Wednesday, February 24, 2016

Nabi Musa membelah Laut

10 Muharram adalah tarikh yang amat penting dalam Islam. Kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut. Banyak peristiwa besar telah berlaku pada tarikh tersebut. Di antaranya ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رضى الله عنهما - أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.


Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. Riwayat Muslim.


Nabi Musa membelah laut


Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.


فَأَتْبَعُوهُمْ مُشْرِقِينَ (60) فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ (61) قَالَ كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ (62) فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانْفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ (63) وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الْآَخَرِينَ (64) وَأَنْجَيْنَا مُوسَى وَمَنْ مَعَهُ أَجْمَعِينَ (65) ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآَخَرِينَ (66) إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ (67) وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (68)


Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. ayat 60-68 Surah asy-Syu'ara'.


وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنْجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ (50)


Dan ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. ayat 50 Surah al-Baqarah.


Kajian Saintis Moden


du_05


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional, USA, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.


Dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.


Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. sumber di sini


Penemuan Kenderaan tentera Firaun


 roda-firaun3


roda-firaun-3


Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya. Turut ditemui di tempat yang sama ialah beberapa tulang manusia dan tulang kuda.


Menurut kajian yang dilakukan oleh Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang yang ditemui, memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, di mana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.


roda-firaun




Tempat penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.


roda-map


Begitulah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.... semua penemuan ini sebagai tanda jelas bahawa Allah SWT memang menghendaki agar semua tinggalan Firaun akan terus terpelihara, dan ditemui satu demi satu.... sebagai Pengajaran kepada seluruh manusia..

Sahur

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً


Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :


عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ


“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).


عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم : « نعم سحور المؤمن التمر »


Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ حَدَّثَهُ أَنَّهُمْ تَسَحَّرُوا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ أَوْ سِتِّينَ يَعْنِي آيَةً


Dari Anas bin Malik RA bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. Hadis riwayat al-Bukhari

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)


“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis Riwayat Muslim


“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Monday, February 22, 2016

Sungai di dasar laut bukti kebenaran al-Quran

jacques-cousteau



Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.


Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


» KETERANGAN


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:
 


سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ  يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53)


“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).


وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا (53)


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Q.S Al Furqan 53).


Pada suatu hari Mr.Jacques Yves Costeau ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


bawah_laut


bawah_laut2


bawah_laut3


bawah_laut4

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ (20)


 ”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus. 


Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.


 Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Al Furqan:53)


 Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”


Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Menyapu di atas balutan (الجبائر/الْجَبِيرَةُ)

Menyapu balutan bermaksud menyapu di atas balutan anggota badan yang cedera spt patah atau luka sama ada di kepala, kaki, tangan dan muka yang termasuk dalam anggota wudhuk. 


Hukum menyapu di atas balutan adalah HARUS.


Menurut pendapat Janmhur Ulama', (Maliki, Syafie, Hanbali) menyapu di atas balutan  (الجبائر/الْجَبِيرَةُ) dengan air adalah WAJIB supaya menggunakan air setakat yang mampu. Ia diQIASkan kepada menyapu KHUF kerana kedua-duanya dilakukan kerana darurat, bahkan menyapu balutan lebih besar kadar daruratnya. 


Syarat-syarat Menyapu Balutan (الجبائر/الْجَبِيرَةُ)

1. Balutan itu tidak boleh dibuang, atau sekiranya dibuang dan dibasuh dibimbangi akan membawa kepada kesakitan atau bertambah sakit atau melambatkan sembuh. Hukumnya sama dengan masalah tayammum.


Ulama' Maliki berpendapat seandainya dibimbangi boleh menyebabkan kematian atau kemudharatan yang teruk, maka hukum menyapu balutan ini menjadi WAJIB.

2. Tidak membasuh atau menyapu tempat itu sendiri disebabkan kemudharatan.


Jika menyapu tempat tersebut boleh dilakukan dan tidak membawa mudharat, maka tidak harus menyapu ke atas balutannya, tetapi hendaklah disapu tempat luka itu sendiri jika tidak mendatangkan mudharat.


3. Hendaklah balutan itu tidak melebihi kawasan yang perlu.


4. Balutan tersebut hendaklah dipasang dalam keadaan seseorang itu telah BERSUCI dengan air. Jika tidak, solatnya WAJIB diulang, menurut ulama Syafie dan Hanbali.


Alasan mereka ialah kerana menyapu di atas balutan lebih utama drp menyapu di atas KHUF kerana ia berasaskan keadaan darurat. Menyapu di atas KHUF disyaratkan memakainya dalam keadaan SUCI (Berwuduk atau telah mandi wajib). Maka, begitulah juga syarat bagi menyapu balutan ini.


Jika balutan itu diikat semasa dalam keadaan TIDAK SUCI, maka balutan itu perlu dibuka untuk membasuh anggota dibawahnya, jika tidak dibimbangi mendatangkan mudharat. Jika bimbang boleh membawa maut atau bahaya, maka hendaklah berTAYAMMUM untuk ganti anggota yang dibalut tadi. Tapi, sekiranya, balutan itu meliputi semua kws tayammum (muka dan dua tangan), maka Ulama Hanafi berpendapat, kewajipan Tayammum itu gugur (Tidak perlu Tayammum). Ulama Syafie pula berpendapat, dia hendaklah solat semula, kedudukannya sama dengan mereka yang tidak mempunyai kedua-dua alat bersuci (Wudhuk dan Tayammum).


Ulama Maliki dan Hanafi pula tidak mensyaratkan balutan itu dipakai ketika dalam keadaan suci. Oleh itu, sama ada dipakai dalam keadaan suci atau berhadas (kecil/besar), maka dia harus (boleh) menyapunya dan tidak perlu mengulangi solatnya. Kerana kecederaan boleh berlaku secara tiba-tiba sama ada ketika suci atau berhadas. Oleh itu, dengan meletakkan syarat supaya dibalut ketika dalam keadaan suci dikira menjadi satu kesukaran dan kepayahan.


5. Balutan itu hendaklah tidak mengggunakan bahan yang dirampas, bukan benda yang diharamkan (spt sutera bagi lelaki) dan bukan najis (spt kulit bangkai atau kain yang bernajis). Jika tidak, menyapu balutan itu menjadi tidak sah dan solat juga tidak sah. Syarat ini disisi ulama Hanbali.


 Mengulangi Solat Selepas Sembuh


Ulama' Maliki dan Hanafi yang tidak mewajibkan balutan dilakukan ketika Suci, tidak mewajibkan mengulang solat semula apabila telah sembuh.


Sementara ulama Syafie dan Hanbali yang mensyaratkan balutan mesti dilakukan ketika suci, mewajibkan mengulangi semula solat yang telah dikerjakan.


Menurut ulama Syafie, solat yang wajib diulang semula dalam 3 keadaan berikut ;


1. Sekiranya balutan tersebut pada anggota tayammum (muka dan tangan) sama ada dipakai ketika waktu suci ataupun berhadas.


2. Apabila balutan dipakai waktu tidak suci atau berhadas, sama ada ia pada anggota tayammum atau pada anggota lain.


3. Apabila balutan yang dipakai itu lebih drp ruang yang perlu atau lebih drp tujuan menyembuh sama ada dipakai ketika suci atau berhadas.
 


Solat tidak perlu diulang apabila ;


1. Apabila balutan itu dibuat selain drp anggota tayammum dan tidak pula menutupi bahagian yang tidak sakit, walaupun dipakai ketika berhadas.


2. Apabila balutan tersebut selain anggota tayammum dan dipakai sewaktu suci wlpn melebihi kadar yang perlu.


 Perkara yang membatalkan Sapuan atas Balutan


1. Apabila balutan dibuang atau tercabut.


Ulama Syafie ; Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat, maka solatnya batal sama ada dia telah sembuh atau belum. Kedududukannya sama spt Khuf, begitu juga apabila dia telah sembuh, keadaan sucinya terbatal. Tetapi, jika ia tercabut, sedangkan dia belum sembuh, maka dia bolehlah mengenakan semula balutan tersebut dan hanya perlu menyapunya semula sahaja, kemudian solat semula.


Ulama Maliki ; Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat, maka solatnya batal. Balutan tersebut perlu dipakai dengan segera  dan menyapu semula dengan tidak berselang masa yang lama, kemudian solat semula. Jika ketika  ia tercabut atau untuk menukar bulatan lain,  dia masih belum sembuh, hendaklah dia menyapu semula balutan tersebut. Tetapi, jika sudah sembuh, maka hendaklah dia membasuh tempat berkenaan serta merta.


Ulama Hanafi ; Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat dan dia belum sembuh, maka solatnya tidak batal.Hukum menyapunya tidak batal, kerana keuzurannya masih wujud. Dalam tempoh kecederaannya, dia boleh menukar balutan dengan yang lain dan tidak wajib menyapu semula di atasnya, tetapi afdhal hendaklah disapu semula. Tetapi sekiranya ia tercabut ketika sedang solat dan dia telah sembuh, maka solatnya batal. Maka dia wajib memulakan solatnya semula dengan wudhuk yang sempurna kerana keuzuran telah tiada. Ringkasnya, keharusan menyapu balutan sebagai gantian wudhuk TERBATAL apabila balutan tersebut tercabut ketika kecederaan telah sembuh kerana keuzurannya telah hilang.


Ulama Hanbali ; Tercabut balutan sama hukumnya apabila kecederaan tersebut telah sembuh walaupun kecederaaan/luka tersebut belum sembuh. Keadaannya samalah seperti orang yang telah tercabut khufnya, sapuannya,kesuciannya dan solatnya semuanya terbatal dan perlu diulang semula. Dalam kes wudhuk pula, jika balutan terbuka sedangkan kecederaan belum sembuh, dia perlu berwudhuk dan bertayammum semula. tetapi, jika keceraan telah sembuh, dia hendaklah berwudhuk sahaja.


2. Berhadas.


Mengikut jamhur ulama' sapuan atas balutan batal apabila berhadas. Jadi, dia hendaklah menyapu semula apabila ingin solat.


Rujukan ;


Fiqh Mazahib Arbaah
al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu


 

Makkah dan Madinah paling terang di dunia



 Seorang angkasawan Russia berkata, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.


Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas.


“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.


“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.


Anatoly Ivanishin


Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga.


makkah_terang


Sumber ; http://www.arabnews.com/seen-space-only-two-holy-cities-stand-out

Dua laut tidak bercampur

air_laut_tidak_bercampur


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ (20)


"Dia membiarkan dua lautan mengalir dan keduanya akan bertemu, antara keduanya ada batasnya yang tidak dilampaui masing-masing"                    Surah Ar-Rahman : 19-20



air_laut_tidak_bercampur2


Menurut Dr. William W. Hay, Proffesor Sains Geologi Universiti Colorado, pada tahun 1942 setelah ratusan pusat penyelidikan marin dibina, mereka akhirnya menemui satu sempadan di antara Laut Maditeranean dan Laut Atlantik. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri air dalam sesebuah lautan adalah berbeza-beza bergantung kepada kemasinan, suhu dan ketumpatan.


وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا (53)


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir, yang ini airnya tawar lagi segar dan yang ini masin lagi pahit, dan Dia menjadikan dinding antara keduanya sebagai batas yang menghalangi". Surah Al-Furqan : 53


Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang ‘memisahkan’ antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil ‘ketegangan permukaan’ (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.


            Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, ‘ketegangan permukaan’ atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur’an diwahyukan.

Saturday, February 20, 2016

Kisah Bani Israel yang dihidupkan semula

Allah Ta’ala berfirman :


 أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيَاهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ (243)


destroy-israelApakah engkau tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka sedang mereka beribu-ribu jumlahnya kerana takut mati. Maka Allah berfirman kepada mereka,” Matilah anda.” Kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. ayat 243 Surah Al Baqarah


Muhammad bin Ishaq menceritakan, dari Wahab bin Munabbih,” Ketika Khalin bin Yofana kembali kepangkuan Ilahi, yaitu setelah Yusya’, maka semua urusan Bani Israil diserahkan kepada Hizqil bin Budzi, yaitu putera Al ‘Ajuz, yang ia telah mendoakan kaumnya yang telah disebutkan Allah di dalam kitabNya.”


Firman Allah Ta’ala “ Apakah engkau tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka sedang mereka beribu-ribu jumlahnya kerana takut mati.”


Ibnu Ishaq mengemukakan ,” Mereka lari dari wabah penyakit thaun, yaitu dengan menuruni dataran rendah, sehingga Allah berkata kepada mereka, ’Matilah anda semua.’ Maka mereka pun mati semua. Lalu mereka dipagari agar tidak dimakan oleh binatang buas.


 Setelah beberapa waktu berlalu, Hizqil AS berjalan melewati mereka, lalu ia berdiri berdekatan mereka seraya merenung dan berfikir, kemudian ia diperintahkan memohon agar tulang-tulang itu dilapisi daging dan supaya urat-uratnya disambung kembali. Lalu dengan perintah Allah, ia menyeru mereka sehingga mereka semua bangkit.


Asbath menceritakan, dari Al Sadi, dari Abu Malik, dari Abu Shahih, dari Ibnu Abbas, dari Murrah, dari Ibnu Mas’ud, dari beberapa orang sahabat, mengenai firman-Nya,” Apakah engkau tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka sedang mereka beribu-ribu jumlahnya kerana takut mati. Maka Allah berfirman kepada mereka,’Matilah anda.’ Kemudian Allah menghidupkan mereka.” Mereka mengatakan, kampung halaman itu bernama Dawardan yang dijangkiti penyakit tha’un.


Kemudian seluruh penduduknya melarikan diri dan singgah di pinggiran daerah tersebut. Maka mereka yang menetap di kampung itu pun mati tetapi banyak juga dari mereka yang selamat. Setelah penyakit tha’un itu lenyap, mereka pun kembali dalam keadaan selamat, maka orang-orang yang tetap tinggal di kampung itu berkata,” Para sahabat kami ini lebih beruntung dari kami. Seandainya kami melakukan seperti yang mereka lakukan, nescaya kami akan tetap hidup. Jika penyakit tha’un merebak yang kedua kalinya, maka kami akan ikut keluar bersama mereka.”


Dalam Tafsir Ibnu Kathir, diceritakan bahwa pada tahun berikutnya, penyakit tha’un itu melanda mereka kembali, maka mereka melarikan diri hingga singgah di lembah Afih. Lalu mereka diseru oleh Malaikat dari bawah lembah dan malaikat lainnya dari atas lembah,” Matilah anda semua.” Mereka pun mati sehingga mereka binasa dan yang tersisa tinggal jasad mereka. Kemudian dilewati oleh seorang Nabi yang bernama Hizqil. Ketika menyaksikan mereka, Hizqil berhenti seraya berfikir tentang mereka itu dan menggerakkan kedua bibir dan jari-jarinya. Lalu Allah SWT mewahyukan kepadanya,” Apakah engkau mahu Aku memperlihatkan kepadamu bagaimana Aku menghidupkan mereka?””Ya,” jawabnya.


Ia memikirkan keajaiban dari kekuasaan Allah SWT atas mereka semua. Kemudian dikatakan kepadanya,” Serulah.” Maka Hizqil pun berseru, “Hai tulang belulang, sesungguhnya Allah menyuruh anda untuk bersatu.” Seketika itu juga tulang belulang itu saling berterbangan saling memadu satu dengan yang lainnya hingga akhirnya menjadi jasad yang masih dalam bentuk tulang. Kemudian Allah Ta’ala mewahyukan kepadanya agar ia menyeru,” Hai  tulang belulang, sesungguhnya Allah menyuruh anda agar anda mengenakan daging.” Maka tulang belulang itu pun terus berlapiskan daging, berdarah, sekaligus berpakaian. Kemudian dikatakan kepada Hizqil, “Serulah.” Maka ia pun berseru,” Wahai para jasad, sesungguhnya Allah menyuruh anda untuk bangkit.” Maka mereka pun bangkit.


Dari Ibnu Abbas, mereka itu berjumlah empat ribu orang. Masih dari Ibnu Abbas juga, mereka berjumlah delapan ribu orang. Dan dari Abu Shahih, mereka berjumlah sembilan ribu. Dan juga dari Ibnu Abbas, mereka berjumlah 40 ribu orang.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ خَرَجَ إِلَى الشَّامِ حَتَّى إِذَا كَانَ بِسَرْغَ لَقِيَهُ أُمَرَاءُ الأَجْنَادِ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ وَأَصْحَابُهُ فَأَخْبَرُوهُ أَنَّ الْوَبَاءَ قَدْ وَقَعَ بِالشَّامِ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ قَالَ فَجَاءَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ وَكَانَ مُتَغَيِّباً فِى بَعْضِ حَاجَتِهِ فَقَالَ إِنَّ عِنْدِى مِنْ هَذَا عِلْماً سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « إِذَا كَانَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَاراً مِنْهُ وَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ ». قَالَ فَحَمِدَ اللَّهَ عُمَرُ ثُمَّ انْصَرَفَ.


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahwa Umar bin Khattab ra pernah pergi ke Syam, dan ketika sampai di Saragh, ia ditemui para komandan perang, Abu Ubaidah bin Al Jarah dan para sahabatnya, dimana mereka memberitahukan bahwa penyakit telah merebak di Syam. Lalu disebutkan hadist secara lengkap, iaitu tentang musyawarah yang dilakukannya untuk meminta pendapat kaum Muhajirin dan Anshar, tetapi terjadi perbedaan pendapat tentang hal itu. Kemudian datang Abdur Rahman bin Auf, yang sebelumnya tidak hadir kerana suatu keperluan, dan kemudian berkata,” Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika di suatu daerah terjadi wabak, sedang anda berada didaerah itu maka janganlah anda pergi meninggalkannya. Dan jika anda mendengar wabak itu sedang anda berada di daerah lain, maka janganlah anda mendatanginya.” Maka Umar bin Khattab pun memanjatkan pujian kepada Allah, dan kemudian kembali. Hadis riwayat Ahmad


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ أَخْبَرَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ وَهُوَ يَسِيرُ فِى طَرِيقِ الشَّامِ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِنَّ هَذَا السَّقَمَ عُذِّبَ بِهِ الأُمَمُ قَبْلَكُمْ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فِى أَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَاراً مِنْهُ »


 Dari Abdullah bin Amr bin Rabiah, bahwa Abdur Rahman bin Auf memberitahukan kepada Umar bin Khattab sedang beliau pada waktu itu tengah berada di Syam, dari Nabi Muhammad SAW, di mana beliau bersabda :  Wabak tersebut pernah ditimpakan sebagai siksaan bagi umat-umat sebelum anda. Jika anda mendengar berita tentang penyakit itu di suatu daerah, maka janganlah anda memasuki daerah itu. Dan jika penyakit itu mewabak di daerah di mana anda berada, maka janganlah anda keluar darinya kerana hendak melarikan diri darinya.” Hadis riwayat Ahmad


Muhammad bin Ishaq mengemukakan,” Tidak disebutkan kepada kami, berapa lama Hizqil menetap ditengah-tengah Bani Israil, hingga akhirnya Allah SWT memanggilnya kembali kepangkuan-Nya. Setelah Hizqil wafat, Bani Israil melupakan janji mereka kepada Allah, bahkan mereka menyembah berbagai macam berhala, yang salah satunya bernama Ba’al. Kemudian Allah Ta’ala mengutus Ilyas bin Yasin bin Fanhas bin Izar bin Harun bin Imran kepada mereka.

Kisah pemindahan kubur sahabat

Masuk Islam kerana menyaksikan pemindahan 2 kubur sahabat Rasulullah SAW


Pada tahun 1932 (atau tahun 1351H), raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dimana dalam mimpinya ia ditegur oleh Huzaifah Al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) yang berkata:


“Wahai raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir Al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepi sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburku sekarang dipenuhi oleh air; kubur Jabir juga sedang dipenuhi oleh air.”


Mimpi yang sama terjadi berulang-ulang pada malam-malam berikutnya akan tetapi raja Faisal I tidak memperdulikan mimpi itu kerana ia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya. Pada malam ketiga Huzaifah Al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah Al-Yamani berkata dalam mimpi Mufti itu:


pindah_kubur


“Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi nampaknya ia tidak peduli. Beritahulah kepada raja agar ia mahu sedikit bersimpati untuk memindahkan kuburan-kuburan kami.”


Lalu setelah berbincang, Raja Faisal, disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berhajat untuk melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai hal ini dan Perdana Menteri akan memberikan pernyataan kepada umum supaya semua orang tahu tentang rancangan besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rancangan ini akan dilangsungkan pada  10 zulhijjah setelah solat Zuhur. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya  akan dipindahkan ke tempat lain.


Kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para jemaah haji juga turut berkumpul di kota Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rancangan itu selama beberapa hari agar mereka juga dapat melihat dengan mata kepala sendiri proses pemindahan dari kedua tubuh sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai beribadah haji. Akhirnya Raja Faisal setuju untuk menangguhkannya hingga  20 zulhijjah.

Setelah solat Zuhur dan Ashar, pada 20 zulhijjah tahun 1351H atau tahun 1932, orang ramai berkumpul ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin malahan juga kaum Non-Muslim. Mereka berkumpul di kota Baghdad hingga penuh sesak. Ketika kubur Huzaifah al-Yamani dibuka segera mereka melihat bahwa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Huzaifah al-Yamani diangkat dengan  sangat hati-hati agar tidak rosak dan kemudian jenazah yang nampak masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah pengusung. Kemudian Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Raja Faruq dari Mesir mendapatkan penghormatan untuk mengangkat pengusung itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah  itu ke sebuah peti kaca yang dibuat khusus untuk menyimpan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al-Ansari juga dipindahkan ke peti kaca yang sama dengan cara yang sama hati-hatinya dan dengan segenap penghormatan.


Pemandangan yang sangat menakjubkan itu  disaksikan oleh ramai orang laki-laki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan Non-Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi  ini kelihatan masih segar dan tak tersentuh bakteri pengurai sedikit pun.


Suasana menjadi haru biru. Mereka seolah tidak percayai atas apa yang mereka saksikan pada hari itu. Selain tubuh keduanya yang nampak segar bugar, pakaian yang mereka kenakan pada saat dikubur semuanya utuh dan kalau dilihat sekilas seolah-olah kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja.


Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan kembali di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi lainnya iaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK kurang lebih 30 batu jauhnya dari kota Baghdad. Kejadian ajaib ini sangat mengundang kekaguman para ilmuwan, kaum filsafat, dan para doktor. Mereka yang biasanya sangat sering memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing, kali ini tertunduk bisu terkedu dengan kejadian yang teramat menakjubkan ini.


Salah satu dari mereka ialah seorang ahli fisiologis dari Jerman yang kelihatan sekali sangat tertarik dengan fenomena ini. Ia sangat ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah dikuburkan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, ia serta merta mendatangi Mufti Besar Iraq. Sesampainya ia di tempat dimana peristiwa akbar itu terjadi, ia langsung memegang kedua tangan sang Mufti dengan eratnya sambil berkata:


“BUKTI APALAGI YANG LEBIH MENGUATKAN BAHAWA ISLAM ITU BENAR. AKU SEKARANG AKAN MASUK ISLAM DAN TOLONG AJARI AKU TENTANG ISLAM”


Di hadapan orang ramai beribu-ribu jumlahnya yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Melihat kejadian itu ramai orang lainnya yang beragama Kristen atau Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Ramai kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan ini.


Sumber: Suratkhabar “Daily Jung” edisi tanggal 7 Juni 1970.


Sumber


 

Kisah para sahabat berjumpa dengan Raja Rom (Herkulis)

وفي كتابي عن شيخنا أبي عبد الله الحافظ ، وهو فيما أنبأني به إجازة : أن أبا محمد ، عبد الله بن إسحاق البغوي أخبرهم ، قال : حدثنا إبراهيم بن الهيثم البلدي ، قال : حدثنا عبد العزيز بن مسلم بن إدريس ، قال : حدثنا عبد الله بن إدريس ، عن شرحبيل بن مسلم ، عن أبي أمامة الباهلي ، عن هشام بن العاص الأموي ، قال : بعثت أنا ورجل آخر من قريش إلى هرقل صاحب الروم ندعوه إلى الإسلام ، فخرجنا حتى قدمنا الغوطة يعني دمشق فنزلنا على جبلة بن الأيهم الغساني ، فدخلنا عليه وإذا هو على سرير له ، فأرسل إلينا برسول نكلمه ، فقلنا له : والله لا نكلم رسولا ، إنما بعثنا إلى الملك ، فإن أذن لنا كلمناه وإلا لم نكلم الرسول ، فرجع إليه الرسول فأخبره بذلك . قال : فأذن لنا ، فقال : تكلموا فكلمه هشام بن العاص ، ودعاه إلى الإسلام ، وإذا عليه ثياب سواد ، فقال له هشام : ما هذه التي عليك ؟ فقال : لبستها وحلفت أن لا أنزعها حتى أخرجكم من الشام . قلنا : ومجلسك هذا ؟ فوالله لنأخذنه منك ولنأخذن ملك الملك الأعظم ، إن شاء الله تعالى ، أخبرنا بذلك نبينا صلى الله عليه وسلم ، قال : لستم بهم ، بل هم قوم يصومون بالنهار ، ويفطرون بالليل . فكيف صومكم ؟ فأخبرناه ، فملأ وجهه سوادا ، فقال : قوموا . وبعث معنا رسولا إلى الملك ، فخرجنا حتى إذا كنا قريبا من المدينة ، قال لنا الذي معنا : إن دوابكم هذه لا تدخل مدينة الملك ، فإن شئتم حملناكم على براذين وبغال ، قلنا : والله لا ندخل إلا عليها . فأرسلوا إلى الملك : إنهم يأبون . فدخلنا على رواحلنا متقلدين سيوفنا حتى انتهينا إلى غرفة له ، فأنخنا في أصلها ، وهو ينظر إلينا ، فقلنا : لا إله إلا الله ، والله أكبر ، والله يعلم لقد تنفضت الغرفة حتى صارت كأنها عذق تصفقه الرياح . فأرسل إلينا : ليس لكم أن تجهروا علينا بدينكم . وأرسل إلينا أن ادخلوا . فدخلنا عليه وهو على فراش له ، وعنده بطارقته من الروم ، وكل شيء في مجلسه أحمر ، وما حوله حمرة ، وعليه ثياب من الحمرة . فدنوا منه فضحك ، وقال : ما كان عليكم لو حييتموني بتحيتكم فيما بينكم ، فإذا عنده رجل فصيح بالعربية ، كثير الكلام . فقلنا : إن تحيتنا فيما بيننا لا تحل لك ، وتحيتك التي تحيا بها لا يحل لنا أن نحييك بها . قال : كيف تحيتكم فيما بينكم ؟ فقلنا : السلام عليك . قال : فكيف تحيون ملككم ؟ قلنا : بها . قال : وكيف يرد عليكم ؟ قلنا : بها . قال : فما أعظم كلامكم ؟ قلنا : لا إله إلا الله ، والله أكبر . فلما تكلمنا بها ، قال : والله لقد تنقضت الغرفة حتى رفع رأسه إليها . قال : فهذه الكلمة التي قلتموها حيث تنفضت الغرفة كلما قلتموها في بيوتكم تنفض بيوتكم عليكم ؟ قلنا : لا ، ما رأيناها فعلت هذا قط إلا عندك . قال : لوددت أنكم كلما قلتم تنفض كل شيء عليكم ، وأني خرجت من نصف ملكي ، قلنا : لم ؟ قال : لأنه كان أيسر لشأنها وأجدر أن لا يكون من أمر النبوة وأن يكون من حيل الناس . ثم سألنا عما أراد ، فأخبرناه . ثم قال : كيف صلاتكم وصومكم ؟ فأخبرناه . فقال : قوموا . فقمنا ، فأمر لنا بمنزل حسن ونزل كثير ، فأقمنا ثلاثا ...


Imam Hakim —penulis kitab AlMustadrak—  mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abdullah ibnu Ishaq AlBagawi, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnul Aisam AlBaladi, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz ibnu Muslim ibnu Idris, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Idris, dari Syurahbil ibnu Muslim, dari Abu Umamah AlBahili, dari Hisyam ibnul As Al-Umawi yang menceritakan bahwa dia dan seorang lelaki lain diutus untuk menemui Heraklius—Raja Romawi— untuk menyerunya (mengajaknya) masuk Islam.


"Kami berangkat, dan ketika kami sampai di Al-Gautah —bagian dari kota Damsyiq (Damaskus)— kami turun istirahat di perkampungan Al-Jabalah ibnul Aiham AlGassani. Lalu kami masuk menemuinya, Tiba-tiba kami jumpai dia berada di atas singgasananya. Ia mengirimkan utusannya kepada kami agar kami berbicara dengannya, tetapi kami mengatakan, 'Demi Allah, kami tidak akan berbicara kepada utusan.


Sesungguhnya kami diutus hanya untuk menemui raja (anda). Jika kami diberi izin untuk masuk, maka kami akan berbicara dengannya; dan jika tidak, kami tidak akan berbicara kepada wakil.' Kemudian utusan Jabalah ibnul Aiham kembali kepadanya dan menceritakan segala sesuatunya kepadanya. Akhirnya kami diberi izin untuk menemuinya, lalu Jabalah berkata, "Berbicaralah anda.' Maka Hisyam ibnul As berbicara dengannya dan menyerunya untuk memeluk agama Islam.

Ternyata Jabalah memakai pakaian hitam, maka Hisyam bertanya kepadanya, 'Pakaian apakah yang engkau pakai itu?' Jabalah menjawab, 'Saya memakainya dan saya telah bersumpah bahwa saya tidak akan menanggalkannya sebelum mengusir anda dari negeri Syam.' Kami berkata, 'Majlismu ini, demi Allah, akan benar-benar kami rebut dari tangan kekuasaanmu, dan sesungguhnya kami akan merebut kerajaan rajamu yang paling besar, InsyaAllah. Hal ini telah diberitakan kepada kami oleh Nabi kami, yaitu Nabi Muhammad Saw.'


Jabalah mengatakan, 'Anda bukanlah mereka, bahkan mereka adalah suatu kaum yang puasa siang harinya dan salat pada malam harinya, maka bagaimanakah cara puasa anda?'Maka kami menceritakan cara puasa kami. Wajah Jabalah menjadi hitam (marah) dan berkata, 'Berangkatlah anda,' dan ia menyertakan seorang utusan bersama kami untuk menghadap kepada Kaisar Romawi.


Kami berangkat, dan ketika kami sudah dekat dengan ibu kota, berkatalah orang yang bersama kami, 'Sesungguhnya haiwan kendaraan  ini dilarang memasuki ibu kota kerajaan. Jika anda suka, maka kami akan begal' Kami menjawab, 'Demi Allah, kami tidak akan masuk melainkan dengan memakai kendaraan ini.' Kemudian orang yang bersama kami itu mengirimkan utusannya kepada kaisar untuk menyampaikan bahwa para utusan kaum muslim menolak peraturan tersebut. Akhirnya Raja Romawi memerintahkan kepada utusan itu untuk membawa kami masuk dengan kenderaan yang kami bawa. Kami masuk ke dalam ibu kota dengan menyandang pedang-pedang kami, hingga sampailah kami pada salah satu bangunan milik Kaisar. Lalu kami istirahatkan unta kendaraan kami pada bahagian bawahnya, sedangkan Raja Romawi memandang kami. Lalu kami ucapkan, 'Tidak Ada Tuhan Selain Allah, dan Allah Maha Besar.' Allahlah yang mengetahui, kerana sesungguhnya bangunan itu tiiba-tiba bergoncang seperti pohon kurma yang ditiup angin kuat. Lalu raja mengirimkan utusannya kepada kami untuk menyampaikan, 'Anda tidak perlu menyapampaikan agama anda kepada kami.' Dan raja mengirimkan lagi utusannya untuk menjemput kami  masuk.


Maka kami masuk mengadapnya, sedangkan dia berada di atas singgahsananya, di hadapan para pastur Romawi. Segala sesuatu yang ada di majlisnya berwarna merah, raja sendiri memakai baju merah, dan segala sesuatu yang ada di sekitarnya semuanya berwarna merah. Lalu kami mendekatinya. Dia tertawa, lalu berkata, 'Bagaimanakah menurut anda jika anda datang menghadap kepadaku dengan mengucapkan kalimat salam penghormatan yang berlaku di antara sesama anda ? Tiba-tiba di sisinya terdapat seorang lelaki yang fasih bahasa Arab lagi banyak cakap.


Maka kami menjawab, 'Sesungguhnya salam penghormatan kami di antara sesama kami tidak halal bagimu, dan salam penghormatan kamu yang biasa kamu pakai tidak halal pula bagi kami memakainya.' Raja menjawab, 'Bagaimanakah ucapan salam penghormatan anda di antara sesama anda? Kami menjawab, 'Assalamu 'alaika. Raja bertanya, 'Bagaimanakah caranya anda mengucapkan salam penghormatan kepada raja anda?' Kami menjawab, 'Sama dengan kalimat itu.' Raja bertanya, 'Bagaimanakah anda mendapat jawabannya?' Kami menjawab, Kalimah yang sama. Raja bertanya, 'Kalimat apakah yang paling besar dalam ucapan anda? Kami menjawab, 'Tidak Ada Tuhan Selain Allah, dan Allah Maha Besar.' Ketika kami mengucapkan kalimah itu, hanya Allahlah yang lebih mengetahui, tiba-tiba istana itu bergegar sehingga si raja mengangkat kepalanya memandang ke atas bangunan itu.

Raja berkata, 'Perkataan yang baru saja anda ucapkan dan membuat bangunan ini bergegar. Apakah setiap anda mengucapkannya di dalam rumah anda, adakah rumah anda bergoncang kerananya? Kami menjawab, 'Tidak, kami belum pernah melihat peristiwa ini kecuali hanya di sini. Raja berkata, 'Sesungguhnya aku mengharapkan seandainya saja setiap kali anda mengucapkannya, semua yang ada akan bergoncang. Dan sesungguhnya aku rela mengeluarkan separuh dari kerajaanku? Kami bertanya, 'Mengapa?' Ia menjawab, 'Kerana sesungguhnya hal itu lebih mudah dan lebih layak untuk dikatakan bukan merupakan perkara kenabian, dan bahwa hal tersebut hanyalah terjadi semata-mata kerana perbuatan manusia.'


Kemudian raja bertanya tentang tujuan kami, lalu kami menceritakan hal itu kepadanya. Setelah itu raja bertanya, 'Bagaimanakah salat dan puasa anda?' Kami menceritakan hal itu kepadanya, lalu raja berkata. 'Bangkitlah anda.' Kemudian ia memerintahkan agar menyediakan rumah yang baik dan tempat peristirahatan yang cukup buat kami, dan kami tinggal di sana selama tiga hari.


Bersambung....


Gambaran rupa para Nabi.

Mukjizat al-Quran ke atas otak, saraf dan tubuh

 

otak2


 وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآَنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


 Dan apabila dibacakan al-Quran, dengarlah dengan baik dan perhatikan dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. ayat 204 Surah al-'Araf


Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya dan kajiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.


otak


Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.


Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 


imej_otak


 Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.


Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Maha benarlah firman Allah SWT


 الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. ayat 28 Surah ar-Ra'd


molekul3


molekul2


molekul_air_zamzam


 Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan. 


Kesimpulan hasil kajian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.


 Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.


sel_kuman


Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.


Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 


Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.


 molekul4

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan.

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.


Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. 


Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Friday, February 19, 2016

Prosuder keluar roh

Disebut dalam sebuah riwayat, jika seorang itu nazak, mulutnya terkunci dan 4 malaikat akan masuk ke dalam jasadnya.  


Malaikat Pertama masuk memberi salam sambil berkata : "Aku adalah yang diserahi rezekimu yang telah aku usahakan dari timur dan barat. Maka aku tidak mendapat sesuap adri rezekimu jika kamu sudah tiba saat untuk mati”  


Malaikat Kedua masuk dengan mengucapkan salam dan berkata : “Akulah yang diserahi minumanmu, dari air atau lainnya. Aku mencari dalam bumi di timur hingga ke barat. Maka tidaklah aku dapati seteguk air untukmu ketika dekatnya saat mati”  


Malaikat Ketiga masuk dan mengucapkan salam lalu berkata : Aku yang diserahi nafas-nafasmu. Aku mencari dari bumi timur dan barat. Maka tidak aku dapati satu nafas dari nafas-nafasmu”.  


Malaikat Keempat masuk dan mengucap salam sambil berkata : “Aku yang diserahi dengan ajalmu, aku mencari di bumi timur dan barat. Maka aku tidak temui bagimu ajal walaupun satu detik.  


Seterusnya Malaikat Katibin masuk dari arah kanan dan kiri. Malaikat sebelah kanan berkata : “Keselamatan bagimu, aku adalah yang diserahi amal kebajikanmu”. Maka keluarlah lembaran yang putih dan diberikan kepadanya seraya berkata : “Lihatlah kepada amalmu” Ketika ini dia rasa gembira dan riang.  


Malaikat sebelah kiri pula berkata :”Keselamatan bagimu, akulah yang diserahi amal kejahatanmu”. Maka keluarlah lembaran yang hitam dan diberikan kepadanya sambil berkata : “Lihatlah kepadanya”. Ketika itu keringatnya mula mengalir....  


Ketika hamba tadi berpusing ke kiri dan ke kanan untuk membaca lembaran, malaikat memegang lembaran dan mencampakkannya ke bantal kemudian ia kembali semula.

Setelah itu datang pula malaikat Maut. Di sebelah kanannya malaikat Rahmat dan malaikat Azab di sebelah kiri. Apabila roh itu sudah sanmpai ke kerongkong, maka malikat Maut mencabutnya. Jika ia termasuk orang bahagia, malaikat Rahmat akan memanggilnya sementara jika termasuk dalam kategori orang yang celaka, ia akan dipanggil oleh malaikat Azab.  


Lalu malaikat membawa roh naik mengadap Allah SWT . Jika ia termasuk dalam golongan yang beruntung, maka Allah berfirman kepadanya : “Kembalilah kamu segera ke jasadmu, sehingga ia melihat apa yang ada pada tubuhnya”.  


Kemudian para malaikat membawa roh tersebut ke dunia, mereka meletakkannya ke tengah rumah. Roh itu melihat siapa yang rasa sedih dan siapa yang tidak.


Seterusnya jenazah diusung ke kubur, Allah memerintahkan roh kembali ke tubuhnya sebagaimana sewaktu berada di dunia.

Misteri Binaan Piramid


Misteri Binaan Piramid Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran Sejak Beribu Tahun Dahulu Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Misteri 01


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid.


 Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya. Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ


“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai HAMMAN untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan. Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.


Misteri02 
Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.


Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
 


Misteri 03Profesor Davidovits


Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.


Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”


Misteri04
Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Misteri05


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun. 


Misteri06


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.


Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.


Ajaib, Beribu tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.


Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.


Sumber