Tuesday, April 12, 2016

Tempat-tempat Larangan Solat

 عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ فِي الْمَزْبَلَةِ وَالْمَجْزَرَةِ وَالْمَقْبَرَةِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَفِي الْحَمَّامِ وَفِي مَعَاطِنِ الْإِبِلِ وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW telah melarang drp melakukan solat di tujuh (7) tempat iaitu dalam tempat buangan sampah, di tempat sembelihan, di atas kubur, di tempat lalu lalang, dalam bilik mandi, di tempat rehat unta dan di atas Kaabah. Hadis riwayat oleh Ibnu Humaid dlm Masnadnya, Ibnu Majah dan At-Turmizi. Ada yg mengatakan sanadnya tidak berapa kuat kerana ada perawi yag daif (lihat Nil al-Autar Jld II m/s 138). 


Solat Dalam Bilik Air


Solat dalam bilik air hukumnya MAKRUH menurut Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali kerana bilik air adalah tempat tinggal syaitan dan tempat membuang najis serta tempat pendedahan aurat.


Solat di Gereja, Biara dan sebagainya


Mengikut Jamhur Ulama' hukumnya MAKRUH solat di tempat ibadah orang-orang kafir, sama ada ia masih digunakan atau telah terbiar kecuali darurat seperti takut kepada musuh, binatang buas, banjir dsb.


Hikmah larangan kerana tempat tersebut adalah tempat tinggal atau tumpuan syaitan kerana adanya patung-patung dan gambar-gambar serta pemujaan.


Solat atas kubur


Hukumnya MAKRUH kecuali Mazhab Maliki kerana mungkin bahagian bawahnya terdapat najis spt nanah, darah dsb.
Selain drp itu, ia juga merupakan amalan orang Yahudi seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW ;


Allah SWT melaknat kaum Yahudi, mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kuburku selepas matiku sebagai masjid.


Solat di tempat orang lalu lalang


MAKRUH di sisi ulamak Syafie dan Hanafi kerana ia merupakan laluan orang ramai yg tidak dapat dielakkan drp lalu lintas mereka. Dengan adanya orang yang lalu lalang, sudah tentu menyebabkan tidak khusuknya solat serta boleh juga menghalang orang ramai daripada lalu di situ. Begitu juga, tidak akan terlepas drp najis unta atau binatang.


Solat Atas Kaabah


MAKRUH kerana ;


1. Seolah-olah tidak menghormati Kaabah
2. Org yang solat tersebut, berada di atas Kaabah, bukannya mengadap KIBLAT.


Solat di tempat tambatan unta


MAKRUH menurut Hanafi dan Syafie. Kencing dan tahi unta adalah najis. Ia tentu akan membatalkan solat tersebut jika terkena najis tersebut di samping bau busuk yang menganggunya solat.Mungkin juga unta mempunyai sifat-sifat liar yang mungkin ia akan lari ketika dia solat lalu memaksanya memberhentikan solat, ataupun adanya gangguan drp unta itu yang menyebabkan dia leka dan tidak khusuk solat.


Walau bagaimanapun, solat di tempat tambatan kambing adalah dibolehkan (tidak makruh) sebagaimana hadis di bawah....


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلُّوا فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ وَلَا تُصَلُّوا فِي أَعْطَانِ الْإِبِلِ


Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solatlah kamu di tempat tambatan kambing, tetapi jangan lakukan di tempat tambatan unta. Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Turmizi. 

No comments:

Post a Comment