1. Bersumpah atas nama Jin atau Syaitan
2. Sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah SWT, tetapi diniatkan kepada jin
tertentu
3. Melalui perkara-perkara yang rendah (menghina) seperti memijak al-Quran
4. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
5. Menulis ayat-ayat al-Quran secara terbalik
6. Mengagungkan bintang
7. Melalui telapak tangan
8. Melalui apa yang pernah dipakai oleh orang yang akan disihir
Kenali Tukang Sihir
- Biasanya tukang sihir akan membaca ayat al-Quran atau selawat atau Bismillah dengan suara lantang supaya didengar oleh pesakit. Lalu pesakit yakin bahawa dia mengubati dengan ayat al-Quran. Tetapi sebenarnya, dia menggunakan jampi yang memuja syaitan/jin dengan suara yang perlahan atau tidak kedengaran langsung.
- Meminta bantuan drp syaitan/jin dengan memanggil atau berdoa kepada mereka. Cara yang paling biasa digunakan ialah dengan membakar kemenyan dan menyeru syaitan/jin supaya datang.
- Meminta sesuatu yang pernah dipakai oleh pesakit sama ada bekas, baju dsb.
- Memberi/menulis azimat-azimat tertentu.
- Membaca jampi serapah yang tidak difahami.
- Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
- Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.
- Menyuruh peaskit membawa binatang tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT
No comments:
Post a Comment