Tuesday, February 16, 2016

Harta Pusaka

HARTA PUSAKA (Ringkasan)


Assalamualaikum wrt.

PERINGATAN.....Jika anda kurang faham, sila rujuk kepada orang yang pakar sahaja..........


Sabda Rasulullah SAW ;

" Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai  oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku..."


Tulisan ini adalah ringkasan daripada persoalan harta pusaka yang amat sukar dan sering menimbulkan pergaduhan dalam sesebuah keluarga. Ia adalah satu usaha ke arah memahami ilmu faraid yang mudah hilang dari ingtan manusia. Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua pembaca sekelian.


Wassalam.


# semua istilah-istilah yang digunakan spt bapa, saudara P, anak dsb adalah dinisbahkan kepada si mayat kecuali dinyatakan sebaliknya.





    • Syarat-Syarat Pewarisan







  • Hilang Kelayakan Menjadi Waris








  •  'Asabah Bil Ghairihi




  •  'Asabah Ma'a Ghairihi





 

Hak-Hak Ke Atas Harta


1. Hak-hak yang berkaitan dengan harta tersebut seperti nazar, gadaian dan sebagainya
2. Penyelengaraan mayat sehingga dikebumikan
3. Hutang puitang
4. Wasiat
5. Hak Pusaka


*Keutamaan mengikut susunan
 
 Kelayakan Menjadi Waris


    1) Nasab
    2) Perkahwinan yang sah


 Syarat-Syarat Pewarisan


    1) Kematian - matinya orang yang hartanya diwarisi
    2) Pewaris masih hidup
    3) Tiada halangan dari segi pewarisan


 Hilang Kelayakan Menjadi Waris


    1) Membunuh orang yang hartanya ingin diwarisi
    2) Berlainan agama termasuk murtad
    3) Perhambaan


 Ashabul Furud
 
Ashabul Furud ialah mereka yang berhak mendapat harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan iaitu 2/3, 1/2, 1/3, 1/4, 1/6 dan 1/8. Mereka terdiri daripada  :
 
    1) Anak Perempuan
    2) Ayah
    3) Emak
    4) Datuk
    5) Nenek
    6) Saudara P seibu sebapa
    7) Saudara P sebapa
    8) Saudara P seibu
    9) Saudara L seibu
    10) Suami
    11) Isteri


 


Pembahagian Harta Pusaka
 


a)  Anak Perempuan (P)


    1. 1/2 bila seorang sahaja
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
    3. Asabah (lebihan) bila bersama anak lelaki(L)
 


b) Cucu P dari anak L


    1. 1/2 bila seorang sahaja
    2. 1/6 bila seorang dan bersama seorang anak P
    3. 2/3 bila dua orang @ lebih
    4. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
    5. Mahjub (terhalang) bila ada 2 anak P
    6. Asabah (lebihan) bila ada anak L sebelah bapa
    7. Asabah (lebihan) bila ada cucu L walaupun ada 2 anak P
 


c) Saudara P Seibu-sebapa (I/B)


  1. 1/2 bila seorang sahaja
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
    3. Asabah (lebihan) bila ada anak P
    4. Asabah (lebihan) bila ada cucu dari anak L
    5. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (I/B)
    6. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
    7. Mahjub (terhalang) bila ada cucu dari anak L ke bawah
    8. Mahjub (terhalang) bila ada bapa
 


d) Saudara Perempuan Sebapa (B)


   1. 1/2 bila seorang sahaja
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
    3. 1/6 bila ada saudara P (I/B)
    4. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (B)
    5. Asabah (lebihan) bila ada anak P
    6. Asabah (lebihan) bila ada cucu P drp anak L
    7. Mahjub (terhalang) bila ada 2 orang saudara P (I/B)
    8. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
    9. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L
    10.Mahjub (terhalang) bila ada Bapa
    11.Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L
    12.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama anak P
    13.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama cucu P drp anak L
 


e) Saudara Perempuan Seibu (I)


  1. 1/6 bila seorang sahaja
    2. 1/3 bila 2 orang atau lebih
    3. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
    4. Mahjub (terhalang) bila ada ada anak P
    5. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L
    6. Mahjub (terhalang) bila ada cucu P drp anak L
    7. Mahjub (terhalang) bila ada bapa
    8. Mahjub (terhalang) bila ada datuk
 


f) Bapa dan Datuk


  1. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada anak P
    2. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada ada cucu P drp anak L
    3. 1/6 bila ada anak L
    4. 1/6 bila ada cucu L drp anak L
    5. Asabah (lebihan)bila tiada ;


           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d) cucu P drp anak L


    6. Datuk Mahjub (terhalang) bila ada bapa


 
g) Emak


        1.  1/6 bila ada anak L
        2. 1/6 bila ada anak P
        3. 1/6 bila ada cucu L drp anak L
        4. 1/6 bila ada cucu P drp anak L
        5.  1/6 bila ada 2 @ lebih Saudara L atau P sama ada (I/B) atau tidak
        6. 1/3 bila tiada ;


            a) anak L   b) anak P  c) cucu L drp anak L  d) cucu P drp anak L


        7. 1/3 bila ada seorang Saudara L atau P sama ada (I/B) atau tidak
        8. 1/3 drp baki bila terdiri drp ;


            a) emak        b) bapa       c) suami @ isteri
 


h) Suami


        1. 1/2 bila tiada :


            a) anak L   b)anak P  c) cucu L drp anak L  d)cucu P drp anak L


        2. 1/4 bila ada ;


            a) anak L   b)anak P  c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L
 
 


i) Isteri


        1. 1/4 bila tiada :


           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L


        2. 1/8 bila ada ;


           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L


Asabah


Menurut Istilah Syarak,'Asabah ialah waris-waris yang tidak mempunyai kadar yang ditetapkan secara jelas oleh al-Quran dan as-Sunnah.


Menurut pendapat ulama' Faraid, 'Asabah ialah waris yang menguasai semua harta sekiranya beliau seorang diri sahaja dan jika ada waris yang layak, dia mengambil semua baki harta yang tinggal.


    Mereka ialah :


        1) Anak L
        2) Cucu L
        3) Saudara L seibu sebapa
        4) Saudara L sebapa
        5) Bapa saudara seibu sebapa
 


Pembahagian 'Asabah


'Asabah terbahagi kepada 2 bahgaian iaitu ;


     1) 'Asabah Nasabiah iaitu 'asabah kerana nasab
     2) 'Asabah Sebabiah iaitu 'asabah kerana memerdekakan hamba iaitu tuan yang   memerdekakan hamba tadi mewarisi harta hamba yang dimerdekakannya jika  hamba tersebut tidak mempunyai waris.
 


Jenis-Jenis 'Asabah Nasabiah
 


    1) 'Asabah Bi an-Nafsi


        Ia hanya melibatkan waris lelaki sahaja iaitu :


            a) Anak yang meliputi :
                   1) anak simati,
                   2) cucu sebelah anak L dan ke bawah


            b) Bapa yang meliputi :
                   1) ayah simati,
                   2) datuk sebelah bapa dan ke atas


            c) Saudara yang meliputi :
                   1) saudara seibu sebapa,
                   2) saudara sebapa,
                   3) anak saudara dari saudara L seibu sebapa,
                   4) anak saudara L dari saudara sebapa dan ke bawah


            d) Bapa Saudara yang meliputi :
                   1) Bapa Saudara seibu sebapa,
                   2) Bapa Saudara sebapa,
                   3) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara seibu sebapa,
                   4) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara sebapa
 


    Tips Tambahan


        # 'Asabah Bi an-Nafsi yang mempunyai 4 golongan adalah mengikut tertib iaitu diutamakan anak ke atas bapa, bapa lebih utama daripada saudara dan saudara lebih berhak daripada bapa saudara. Sekiranya terdapat satu golongan daripada mereka (misalnya anak) maka dia akan mendapat semua harta @ sebahagian sahaja setelah diambil oleh waris lain. Jika tiada harta yang tinggal, maka mereka tidak mendapat sebarang harta kecuali anak dan ayah (sila tekan di sini)
 


    2) 'Asabah Bi Ghairihi 


        Semua mereka adalah perempuan iaitu :


                a) Anak Perempuan akan mendapat 'asabah jika bersama (saudaranya) anak lelaki
                b) Cucu P sebelah anak L jika bersama (saudaranya)  cucu P sebelah anak L dan ke bawah
                c) Saudara P seibu sebapa jika bersama (saudaranya)  saudara L seibu sebapa
                d) Saudara P sebapa jika bersama (saudaranya)  saudara L  sebapa                


 


Syarat-Syarat 'Asabah Bi Ghairihi


    1) Perempuan tersebut mestilah dalam golongan Ashabul Furud
    2) Perempuan tersebut mestilah sama darjat seperti anak P mestilah dengan kehadiran anak L dan tidak sah kalau anak P dengan saudara L sebapa
    3) Perempuan tersebut mestilah lebih tinggi martabatnya, tidak boleh 'asabah saudara P seibu sebapa dengan kehadiran saudara L sebapa 
 
Setiap golongan menjadi 'asabah dengan kehadiran orang lain iaitu saudara lelaki masing-masing. Pewarisan di antara mereka ialah lelaki mendapat dua bahagian perempuan ( 2 : 1)
 


3) 'Asabah Ma'a Ghairihi 


'Asabah Ma'a Ghairihi  ialah setiap perempuan yang memerlukan kehadiran perempuan untuk melayakkan dirinya mendapat asabah. Mereka ialah :


                a) Saudara P seibu sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah
                b) Saudara P sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah
 
 Tips Tambahan


# Perempuan yang termasuk dalam 'Asabah Ma'a Ghairihi mestilah tidak mempunyai saudara L bagi diri mereka
# Jika Saudara P seibu sebapa menjadi 'Asabah Ma'a Ghairihi, maka dia mempunyai kuasa spt Saudara L seibu sebapa dalam menghalang pewarisan daripada waris-waris yang lain tetapi  dia tidak layak mengambil harta mengikut bahagian  Saudara L se ibu sebapa.


Hajbu  (Halangan)
 

Hajbu (Halangan) ialah halangan daripada mewarisi harta sama ada seluruh  harta atau sebahagiannya kerana adanya waris yang lebih utama daripadanya.
 


Pembahagian Hajbu
 

    1) Hajbu Hirman

        Hajbu Hirman ialah halangan ahli waris daripada mewarisi seluruh harta kerana adanya waris lain yang lebih berhak seperti cucu L terhalang daripada  mewarisi harta kerana adanya anak L
 


 Waris Yang Tidak Akan Terhalang
 
        a)  Anak kandung L
        b)  Anak kandung P
        c)  Bapa
        d)  Emak
        e) Suami
         f) Isteri
 

    Waris Yang  Akan Terhalang

    Waris Lelaki

  1. a) Datuk apabila adanya Bapa, datuk yang jauh akan terhalang dengan adanya datuk yang dekat
            b) Saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) anak L
                        3) cucu L dari anak L

  2. c) Saudara L sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) anak L
                        3) cucu L dari anak L
                        4) saudara L seibu sebapa
                        5) Saudara P seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi  (sila klik di sini)

  3. d) Saudara L seibu dan Saudara P seibu apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) Datuk
                        3) anak L
                        4) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        5) anak P
                        6) cucu P dari anak L dan ke bawah

  4. e) cucu L dari anak L apabila adanya  anak L, cucu yang dekat akan menghalang cucu yang jauh (cicit)
    f)  anak saudara dari saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) Datuk
                        3) anak L
                        4) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        5) saudara L sebapa

  5. g) anak saudara dari saudara L sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) Datuk
                        3) anak L
                        4) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        5) saudara L sebapa
                        6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa

  6. h) Bapa Saudara seibu sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) Datuk
                        3) anak L
                        4) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        5) saudara L sebapa
                        6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
                        7) anak saudara dari saudara L sebapa

  7. i) Bapa Saudara sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) Datuk
                        3) anak L
                        4) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        5) saudara L sebapa
                        6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
                        7) anak saudara dari saudara L sebapa
                        8) Bapa Saudara seibu sebapa

  8. j) Anak Bapa Saudara  (sepupu) seibu sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) Datuk
                        3) anak L
                        4) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        5) saudara L sebapa
                        6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
                        7) anak saudara dari saudara L sebapa
                        8) Bapa Saudara seibu sebapa
                        9) Bapa Saudara sebapa

  9. k) Anak Bapa Saudara  (sepupu) sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) Datuk
                        3) anak L
                        4) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        5) saudara L sebapa
                        6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
                        7) anak saudara dari saudara L sebapa
                        8) Bapa Saudara seibu sebapa
                        9) Bapa Saudara sebapa
                     10) Anak Bapa Saudara  (sepupu) seibu sebapa
     


    Waris Perempuan

  1. a) Nenek apabila ada emak
            b) Cucu P dari anak L apabila adanya sama ada
                        1) anak L
                        2) 2 orang @ ramai anak P kecuali  dia menjadi 'asabah

  2. c) Saudara Perempuan seibu sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) anak L
                        3) cucu L dari anak L dan ke bawah

  3. d) Saudara Perempuan sebapa apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) anak L
                        3) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        4) Saudara Perempuan seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi (sila klik di sini)
                        5) 2 orang Saudara Perempuan seibu sebapa kecuali dia menjadi 'asabah

  4. e)  Saudara Perempuan seibu apabila adanya sama ada
                        1) bapa
                        2) datuk
                        3) anak L
                        4) anak P
                        5) cucu L dari anak L dan ke bawah
                        6) cucu P dari anak L dan ke bawah
     
     


    2) Hajbu Nukshan

Hajbu Nukshan ialah di mana ahli waris mendapat kurang dari sepatutnya kerana adanya ahli waris yang lain misalnya hak suami 1/2 drp harta berkurangan kepada 1/4 kerana adanya anak.
 

 

Contoh Masalah

 























BahagianWarisRM2000
1/2Anak PRM1000
Asabah Maal Ghir Saudara P SeibusebapaRM1000
  MahjubSaudara L Sebapa---

 




























BahagianWarisRM4000
1/4SuamiRM1000
1/2Anak P dari anak L (Cucu)RM2000
Asabah Maal Ghir Dua saudara P seibusebapaRM1000
MahjubSaudara L Sebapa---

 

































BahagianWarisRM15000
1/4SuamiRM3000
1/6IbuRM2000
1/6BapaRM2000
1/2 Anak PRM6000
1/6 Anak P dari anak L (Cucu)RM2000

 













































BahagianWarisRM12000RM15000
1/4SuamiRM3000RM3000
2/34 orang anak PRM8000RM8000
1/6IbuRM2000RM2000
1/6 DatukRM2000RM2000
Mahjub2 orang saudara P seibusebapa------
Mahjub3 orang saudara L seibusebapa------

 













































BahagianWarisRM24000RM27000
1/82 IsteriRM3000RM3000
1/2Anak PRM12000RM12000
1/6Anak P dari anak L (Cucu)RM4000RM4000
1/6 IbuRM4000RM4000
1/6DatukRM4000RM4000
Mahjub5 orang saudara P seibusebapa------

 























BahagianWarisRM6000
1/2SuamiRM3000
1/3 baki IbuRM1000
Asabah BapaRM2000

 























BahagianWarisRM4000
1/4IsteriRM1000
1/3 baki IbuRM1000
Asabah BapaRM2000

 


















BahagianWarisRM3000
AsabahAnak LRM2000
AsabahAnak PRM1000

 

































BahagianWarisRM6000
1/2Anak PRM3000
1/6Anak P dari anak L (Cucu)RM1000
1/6IbuRM1000
Asabah Maal Ghir Saudara P SebapaRM1000
  MahjubBapa Saudara Seibubapa---

 







































BahagianWarisRM6000RM9000
1/2SuamiRM3000RM3000
1/6IbuRM1000RM1000
1/6Saudara L SeibuRM1000RM1000
1/2 Saudara P seibusebapaRM3000RM3000
1/6Saudara P sebapaRM1000RM1000

 


 

No comments:

Post a Comment