Saturday, April 23, 2016

Fasa pemerintahan umat Islam

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa umat Islam akan melalui 5 fasa pemerintahan sepanjang zaman. Bermula dengan pemerintahan zaman kenabian iaitu zaman Rasulullah SAW sendiri, zaman Khulafa' Ar-Rasyidin, zaman kerajaan berdasarkan dinasti atau monarki, zaman pemerintahan pemimpin yang zalim dan zaman pemerintahan mengikut pemerintahan zaman nabi, kemudian akan berlakulah kiamat.


 تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكاً عاضاً، فيكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم يكون ملكاً جبرياً، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة ، ثم سكت. رواه أحمد


“Akan datang kepada  kalian masa kenabian, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa Kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah; dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa raja menggigit (raja yang dzalim), dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa raja diktator (pemaksa); dan atas kehendak Allah masa itu akan datang; lalu Allah akan menghapusnya jika berkehendak menghapusnya. Kemudian, datanglah masa Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian). Setelah itu, Beliau diam”. [HR. Imam Ahmad]
Hadis diatas diriwayatkan Ahmad, 4/273, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 5)


1. Zaman Pemerintahan Rasulullh SAW.


Zaman ini telah berlalu iaitu selama 10 tahun di Madinah al-Muawwarah. Pada zaman tersebut, umat Islam telah diperintah Rasulullah SAW sendiri, secara Islam dan mengamalkan hukum Islam dalam sistem pemerintahannya.


2. Zaman Pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin


Zaman pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin selama 30 tahun. Saidina Abu Bakar As-Siddiq 2 tahun, Umar al-Khattab (10 tahun), Uthman bin Affan (12 tahun) dan Ali bin Abu Thalib (6 tahun).


Pada zaman ini, khaliafah dipilih melaui sistem Syura dan menjalankan hukum dan pemerintahan Islam.


الخلافة ثلاثون عاماً ثم يكون بعد ذلك الملك، قال سفينة: أمسك؛ خلافة أبي بكر سنتين ، وخلافة عمر عشر سنين، وخلافة عثمان اثنتي عشرة سنة وخلافة علي ست سنين" رواه أحمد (حديث 21919) وأبو داود (4647)، والترمذي (2226) وابن حبان (6943) وغيرهم، وقال الترمذي : هذا حديث حسن


3. Zaman Pemerintahan Kerajaan yang mengigit


Kemudian, tibalah zaman pemerintahan kerajaan yang mengigit. Menurut ulama' maksud mengigit ini ialah mereka tidak mahu melepaskan kuasa pemerintahan, terus mahu memegang tampuk pemerintahan lalu diserahkan kepada keluarga mereka masing-masing atau dengan bahasa mudahnya dinamakan Dinasti @ Monarki.


Zaman ini dimulai oleh Muawwwiyah bin Suffian yang telah mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah. Apabila beliau hampir mati, maka tampuk pemerintahan diserahkan kepada anaknya, Yazid bin Muawwiyah dan seterusnya kepada digilir-gilir di kalangan ahli keluarga mereka sahaja tanpa menggunakan sistem Syura.


Kerajaan Bani Umaiyah 661 masihi sehingga tahun 750 masihi (89 tahun)

umaiyah



Khalifah di Cordoba (755 - 1492 @ 737 tahun)


Di antara khalifah di Cardova...

spain


Khalifah Abbasiyyah Baghdad ((750-1517  767 tahun))


abasiyyah


Kerajaan Uthmaniah (1299 - 1924  625 tahun )

Kerajaan ini berpusat di Turki.

ottoman


4. Zaman Pemerintahan kerajaan diktator/otokrasi

  Zaman ini di mana kita berada sekarang, kezaliman, kejahatan dan tipu muslihat berleluasa. 

5. Zaman Pemerntahan berdasarkan pemerinthan nabi

Zaman ini adalah fasa yang terakhir, bermula dengan pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa dan berakhir dengan kewafatan kedua-dua tokoh tersebut.


Suasana pada zaman tersebut adalah sangat berkat, binatang buas boleh berkawan dengan kambing, zakat tidak dapat diagihkan kerana tiada seorangpun yang mahu menerimanya kerana semuanya sudah kaya raya, tiada kemungkaran, tiada pertelinggahan di antara 2 org, tumbuhan subur sehinggakan sekelompok manusia kekenyangan makan hanya sebiji delima dan kulitnya boleh dibuat payung... betapa besarnya delima tersebut !!! Itulah bumi yang berkat.. 


Kemudian semua orang beriman akan dimatikan oleh Allah dengan datangnya angin nyaman dari Yaman. Hanya tinggal orang kafir sahaja di muka bumi ini. Kemudian terjadilah kiamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment