Peristiwa Isra' dan Mikraj merupakan mukjizat Rasullulah SAW yang berlaku di malam hari ketika manusia sedang dibuai mimpi. Peristiwa yang sangat mengemparkan ini berlaku ketika Rasulullah SAW dalam keadaan sedih setelah kematian isterinya dan bapa saudara yang banyak membantu dan melindunginya dalam menyampaikan dakwah Islam.
Allah telah menjemput Rasulullah SAW mengadapnya secara langsuang di Sidratul Muntaha untuk menyampaikan sendiri perintah Solat kepada umat Muhammad SAW. Dalam pada itu, banyak pengajaran dan isu-isu yang tersurat di sebalik peristiwa ini.
Peristiwa Isra' Mikraj yang berlaku di zaman Jahiliyyah atau di awal perkembangan Islam ini, telah memberi ujian dan cabaran yang besar kepada Rasulullah SAW untuk menyakinkan seluruh manusia bahawa peristiwa tersebut benar-benar telah berlaku, bukan sekadar sebuah cerita yang enak didengar.
Sesungguhnya peristiwa ini memang sukar untuk dibuktikan melalui penyelidikan oleh para saintis sama ada pakar sains angkasa atau mana-mana pakar yang mempunyai kelengkapan yang paling canggih sekalipun....
No comments:
Post a Comment