Thursday, July 14, 2016

Bau Syurga - dapat dihidu dari jarak 40 tahun perjalanan


 "Golongan yang dapat mencium bau syurga sudah pasti adalah ahli syurga, sementara gologan yang diharamkan mencium bau syurga adalah ahli neraka"



عن أنس رضي الله عنه قال: لم يشهد عمي مع رسول الله صلى الله عليه وسلم بدرا قال: فشق عليه قال: أول مشهد شهده رسول الله صلى الله عليه وسلم غبت عنه, فإن أراني الله مشهداً فيما بعد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ليرين الله ما أصنع قال: فهاب أن يقول غيرها. قال: فشهد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم أحد قال: فاستقبل سعد بن معاذ فقال له أين؟ فقال: واها لريح الجنة أجده دون أحد قال: فقاتلهم حتى قتل قال: فوجد في جسده بضع وثمانون من بين ضربة، وطعنة، ورمية فقالت أخته: عمتي الربيع بنت النضر: فما عرفت أخي إلا ببنانه، ونزلت هذه الآية مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ [الأحزاب: 23]قال: فكانوا يرون أنها نزلت فيه، وفي أصحابه


Dari Anas bin Malik RA berkata bahawa bapa saudaraku  (Anas bin Nadhr) amat menyesal kerana tidak bersama Rasulullah SAW ketika perang Badar. Beliau berkata: Jika Allah memberikan aku kesempatan berperang bersama Rasulullah SAW aku akan menunujukkan kesungguhanku". Beliau turut serta Rasulullah SAW dalam perang Uhud. Ketika perang Uhud berlangsung, beliau telah berjumpa dengan Saad bin Muaz  lalu berkata ; "Ke mana engkau hendak pergi wahai Saad ? Sesungguhnya aku dapat mencium bau syurga dari arah Uhud" lalu dia menyerbu ke arah musuh sehingga dia syahid. Anas bin Malik berkata  : Seluruh tubuhnya terdapat 80 luka kerana tetakan pedang dan tusukan anak panah. Berkata saudara perempuannya Ar-Rabi' binti Nadhr, jenazah beliau hampir tidak dikenali melainkan melainkan salah satu dari jari-jarinya. lalu turunlah ayat al-Quran ayat 23 Surah Al-Ahzab. Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Turmizi.


Dalam kitab Fathul Bari (Syarah hadis Bukhari) Imam Ibnu Hajar memetik kata-kata Ibnu Arabi : "Bau wangi Syurga bukan didapati melalui pancaindera biologi  atau kebiasaan pancaindera manusia, tetapi wangian itu hanya dapat dihidu oleh pancaindera khas yang diciptakan oleh SWT. Kadangkala wangian syurga dapat dihidu oleh orang yang diizinkan oleh Allah SWT  dari jarak 70 tahun dan ada juga dari jarak 500 tahun perjalanan "


Tambah Ibnu Hajar lagi, sesiapa yang dapat menghidu bau syurga  dari jarak yang lebih jauh, itulah petanda bahawa darjatnya lebih tinggi. Bagi menjelaskan kisah Anas bin Nadhr dalam hadis di atas, Ibnu Hajar berkata : "Kerana kerinduanya kepada syurga, seolah-olah dia memiliki kemampuan yang memungkinkan dirinya dapat menghidu bau syurga ketika masih di dunia."


Jadi, mungkin itulah sebabnya para syuhada' spt Anas bin Nadhr dapat menghidu bau syurga sejak di dunia lagi kerana darjat syuhada' sangat tinggi di sisi Allah SWT. Mereka juga sangat merindukan syurga. Maka tidak mustahil mereka dapat menghidu bau syurga sesaat sebelum kematian sebagai penghormatan kepada mereka.


Jarak Bau Syurga.


Jarak bau Syurga yang boleh dihidu oleh manusia berdasarkan hadis Rasulullah SAW adalah berbeza-beza, mungkin berdasarkan kepada darjat manusia itu sendiri. Ada  hadis yang menyebut sehingga jarak perjalanan 40 tahun, 70 tahun hinga 500 tahun.


عن عبد الله بن عمرو، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((من قتل قتيلاً من أهل الذمة لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها ليوجد في مسيرة مائة عام)) . وأخرجه البخاري في صحيحه بلفظ: ((ليوجد من مسيرة أربعين عاماً))


Dari Abdullah bin Amru dari Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang membunuh seorang zimmi (tanpa sebab  yang dibenarkan syarak) tidak akan mencium bau syurga sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak 100 tahun perjalanan. Hadis Riwayat at-Thabarani. Dan diriwayatkan oleh Bukhari dengan  lafaz dari jarak 40 tahun perjalanan.


وأخرج (أبو نعيم) عن أبي هريرة مرفوعاً: ((رائحة الجنة توجد من مسيرة خمسمائة عام)) .


Dari Abu Hurairah RA : Bau syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan. Diriwayatkan oleh Abu Naim.



 Golongan yang dapat menghidu Bau Syurga.


1. Para syuhuda' seperti yang telah dijelaskan oleh hadis kisah Anas bib Nadhr di atas.


2. Golongan Muqarrabin


Berdasarkan ayat al-Quran ayat 88-89 Surah al-Waqiah


فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88) فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ (89)


Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ", Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, wangian, dan Syurga kenikmatan. 


Menurut Abu Hassan al-Basri, Imam al-Juni dan lain-lain ulama' sepertimana yang telah dijelaskan oleh as-Sayuti dalam kitabnya Tasir ad-Durur al-Manthur bahawa Tidak dicabut nyawa seorang muqarrabin, melainkan didatangkan kepadanya sekuntum bunga dari syurga. Beliau  menciumnya dan pada ketika itu nyawanya dicabut.


Golongan yang diharamkan mencium bau Syurga


Kalau kita teliti hadis di atas, betapa jauhnya jarak yang boleh dicium bau syurga berdasarkan tingginya darjat seseorang sehingga 500 tahun perjalanan. Namun, terdapat juga golongan tidak dapat mencium bau syurga tersebut walaupun bau syurga itu jaraknya sedemikian rupa. Ini menunjukkan bahawa orang tersebut teramat rendah darjatnya di sisi Allah SWT kerana dosa mereka. Sebenarnya mereka lebih hina daripada haiwan di sisi Allah SWT.


Golongan tersebut adalah :


1.  Perempuan yang mendedahkan auratnya


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ، رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ، وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا رواه مسلم و أحمد


“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) 


2. Orang yang mengkhianati perjanjian damai di antara orang Islam dan bukan Islam (kafir zimmi)


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الجَنَّةِ، وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا»رواه البخاري و ابن ماجة


Dari Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW telah bersabda “Sesiapa yang membunh kafir zimmi tidak akan dapat mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium dari jaraka 40 tahun perjalanan ” Hadis riwayat Bukhari dan Ibnu Majah.


3. Penuntut ilmu agama yang tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah sebaliknya untuk meraih kemasyuran dunia dan harta dunia.


مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ، لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا، لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ  رواه أ ماجه   وأبو داؤد و أحمد


“Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu (belajar agama) yang seharusnya diharap adalah wajah Allah, tetapi ia mempelajarinya hanyalah untuk mencari harta benda dunia, maka dia tidak akan mendapatkan wangi surga di hari kiamat.” (HR. Abu Daud no. 3664, Ibnu Majah no. 252 dan Ahmad 2: 338. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

No comments:

Post a Comment