama ahIi sunnah dan juga ulama Syi’ah. Agama Qadiani yang dibawanya itu adalah atas perancangan pihak penjajah lnggeris untuk menyekat kebangkitan umat Islam di India. Di mana di antara ajaran yang terdapat di dalam agama Qadiani ialah memansukhkan persoalan jihad. Ia juga selalu menyebut-­nyebut kebaikan pihak penjajah Inggeris di dalam kitab-kitabnya yang banyak. Di antaranya ia mengatakan. “Maka mulailah aku menolong kerajaan Inggeris itu dengan penaku dan tanganku dan adalah Allah SWT sentiasa menolong aku dan aku berjanji kepada Allah dari masa itu, bahawa tiap-tiap kitab besar yang akan ku karang, tentu aku sebut kebaikan dan budi Maharani India yang wajib kaum Muslimin mengucapkau terima kasih. (tersebut dalam Nurul Haq karangan Mirza Ghulam Ahmad m.s 26)


Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi pada tahun 1307H. Oleh kerana dia bukan keturunan Rasulullah SAW, Ialu ia pun mendakwa bahawa AI-Mahdi itu bukannya drp keturunan Quraisy. Ia menyebut bahawa kemunculan Al-Mahdi itu lebih kurang 14 abad selepas kelahiran Rasulullah SAWkononnya sama seperti munculnya Nabi Isa AS 14 abad selepas kemunculan Nabi Musa AS.


                Beliau mati pada tahun 1326 Hijrah, tetapi segala ajaran-ajaran sesat yang dibawanya sehingga ke hari ini masih tersebar secara meluas di seluruh dunia. Hampir seluruh para ulama Islam menghukumkan bahawa para pengikut agama Qadiani adalah kafir dan terkeluar drp agama Islam.


                     Di Sudan, pemberontakan menentang penjajah lnggeris diketuai oleh seorang ulama bernama Muhammad Ahmad AI-Mahdi. Pemberontakan itu dikenali sebagai pemberontakan Mahdiah mengambil sempena drp gelaran pemimpinnya yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi pada tahun 1881.


                  Muhammad Ahmad Al-Mahdi adalah seorang yang soleh dan wara’ dan ia hidup sebagai seorang sufi. Ia sendiri adalah pemimpin tariqat Samaniyah yang terkenal serta mempunyai banyak pengikut yang sanggup berjuang bersama-samanya. Ia menggelarkan para pengikutnya sebagai kaum Ansar. Para pengikutnya rnemakai jubah yang bertampal-tampal sebagai lambang kemiskinan dan persamaan taraf di kalangan mereka. Gerakan ini dikenali juga sebagai tariqat Mahdiah sehingga kini masih tersebar luas dan mempunyai ramai pengikut-pengikutnya Sudan.


                Dalam serangannya terhadap penjajah Inggeris, Muhammad Ahmad Al-Mahdi serta pengikut-pengikutnya menyeberang sungai Nil untuk menyerang Khortoum. Mereka menyerang sejam sebelum masuk waktu Subuh. Beberapa jam kemudian pihak Inggeris dapat dikalahkan dan Jeneral Inggeris di Sudan, Jeneral George Gordon dibunuh dengan satu tikaman lembing di atas tangga kediamannya. Empat hari selepas itu, Muhammad Ahmad Al-Mahdi memasuki bandar Khortoum dan menjadi imam Jumaat di masjid di situ.


                Setengah pihak berpendapat bahawa dakwaan Muhammad Ahmad Al-Mahdi sebagai Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu adalah untuk mendapatkan lebih banyak sokongan drp kalangan rakyat untuk menentang penjajah Inggeris.


            Di Afrika Utara pula, pada tahun 800H di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Yaakob, seorang Ielaki drp kalangan ahli tasawuf dikenali sebagai Tuwaizuri telah mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Ramai penduduk Morocco menjadi pengikut-pengikutnya dan ini amat rnembimbangkan pihak kerajaan. Apabila gerakan dan pengaruhnya semakin meluas, para pemimpin kaum merasa bimbang mengenai kedudukan mereka lantas merancang pembunuhan ke atasnya. Dengan kematiannya, gerakannya turut lumpuh dan musnah.


               Pada tahun 790-an Hijrah, seorang lelaki bernama Al-Abbas telah muncul dan mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi dengan mempunyai ramai pengikut. Ia serta pengikut-pengikutnya telah melancarkan serangan ke atas bandar Fez di Morocco dan membakar gudang-gudang perniagaan. Tetapi dia kemudiannya telah dibunuh dan gerakannya dapat dipatahkan.


             Golongan Qaramithah yang sesat juga mendakwa pemimpin mereka sebagai Al-Mahdi. Qaramithah merupakan satu gerakan kebatinan rahsia beragama Majusi menyamar ke dalam Islam dan termasuk cabang drp Syi’ah Ismailliyah. Salah seorang di antara pemimpin mereka yang terkemuka ialah Hamdan Qaramith.


 Gerakan ini mula lahirdi Kufah pada tahun 278H di zaman pemerintahan khalifah Al-Mu’tamid. Tujuan utama ianya diwujudkan adalah untuk menghancurkan Islam dan ajaran ajarannya banyak yang ternyata menyeleweng drp Islam. Ayat­-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Rasulullah SAW sengaja ditafsir sewenang-wenangnya untuk kepenting­an hawa nafsu mereka sendiri.


                  Pada tahun 317H seorang leIaki drp golongan Qaramithah bernama Abu Thahir AI-Janabi telah datang ke Makkah bersama-sama 900 orang pengikutnya kononnya untuk menunai fardhu haji. Tetapi apabila tiba di Makkah, mereka telah menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan pertumpahan darah. Di sini Abu Thahir Al-Janabi mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi yang disebut oleh Rasulullah SAW. Ia berserta para pengikutnya menceroboh masuk ke Baitul Haram, merobohkan pintu Ka’bah, menurunkan Hajar Aswad, melucutkan kain yang menudungi Ka’bah dan menguasai kota’ Makkah selama enam hari dengan melakukan berbagai kezaliman. Seramai 30,000 orang jemaah haji dan penduduk Makkah terbunuh dalam peristiwa tersebut.


 Selepas itu, Abu Thahir Al-Janabi serta pengikut-pengikutnya meninggalkan kota Makkah dengan membawa Hajar Aswad, pintu Kaa’bah, kain selubung Ka’bah dsb. Dalam perjalanan pulang, mereka telah diserang hendap oleh suku Huzail di kawasan pergunungan. Tetapi Abu Thahir Al-Janabi berjaya melepaskan diri bersama harta rampasan yang lain, Hajar Aswad yang dirampasnya itu diletakkan di Ka’bah baru yang dibinanya sendiri untuk kegunaan golongan Qaramithah di Quthaif. Tetapi selepas kematian Abu Thahir Al-Janabi, Hajar Aswad telah dikembalikan semula ke Ka’bah yang asal.


                Golongan Syiah Al-Imamiah mengatakan bahawa Al-Mahdi itu ialah Muhammad bin Hassan AI-Askari keturunan Zainal Abidin anak Hussin bin Ali. Dikatakan bahawa beliau   pada suatu hari masuk ke dalam gua di bawah rumahnya bersama-sama ibunya di Samira’. Menurut keyakinan mereka, Muhammad bin Hassan Al-Askari adalah Al-Mahdi Muntadzar. Sementara itu golongan Syi’ah Kaisaniyah pula menganggap Muhammad bin Hanafiah sebagai Al-Mahdi.