Friday, April 15, 2016

Cara Pengubatan Rasulullah SAW


LUKA


Kisah tentang cara pengubatan luka Rasulullah SAW yang diperolehi baginda semasa perang Uhud.


عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ لَمَّا كُسِرَتْ عَلَى رَأْسِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَيْضَةُ وَأُدْمِيَ وَجْهُهُ وَكُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ وَكَانَ عَلِيٌّ يَخْتَلِفُ بِالْمَاءِ فِي الْمِجَنِّ وَجَاءَتْ فَاطِمَةُ تَغْسِلُ عَنْ وَجْهِهِ الدَّمَ فَلَمَّا رَأَتْ فَاطِمَةُ عَلَيْهَا السَّلَام الدَّمَ يَزِيدُ عَلَى الْمَاءِ كَثْرَةً عَمَدَتْ إِلَى حَصِيرٍ فَأَحْرَقَتْهَا وَأَلْصَقَتْهَا عَلَى جُرْحِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَقَأَ الدَّمُ


Dari Abu Hazim, bahawa Sahal bin Saad berkata : “Apabila muka Nabi luka, dua gigi depannya pecah dan topi penutup kepalanya hancur. Fatimah, puteri Rasulullah SAW yg membasuh luka itu dan Ali bin Abu Thalib menaburkan mijan (sejenis tumbuhan yg berfungsi spt bius). Ketika Fatimah melihat darah yg keluar masih tetap banyak, ia mengambil tikar hashir (tikar yg dibuat drp sejenis pohon bahan baku kertas di Mesir - papyrus) lalu membakarnya menjadi abu. Lalu abu tadi ditempelkan ke luka tadi, setelah itu luka tersebut tidak mengeluarkan darah lagi. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
 


Menurut pengarang kitab “al-Qanun” al-Baradi (sejenis pohon papyrus di Mesir) berkhasiat untuk mencegah keluarnya darah luka dan jika ditaburkan ke atas luka, dagingnya akan segera sembuh. Org Mesir sejak dahulukala menjadikannya sebagai kertas. Abunya sangat baik utk menghentikan pendarahan dan mencegah agar luka tidak semakin membesar kerana ia akan mengeringkankannya.


Rasulullah SAW telah mengajar cara mengubati luka seperti berikut ;
 


عَنْ عَائِشَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى الْإِنْسَانُ الشَّيْءَ مِنْهُ أَوْ كَانَتْ بِهِ قَرْحَةٌ أَوْ جُرْحٌ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِإِصْبَعِهِ هَكَذَا وَوَضَعَ سُفْيَانُ سَبَّابَتَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ رَفَعَهَا بِاسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى بِهِ سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا


Dari Asyah RA ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika seseorang terluka, mempunyai kudis @ luka : maka baginda berbuat dengan jarinya begini - lalu Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya - dan Rasulullah SAW mengucapkan : “Dengan nama Allah pemilik bumi kita, dengan rasa kasih sayang sebahagian kita, semoga sembuhlah penyakit kita dengan izin Allah”. Hadis riwayat  Muslim.


Hadis ini menerangkan cara pengubatan luka yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dengan menggunakan jari telunjuk yang digoreskan ke tanah, lalu disapukan ke tempat yang terluka dan disertai dengan doa, pasti keberkatannya mampu mengubati sesuatu. Tambahan pula, ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Nampak mudah, sesiapapun mampu melakukannya. Apa yang penting adalah keikhlasan dan keyakinan hati kepada Allah SWT. Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal, hanya Allah penentu sesuatu….


# Amalan sendiri
Apa yg selalu saya amalkan utk memberhentikan pendarahan ialah dengan mengulum ibu jari kanan sambil membaca ayat ke 14 Surah as-Syam, kemudian tonyehkan ke tempat luka tersebut. Alhamdulillah setakat ini berjaya dengan pertolongan Allah… 


Sakit kepala


Bahawa Rasulullah SAW apabila sakit kepala baginda akan melumuri kepalanya dengan daun inai dan mengatakan; Sesunguhnya daun inai ini bermanfaat untuk menyembuhkan sakit kepala.. Insya Allah. Hadis riwayat Ibnu Majah.


Di antara sebab sakit kepala adalah ;


Cara penyembuhan penyakit ini ada beberapa jenis. Ada yang dapat disembuhkan dengan muntah, makan, rehat, menaikkan suhu badan, menjauhkan bunyi bising dsb.


Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata tidak pernah seorangpun yang mengadu sakit kepala kepada beliau kecuali beliau berkata : Berbekamlah ! Dan tidak seorangpun yang mengadu sakit kedua kakinya kepada baginda kecuali beliau berkata : Balutlah/lumurilah dengan inai”.Hadis riwayat Abu Daud.
 


 Bisul
 


عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَتْ دَخَلَ عَلَيّ رَسُولُ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَقَدْ خَرَجَ فِي أُصْبُعِي بَثْرَةٌ فَقَالَ " عِنْدَكِ ذَرِيرَةٌ ؟ قُلْت : نَعَمْ . قَالَ " ضَعِيهَا عَلَيْهَا " وَقُولِي : اللّهُمّ مُصَغّرَ الْكَبِيرِ وَمُكَبّرَ الصّغِيرِ صَغّرْ مَا بِي


Dari salah seorang isteri Nabi SAW, dia berkata : “Rasulullah SAW telah mengiliriku, pada jariku terdapat bisul, maka baginda berkata: “Engkau ada Dzazirah ?” Saya menjawab ; “Ya” Nabi berkata : “Letakkan pada bisul itu”. Seterusnya baginda berkata : “Dan ucapkanlah : Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar, dan membesarkan segala yang kecil. Kecilkanlah apa yang ada padaku”. Hadis ini telah ditarjihkan oleh al-Hakim.


# Dzazirah ialah sejenis pohon yang asalnya tumbuh di India.
 


Penyakit Sukar Tidur


Diriwaytkan oleh Turmizi dan Thabarani, dari hadith daripada Buraidah, ia berkata : Khalid al-Walid telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritanya, ia berkata : "Ya Rasululah SAW, saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana insomania. Maka Nabi SAW  berkata kepadanya ; Jika engkau hendak tidur, maka ucapkanlah terlebih dahulu doa ini ;
 


رَوَى التِّرْمِذِيُّ وَالطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ بُرَيْدَةَ بْنِ الْحُصَيْبِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ { شَكَا خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ الْمَخْزُومِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَنَامُ اللَّيْلَ مِنْ الْأَرَقِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا أَوَيْت إلَى فِرَاشِك فَقُلْ اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظَلَّتْ ، وَرَبَّ الْأَرَضِينَ وَمَا أَقَلَّتْ ، وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضَلَّتْ ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّ خَلْقِك كُلِّهِمْ جَمِيعًا أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَبْغِيَ عَلَيَّ ، عَزَّ جَارُك ، وَجَلَّ ثَنَاؤُك ، وَلَا إلَهَ غَيْرُك ، أَوْ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ }


Ya Allah, Tuhan Tujuh Petala langit, Tuhan Sekelian Alam, dan Tuhan Syaitan-syaitan. Jadilah bagiku sebgai pelindung dari kejahatan makhlukMu semuanya, seandainya salah seorang dari mereka hendak berbuat kekasaran atau anaiya ke atasku, maka kuatlah pertolonganMu dan Maha Agunglah PujianMu, serta tidak ada Tuhan selainMu.


Diriwayatkan  dari Abu Daud, hadith dari Amru bin Shu'aib dari bapanya dan neneknya, bahawasanya Rasulullah SAW mengajar kepada mereka kalimah-kalimah yang perlu dibaca apabila rasa takut di waktu tidur, iaitu ;
 

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ


Aku berlindung dengan berkat kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan : Dan aku berlindung kepada Engkau Ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku. Hadis riwayat Abu Daud.

No comments:

Post a Comment