Tuesday, February 16, 2016

Zakat Fitrah

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, subur dan berkat. Manakala dari segi istilah pula ialah mengeluarkan makanan yang tertentu (makanan asasi) kepada golongan yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.


Zakat Fitrah diwajibkan ke atas setiap orang Islam lelaki, perempuan, dewasa dan kanak-kanak.


Kadar Zakat Fitrah ialah segantang Baghdad makanan asasi @ 2.7 kg @ sama nilai dengannya seperti beras, gandum, tepung dan sebagainya.



Syarat Wajib Zakat Fitrah


1. Islam
2. Merdeka
3. Mempunyai lebihan harta selain daripada keperluan makanan untuk diri dan
keluarga pada hari raya
4. hidup di akhir Ramdhan dan awal Syawal


Golongan Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah


1. Fakir
2. Miskin
3. Amil (Pemungut Zakat Fitrah)
4. Mualaf
5. Hamba Mukatab (hamba yang dijanjikan dibebaskan tuannya sekiranya ia  dapat menebusnya dengan wang @ harta)
6. Orang yang berhutang dengan tujuan baik dan tidak mampu membayarnya
7. Orang yang berjuang di jalan Allah
8. Orang musafir bertujuan baik yang habis bekalan ( sama ada perbelanjaan, makanan dsb)


Golongan Yang Tidak Layak Menerima Zakat Fitrah


1. Orang kaya
2. Hamba abdi
3. Bani Hasyim
4. Bani Mutalib
5. Orang kafir
6. Orang kuat berusaha dan mempunyai cukup perbelanjaan
7. Orang yang dalam tanggungan pembayar Zakat Fitrah


Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah


1. Waktu Harus - bermula dari awal bulan Ramadhan hingga akhir bulan Ramadhan
2. Waktu wajib - setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
3. Waktu Afdhal - apabila terbit matahari Hari Raya Puasa yang pertama  sehingga sebelum selesai Solat Hari Raya serta dua khutbahnya
4. Waktu Makruh - bermula selepas solat Hari Raya hingga terbenam matahari Hari Raya Puasa yang pertama
5. Waktu haram - bermula setelah terbenam matahari Hari Raya Puasa yang pertama


Hikmat Zakat Fitrah


1. Merapatkan jurang perbezaan di antara golongan yang kaya dengan miskin
2. Mendidik diri menjadi individu yang pemurah dan tidak kedekut


 


 

No comments:

Post a Comment