Kaum Tsamud adalah satu kaum yang mmemiliki kelebihan luar biasa. Mereka telah memahat gunung-ganang yang berbatu menjadi rumah kediaman mereka yang cantik. Mereka tinggal di suatu dataran bernama " AlHijir " (الْحِجْر) terletak antara Hijaz dan Syam. Al-Hijr adalah nama lama bagi kws tersebut, nama yang diguna sekarang adalah Madain Salleh. Ia terletak lebih kurang 22 KM di timur laut Madnah al-Munawwarah.
Tetapi malangnya, mereka menyembah berhala. Lalu Allah mengutuskan nabi Salleh untuk menyeru kaumnya daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah Tuhan Yang Esa.
قَالُوا يَا صَالِحُ قَدْ كُنْتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَذَا أَتَنْهَانَا أَنْ نَعْبُدَ مَا يَعْبُدُ آَبَاؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِي شَكٍّ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ مُرِيبٍ (62)
Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya. ayat 62 Surah Hud
Kaum Thamut, tidak beriman dengan nabi Salleh. Mereka tetap menyembah berhala peninggalan nenek moyang mereka. Sebaliknya mereka mengejek nabi Salleh. Mereka telah mencabar nabi Salleh, sekiranya beliau benar-benar seorang rasul, supaya nabi Salleh mengeluarkan unta dari celah batuan tempat mereka berada sebagai bukti mukjizat seorang rasul.
Nabi Salleh pun berdoa meminta kepada Allah supaya dikeluarkan seekor unta betina dari celah batuan tersebut. Allah telah memakbulkan doa nabi Salleh. Maka keluarlah seekor unta yang sangat besar dari celah batuan itu. Alangkah terkejutnya kaum nabi Salleh. Mereka tidak menyangka permintaan mereka telah ditunaikan, bahkan sudah berada di depan mata. Nabi Salleh telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang Rasul. Tetapi, kaumnya tetap enggan beriman kepada Allah sebaliknya terus menyembah berhala.
Lalu nabi Salleh memberi peringatan kepada kaumnya, supaya unta itu tidak diganggu dan tidak disakiti. Jika tidak, pasti azab Allah akan tiba.
وَيَا قَوْمِ هَذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آَيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ قَرِيبٌ (64)
Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya. ayat 64 Surah Hud
Kemudian nabi Salleh telah menetapkan giliran minum di perigi untuk unta dan binatang ternak kaumnya. Satu hari untuk semua binatang ternakan kaumnya sementara hari yang berikut adalah untuk unta nabi Salleh, dan begitulah untuk hari-hari yang seterusnya. Pada hari binatang ternakan kaumnya, unta nabi Salleh tidak boleh minum di perigi tersebut, begitulah sebaliknya, apabila tiba giliran unta nabi Salleh, semua ternakan lain tidak boleh minum di perigi pada hari tersebut. Pada hari unta itu tidak minum di perigi, maka seluruh kaum nabi Salleh boleh memerah susu unta tersebut sepanjang hari dan susunya cukup untuk semua orang.
قَالَ هَذِهِ نَاقَةٌ لَهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَعْلُومٍ (155)
Nabi Soleh berkata: Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu. ayat 155 Surah as-Syu'ara'
وَنَبِّئْهُمْ أَنَّ الْمَاءَ قِسْمَةٌ بَيْنَهُمْ كُلُّ شِرْبٍ مُحْتَضَرٌ (28)
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya). ayat 28 Surah al-Qamar.
Memandangkan unta tersebut teramat besar, maka apabila selesai dia minum, air di perigi teramat jauh ke dasarnya. Ini menyukarkan penternak lain yang mempunyai banyak binatang seperti unta,lembu dan biri. Lama kelamaan, mereka merasakan bahawa kehadiran unta nabi Salleh itu menganggu mereka, lebih-lebih lagi apabila musim panas, air perigi amat sedikit dan amat menyukarkan mereka memberi minuman kpd ternakan mereka.
Lalu mereka bersepakat untuk membunuh unta tersebut. Menurut Ibnu Jarir dan beberapa ahli Tafsir sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Tafsir dalam kitabnya Qasas al-Anbiya' Li Ibni Kathir, terdapat 2 orang wanita di kalangan kaum Tsamut. Salah seorangnya bernama Saduqah binti Mahya (صدوقة ابنة المحيا بن زهير بن المختار) yang terkenal kerana kecantikan dan kekayaannya. Dia telah menawarkan dirinya untuk dinikahi kepada sepupunya yg bernama Musharra' bin Muharrij (مصرع بن مهرج) jika dia sanggup membunuh unta nabi Salleh. Seorang lagi wanita tua bernama Unaizah binti Ghanim (عنيزة بنت غنيم) yang mana suaminya adalah salah seorang drp pembesar kaum Thamut telah menawarkan mana-mana anak perempuannya untuk dinikahi kepada Qudar bin Salif (قدار بن سالف) jika dia berjaya membunuh unta tersebut. Jadi kedua-dua pemuda ini telah sanggup membunuh unta nabiSalleh kerana ganjaran yang telah dijanjikan memang sukar ditolak. Maka 2 pemuda tadi bergabung dengan 7 lagi pemuda lain, menjadi sembilan orang. Merekapun bersembunyi di suatu tempat di mana biasanya dilalui oleh unta dalam perjalanannya ke perigi tempat ianya minum. Maka mereka telah menyerang unta tersebut dan berjaya membunuhnya.
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (11) إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا (12) فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا (13) فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا (14)
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)! (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). ayat 11-14 Surah as-Syams
Setelah mendapat berita tentang kematian unta tersebut. Nabi Salleh telah memberi peringatan kepada mereka tentang janji dan azab Allah pasti akan datang dalam tempoh 3 hari. Bahkan kaumnya telah memperolok nabi Salleh dengan mencabarnya supaya datangkan azab tersebut, sekiranya beliau adalah seorang rasul.
فَعَقَرُوهَا فَقَالَ تَمَتَّعُوا فِي دَارِكُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ ذَلِكَ وَعْدٌ غَيْرُ مَكْذُوبٍ (65)
Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan. ayat 65 Surah Hud lihat tafsir Ibnu Katsir al-araf 73.
فَعَقَرُوا النَّاقَةَ وَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ وَقَالُوا يَا صَالِحُ ائْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ (77)
Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Saalih! Datangkanlah azab yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)". ayat 77 Surah al-'Araf.
Menurut riwayat, mereka telah membunuh unta tersebut pada hari Rabu. Esoknya, iaitu hari Khamis, wajah kesemua kaum Salleh yang kafir itu bertukar menjadi kuning. Tahulah mereka bahawa janji nabi Salleh adalah benar, lalu mereka sepakat untuk membunh nabi Salleh. 9 orang telah sepakat untuk membunuh nabi Salleh pada malam itu juga. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui rancangan jahat mereka tersebut. Allah SWT telah memberi pelindungan kepada rasulnya.. nabi Salleh. Apabila kumpulan pembunuh itu sampai berhampiran rumah nabi Salleh, tidak semena-mena Allah turunkan batu-batu yang memusnahkan mereka. Maka matilah kumpulan pembunuh itu dan terselamatlah Nabi Salleh.
وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ (48) قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (49) وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ (50) فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ (51)
Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun. Mereka berkata (sesama sendiri): Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya dan sesungguhnya kami adalah berkata benar.Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. ayat 48-51 Surah al-Naml
Pada hari kedua pula iaitu hari Jumaat, wajah mereka bertukar menjadi merah dan pada hari Sabtu iaitu hari yang ketiga, wajah mereka bertukar menjadi hitam. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa, hanya menanti azab yang dijanjikan oleh Allah berkunjung tiba.
Pada malam Ahad, Allah memerintahkan nabi Salleh dan org-org yang beriman meninggalkan kaumnya pergi ke Syam. Mereka tiba di Ramalah, Palestin.
Apabila munculnya hari Ahad, hari yang keempat, hari yang dijanjikan, maka turunlah azab Allah yang berupa petir dan hililintar yang amat dahsyat. Maka kesemua mereka (kecuali nabi Salleh dan org yang beriman) dihancurkan oleh Allah SWT. Mereka (kaum nabi Salleh yang kafir) telah ditelan bumi.
فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا صَالِحًا وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا وَمِنْ خِزْيِ يَوْمِئِذٍ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ (66) وَأَخَذَ الَّذِينَ ظَلَمُوا الصَّيْحَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دِيَارِهِمْ جَاثِمِينَ (67)
Maka ketika datang azab Kami, Kami selamatkan Soleh berserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. ayat 66-67 Surah Hud
وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْنَاهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَى عَلَى الْهُدَى فَأَخَذَتْهُمْ صَاعِقَةُ الْعَذَابِ الْهُونِ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (17)
Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayat petunjuk lantas mereka disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan. ayat 17 Surah Fushshilat.
وَفِي ثَمُودَ إِذْ قِيلَ لَهُمْ تَمَتَّعُوا حَتَّى حِينٍ (43) فَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ وَهُمْ يَنْظُرُونَ (44)
Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) ketika dikatakan kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)! Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya. ayat 43-44 Surah az-Zariyat.
Kebinasan kaum Thamud ini jelas kerana mereka melanggar perintah Allah. Allah telah musnahkan kesemua mereka kecuali seorang yang bernama Abu Righal (أَبُو رِغَالٍ) kerana beliau ketika itu berada di Tanah Haram Makkah ketika itu. Sebaik sahaja beliau keluar ke tanah halal, maka Allah telah kenakan azab yang serupa dengan kaumnya. Ini meunujukkan keistimewaan Tanah Haram Makkah....
عَنْ أَبِى الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ َمَّا مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِالْحِجْرِ قَالَ « لاَ تَسْأَلُوا الآيَاتِ وَقَدْ سَأَلَهَا قَوْمُ صَالِحٍ فَكَانَتْ تَرِدُ مِنْ هَذَا الْفَجِّ وَتَصْدُرُ مِنْ هَذَا الْفَجِّ فَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ فَعَقَرُوهَا فَكَانَتْ تَشْرَبُ مَاءَهُمْ يَوْماً وَيَشْرَبُونَ لَبَنَهَا يَوْماً فَعَقَرُوهَا فَأَخَذَتْهُمْ صَيْحَةٌ أَهْمَدَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَنْ تَحْتَ أَدِيمِ السَّمَاءِ مِنْهُمْ إِلاَّ رَجُلاً وَاحِداً كَانَ فِى حَرَمِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ». قِيلَ مَنْ هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « هُوَ أَبُو رِغَالٍ فَلَمَّا خَرَجَ مِنَ الْحَرَمِ أَصَابَهُ مَا أَصَابَ قَوْمَهُ »
Dari Ibnu Zubir, dari Jabir beliau berkata Rasulullah SAW telah lalu di Hijr lalu bersabda : Janganlah kamu meminta tanda-tanda (mukjizat nabi) kerana kaum Salleh (Thamut) telah meminta keluar dari celah batu ini, maka keluarlah (unta) dari celah batu. Mereka engkar arahan Allah, lalu menyembelih (unta tersebut). Unta tersebut telah minum air perigi mereka sehari dan mereka pula minum susu unta tersebut sehari. Mereka telah menyembelih unta tersebut, lalu Allah turunkan petir sehingga memusnhakan keseluruhan kaum tersebut kecuali seorang lelaki kerana dia berada di Tanah Haram (Maakkah). Para sahabat bertanya ; Siapakah dia ? Rasulullah SAW menjawab Abu Righal. Apabila dia kelaur dari Tanah Haram maka dia ditimpa musibah sama seperti kaumnya." Musnad Ahmad
.
Sekarang, kerajaan Arab Saudi telah membuka tempat tersebut untuk pelancong.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW
Ibnu Khatir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menutup kepala dan mempercepatkan kenderaannya ketika melalui perkampungan kaum Thamut. Beliau juga melarang para sahabatnya untuk masuk ke perkampungan tersebut kecuali dalam keadaan menangis.
No comments:
Post a Comment