Monday, April 18, 2016

Kedatangan Imam Mahdi

لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا


“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)


تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ


“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal,dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)


أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا


“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)


يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ


“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)


Hadis di atas menerangkan peristiwa kekacauan demi kekacauan yang berlaku apabila matinya seorang pemimpin. Di mana beberapa orang telah berebut jawatan tersebut... maka banyaklah terjadinya fitnah dsb.


Menurut pendapat ulama masa kini, pada satu hari beberapa ulama' dari Syria dan Irak (ada pendapat lain yang menyatakan beberapa ulama dari seluruh dunia) telah tergerak hatinya untuk ke Makkah bagi membaiat seorang lelaki sebagai Imam Mahdi tanpa memberitahu ulama lain. Para ulama ini tahu sifat dan ciri-ciri Imam Mahdi. Lalu mereka terserempak di Makkah dan masing-masing menceritakan tujuan kedatangan mereka. Tanpa disangka-sangka rupanya mereka mempunyai tujuan yang sama. Mereka telah berjumpa dengan lelaki tersebut dan ingin membaiahnya sebagai Imam Mahdi, tetapi lelaki tersebut enggan.. diapun kembali ke Madinah... lalu para ulama tadi menurutinya ke Madinah. Lelaki tersebut kembali semula ke Makkah dan para ulama turut kembali semula ke Makkah. Sampai di Makkah, para ulama tadi berjumpa semula dengan lelaki tadi dan memujuknya untuk dibaiah kerana Rasulullah SAW telah memberi tanggungjawab kepadanya untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana akhir zaman yang telah, sedang dan akan berlaku..


Akhirnya lelaki tadi (Muhammad bin Abdullah) bersetuju untuk dibaiah. Maka dipun dibaiah oleh para ulama tadi di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.


Berita tentang Baiah sebagai Imam Mahdi tadi tersebar dengan cepat. Lalu tentera Sufyani dari Syria dengan jumlah yang amat ramai segera bergerak ke Makkah untuk membunuh Imam Mahdi.  Apabila tentera ini sampai di satu tempat yang bernama al-Baida' mereka semuanya telah ditelan bumi kecuali beberapa orang sahaja yang sengaja Allah lepaskan untuk memberitahu orang lain tentang peristiwa tersebut.


Peristiwa ini merupakan satu bukti kukuh bahawa lelaki tersebut adalah Imam Mahdi yang sebenar. Beberapa orang yang telah mendakwa sebagai Imam Mahdi sejak berkurun-kurun sebelum ini, tetapi tidak seorangpun di kalangan mereka diserang oleh tentera dari Syria dan tidak pula ditelan bumi di tempat yang bernama al-Baida'. Ini menjelaskan bahawa dia adalah Imam Mahdi Palsu !!!


Seperkara lagi yang perlu diambil iktbar, menurut hadis di atas lelaki tadi dibaiah secara paksa oleh para ulama, malah dia engan dibaiah, bukannya dia sendiri yang mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Ini berlainan dengan Imam Mahdi palsu yang dirinya sendiri yang mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi...


فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ


“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)


 

No comments:

Post a Comment