سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Ibnu Abbas berkata : “Ketika Allah SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa amat berat. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca‘SUBHANULLAH’, sebaik sahaja malaikat membacanya maka ia terasa ringan memikul Arsy dan mereka membaca selama-lamanya.
“Apabila Allah menjadikan Adam AS, yang mula-mula keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah mengilhamkan Adam membaca ALHAMDULILLAH, sebaik sahaja Adam membacanya, lalu Allah SWT menjawab : ‘YARHAMUKA RABBUKA’ (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau).
Kemudian malaikat berkata : “Inilah kalimah yang mulia dan baik, tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabungkan dengan perkataan pertama tadi dan mereka membaca : ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH’
Mereka membaca demikian sehinggalah Allah mengutuskan nabi Nuh AS disebabkan kaum nabi Nuh adalah kaum pertama yang menyembah berhala. Lalu Allah mewahyukan kepada nabi nuh supaya umatnya membaca : LAA ILLAHA ILLAH bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Lalu malaikat berkata : “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik dan tidak patut kami abaikan. Maka malaikatpun mengabungkannya dengan kalimah yang dua lalu menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH’
Para malaikat terus mengamalkan kalimah tersebut sehingga Allah SWT mengutuskan nabi Ibrahim AS. Allah yang telah memerintahkan nabi Ibrahim mengorbankan anaknya telah menukarkannya dengan seekor kambing menyebabkan Ibrahim merasa teramat gembira kerana anaknya, Ismail telah diselamatkan oleh Allah, lalu terkeluarlah dari mulutnya kalimah ALLAHU AKBAR.
Lalu para malaikat berkata : Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Lalu mereka mengabungkannya dengan kalimah-kalimah di atas menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR’
Kemudian malaikat Jibril menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah SAW, lalu baginda kagum dan terucaplah perkataan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM
Kemudian Jibril berkata : “Gabungkan kalimah yang empat itu menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM
No comments:
Post a Comment