Nama Makkah
Makkah mempunyai byk nama, ada yang menyatakan ia mempunyai lebih drp 30 nama.
Di antara namanya yang paling masyhur ialah ;
1. Makkah
2. Bakkah
3. Ummul Qura
4. Al-Balad al-Amin
وَهُوَ الَّذِي كَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ عَنْهُمْ بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنْ بَعْدِ أَنْ أَظْفَرَكُمْ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً (الفتح:24)
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدىً لِلْعَالَمِينَ) (آل عمران:96)
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ، وَطُورِ سِينِينَ، وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ (التين:1-3)
وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَهُمْ عَلَى صَلاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (الأنعام:92)
وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآناً عَرَبِيّاً لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ (الشورى:7)
Nama-nama lain yang disebut dalam al-Quran
1. al-Balad
2. al-Baldah
3. al-Qaryah
4. al-Baitul 'Atiq
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آَمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ (ابراهيم : 35)
إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ (النمل :91 )
وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ (الأنكبوت : 31)
إِلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ (الحج : 33)
Sempadan Tanah Haram Makkah
- Dari arah Madinah : lebih kurang 3 batu. Berada dlm kws Bani Nifar atau Masjid Aisyah.
- Dari arah Yaman : lebih kurang 7 batu.
3. Dari arah Iraq : lebih kurang 7 batu. Berdekatan dgn Bukit al-Munqata' atau Bukit al-Muqta'. - Dari arah Taif :
- Dari arah Ji'ranah : lebih kurang 9 batu.
- Dari arah Jeddah : lebih kurang 10 batu.
- Dari arah Batni 'Uranah : lebih kurang 11 batu.
Perbezaan Tanah Haram Makkah (THM) dgn kawasan lain (Tanah Halal)
- Seseorang tidak patut memasuki Tanah Haram Makkah melainkan dengan niat ihram (Wajib). Sementara ulama mazhab Syafie berpendapat, niat ihram ketika memasuki THM adalah sunat.
- Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.
- Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia dlm THM ini adalah HARAM dipotong/ditebang kecuali pokok al-Izkhir.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَامٌ حَرَّمَهُ اللَّهُ لَمْ يَحِلَّ فِيهِ الْقَتْلُ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُحِلَّ لِي سَاعَةً فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِبُيُوتِهِمْ وَلِقَيْنِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَ
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda, Ini adalah negeri yang Allah haramkan sejak dijadikan langit dan bumi. Ia telah menjadi haran dengan hukuman Allah SWT sehingga hari qiamat. Ia tidak boleh dipotong durinya, tidak boleh diganggu buruannya, tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal tanpa tuan di dalam kawasannya kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya dan tidak boleh dicabut rumpunya yang hijau. Maka kata al-Abbas, Ya Rasulullah SAW, adakah dikecualikan al-Izkhir. Isa digunakan dalam pekerjaan dan juga untuk rumah mereka, maka jawab Rasulullah SAW, dikecualikan al-Izkhir. Hadis Riwayat Ahmad, lihat juga hadis riwayat Bukhari dgn lafaz yang berbeza.
Walau bagaimanapun, memotong sebarang pokok yang ditanam oleh manusia spt pokok kurma, delima, gandum dsb atau memotong rumput yang telah mati, tidak menjadi satu kesalahan. Begitu juga perbuatan membunuh gagak, ular, tikus, anjing garang atau mana-mana binatang yang tidak termasuk dalam jenis binatang buruan, tidak menjadi kesalahan.
- Tanah serta anak batu dari THM adalah tidak dibenarkan dibawa keluar. Sementara ulama Hanafi berkata ia adalah harus dan tidak mengapa...
- Jamhur ulama' menetapkan bahawa orang kafir tidak dibenarkan memasuki THM, sama ada utk menetap atau utk lalu shj. Abu Hanifah pula mengharuskannya selagi mereka tidak bermastautin.
- Sesuatu benda yang tercicir dan tidak diketahui siapa tuannya di THM, adalah haram diambil utk dimiliki. Ia hanya halal utk diambil oleh org yang mahu mengiklankannya sahaja.
وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمُعَرِّفٍ
Barang tercicir (Luqathah) di sana (THM) tidak boleh diambil kecuali oleh orang yang mahu mengiklankannya. Hadis riwayat Bukhari. Lihat juga hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.
- Mereka yang melakukan pembunuhan di THM dikenakan diyat yang lebih berat.
Menurut Imam Ahmad ialah tambahan drp bilangan diyat dgn kadar 1/3 drp diyat yang asal.
- Haram mengembumikan org Kafir di THM atau mengali kuburnya.
Keistimewaan bumi Makkah
وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللَّهِ وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ مِنْكِ مَا خَرَجْتُ
Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah SWT, dan kws bumiNya yang paling Allah sayangi. Kalaulah bukan kerana dipaksa keluar, maka aku tidak akan meninggalkan engkau. Hadis riwayat Turmizi. Lihat juga hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍوَمُنَافِقٍ
Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ
Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah. Hadis riwayat Muslim.
Masjidil Haram dan sekitarnya
- Kelebihan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 1,000 solat di Masjid Nabawi atau lebih baik drp 100, 000 solat di tempat lain
عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ
Dari Jabir , Rasulullah SAW telah bersabda ; Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 100,000 solat drp tempat lain. Hadis riwayat Ahmad
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ مِنْ الْمَسَاجِدِ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ صَلَاةٍ فِي هَذَا
.Dari Abdullah bin Az-Zubair, Rasulullah SAW telah bersabda ; Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1,000 solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 100 solat di masjid ini (Masjid Nabawi).Hadis riwayat Ahmad
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Hajarul Aswad dari Syurga. Hadis riwayat an-Nasaie
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنْ الثَّلْجِ حَتَّى سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Hajarul Aswad dari Syurga. Warnanya putih, lebih putih drp salji, sehinggalah bertukar menjadi hitam kerana dosa-dosa org yang syirik. Hadis riwayat Ahmad
مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَه
Air zamzam mengikut niat org yang meminumnya. Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
No comments:
Post a Comment