Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur’an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;
وَالَّذِي نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَنْشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا كَذَلِكَ تُخْرَجُونَ (11)
Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati ..Surah Zukhruf ; 11
Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu ‘kadar’. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.
Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur’an.
No comments:
Post a Comment